MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Okt 2008

Prosiding perbicaraan kes liwat Anwar disambung hari ini, 31 Oktober..

Prosiding perbicaraan kes liwat yang dihadapi Ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim akan disambung semula hari ini, 31 Oktober, di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta.

Prosiding dalam kes Anwar masih di peringkat hujah bantahan terhadap permohonan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden tidak membantah permohonan penangguhan itu memandangkan Anwar harus hadir ke Parlimen.

Anwar, 61, kini Ketua Pembangkang di Parlimen mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, pada 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.

Jika sabit kesalahan, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang juga memperuntukkan hukuman sebatan tetapi hanya terpakai kepada seseorang yang berumur bawah 50 tahun.

Anwar dibebaskan dengan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin.

Hakim S.M.Komathy Suppiah berkata Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk menentukan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Catatan berita AIDC

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam
Anwar sahaja nak mengelak mengenai peguam negara dan itu ini, untuk melambatkan rahsia coffee boy beliau terbongkat..hal membawa saiful ke Hong Kong dan sebagainya. kerana bercanggah dengan kenyataan awal beliau yang saiful hanya kakitangan PRU 12...Siapa pengecut?
Mahkamah sila cepat selesaikan hal ini,jangan layan rayuan bodoh beliau. Tak sabar nak tengok rahsia beliau dibongkar, biar rakyat marhaen semua tahu siapa anwar..si penipu

Wassalam

Kembara Politik berkata...

Lain macam je perjalanan kes ni...Hakim orang Anwar ke?

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan blog...

blog anda antara blog2 yg saya himpunkan di blog saya :

beritamalaysiakini

dipersilakan jenguk dan memberi pendapat setiap berita yang disiar di blog saya.

tq

THE PUREHADHARIST berkata...

Keadilan Sosial ? : HANYA SLOGAN KOSONG DARI ANWAR. ( JUGA SEDIKIT KOMEN RAJA KOMANDO TENTANG DSAI) LAYARI http//pure-hadharist.blogspot.com

AIDC berkata...

salam beritamalaysiakini & purehadarist..

Terima kasih beritamalaysiakini kerana sudi beri bantuan hari ini dan sebelumnya..

saya tak mampu balas segala jasa baik sdr, hanya kepadaNYA saya mampu berdoa agar sdr diberi ganjaran yang sewajarnya..

purehadharist, terima kasih sudi berkunjung dan izinkan saya ambil artikel itu untuk siaran di sini.

Sebelum saya membina blog ini, antara blog yang pernah saya lawati adalah blog sdr.

Seingat saya, sebelum ini, blog sdr pernah mendahului beberapa isu berkaitan Anwar misalnya berkaitan dgn Anwar dan Salman Rushdie dan Anwar Islam Liberal..

Saya juga melihat, idea sdr pernah disedut di blog2 lain, tetapi sayang tanpa memberi kredit kepada usaha anda..

Saya ingat, kredit juga harus diberi kepada pemilik asal, kerana bukan senang untuk membongkarkan sesuatu perkara yang belum diketahui oleh orang lain sebelum ini..

Mungkin kita tahu, mungkin orang lain tak mengetahui. Bagi kita benda lama, tetapi mungkin bagi org lain benda baru..

Umpama membaca sebuah buku, buku yang dibaca 10 tahun lalu, mungkin bebeza daya kefahamannya jika dibaca hari ini..

Walhal buku yang sama, tetapi daya pemahaman berbeza2, sesuai dgn daya kefahaman kita..

Apa yang kita percaya betul hari ini, tidak semua akan dipersetujui oleh semua orang..

Jadi tugas kita untuk menjelaskan satu persatu hujah2 mengatakan idea kita itu betul..

Mungkin mengambil masa, tetapi apabila kefahaman itu telah muncul dalam diri seseorang akan membuatkan ia bertambah yakin dan menjadikan hujah itu sebagai landasan hidupnya..

Pesan kepada diri saya dan semua blogger anti anwar, jangan mudah berpuas hati dengan usaha kita dan jangan mudah kecewa jika ada pihak menolak idea kita..

Hari ini mereka menolak, setahun lagi belum tentu, tetapi perlukan kesabaran kita untuk bertahan..

Kita perlu bekerjasama antara satu sama lain, kerana itulah faktor kekuatan..sering bertukar maklumat antara satu sama lain..

jangan mudah putus asa dan kita teruskan perjuangan berasaskan keyakinan diri sendiri kerana itulah faktor paling penting dalam mengenali erti perjuangan..