MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

16 Nov 2008

Bubar Majlis Peguam jika mahu berpolitik, kata Abu Zahar




Bubar Majlis Peguam jika mahu berpolitik, kata Abu Zahar

Nov 16, 08 6:41pm

Majlis Peguam Malaysia perlu dibubarkan jika badan itu bertindak tidak ubah seperti sebuah parti pembangkang, mempersoalkan hak-hak pribumi di negara ini, kata Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Katanya, badan itu kini tidak lagi memainkan peranan yang sepatutnya kepada peguam-peguam yang menjadi anggotanya.

"Saya menasihatkan supaya Majlis Peguam dibubarkan dan mereka yang terbabit menubuhkan sebuah parti jika ingin aktif dalam politik," katanya ketika berucap di program wacana isu perundangan dan hak-hak pribumi dalam perlembagaan di Memorial Tun Hussein Onn di ibunegara hari ini.

Menurut laporan Bernama, beliau juga meminta semua peguam Melayu di negara ini supaya bersatu dalam menangani isu bangsa mereka yang berada dalam keadaan "amat tertekan sekali" ketika ini.

Katanya, isu berhubung hak-hak keistimewaan orang Melayu sering dibangkitkan, lebih-lebih lagi selepas Pilihanraya Umum 8 Mac lalu dan "saya tidak sanggup lagi menghadapi situasi seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969."

Dalam ucapannya, Abu Zahar yang juga anggota jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno berkata lembaga itu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati mengamalkan rasuah atau politik wang.

"Kita nak pemuda harapan bangsa, yang ada hari ini kebanyakannya adalah pemusnah bangsa," katanya.




1 ulasan:

art berkata...

salam...

Peguam-peguam di Malaysia sebenarnya dah jadikan undang-undang sebagai agama...mencampur aduk agama dan undang-undang "common law" lalu melahirkan "undang-undang berteraskan agama yang liberal".Kalau tak percaya cakap saya, sila rujuk komen-komen peguam-peguam malaysia mengenai isu Y.B Zulkifli Noordin dan isu-isu sensitif Bumiputera dan Agama Islam di laman web rasmi Bar Council.

Geleng kepala saya bila ahli-ahli Bar Council yang "bukan islam" mengajar Y.B Zulkifli Noordin bagaimana hendak menjadi seorang Muslim yang baik dan memberi komen berdasarkan logik mengenai Fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Nak jadikan cerita dan lebih menghairankan, tiada hujahan balas atau bantahan daripada peguam-peguam "ISLAM".Mungkin mereka sibuk sangat melayan pegawai bank atau developer sampai takder masa nak pertahankan maruah bangsa dan agama?. Maklumlah, periuk nasi nak kena jaga.