MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Nov 2008

John Esposito: Muslim Tidak Membenci Barat

John Esposito (kanan) bersama Karen Hughes(kiri), Penolong Setiausaha Negara Untuk Diplomasi Awam Pentadbiran Bush dalam salah satu forum anjuran Jabatan Negara Amerika Syarikat
.

John Esposito: Muslim Tidak Membenci Barat


Oleh Majalah Tempo

Bersama Karen Armstrong, dia digelar ”Duta Besar Islam di Dunia Barat”. John Louis Esposito ibarat jambatan kukuh yang mampu menapis kesalahfahaman Barat terhadap Islam. Puluhan tahun menghabiskan waktu mempelajari Islam, ilmuwan yang lahir sebagai penganut Katolik ini telah menulis sejumlah buku, berdiskusi dan memberikan penjelasan tentang Islam sebagai agama yang damai serta penuh kemanusiaan.

Di Georgetown University, tempatnya mengajar, dia mendirikan Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU). Pusat pengajian ini turut menerima dana dari putera Arab Saudi, Al-Waleed bin Talal, untuk memajukan pendidikan Islam serta memajukan dialog antara budaya dan antara agama khususnya Islam-Kristian.

Pada pertengahan Ogos lalu (2008), Esposito berkunjung ke Jakarta untuk mempromosikan bukunya, "Who Speaks for Islam ?" yang diterjemahkan ke Bahasa Indonesia menjadi "Saatnya Muslim Bicara". Buku ini merupakan hasil survey Gallup World Poll periode 2001-2007 di lebih dari 35 negara yang mayoriti penduduknya muslim.

Dalam diskusi itu, Esposito mengagumi kecintaan dan semangat muslim terhadap agamanya. Namun dia juga turut mengkritik kadangkala kecintaan itu tidak ditemani dengan semangat untuk mendalami pemahaman mereka terhadap Islam. Ramai muslim yang menyerang Barat tanpa berusaha untuk mempelajarinya. Ketika kunjungan singkat itu, Esposito menerima Bunga Manggiasih, Oktamandjaya, dan Grace S. Gandhi dari Majalah Tempo.


Setelah 11 September, bagaimana pandangan orang Amerika terhadap Islam?

Ramai yang mula menaruh perhatian terhadap Islam ketika terjadi revolusi di Iran, peristiwa 11/9, Al-Qaida, dan lain-lain. Setelah 11/9, perhatian ke wilayah Asia makin ditingkatkan. Perhatian Amerika terhadap Indonesia timbul ketika Gus Dur terpilih menjadi presiden. Indonesia kembali diperhatikan sewaktu terjadi bom Bali.


Bagaimana dengan kalangan lain?


Tidak seperti semasa saya masih menjadi mahasiswa, atau menjadi profesor pada 1970-an, sekarang studi tentang Islam sudah wujud di hampir semua pengajian tinggi (di Amerika). Beberapa tahun lalu, kalau pergi ke perpustakaan dan mahu mencari buku tentang Islam, hampir tidak ada. Tapi sekarang, pilih sahaja buku apa yang dikehendaki. Hubungan antara Islam dan non-Islam kini sudah berubah. Bahkan sudah ada latihan khusus tentang Islam untuk diplomat dan tentera.


Bagaimana proses penulisan buku 'Who Speaks for Islam'?


Sebetulnya, saya bekerjasama dengan Gallup setelah kajian telah dijalankan hampir separuh. Mereka meminta saya menjadi salah seorang penulis dan saya terus bersetuju kerana kajian ini sangat menarik. Malam-malam pertama saya sampai tidak boleh tidur. Menariknya apa? Kerana sekarang ada data. Salah satu masalah ketika kita berbicara tentang muslim, terutama setelah 11/9, semuanya tanpa sokongan data.

Sebelum ini masyarakat Barat berbicara berdasarkan andaian semata-mata ?

