MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Nov 2008

Exco Selangor minta keluarga Zakaria kosongkan halaman dalam masa sebulan

SHAH ALAM 12 Nov. — Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini meminta keluarga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Datuk Zakaria Md Deros mengosongkan tanah seluas 2,269 meter persegi yang melibatkan halaman banglo di Pandamaran, Klang dalam tempoh sebulan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah diarahkan untuk memberitahu keluarga Allahyarham supaya mengosongkan tanah itu, halaman kediaman mereka yang kini dipagar, dalam tempoh yang ditetapkan dan kompaun akan dikeluarkan kerana kesalahan menceroboh tanah kerajaan.

Jika gagal berbuat demikian, kerajaan negeri akan membawa kes ini ke mahkamah kerana didakwa menceroboh tanah kerajaan, katanya kepada pemberita di sini selepas mesyuarat EXCO yang tamat pada pukul 7 malam.

Katanya tapak banglo itu seluas 4,049 meter persegi sendiri tidak termasuk dalam arahan pengosongan tersebut tetapi denda RM19,373 telah dikenakan MPK terhadap Zakaria kerana pembinaan premis itu pada awal 2006 dilakukan tanpa kelulusan pelan bangunan pihak berkuasa tempatan.

Mengikut rekod, Jawatankuasa Tanah Daerah pada 14 Dis tahun lepas telah menolak permohonan pemilikan tanah halaman itu dan membuat keputusan jika ada sebarang rayuan ia hendaklah dikemukakan kepada EXCO kerajaan negeri.

sumber - Utusan Malaysia

Tiada ulasan: