MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Nov 2008

Anwar - Buih-buih yang sedang berantakan



Anwar - Buih-buih yang sedang berantakan


Oleh:Putera_Adnan

Kejayaan ideologi populis Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya lalu umpama mimpi menjadi realiti. Majoriti pengundi Pakatan Rakyat percaya Anwar mampu memberikan mereka satu era baru dalam politik negara ini. Anwar pada tanggal 9 April 2008 umpama “phoenix rise from its ashes.”

Mati hidup semula kata Jamal Abdillah. Para pentaksub Anwar mengiyakan apa sahaja kata-kata Anwar selepas itu kerana keajaiban telah berlaku.Mereka melihat keajaiban yang berlaku bukan kerana protes rakyat, bukan kerana pengundi dan bukan kerana kelemahan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Sebaliknya mereka melihat kemenangan Pakatan Rakyat adalah atas kebijaksanaan dan keajaiban Anwar bin Ibrahim.

Kemenangan Anwar dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu tambah meyakin para sebahagian rakyat bahawa hanya masa yang akan menentukan bila Anwar akan menjadi Perdana Menteri. Justeru itu, Apabila Anwar mendakwa ia akan mengambil alih kepimpinan pada 16 September, ramai yang percaya terhadap kata-kata indah Anwar ini. Malangnya di sinilah bermulanya kesilapan Anwar.

Ahli silap mata yang hebat juga kadang-kala melakukan kesilapan. Kata orang sepandai-pandai tupai melompat, pasti sekali sekala jatuh juga ke tanah. Tindakan beliau meletakkan satu tarikh yang terlalu hampir menyebabkan kehebatannya tercalar dengan cepat. Apabila beliau gagal menubuhkan kerajaan pada 16 September seperti yang beliau janjikan, imej dan kredebiliti beliau mula goyang. Kemudian beliau berjanji lagi bahawa kalau bukan 16 September pun, akan berlaku dalam masa yang terdekat lagi. Malangnya ia juga tidak berlaku.

Anwar hari ini yang bercita-cita mahu masuk ke Parlimen sebagai Perdana Menteri, hari ini terpaksa menjadi Ketua Pembangkang. Anwar sudah kehilangan magis yang menyatukan ahli-ahli politik ektrem dalam Pakatan Rakyat. Anwar sudah kehilangan magis yang berjaya menukarkan parti-parti ekstrem kepada parti-parti liberal.

Siapa pernah sangka ahli Parlimen Pas (Khalid Samad) akan berucap dalam Gereja di Shah Alam menyokong penggunaan nama Allah dalam Bible bahasa Melayu. Suatu ketika dahulu jangan kata membenarkan penggunaan nama Allah dalam bible, membenarkan Bible dalam bahasa Melayu juga boleh meyebabkan munculnya Ibrahim Libya kedua.

Siapa pernah sangka magis Anwar berupaya menjadikan Pas melupakan perjuangan hududnya dan sekarang bercakap soal hak asasi manusia ala barat dan sanggup bertakbir ketika kafir seperti DAP berceramah memfitnah orang Islam lain. Siapa pula sangka magis Anwar berupaya menukar Pas dari membela nasib golongan teraniaya atau mangsa kepada menyokong kemungkaran Anwar.

Malangnya, hari ini magis Anwar sudah hilang. Pakatan rakyat sedang berantakan dari dalam. Wakil-wakil rakyat mereka yang dipilih secara semberono telah mula menunjukkan belang. Selain skandal seks dan rasuah di Perak, EXCO Selangor pula sudah dihadapkan ke mahkamah kerana menghalang polis menutup pusat pelacuran.Di Pulau Pinang sendiri orang Melayu penyokong Anwar boleh melihat sama ada Anwar yang hebat atauLim Guan Eng yang berkuasa.

Suara-suara protes dari dalam sudah kedengaran. ia bukan lagi soal apakah ada krisis antara parti Pakatan Rakyat. Sebaliknya persoalannya bila krisis tersebut akan meletup keluar. Imej-imej kehebatan Anwar sedikit demi sedikit sedang terhakis. Buih-buih yang dicipta untuk merakamkan kehebatan dan karismatik Anwar sedang mula berpecah dan berantakan sehingga menjelmakan wajah sebenar Anwar. Biarpun para penyokongnya di media internet sedang bertungkus lumus melakukan “Kawalan Kemusnahan” (damage control), namun ia sekadar membeli masa.

Wallahuwaalam..

sumber - sahabat mantap


1 ulasan:

Atui Dtabasan berkata...

elehhhhhhh apa juga kalau setakat newsweek, kalau ana punya banyak duit ana pun boleh buat gambar macam tu. bayar pada mana-mana editor untuk buat cerita mengenai kita lepas tu bayar pada NW supaya pampang gambar kita.....
dan kepada pentaksub2 Anwar( ana suka perkataan ini ada tanding dengan kata-kata retorik anwar)jangan suka sangat dengan kepuusan PRU12 dan kemudian angkuh kunun mahu itu dan ini.. kamu masih kalah dan belum jadi pemerintah. apa-apa pun boleh cadangkan kepada 5 negeri kamurang takluk, bila masuk PRU13 nanti baru tahu apa itu undi protes.