Ada ahli-ahli terorisme (di kalangan Barat) sebenarnya tidak terlalu ahli, dan ketika berbicara tentang muslim mereka tidak ada sokongan data sama sekali. Sekarang sudah ada data. Survey yang dilakukan Gallup ini paling besar dan paling sistematik dibandingkan dengan survey serupa yang pernah dilakukan. Hasilnya berlawanan dengan apa yang dipercayai selama ini. Misalnya, 93 persen responden muslim ternyata tidak membenci Barat. Mereka memang bersikap kritis terhadap Barat, tetapi mengagumi banyak perkara yang dilakukan Barat, seperti dalam bidang teknologi dan kebebasan.


Hasil survey ini benar-benar boleh dipercayai?


Dengan hasil survey ini, kami berani mengatakan: ”Biarkanlah data yang memimpin percakapan atau pembahasan tentang Islam. Jangan lagi biarkan para ahli mengatakan hal-hal yang mereka fikirkan.”


Tapi nanti orang mengatakan survey ini kan dibuat oleh Barat.…


Gallup merupakan badan survey global tertua dan berwibawa. Banyak negara dan badan di dunia yang sudah bekerjasama dengan Gallup. Survey ini istimewa kerana tidak ada sumber dana dari luar. Dananya dari mereka sendiri. Kemudian Gallup menjual data itu. Di sini kita berbicara tentang badan yang telah melakukan penelitian untuk banyak pemerintahan atau syarikat besar dengan reputasi yang menakjubkan di dunia.


Apa yang terpenting dari buku berdasarkan survey itu?


Sebahagian besar isi buku itu tidak ada sangkut-pautnya dengan saya. Semuanya tentang apa yang difikirkan dan dikatakan umat Islam sendiri. Di sini pentingnya. Kami tidak hanya mengambil apa yang dikatakan para cendekiawan, tetapi apa yang benar-benar difikirkan orang.


Apa isinya yang terpenting?


Barat dan Timur, non-Islam dan Islam, sering kali berfikir bahawa pihak lain tidak peduli pada mereka. Dalam kenyataannya, kedua pihak sangat peduli. Jumlah warga Amerika yang menyatakan tidak menyukai terorisme dan kaum ekstremis cukup ramai. Begitu pula kaum muslim. Kedua pihak bersepakat bahawa mereka harus lebih saling mengenali dan mengerti antara satu sama lain melalui pendidikan dan sebagainya.


Apakah buku ini juga menyentuh pandangan kaum fundamentalis terhadap Barat?

Konsep sebahagian besar kaum fundamentalis yang membenci Barat secara membabi buta, masyarakatnya atau demokrasinya, itu tidak adil. Sebab, dalam kenyataannya, kedua pihak, Islam dan non-Islam, saling mengambil sikap kritis. Keduanya saling berharap, untuk lebih memperhatikannya. Barat juga akhirnya menyedari, hanya tujuh persen dari jumlah penduduk muslim di dunia yang mempunyai politik radikal.


Bagaimana pandangan kaum muslim majoriti terhadap Barat?


Kaum muslim meminta Barat menghormati mereka, membantu mereka lebih baik, mengajar teknologi, dan memberikan bimbingan ekonomi. Dan yang paling penting tidak menyokong rejim mereka yang otoritarian (kuku besi).


Muslim ingin lebih dihargai oleh Barat. Bagaimana untuk mewujudkannya?


Sangat penting bagi kaum muslim menyedari tentang 'public relations', berbicara mengenai diri mereka sendiri. Tidak hanya di dalam masyarakat mereka sahaja, tetapi masyrakat umum yang lebih luas. Juga bagaimana melawan kelompok ekstremis dan 'golongan salah tafsir agama' yang ada dalam Islam.


Apakah selama ini suara seperti itu terlalu lemah?

