MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Okt 2008

Terkini : Mahkamah Sesyen Benarkan Pembelaan Hujah Kesahihan Sijil Pindah Ditangguhkan Esok

07 Oktober, 2008 14:40 PM

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini memutuskan ia mempunyai budi bicara untuk mendengar hujahan berhubung bantahan pihak pembelaan yang mempersoalkan kesahihan sijil dikemukakan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Hakim S.M.Komathy Suppiah menolak bantahan awal pihak pendakwaan yang berhujah adalah mandatori bagi Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 418A (3) Kanun Prosedur Jenayah untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi sebaik sahaja sijil pindah dikeluarkan oleh pendakwaan.

Beliau membuat keputusan itu berdasarkan empat kes undang-undang termasuk kes rasuah bekas Pengarah Urusan Sawit Kinabalu Group Datuk Wasli Mohamad Said yang memutuskan Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk menentukan kesahihan sjil pindah yang dipersoalkan itu.

Beliau juga menolak permohonan Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, Ketua Unit Pendakwaan di Pejabat Peguam Negara bagi penangguhan pelaksanaan keputusan yang dibuatnya sementara menunggu pihak pendakwaan memfailkan semakan di Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, Komathy membenarkan permohonan pendakwaan bagi Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun memfailkan afidavit untuk menyokong hujahan (pendakwaan) berhubung bantahan pihak pembelaan itu.

Komathy kemudian menangguhkan prosiding ke 2.30 petang untuk mendengar hujahan.

Anwar, 60, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Pembangkang yang baru dilantik di Dewan Rakyat berikutan kemenangannya dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh itu menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan tetapi tidak akan menghadapi hukuman sebatan kerana sudah berusia lebih 50 tahun.

Anwar dibebaskan dengan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin.

Pasukan pembelaan terdiri daripada Sulaiman Abdullah, Sankara N.Nair, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin.

Mohamed Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat dan Shamsul Sulaiman mewakili pasukan pendakwaan.

sumber - Bernama







Tiada ulasan: