MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Nov 2008

Debat Gus Dus Dur (NU) dan Habieb Riziq (FPI)



Video ini memaparkan debat antara Habieb Riziq, ketua Front Pembela Islam (FPI) dengan wakil Nahdatul Ulama (NU) dan Gus Dur, Ketua Nahdatul Ulama (NU) mengenai cadangan Gus Dur supaya membubarkan FPI yang didakwa terlibat melakukan keganasan di Monas. Ketua FPI menafikan FPI terlibat, tetapi dakwa mempunyai bukti insiden keganasan itu diprovokasi oleh pihak-pihak tertentu untuk memburuk-buruk imej FPI.

Perbalahan Gus Dur dan FPI sudah terlalu lama. Tetapi semakin memuncak apabila Amin Rais dari kumpulan Muhammadiyah melobi Gus Dur menjadi Presiden Indonesia pada tahun 1999. Sesetengah pihak berpendapat proses lobi Amin Rais terhadap Gus Dur kerana arahan daripada pihak Amerika Syarikat, yang mahu mewujudkan suasana Demokrasi dan Liberalisasi dalam bidang ekonomi politik dan agama.

Amin Rais yang pernah belajar di Amerika Syarikat melobi negara Polis Dunia itu agar campur tangan dalam pemerintahan Indonesia yang dituduhnya mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi dan tidak demokrasi. Amin Rais meniupkan gelombang Reformasi 1998 dan menuduh Suharto pengamal KKN (Korupsi, Kronisme dan Nespotisme) hingga tercetusnya rusuahn besar di Indonesia dan berakhir dengan pengunduran Suharto.

Pemerintahan Indonesia kemudiannya diganti pula dengan BJ Habibe. Amin Rais masih tidak berpuas hati dan terus menerus melobi Gus Dur menjadi Presiden menyebabkan Habibie hanya sempat memangku jawatan Presiden hanya enam bulan.

Apabila Gus Dur berjaya jadi Presiden Indonesia (1999-2001), langkah pertama yang dilakukan adalah berusaha mempromosikan Dailog Antara Agama serta berusaha mengharamkan FPI dan Majelis Ulama Indonesia (MUI). Tetapi langkah Gus Dur tidak berjaya kerana ditentang oleh majoriti Muslim Indonesia.

Sebagai langkah alternatif, Gus Dur telah menghidupkan semula sebuah lagi organisasi lain yang pernah diharamkan sebelum ini, (semasa pemerintahan Sukarno, Suharto dan BJ Habibie) iaitu Kumpulan Ahmadiyah. Gus Dur juga memberi bantuan dan sokongan kepada kemunculan Kumpulan Islam Liberal yang dijangka boleh menyaingi pengaruh FPI. FPI dan MUI menentang keras tindakan Gus Dur itu dan perbalahan antara kedua kem itu berlarutan hingga sekarang.





+++ Artikel dan video setakat ini sahaja. Tidak perlu klik lanjut+++




4 ulasan:

wokyoh berkata...

salam aidc..

Habieb riziq ni ada masalah hearing loss ke atau banyak sangat ear wax??? tak makan saman dia ni...tak boleh dibawa berdebat....banyak benda dia nak cakap tu....level berdebat macam orang jual ubat tepi jalan....lawan dia kalau kat malaysia ni ialah mat sabu...atau ibrahim ali ....baru padan...

debat yang tak profesional langsung...terlalu emosional...

itulah yang zionis mahu sebenarnya...memusnahkan islam melalui tangan tangan ulamak sendiri.mereka gembira bila kita sesama saudara islam kita bertekak,bertengkar dan bermusuhan...memandangkan indonesia adalah sebuah negara islam yang terbesar...maka zionis perlu menghancurkan indonesia terlebih dulu..barulah diikuti dengan malaysia,thailand dan filipina...projek dan agenda mereka berjalan lancar setakat ini...

AIDC berkata...

salam wok yoh..

kemungkinan ada beberapa sebab kenapa Habieb riziq 'tidak makan saman'

1. Masalah audio..maman wakil NU berada di studio bersama kedua pengacara stesen TV. Manakala Habieb Riziq tak berada di studio tetapi dirakam di tempat lain dan dailog mereka melalui screen studio..

2. sepatutnya stesen tv itu meletakkan mereka berdua bersama2 dalam studio..

3. apa yang ditonton dalam video itu merupakan dendam lama yang sudah bergelora sebelum ini. Keadaan jadi emosional apabila Gus Dur dan NA cabar kerajaan Indonesia bubarkan FPI yang dianggap pengganas dlm kes rusuhan di Monas. FPI nafikan mereka melakukan keganasan, tetapi keganasan itu dicetuskan oleh pihak lain yang menyamar sebagai ahli FPI..

4. Punca perbalahan FPI dan NU bertitik tolak soal agama iaitu menghidupkan semula kumpulan Ahmadiyah dan Islam Liberal. Semua ini dilakukan oleh Gus Dur semasa jadi Presiden Indonesia. Gus Dur mewakili NU.

Fakta tambahan :
Organisasi Islam di Indonesia :

1. Nahdlatul Ulama (NU) - Gus Dur

2. Muhammadiyah- Prof.HM Din Syamsuddin & Amin Rais

3. Islam Liberal Yayasan Paramadina - Nurcholis Madjid (Cak Nur)

4. Jaringan Islam Liberal - Goenawan Mohamed

5. Front Pembela Islam - Abu Bakar Bashir & Habieb Riziq

Selain itu terdapat beberapa pecahan kumpulan lain yang bergabung dalam organisasi masyarakat (ormas) Islam termasuk Hizbut Tahrir Indonesia, Ahmadiyyah, Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia (ICMI), Hidayatullah dan lain2..

Walaupun Islam Liberal sudah lama bertapak di Indonesia, tetapi kemunculannya semakin berkesan dan meluas apabila Gus Dur menjadi Presiden Indonesia..

Sekarang kumpulan Islam Liberal dan pluralisme menjadi ancaman baru di Indonesia kerana telah menular di institut pengajian tinggi serta mendapat tajaan yang banyak drp luar

wokyoh berkata...

salam aidc.

terima kasih atas penjelasan saudara.

teruskan usaha murni anda itu.

wassalam

NORA berkata...

Salam ... kikikikiki

Memang nak tergelak sebenarnya tengok video ni...Pak Habib ni, kalau letak sebelah Nuar and suruh berdebat, mau keluar air mata darah si Nuar tu.... Mesti dia kata..
Anwar itu buta.. bukan saja buta hatinya tapi juga buta anu nyaaaa.... kikikiki