Sudah berpuluh puluh tahun, belum pernah sekalipun kita mendengar berita bahawa salah sebuah anak syarikat kerajaan Selangor iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor [PKNS] diketuai oleh bukan melayu.
Sebut sahaja PKNS, anak jati Selangor sudah boleh membayangkan peluang menyewa atau memiliki rumah serta hartanah. Bahkan boleh juga memasang impian memulakan perniagaan sekiranya mahu menyewa tapak kedai milik perbadanan anak syarikat kerajaan Selangor ini.
Malah melalui PKNS, suatu ketika dahulu ada terdapat skim sewa beli rumah di beberapa daerah dalam negeri terkaya ini. Sekitar awal tahun 1990an ramai rakyat melayu turut sama menyewa rumah rumah pangsa PKNS dan ada juga yang akhirnya memiliki rumah tersebut apabila layak menjadikan sewaan yang dibayar bertahun tahun itu diambil kira sebagai deposit oleh pengurusan PKNS.
Sehubungan dengan perenggan diatas tadi, agak ketara dilihat hampir kesemua projek perumahan PKNS didiami oleh golongan berbangsa melayu. Reka bentuk dan nilai harga rumah yang didirikan itu dikira bersesuaian dengan kemampuan dan pendapatan majoriti rakyat Selangor yang berbangsa melayu berpendapatan menengah rendah. Apatah lagi kebanyakan projek perumahan PKNS ada memberikan potongan diskaun 7% kepada pembeli pembeli Bumiputera.
Kalau hendak dibandingkan pula dengan kemampuan golongan melayu Selangor, seandainya mahu membeli rumah yang agak elit dan lebih mahal di Lembah Klang yang dibangunkan oleh beberapa syarikat syarikat gergasi yang menguasai perniagaan hartanah ternyata jelas jurangnya.
Rekod menunjukkan PKNS banyak membantu peningkatan ekonomi rakyat melayu Selangor. Sebagai contoh, lihat sahaja keadaan sekeliling di Kompleks PKNS Shah Alam. Perniagaan pelbagai jenis dimiliki oleh kaum bumiputera. Pengunjung pengunjungnya juga hampir 100% melayu. Agak pelik kalau kita mendengar gedung beli belah ini menjadi tumpuan rakyat bukan melayu yang dilihat lebih selesa berbelanja di Subang Parade, IOI Mall Puchong, One Utama dan beberapa lagi pusat membeli belah yang lain.
Janganlah pula disalah tafsir, bukan tidak ada rakyat melayu di Lembah Klang yang mampu berbelanja di gedung eksklusif seperti Sunway Pyramid dan sebagainya, tetapi ia lebih memihak kepada golongan yang berpendapatan tinggi.
PKNS sinonim dengan eknomi rakyat melayu di Selangor….
Oleh itu, apabila Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengumumkan Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS menggantikan Datuk Harun Salim, maka keputusan ini mengundang rasa tidak puas hati dikalangan ramai pihak dan mendapat bantahan pemimpin-pemimpin melayu, termasuk Persatuan Pegawai Kanan PKNS dan EXCO PAS dalam kerajaan Selangor yang mahukan seorang pegawai tinggi melayu sebagai calon mengisikan kekosongan tersebut.
Low Siew Moi, 57 tahun dikatakan sudah berpuluh tahun bersama PKNS dan Khalid berpendapat inilah calon paling sesuai kerana dianggap amat memahami selok belok pentadbiran PKNS setelah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengurus Besar Pembangunan Korporat serta mengawasi portfolio kewangan Perbadanan itu.
Low juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah PKNS Infra Bhd dan juga adalah Non Executive Director kepada Sunway City Berhad semenjak tahun 1999.
Jelas terbukti bahawa tindakan Khalid ini membuka satu kontrovesi dan protes dikalangan kaum melayu. Malah dalam satu memorandum yang ditanda tangani oleh pegawai pegawai atasan, ketua ketua jabatan, ahli kelab sukan, ahli persatuan agama islam serta kakitangan PKNS sendiri mahukan pemimpin melayu menggantikan tempat Datuk Harun Salim. Menurut mereka PKNS ditubuhkan untuk agenda melayu maka seharusnya dipimpin oleh pemimpin melayu.
Namun begitu Khalid Ibrahim tetap berdegil mempertahankan keputusannya walaupun telah disuarakan secara face to face dengan pemimpin nombor satu PAS Selangor, Dato Dr Hassan Ali. Selesai pertemuan itu, Khalid ada memberikan ‘counter offer’ akan memendekkan tempoh Low sekiranya Hassan Ali mampu mengemukakan calon yang lebih layak menandingi pilihan hati Khalid Ibrahim.
Sekiranya teman dalam saf kepimpinan pentadbiran kerajaan Selangor sendiri seperti Hassan Ali gagal mengubah keputusan Khalid Ibrahim, apalah yang diharapkan oleh rakyat Selangor berbangsa melayu…..?
Di suatu sudut yang lain pula, tindakan Khalid ini mendapat tepukan gemuruh daripada ramai pimpinan DAP. Difahamkan sewaktu Dewan Undangan Negeri bersidang semalam, ada dua wakil rakyat DAP yang berbahas menyambut baik keputusan MB Selangor ini.
Hari ini di Malaysiakini pula menyiarkan kenyataan Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Ibrahim menyokong sepenuhnya perlantikan Low Siew Moi.
Dari sudut politik pula, jelaslah bahawa Khalid Ibrahim masih belum selesai “membayar habuan” kepada kaum bukan melayu kerana memberikan kemenangan kepada wakil wakil rakyat PKR dalam pilihanraya ke 12 yang lalu……
Sumber - Medan Info Kita
3 ulasan:
webmaster,
tksh atas penyiaran tulisan ini...
dunia harus tahu ketempangan pemerintahan khalid yg menggunakan konsep anwarisme sanggup jadi kuda tunggangan bangsa lain!
gadai bangsa!
asalkan berkuasa...
Salam sejahtela,
AIDC, lu mannyak pandai pilih gambar lorr. Itu lua olang macam ala positif dan negative punya attlaction ... manyyak padan, macam pingan dibelah lua, kemudian kena penyek dengan itu steamroll.
Kalu itu Bapak liwat OLANG BOLOH no 1 lalam Malaysia, ini MB Selangor alalah OLANG BOLOH no. 1 in the making maa. Dia punya cakap selta tindakan macam Anwar punya lancau maaa. Soli, wa telpaksa mencalut sebab wa talak taw dia punya IQ lendah tahap mana lorr. Kenapa wa kata sama?? Sebab lua2 letak meleka punya otak dekat itu kepala kecil maa. Itu Kalid, dali plojek babi, kontlovesi UiTM, tipu pasal mau kasi air pelcuma, kilang arak yang masih gah, pusat2 judi, pelacuran yg masih mannyaakkk di selangor, dan sikalang mau kasi itu babi jadi pemangku pengurus besar. Haiyya. wa lasa lia punya otak lagi kecil dali dia punya tahi mata lorr. Itu sebab anwar manyyaakk suka sama lia. Boloh punya olang, talak maluah sama denagn itu MB Pelak.
Wa manyakkk sakit hati lorr. Wa manyyaakk doa supaya ini semua munafik punya olang kasi mampuss kena telan bumi maaa... Seluruh olang Islam jadi kacau bilau sebab meleka dan babi-babi meleka.
Haiyyaaaaaa
Bagus2!..sy mmg suke bace artikel ni..kalau org melayu,rakyat malaysia x bukak mata taktau lah.Lepas satu persatu khalid beri cadangan semuanya byk berpihak ke arah yg kepentingan bukan melayu.
Kalau belum mmerintah pun PAs x bule nk halang keputusan khalid.apetah lagi nk duduk sama baris dlm barisan perikatan..Mana nak dengar suara melayu pasni. pikir la sendiri!
Catat Ulasan