Selepas dibebaskan dari penjara, terdapat teori yang mengatakan Anwar akan masuk PAS atau UMNO.. tetapi beliau memilih untuk berjuang atas tiket PKR. Ini sebenarnya tidak menghairankan kerana PKR memenangi kerusi terbanyak dalam Pakatan Rakyat, hendak kembali ke dalam UMNO dilihat satu strategi yang tidak kena dengan masanya memandangkan momentum rakyat yang kuat untuk menolak BN.
Sekali lagi PAS mungkin tertipu dengan kerenah Anwar.. dahulu, ketika keluar dari ABIM, juga dikatakan beliau akan menyertai PAS sebagaimana rakan-rakannya yang lain tetapi UMNO juga yang menjadi pilihan hati Anwar.
Apabila sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin merosot, ditambah pula dengan perbicaraan kes liwatnya.. peluang Anwar untuk menjadi PM dilihat semakin pudar, lebih-lebih lagi sekiranya DS Najib dilantik menjadi Perdana Menteri. Sebenarnya, Anwar hampir-hampir ketandusan isu untuk mendapat populariti dari rakyat.. mahu tidak mahu beliau harus mencari strategi baru untuk bernafas dalam karier politiknya.
Adakah benar desas-desus mengatakan perbincangannya dengan MP-MP BN sebelum ini bukannya mahu memujuk mereka untuk ‘melompat’ ke dalam PR tetapi untuk merintis jalan kembali ke dalam UMNO? Adakah benar desas-desus YB Zulkifli menjadi biduk percaturan Anwar untuk mengeruhkan hubungan dalam PR, seterusnya membuka jalan untuk menyertai UMNO? Adakah benar desas-desus keputusan kes liwatnya boleh ‘diatur’ jika beliau kembali ke dalam UMNO dan tidak akan mengugat status Najib sebagai PM?
Dalam politik.. tiada rakan yang kekal, dan tiada musuh yang kekal. Yang kekal ialah nafsu untuk berkuasa. Sejarah telah membuktikan Anwar boleh khianat kepada rakan-rakan karibnya sendiri seperti Dato Nalla, Tan Sri Vincent Tan, Dr Chandra, Ezam, Allahyarham Ghaffar Baba malahan cuba mengkhianati Tun Dr Mahathir juga.
Malahan.. Anwar juga boleh berbaik-baik semula dengan Hj Hadi, Nik Aziz, Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang pernah menjadi musuh ketatnya satu ketika dahulu.. Inilah perangai orang politik.
Harap-harapnya desas-desus tersebut tidak akan berlaku. Harap-harapnya ianya hanya khabar-khabar angin yang tidak berasas sama sekali..
Tetapi, sekiranya ia benar.. apakah tindakan PAS untuk kali ini? Yang pasti, kem Erdogan dalam PAS akan menerima malu besar dan akan menerima impak negatif yang cukup hebat dari ahli-ahli PAS. Masa yang bukan sedikit juga diperlukan untuk mengubat luka yang cukup dalam..
Pucuk pimpinan PAS seperti biasa akan berkata.. “Kita komited kepada perjuangan kita yang asal”. Itu benar.. tetapi tiada strategi khusus yang benar-benar menyakinkan untuk menjadi parti pembangkang yang dominan. Mahu tidak mahu, PAS harus lebih kreatif dan sanggup untuk membuat reformasi dalam parti. PAS tidak boleh berharap kepada pertolongan Allah semata-mata untuk berjaya, mereka juga harus berusaha untuk berjaya. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu, melainkan bangsa itu sendiri yang berusaha untuk mengubahnya..
PAS tidak bergantung semata-mata dengan undi Melayu sahaja, PAS tidak boleh mengkhususkan perjuangan untuk orang Islam sahaja.. Malaysia terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Pucuk pimpinan PAS haruslah lebih terbuka dalam konsep perjuangan yang lebih relevan dan ‘up-to-date’.
Harus diingat, golongan muda zaman sekarang lebih terbuka dan agresif.. malahan, UMNO gagal dalam PRU 12 sedikit-sebanyak digerakkan oleh golongan muda. Dalam PAS sedikit berbeza, mereka lebih taat dan hormat kepada golongan tua.. tetapi, hormat tidak semestinya bermaksud bersetuju. Jika Musa Hitam mengatakan UMNO terkena penyakit tua, sebenarnya PAS juga mengalami sindrom yang sama.. cuma tidak dinyatakan secara terbuka.
sumber - Cekka
1 ulasan:
lebih baik dia tak payah masok UMNO blk. nnt abes di'suntut' bontot org UMNO. kalo dia masok UMNO blk, aku tentang abes2an.
Catat Ulasan