MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

31 Okt 2008

Kes Liwat Anwar: Permohonan pindah kes ditangguh jam 3 petang

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disambung semula pagi ini, ditangguhkan sehingga pukul 3 petang ini selepas pasukan peguam bela menyampaikan hujah tambahan meminta Hakim S. Komathy Suppiah tidak memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi.

Peguam bela yang diketuai Sulaiman Abdullah mengemukakan hujah tambahan berhubung isu campur tangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang telah menandatangani surat kuasa memindahkan kes tersebut.


Sementara itu, pasukan pendakwa raya turut mengemukakan hujah tambahan berkaitan isu tersebut.

Hakim menangguhkan sidang sehingga pukul 3 petang ini.

Mahkamah bersidang kira-kira tiga jam sejak pukul 9.15 pagi tadi.

Mahkamah kini mendengar permohonan pendakwa raya untuk memindahkan kes liwat ini ke Mahkamah Tinggi.

Kes Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan masuk hari ketujuh di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini selepas ditangguhkan pada 8 Oktober lalu.

Perbicaraan kes liwat Anwar masih berada di peringkat awal dengan mahkamah mendengar hujah bantahan pihak pembelaan berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Hujah bantahan oleh pihak pembelaan melibatkan persoalan mengenai tandatangan Peguam Negara pada sijil perakuan yang dilampirkan kepada mahkamah untuk memindahkan kes tersebut di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.

Persoalan itu timbul kerana Abdul Gani kini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah Anwar membuat laporan polis terhadapnya.

Terdahulu Anwar tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada pukul 9 pagi bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sumber: mStar Online

Tiada ulasan: