MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Nov 2008

Apakah Anwar Menjadi Agen CIA?



Apakah Anwar Menjadi Agen CIA?


Oleh Yahaya Ismail

Banyak golongan masyarakat terkejut dengan ucapan Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore, yang memuji penunjuk-penunjuk perasaan reformasi sebagai “orang-orang yang berani” di Malaysia.

Ucapan Al Gore yang dianggap biadap, angkuh dan persetankan pandangan orang lain itu membuktikan bahawa Amerika sanggup memberi sokongan terhadap para demonstran anak-anak muda yang taksub dan buta politik kerana mimpi reformasi walaupun Amerika sedar kerajaan Malaysia sekarang adalah pilihan rakyat.

Secara rasmi Amerika nampaknya menyokong dan membantu penunjuk-penunjuk perasaan yang diperalatkan Anwar. Ini merupakan sebagai mencampuri urusan negara lain yang nampaknya menjadi mainan dasar Amerika sekarang ini. Amerika tahu sekali dalam lima tahun Malaysia mengadakan pilihan raya untuk memilih kerajaan baru. Ini sistem demokrasi yang juga diamalkan di Barat dan Amerika khasnya.

Apa yang diucapkan Al Gore bahawa Amerika mengagung-agungkan demokrasi ialah bullshit kerana ia kini menjadi penyokong reformasi yang hanya mendapat sokongan segelintir kecil rakyat di Malaysia.

Rakyat Malaysia yang cinta damai dan tahu menilai kepimpinan yang baik menganggap pemecatan Anwar sebagai wajar kerana Malaysia tidak boleh dipimpin oleh seorang yang mengamalkan homoseksualiti.

Ini berbeza dengan Barat di mana Britain mempunyai empat orang menteri homoseksual, dan barangkali juga ada antara pemimpin-pemimpin Amerika yang mengamalkan minat yang sama seperti Anwar.

Yang nyata rakyat Malaysia tidak boleh menerima seorang pemimpin negara yang perilaku seksnya keterlaluan seperti Bill Clinton hingga menjadi buah mulut manusia seluruh dunia. Juga mereka tidak boleh menerima Anwar Ibrahim yang lebih hebat lagi perilaku seksnya dari Clinton – sebagai seorang homoseksual.

Anwar dipecat oleh Perdana Menteri dan jemaah menteri kerana dituduh melakukan homoseksualiti. Ini kenyataan Mahathir sendiri, Anwar mungkin diterima sebagai menteri di Britain kerana masyarakat Barat mengamalkan kebebasan seks sekiranya ia menjadi warganegara British. Ia juga boleh diterima dengan tangan terbuka di Amerika kerana Presiden Amerika sendiri seorang yang rakus seks.

Malaysia sebuah negara Islam dan perilaku seks seperti Anwar dan Clinton memanglah tidak dipandang mulia oleh masyarakat majmuk di sini. Malah negara-negara lain di dunia, di mana nilai-nilai moral masyarakat lebih dibentuk oleh nilai-nilai keagamaan orang seperti Clinton dan Anwar tidak akan diterima sebagai pemimpin mereka.

Amerika menyokong Anwar kerana Anwar sanggup menjadi budak suruhan Washington oleh sebab dia terlalu gelojoh hendak merebut kuasa dari Mahathir. Anwar sedar sekiranya dia lambat menjadi Perdana Menteri rahsia homoseksualitinya akan tersebar luas dan ini akan menjejaskan kerjaya politiknya di masa depan.

Dia tahu polis telah mengetahui homoseksualiti sejak tahun 1992. sekiranya dia dapat menumpaskan Mahathir pada pemilihan UMNO tahun 1999 maka dia akan menjadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Dengan demikian fail mengenai hubungan homoseksualitinya akan ditutup rapat dan masyarakat umum tidak akan tahu rahsia itu.

Anwar juga sedar Mahathir kuat pengaruh politiknya dan bijak bermain politik bukan saja di medan kebangsaan tetapi juga antarabangsa. Sebahagian besar rakyat masih menyokong Mahathir. Walau pun dia banyak menabur janji, pink form dan projek bernilai berjuta-juta ringgit kerana kroni-kroninya dalam UMNO namun masih belum yakin tentang sokongan padu dari mereka. Oleh itu dia harus memastikan dia akan tetap menang sekiranya dia menentang Mahathir kelak.

Cuma satu kekuatan politik yang boleh digunakan iaitu meminta bantuan asing khasnya dari Amerika dan negara-negara Barat tertentu untuk mendapatkan sokongan moral, politik dan tekanan ekonomi sesuai dengan perubahan dan perkembangan politik di Malaysia. Sokongan Amerika amat penting kepada Anwar kerana Amerika menganggap dirinya sebagai polis dunia.

Justeru itu dia mengadakan hubungan yang erat dengan berbagai-bagai pemimpin Amerika termasuk Clinton yang sudah pasti menyokong Anwar kerana mereka mempunyai minat yang sama. Adalah menjadi dasar Amerika untuk melemahkan kekuatan politik Islam di peringkat antarabangsa.

Amerika kini menjadikan Iran, Iraq, Libya dan Malaysia sebagai sasarannya kerana para pemimpin di negara-negara tersebut dianggap anti Amerika dan Barat. Sebenarnya Barat khuatir kebangkitan pengaruh Islam di peringkat politik dan ekonomi Barat. Barat menganggap dirinya sebagai kuasa mutlak untuk memerintah dunia, dan hanya Barat yang berkulit putih sahaja yang harus menguasai cakerawala ini.

Banyak pihak menganggap sokongan Al Gore yang memuji segelintir penunjuk perasaan sebagai “orang yang berani” membuktikan Anwar adalah alat Amerika. Bukankah Wan Azizah juga menjadi alat Amerika hingga tanpa malu dan segan mengemis simpati meminta kerajaan asing membantu suaminya yang dituduh sebagai homoseksual itu?

Kalau Anwar bukan agen CIA di Malaysia mengapakah Al Gore begitu biadap sekali memperjuangkannya? Mengapakah William Cohen, seorang pemimpin Amerika keturunan Yahudi memberi penghormatan sebagai ketua negara kepada Anwar untuk memeriksa perbarisan penghormatan sewaktu Anwar melawat Amerika dahulu?

Jangan sekali-kali menganggap rakyat Malaysia bodoh dan bahlol seolah-olah tidak dapat menilai apa yang tersurat dan apa pula yang tersirat. Amerika tidak akan menyokong Anwar sekiranya dia anti Barat apa lagi kalau bertindak anti Amerika dalam ucapan mahu pun pelaksanaan dasar kerajaan kita.

Hingga kini Amerika sukar hendak menjatuhkan kepimpinan Iran, Iraq, Libya dan Malaysia kerana para pemimpin di negara-negara tersebut adalah tokoh-tokoh yang dihormati dan mendapat sokongan padu dari rakyatnya.

Sekiranya Amerika berjaya menghancurkan salah satu negara tersebut bermakna kekuatan Islam dan pemimpin Dunia Ketiga yang progresif dan anti Barat dapat dilumpuhkan. Amerika mahu negara-negara Dunia Ketiga melutut kepadanya dan para pemimpinnya akur dan sujud ke Washington.

Lain dengan Libya, Iran, Iraq dan Malaysia yang mempunyai maruah juga ada harga diri untuk mempertahankan kemerdekaan bangsa, agama dan negara dari penjajahan bentuk baru. Mahathir berusaha sedaya upaya mempertahankan kemerdekaan bangsa, agama dan negara dari penjajahan bentuk baru. Mahathir berusaha sedaya upaya mempertahankan kemerdekaan negara kita dari belenggu asing bukan saja di bidang politik tetapi juga ekonomi dan perdagangan.

Pemimpin yang mempunyai maruah dan harga diri tidak sanggup memperdagangkan nasib bangsa, agama dan negara kepada orang asing. Kemerdekaan tidak memberi apa-apa makna yang luhur dan membanggakan kalau pemimpin negara lemah dari segi moral hingga sanggup memperdagangkan kemerdekaan rakyat, agama dan bangsa kepada negara luar.


