MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Nov 2008

Kemenangan Obama beri kesan ke atas Malaysia ?




Kemenangan Obama beri kesan ke atas Malaysia?


Oleh Alan Ting

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- "Perubahan telahpun tiba di Amerika" -- kata-kata yang diungkapkan oleh Barack Obama pada Selasa selepas mencatatkan kemenangan untuk dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44.

Rakyat Amerika dan penduduk di seluruh dunia yang terpaku di depan televisyen, ternanti-nantikan kemenangan Obama disebabkan mereka berkongsi pandangan yang serupa -- kemenangan Obama membawa petanda baik untuk dunia.

Tidak dinafikan, malah ahli politik di negara ini turut dilihat menggunakan beberapa ungkapan penarik yang digunakan oleh Obama ketika berkempen namun soalan yang paling tepat ialah adakah perubahan seperti itu membawa apa-apa kesan ke atas sebuah negara yang kecil seperti Malaysia?

Bagi penganalisis politik Dr Oh Ei San, beliau tidak melihat sebarang perubahan ketara daripada segi hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika.

Beliau berkata satu-satunya kesan ke atas Malaysia ialah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Amerika dan Malaysia akan kurang menjadi keutamaan bagi Presiden baru berbanding pentadbiran semasa di bawah Presiden George W. Bush.

"Malah sekiranya mereka berminat untuk mengadakan FTA dengan kita, mereka berkemungkinan memberi penekanan ke atas hak asasi manusia dan hak pekerja di samping perlindungan alam sekitar sebagai faktor utama semasa mengadakan rundingan," katanya.

Malaysia adalah sebuah daripada rakan dagang utama Amerika manakala Amerika pula kekal sebagai antara pasaran eksport utama bagi sektor semi-konduktor dan pengeluaran Malaysia.

Beliau berkata dalam arena politik, beliau percaya wujud sedikit kesan berhubung tanggapan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memandangkan beliau dilihat sebagai lebih rapat dengan Amerika dan lebih rapat dengan Republikan berbanding Demokrat.

"Bagaimanapun, pada masa yang sama, ia juga menjadi berita buruk bagi parti pemerintah dan kerajaan Malaysia memandangkan Amerika di bawah kepimpinan baru ini berkemungkinan menyentuh mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memandangkan ia merupakan isu hak asasi manusia," katanya.

Seorang lagi penganalisis politik, Liew Chin Tong berkata keputusan itu menandakan berakhirnya era penswastaan ekonomi yang lebih dikenali sebagai "Reaganomic" yang diperkenalkan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan pada 1980-an.

"Ini adalah babak baru dalam politik Amerika selain dasar ekonomi mereka. Presiden baru akan membuat lebih banyak pertimbangan ekonomi dan ini akan memberikan dasar seperti penswastaan, suatu pertimbangan semula yang besar.

"Secara tidak langsung, bagi kita di sini, ia akan mendesak kerajaan supaya memfokus semula strategi mereka dalam menyediakan kemudahan asas seperti pengangkutan, penjagaan kesihatan dan pendidikan kepada masyarakat umum," katanya.

Bagaimanapun, daripada segi dasar luar asing Amerika, Liew bersetuju dengan pendapat bahawa tidak akan ada sebarang perubahan yang ketara daripada segi dasar luar memandangkan Amerika banyak dipimpin oleh konsensus yang dicapai menerusi pendekatan dwipartisan mereka.

"Mereka mungkin menyerahkan kepada birokrat di Jabatan Negara untuk membuat keputusan," katanya.

Bagaimanapun, bagi penganalisis seperti Dr John Lee, felo pelawat di Centre for Independent Studies di Sydney, beliau menarik perhatian bahawa Obama, sama seperti pentadbiran bekas Presiden Bill Clinton, perkara paling penting dalam strategi keselamatan Amerika bagi rantau ini akan menjadikan hubungannya dengan China lebih akrab.

Lee berkata sungguhpun ini bermakna Amerika tidak akan mengabaikan hubungannya dengan negara di rantau ini seperti Malaysia, namun begitu, China akan mendominasi perhatian Amerika.

"Apabila tiba kepada dasar China yang sangat mustahak ini, Obama tidak mungkin melihat peranan yang signifikan bagi Asia Tenggara. Perundingan akan menjadi kurang dengan perikatan Asia Tenggara, hanya disebabkan Asia Tenggara akan dilihat secara strategiknya sebagai kurang relevan apabila membabitkan isu menguruskan kebangkitan China," tulis beliau dalam artikel yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris.

Bagaimanapun, bagi Dr Siva Murugan, pensyarah kanan dan penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, sungguhpun Amerika memberi lebih fokus kepada China, usahanya untuk memulihkan hubungan dengan negara Timur Tengah dan Islam akan meletakkan Malaysia dalam perhatian.

"Tidak ramai cendekiawan dan penganalisis yang melihat dari sudut ini bahawa Obama mahu mempunyai hubungan yang lebih baik dengan negara Timur Tengah dan Islam, anda memerlukan sokongan daripada semua negara Islam, maknanya termasuklah Malaysia," katanya.

sumber - Bernama

2 ulasan:

murai77 berkata...

bro, betukah Obama akan menjadi Presiden AS yang lain dari Presiden2 As yang lain?

Pada hemat aku, Obama hanya menjadi Presiden AS yang lain dari segi warna kulitnya sahaja.

Pendirian Obama akan menjadi lebih kurang sama sahaja dengan Presiden2 AS yang lain.

Betulkah dia akan membantu menyelesaikan kemelut negara2 Islam sedangkan dia adalah murtad Islam dan menganut agama Kristian.

Ini hanyalah pendapat aku.

melor berkata...

Obama ni bukan orang Islam pon. Kemenangannya sunggoh significant bagi kaum2 lain di Msia sebab mereka ada angan2 untok jadi PM Msia juga. Dengan gaya politik diMsia ni, kaum2 lain tak yah tunggu 200 tahun nak jadi PM.