Saya lihat sudah banyak orang Islam yang berani bersuara, tetapi kadang-kadang terlalu vokal dan mengkritik semua hal yang dilakukan Barat. Setelah 11/9, pemerintah Amerika banyak mengundang sarjana atau mahasiswa muslim ke Amerika. Inilah saatnya untuk mengungkapkan bagaimana Islam itu sebenarnya.

Sebaliknya, bagaimana pula dengan sikap Barat ?


Barat juga harus belajar menghargai dan mengerti dunia Arab lebih baik. Caranya, dengan mempelajari bahasa Arab, atau mempelajari Islam melalui pertukaran mahasiswa atau pelajar.


Anda mendirikan Al-Waleed bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding di Georgetown University. Apa yang dilakukan institusi ini?


Kami memiliki program khusus tentang Islam dan hubungan Islam-Kristian. Lulusan universiti kami sudah ramai yang bekerja di institusi komunikasi publik, lebih ramai daripada universiti lain di Amerika. Ada yang menjadi duta besar atau bekerja di pejabat pemerintah.


Bagaimana pendapat anda tentang Islam di Indonesia?

Islam di Indonesia, dengan berbagai-bagai alasan, sangat menarik. Indonesia bukan hanya negara yang mempunyai penduduk muslim terbesar di dunia, tetapi juga mempunyai keberagaman secara etnik dan agama, kerana ada pengaruh Hindu dan Buddha juga di sini.


Bagaimana pendapat anda tentang pemikiran cendekiawan Islam Indonesia?

Indonesia memiliki tidak hanya pola berfikir Islam yang tradisional, tetapi juga yang moden dan progresif. Indonesia mempunyai ramai pemikir-pemikir Islam, seperti Abdurrahman Wahid (Gus Dur), Azyumardi Azra, atau Nurcholish Madjid (almarhum). Juga pemikir-pemikir Islam dari kaum perempuan dan dari kelompok sarjana lainnya.


Mengapa pemikiran mereka kurang bergema di dunia Islam?

Sebagai negara muslim terbesar, Indonesia relatif tidak dikenal. Tidak hanya kerana terletak jauh, tetapi juga kerana masalah bahasa. Setakat ini, hasil pemikir-pemikir Islam Indonesia belum diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Begitu juga pemikiran-pemikiran Islam Indonesia tidak terkenal di negara-negara Arab, kerana sebahagian besar negara itu tidak mengerti bahasa Indonesia.


Jadi pemikiran Islam Indonesia harus lebih dipromosikan?


Ya, dengan berbagai-bagai kaedah. Indonesia sangat multietnik dan multiagama dibandingkan dengan negara-negara Islam lainnya, seperti di Arab atau Afrika. Di sini sangat plural. Sekali lagi, bukan bererti Indonesia tidak memiliki masalah dengan agama yang berbeza-beza itu, tetapi jika dibanding negara-negara muslim lainnya, Indonesia sangat liberal. Memang ada perbezaan pendapat antara Islam tradisional dan progresif, tetapi perdebatan itu sangat sihat.


Kebelakangan semacam ada kebangkitan kaum fundamentalis....


Seperti juga di negara-negara lain, Indonesia memang menghadapi masalah fundamentalisme. Tapi ada dua bentuk fundamentalisme. Yang satu membahaya kerana membawa unsur-unsur kekerasan dan yang satu lagi tidak berbahaya.


Apakah contoh fundamentalisme yang tidak membawa kekerasan?


Ya, seperti Ihwanul Muslimin, yang berada di banyak negara. Memang ramai yang mengatakan organisasi ini (Ikhwanul Muslimin) merupakan masalah terbesar bagi dunia muslim, tetapi saya tidak sependapat. Itu adalah suatu bentuk fundamentalisme yang berperanan dalam masyarakat secara sosial dan politik. Kelompok ini memang harus wujud sebagai bentuk lain dari agama. Dengan kebangkitan fundamentalisme di Indonesia, akan wujud lebih banyak ketegangan antara umat Islam dan non-Islam. Kalau tidak boleh menerima dan terbuka terhadap agama, memang akan menimbulkan masalah.