Anwar kini terjebak dalam mainan politik kotor Amerika. Dia sanggup menjual maruah bangsa dan negara kepada Amerika oleh sebab terlalu gelojoh hendak menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat. Rakyat yang memilih kepimpinan yang ada sekarang, dan sebelum dipecat, Anwar menjadi salah seorang pemimpin yang dijulang naik oleh rakyat melalui pilihan raya. Dia juga dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO oleh para perwakilan yang memberi undi kepadanya. Ini demokrasi di Malaysia. Dia tahu dan Amerika juga tahu.

Tapi oleh sebab dipecat dari kabinet dan parti dia mengambil jalan yang tidak demokratik untuk menjatuhkan kerajaan sekarang – iaitu demonstrasi yang memakai slogan “reformasi” yang ditiru dari pergolakan politik di Indonesia.

Rakyat Malaysia yang tidak buta politik ingin bertanya kepada Anwar dan “bapa tirinya” Amerika mengapakah kalian bercakap tentang keunggulan demokrasi tetapi tidak menghormati kerajaan yang dipilih rakyat di negara ini? Apakah demonstrasi jalanan yang memalukan negara dan bangsa sendiri itu dianggap perjuangan yang berlandaskan demokrasi?

Wahai Anwar! Jangan cuba mengkhianati perjuangan rakyat Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai boneka Amerika dan Barat. Para pejuang kemerdekaan di masa lampau berkorban dan bermati-matian memperjuangkan kemerdekaan negara dari belenggu penjajahan. Hari ini seluruh rakyat menghirup udara kemerdekaan yang segar hasil dari pengorbanan para pejuang di masa lalu.

Sebagai bangsa yang merdeka kita sendiri yang menentukan nasib bangsa, agama dan negara dan kita sanggup berkorabn apa saja untuk menjamin negara kita yang tercinta tidak dijajah semula dalam bentuk apa pun. Inilah harga kemerdekaan kita. Inilah perjuangan luhur seluruh rakyat berbilang kaum sejak 1957 hingga sekarang dan akan datang.

Kami adalah patriot Malaysia yang sanggup mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan kami walau pun dengan nyawa kami sendiri. Kami bukan dilahirkan ke dunia sebagai pengkhianat negara untuk mencari kesenangan peribadi atas penderitaan 20 juta umat Malaysia. Kami adalah anak watan yang hidup mati kami untuk mempertahankan kemerdekaan negara kami yang bebas merdeka dari kuasa asing dalam bentuk apa saja. Kami mempertahankan hak rakyat dan kemerdekaan negara dari penjajahan bentuk baru. Kami tidak mahu seorang pemimpin kami pada hari ini dan masa depan.

Wahai Anwar! Apakah anda masih ingat satu peristiwa yang dirakamkan dalam Sejarah Melayu tentang nasib Sang Rajuna Tapa yang meminta bantuan Majapahit untuk menghancurkan negaranya sendiri? Dia dibunuh sebagai pengkhianat. Begitu juga kaum keluarganya. Rumahnya di buang ke laut. Malah tapak rumahnya juga dihancur leburkan supaya tidak ada tinggalan bekasnya. Itu balasan terhadap pengkhianat negara pada zaman purba.

Anda sendiri menjadi banduan akibat perbuatan anda dan salah laku anda. Jangan salahkan Mahathir, kerajaan, UMNO dan rakyat kerana ada terjebak dalam lingkaran nafsu buatan sendiri. Bukan salah ibu mengandung tetapi salah sendiri. Juga bukan salah isterimu yang mencintaimu, juga anak-anak kesayanganmu. Sepandai-pandai tupai akhirnya jatuh ke tanah juga. Kalau tak ada api mana datang asapnya. Kalau tak ada angin masakan daun bergoyang.

Jangan cerita tentang konspirasi Mahathir yang hendak menjatuhkan anta. Mengapa anta tidak menceritakan kepada umum konspirasi anta yang berjaya meruntuhkan beberapa orang pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan juga nasional?

Apakah anda tidak terlibat secara langsung dalam kejatuhan Tun Daim sebagai ketua bahagian Merbok? Sanusi Junid di Langkawi? Rahim Thamby Chik sebagai Ketua Pemuda dan Ketua Menteri Melaka? Mat Taib di Selangor? Rafidah sebagai Ketua Wanita? Pak Lah sebagai Ketua Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang? Jangan amalkan buang batu sembunyi tangan.

Kita ingin bertanya kepada Anwar benar atau tidak memainkan peranan penting dalam kemasukan semula Shirley Gordon (memakai nama Islam Elijah) yang diusir sebagai pesona non grata oleh Tun Razak di masa lalu kerana dianggap sebagai agen CIA?

Dikatakan Shirley Gordon diterima semula memasuki Malaysia setelah Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri. Menurut satu sumber yang layak dipercayai Shirley Gordon mempunyai pengaruh dan hubungan politik yang baik dengan berbagai-bagai pemimpin negara bukan saja di Malaysia tetapi juga di Timur Tengah termasuk setengah pemimpin Palestin. Juga dikatakan perempuan warganegara Amerika ini mempunyai hubungan politik yang mesra dengan Anwar sejak Anwar dalam UMNO hingga sekarang.

Dikatakan Anwar pernah memperkenalkan sebagai pemimpin politik Islam di Asia, India dan juga Timur Tengah kepada perempuan keturunan Amerika ini. Dikatakan orang ini masih berada di Malaysia dan kononnya masih menjalankan kerja-kerja “amal”.

Tentulah Anwar akan menafikan Fatimah Sham binti Hamid Tuah, seorang aktivis sosial yang dinamik, anak peneroka terkenal Hamid Tuah, sangat kenal dengan tugas yang dijalankan perempuan Amerika tersebut bukan saja di tanah air kita yang tercinta tetapi juga di Lubnan membantu pejuang-pejuang Palestin.

Menurut Fatimah Sham, Shirley Gordon ada hubungan tertentu dengan Anwar sejak Anwar menjadi Menteri kabinet lagi.

Sekiranya Anwar tidak mempunyai hubungan yang paling rapat dengan Amerika masakan dia diberi penghormatan memeriksa perbarisan dalam lawatannya ke Amerika. Banyak orang berkata penghormatan tersebut, menurut protokol, hanya untuk ketua-ketua negara dan bukan untuk sebarang menteri Anwar sendiri mengaku William Cohen (Setiausaha Pertahanan) Amerika, adalah sahabat karibnya.

Orang tidak mempertikaikan hubungan persahabatan Anwar dengan pemimpin-pemimpin asing. Mahathir juga mempunyai banyak sahabat dari negara-negara luar. Malah tokoh-tokoh korporat juga ada hubungan bisnes dan persahabatan dengan teman-teman mereka di luar negara.

Setiap manusia mempunyai hak untuk bersahabat dengan siapa saja ia suka. Tapi sekiranya persahabatan dan kemesraan yang baik dengan orang asing boleh menimbulkan syak wasangka dan menyebabkan seseorang boleh terperangkap dalam dunia pengutipan atau dipaksa menjadi agen perisik kuasa luar, atau dengan kerelaan hatinya untuk menjual maruah dan kepentingan negara kepada kuasa asing, maka rakyat berjiwa kebangsaan dan patriotik tidak boleh menerima pemimpin yang sanggup menjadi tali barut kuasa asing.

Menjadi tanggungjawab moral dan tuntutan agama bagi kita mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air dengan segala pengorbanan harta jiwa kita sekali pun.

Pemimpin boleh datang dan pergi tetapi kemerdekaan dan kedaulatan tanah air yang tercinta tidak boleh diperdagangkan dan setiap warganegara yang pariotik akan menentang siapa saja yang sanggup menjadi agen kuasa luar.


AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Banyak yang perlu dirungkai kenapa beliau begitu pro Amerika..Ancaman bunuh sehingga beliau sanggup ke kedutaan Turki juga perlu dikaji...adakah ada kaitan dengan CIA? Adakah misi CIA beliau gagal? Jika dari Malaysia..kenapa sekarang beliau boleh menyampaikan ceramahnya tanpa gangguan...

Fikir-fikirlah sendiri..

Unknown berkata...

di-fahamkan ada lah penting pengaruh-pengaruh seperti ini dalam mana-mana negara sekalipun..yang mana difahamkan bahawa mahathir dengan pengaruh KGB dan anwar dengan pengaruh CIA,begitu juga dollah dengan pengaruh CIA..entah lah..!