Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal menjadi Perdana Menteri tak perlu melatah dengan tindakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaafar yang mencabar agar membubarkan Parlimen.
Lupakan Pakatan Rakyat yang hanya pandai beretorik tapi sebenarnya habuk pun tarak.
Itu adalah satu tindakan orang yang terdesak bila mana pada realitinya mereka mengetahui Anwar Ibrahim hanya bercakap kosong sekadar untuk menyedapkan hati penyokong Pakatan Rakyat yang telah diperbodohkan oleh Anwar yang hanya mahu rakyat mengalihkan perhatian dari isu sebenar iaitu kes liwatnya.
Pelbagai alasan diberikan kononnya ianya tak menjadi kenyataan pada 16 September lalu kerana Pak Lah menolak surat yang dihantar oleh Pakatan Rakyat berhubung penubuhan kerajaan baru.
Kalau benar mereka mempunyai nombor yang mencukupi untuk membentuk kerajaan, buat apa tunggu lagi? Ini membuktikan mereka hanya bercakap kosong dan beretorik semata-mata menyedapkan hati pengikut mereka yang ditipu macam si Tipah.
Malaysia adalah salah sebuah negara Islam. Menerajui OIC pula dan takkanlah Perdana Menteri sebuah negara Islam adalah seorang yang suka pada sesama jenis?
Mungkin PAS sudah terlupa sebab banyak sangat kelentong rakyat tapi rakyat tak lupa dengan panggilan al juburi yang mereka berikan pada Anwar Ibrahim.
Itulah yang dikatakan bila nak menipu tu, ingat-ingatlah apa yang pernah ditipu dulu sebab penipu mungkin terlupa tapi yang ditipu akan ingat sampai bila-bila.
Dulu dicanangkan 16 September 2008, lepas tu sebelum Aidil Adha, selepas ini mungkin sebelum Krismas, sebelum Tahun Baru 2009, sebelum Valentine's Day, sebelum April Fool sampailah Raja Liwat itu meninggal dunia pada tahun yang tak diketahui bila.
Parti kalah yang berlagak menang itu hanya nak menipu dan memperdayakan rakyat sedangkan mereka sebenarnya tak tahu apa pun dalam nak mentadbir negeri dan menjana pendapatan negeri.
Abaikan pemimpin Pakatan Rakyat yang gemar beretorik kosong dan menghabiskan masa menipu rakyat semata-mata.
sumber - Isuhot.com
2 ulasan:
Salam Bro,
Macam nilah teknik Bro Anwar nak alihkan fakta dan ceta sebenar.....
Nak alih macam mana pun tetapkan terbongkar gak satu hari nanti... Sumandak cuma tertanya-tanya kat dalam gambar ni yang sebelah Bro Anwar tu dah lesap kat Indonesia ke.....
Kesian kat dia sanggup menyembungikan diri demi memartabatkan maruah Bro Nawar tapi diri sendiri terseksa
Salam semua,
Sila pilih jawapan yg betul
1. Masa PRU12, PKR menguasai Kerusi Parlimen dan DUN bagi negeri Kedah.
a. Ya b. Tidak
2. Masa PRU12, PKR menguasai Kerusi Parlimen dan DUN bagi Pulau Pinang.
a. Ya b. Tidak
3. Masa PRU12, PKR menguasai Kerusi Parlimen dan DUN bagi Negeri Perak.
a. Ya b. Tidak
4. Masa PRU12, PKR menguasai Kerusi Parlimen dan DUN bagi Negeri Kelantan.
a. Ya b. Tidak
5. Masa PRU12, PKR menguasai Kerusi Parlimen dan DUN bagi Negeri Selangor.
a. Ya b. Tidak
6. Jadi adakah penasihat PKR layak memimpin negara sedangkan kemenangan PAKATAN dalam 5 negeri bergandung pada parti-parti yang lain?
a. Ya b. Tidak
7. Adakah Anwar berjaya mencapai matlamat 16 September?
a. Ya b. Tidak
8. Adakah Anwar berjaya mencapai matlamat 23 September?
a. Ya b. Tidak
9. Adakah Anwar berjaya mencapai matlamat 1 October?
a. Ya b. Tidak
10. Adakah komentar-komentar di AI blog semakin bertambah?
a. Ya b. Tidak
11. Adakah komen-komen taksub penyokong Anwar semakin bertambah di blog tersebut?
a. Ya b. Tidak
12. Adakah Najib yang telah bersumpah laknat ditimpa bala selepas 45 hari bersumpah?
a. Ya b. Tidak
13. Adakah Anwar, selepas 45 hari Saiful bersumpah telah hidup dengan aman damai, tenteram jiwa dan raga?
a. Ya b. Tidak
14. Adakah perlu bagi orang yang benar dan punya cukup bukti bahawa dia adalah benar ...mempunyai lebih dari 5 orang peguambela untuk menghadapi kes liwatnya?
a. Ya b. Tidak
15. Adakah perlu untuk membawa coffeeboy ke luar negara selain dari setiausaha sulit?
a. Ya b. Tidak
16. Adakah Anwar tiada kaitan dengan YAHUDI?
a. Ya b. Tidak
17. Adakah Anwar pakar ekonomi Malaysia dan dunia?
a. Ya b. Tidak
18. Adakah Anwar menulis semua text ucapannya?
a. Ya b. Tidak
19. Adakan text ucapan Anwar mempunyai isi-isi yang bernas dan membina minda?
a. Ya b. Tidak
20. Adakah Anwar seorang yang boleh dipercayai?
a. Ya b. Tidak
21. Adakah Anwar layak untuk menjadi PM Malaysia yang ke 6 atau ke 7 atau ke 21?
a. Ya b. Tidak
Terima Kasih
Catat Ulasan