Bagaimana perkembangan Islam dan demokrasi di Indonesia?

Sejak Soeharto mengundurkan diri, Indonesia semakin menuju demokrasi. Islam juga pernah memiliki presiden dari kelompok demokrasi semasa Abdurrahman Wahid. Gus Dur jelas mewakili kelompok Islam, tetapi hubungannya dengan kelompok lain sentiasa baik. Dia jelas berbeza dengan politikus Islam lain.


Bagaimana dengan pemerintah Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sekarang?

Dibandingkan dengan pemerintah sebelumnya, dia jauh lebih bagus. Di pelbagai sektor lebih banyak kebebasan, termasuk media. Dari pengalaman saya diwawancara oleh media di sini lebih bagus. Ada negara-negara yang pengawasannya sangat ketat. Waktu di pesawat saya membaca The Jakarta Post dan saya membandingkannya dengan surat khabar terbitan Malaysia. The Jakarta Post memetik kenyataan Anwar Ibrahim setepatnya , tetapi surat khabar Malaysia memilih kata-kata yang diucapkan oleh Anwar Ibrahim.



Biodata John Louis Esposito

Tempat dan tarikh lahir:Brooklyn, New York City, 19 Mei 1940

Pendidikan

PhD, Temple University, 1974 (Studi Islam)
University of Pennsylvania, 1969 (Bahasa Arab)
MA, St. John’s University, 1966 (Teologi)
BA, St. Anthony College, 1963 (Filosofi)

Karier

Profesor Georgetown University 2000
Professor of Religion and International Affairs and Professor of Islamic Studies 1993
Mendirikan The Prince Al-Waleed bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding, Edmund A. Walsh School of Foreign Service, Georgetown University, 1993

Professor of Islamic Studies College of The Holy Cross, 1991-1995

Pengarah Center for International Studies College of The Holy Cross, 1987-1991


Buku-buku:

Unholy War: Terror in The Name of Islam, 2002
What Everyone Needs to Know about Islam, 2002
The Islamic Threat: Myth or Reality?, 1999 (Edisi Ketiga)
Political Islam: Radicalism, Revolution or Reform, 199
Islam: The Straight Path, 1988


AIDC menterjemah artikel Majalah Tempo. Artikel asal klik di sini


Nota AIDC : Rencana dan wawancara ini disiarkan dalam Majalah Tempo, syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Goenawan Mohamad yang dikaitkan dengan JIL (Jaringan Islam Liberal). Nama tokoh politik dan cendikiawan Muslim yang menjadi contoh John Esposito seperti Gus Dur, Azyumardi Azra dan Nurcholish Madjid adalah antara tokoh penting Islam Liberal di Indonesia. Gallup Poll adalah salah satu daripada cabang The Gallup Organization. Gallup Poll ditubuhkan pada 1935, bersempena nama penciptanya, seorang ahli statistik Amerika, George Gallup, pengasas the American Institute of Public Opinion. Setelah Gallup mati pada 1984, The Gallup Organization telah dijual kepada Selection Research Incorporated (SRI), Lincoln, Nebraska pada 1988. SRI diasaskan pada 1969 oleh ahli psikologi Don Clifton.


Artikel lain yang berkaitan :

1. Inti ideologi Jaringan Islam Liberal

2. Asal usul, misi dan agenda Islam Liberal

3. JIL, CIA, Asia Foundation rancak serang Muslim Indonesia

4. Anwar beritahu Amerika Osama Laden pengganas Islam

5. Anwar Ibrahim : Global Convivencia - John Esposito

6. Untuk apa Prof John Voll dan Dr Munawar Anees, dua warga Amerika ke rumah Anwar ?

7. Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar

8. Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?

9. Perjalanan Seorang Missionari Amerika ke Dunia Islam


Tiada ulasan: