Tinjauan mendapati sokongan kepada calon Presiden Demokrat melonjak
WASHINGTON: Calon Presiden Parti Demokrat, Barack Obama, memegang kelebihan 11 mata di depan lawannya dari Parti Republikan, John McCain, berdasarkan tinjauan majalah Newsweek semalam ketika Amerika Syarikat dilanda masalah ekonomi.
Obama kini memegang kelebihan 52 peratus berbanding 41 peratus bagi McCain di kalangan pengundi berdaftar berbanding tinjauan sebulan lalu apabila dua calon itu terikat 46 peratus pada permulaan krisis ekonomi.
Sebanyak 86 peratus daripada 1,212 pengundi terbabit dalam tinjauan berkata, mereka tidak puas hati dengan keadaan di Amerika dan hanya 10 peratus berpuas hati.
Malah, hanya 25 peratus responden berkenaan tidak puas hati dengan Presiden George W Bush, mendekati rekod terendah Presiden Harold Truman iaitu 22 peratus, pada 1952, kata majalah itu.
Obama mendahului sokongan dalam semua kategori kecuali keselamatan dan isu keganasan.
Sebanyak 54 peratus responden menyokong Obama dan 35 peratus menyokong McCain dalam isu ekonomi; 56 peratus menyokong Obama dan 30 peratus McCain dalam isu jagaan kesihatan.
Dalam satu lagi tinjauan pendapat, Obama mendahului McCain dengan kelebihan empat mata yang disifatkan persaingan sengit dalam usaha menawan Rumah Putih.
Tinjauan Reuters/C-SPAN/Zogby yang diumumkan menunjukkan Obama meraih 48 peratus berbanding McCain, 44 peratus undi. Kelebihan Obama itu, bagaimanapun, berkurangan satu mata berbanding satu mata, kelmarin.
"Apa yang kita boleh katakan, ini mencerminkan satu aliran persaingan sengit," kata penyelidik tinjauan, John Zogby.
Obama mengekalkan kelebihan 11 mata di kalangan wanita dan sembilan mata di kalangan pengundi bebas - dua kumpulan penting dalam pemilihan Presiden pada 4 November ini.
Senator Illinois yang jika menang, bakal menjadi Presiden kulit hitam pertama Amerika, memperoleh sokongan lebih sembilan orang bagi setiap 10 pengundi kulit hitam yang juga pengundi Demokrat paling setia.
Obama juga meraih sokongan di kalangan enam bagi setiap 10 penduduk berketurunan Amerika Selatan.
Senator kulit hitam itu mendahului persaingan selepas berlakunya masalah kegawatan ekonomi sejak berminggu lalu yang menyaksikan pasaran saham Amerika menjunam sehingga memaksa kerajaan memperkenalkan pakej bantuan AS$700 bilion (RM2.24 trilion) bagi menyelamatkan institusi kewangannya.
McCain, Senator Arizona, memiliki kelebihan 15 mata di kalangan pengundi kulit putih dan sokongan kecil bagi mereka berpendapatan tinggi, pengundi lelaki dan penganut Katolik.
Tetapi, tinjauan pendapat terbaru menunjukkan McCain semakin disisihkan golongan pekerja kulit putih yang sebaliknya beranggapan Obama mampu menangani kemelut ekonomi yang melanda Amerika sekarang. Reuters
sumber - Berita Harian
1 ulasan:
obama kalau datang bertanding di permatang pauh.....saya rasa tak balik deposit.....frust tertongeng dalam tempayan budu...mana boleh lawan anwar....semua isu dan masalah rakyat...dialah yang akan jadi juaranya...tiada dua,tiada tiga...hanya anwar saja....itulah hebatnya penangan anwar dihati sanubari pengikutnya.....cakap apa saja...anwar boleh belaka....semuanya bisa bagi anwar....
obama kena datang malaysia...bawa pulut kuning,ayam panggang dan setandan pisang lidi untuk menuntut ilmu dengan anwar...barulah boleh membawa harapan baru untuk amerika......lidah obama mesti dilembutkan dan dijelirkan panjang sedikit,kalau tidak menjadi bercabang tiga macam anwar pun,jadi bergulung gulung sikit pun tak apa la....dah cukup untuk kelentong warga US.
tapi satu je yang saya bimbang...memandangkan tarikh bertanding obama pada 4 november ni...maka saya khuatir obama tidak sempat khatam bab ilmu lakonan dan ilmu air muka tebal dan selamba yang merupakan ilmu tertinggi yang anwar miliki....satu lagi..ilmu mengorat dan bermain dengan kata-kata berbunga....anwarlah sifunya...
namun sekiranya obama betul-betul datang untuk menuntut ilmu dengan anwar...anwar akan malu besar... sebab...obama boleh jadi presiden amerika lepas 4 november...tapi guru obama...anwar...asyik asyik tunda tarikh nak jadi PM je....kes liwatnya pun asyik asyik tunda je....namun orang seperti anwar akan tetap menjadi PM biarpun hanya sekali didalam mimpi......
Catat Ulasan