MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Okt 2008

AnwarGate: Anwar & Kisah Kerajaan 16 September


+++++Video setakat ini sahaja+++++




6 ulasan:

wokyoh berkata...

salam aidc..

sudah jelas,terang lagi bersuluh..pada minit ke 0.27 itu anwar berkata " KAWAN TERTENTU diluar negara bertanya kenapa anda perlu tulis surat kepada PM untuk buat sidang tergempar...."

ingin saya menarik perhatian semua siapakah KAWAN TERTENTU yang anwar maksudkan itu???siapa mereka???
ini jelas menunjukkan ada beberapa orang diluar malaysia(disifatkan oleh anwar sebagai kawan) yang cuba mengatur peralihan kuasa pada 916.

sebenarnya,bagi saya, kata kata anwar tersebut juga sekaligus menjawab atau memberi alasan kepada "orang orang tertentu" kenapa dia gagal dalam projek 916.

Bila dateline yang diberi tidak menjadi anwar menggesa PM memanggil MP bersidang untuk membuat usul tidak percaya.

Bila ditanya oleh pengacara kenapa dia tak "deliver",maksudnya- mengusul undi tidak percaya di parlimen....anwar jawab dia dah beri dateline dan numbers....
itulah anwar yang bijak berdalih....dia juga memberi alasan bahawa notis usul tidak percaya bukan automatik...ia mestilah melalui procedure dan perlu kelulusan dulu.

Ayat "before we let you to go" oleh pengacara itu seakan bermaksud anwar telah diarah atau dipaksa untuk diwawancara dan disusuli dengan soalan killer ...tentang komitmentnya untuk mengambil alih kuasa..."what is your new dateline?" itu boleh disifatkan sebagai arahan atau tekanan dari pihak tertentu disebalik wawancara untuk anwar meneruskan lagi misi yang gagal pada 916.
selepas itu anwar berkata "..insyaAllah...will proved THEM. to malaysia....this country need to changes"....siapa "THEM" itu???biasanya "them" mewakili "beberapa orang".Adakah itu janji baru anwar kepada pihak pihak tertentu di luar sana??? fikir fikirkanlah!

dia juga selalu tegaskan...we have the numbers....we have the numbers...tapi bila dibidas dan dicabar oleh paklah supaya senaraikan jumlah numbers tu...anwar berdalih lagi...
malah anwar terus membuat dateline dateline baru seperti sebelum aidiladha dan banyak lagi....
namun sekiranya penyokong anwar bijak membaca taktik anwar....kata kata " much more difficult" atau "near impossible" untuk mengambil alih kerajaan yang keluar dari mulut anwar dalam wawancara diatas adalah ayat sastera auta anwar yang boleh saya katakan sama dengan "mustahil" atau "not impossible".itulah anwar...memang dia juga pandai bermain kata kata dan agak pandai berpolitik, tapi tidak kena caranya.mungkin sebab itu jugalah dr chandra dulu terpengaruh dengan anwar ni.

Bagi saya...rasanya..wawancara itu juga telah dirancang oleh individu tertentu...kerana political consultant yang mengulas itu rasanya dari Angkara,turki.dia juga memasukkan jarum memuji anwar sebagai ahli politik yang bijak kerana boleh memancing 49% undi rakyat pada PRU12.

Yang menghairankan saya ialah kenapa di belakang consultant itu berlatar belakangkan malaysia dengan menara berkembar petronas nya....dari mana datangnya angka 49% itu???,saya pun tak pasti....jika berfikir sedikit diluar kotak... sekiranya betul angka 49% itu hasil kajian pakar politik itu....
maka benarlah...agenda dan projek anwar dirancang diluar negara oleh pakar pakar tertentu.kalau tidak masakan mereka mendapat analisa statistik itu secara sembrono sahaja tanpa kajian mendalam terhadap sosiopolitik negara kita.dan kalau bukan untuk tujuan sesuatu,mengapa harus dibuat kajian yang sebegitu rupa oleh mereka yang bukan dari golongan kerajaan atau pembangkang dari negara ini sendiri.mungkin mereka juga berbincang bagaimana ingin menggunakan anwar semaksimun mungkin untuk menjayakan misi mereka di malaysia dan nusantara ini.maka semestilah anwar sering dipantau,dikaji dan diarah dalam setiap tindakannya.

Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada saudara anwar supaya sedar yang segala tindak tanduknya itu tidak mendatangkan keuntungan kepada agama,bangsa dan tanahair malah beliau mungkin hanya dijadikan alat oleh pihak tertentu saja.

bila melihat GUS DUR dibaptis digereja dan merelakan dirinya didoakan oleh paderi Kristian untuk mencelikkan matanya yang buta itu...,saya merasakan sesuatu yang tidak kena dan bimbang bila GUS DUR juga sanggup datang ke Permatang Pauh berkempen untuk anwar....

Pengiktirafan barat kepada ANWAR dan GUS DUR sebagai TOKOH "ISLAM MODERATE" itu juga ..membuatkan saya makin merasakan sesuatu yang tidak kena.Ditambah pula dengan kenyataan dr chandra yang anwar ini amat bahaya...dan bila direnungi kata kata Tun Dr Mahathir dulu yang anwar ada hubungan dengan golongan yang disebut "neo-cons"...makin membuatkan saya teramat bimbang...bimbang kepada nasib agama islam,nasib anak bangsa saya dan nasib masa depan negara saya.

dalam pada itu saya juga bimbang akan nasib anwar sendiri sekiranya agenda demi agenda yang tak berkesudahan ini akan hanya memakan diri sendiri..penyudahan tragis kepada karier politik benazir bhutto sudah cukup bagi mereka yang suka mengambil hikmah atau pengajaran dari sesuatu peristiwa.

Semoga Allah melindungi negara kita ini dan selamat dari segala bentuk musibah.

red berkata...

poyo la nuar ni..gilo ke apa..itu la ini la..sembang kuat sgt..sapa awek baru bang nuar? :)

Truth prevails berkata...

Bravo to wokyoh!..

True indeed,the usage of the words " much more difficult" or "near impossible" in English simply means IMPOSSIBLE and EXTREMELY HARD...

That is Al-Juburi....the greatest orator and the best actor in this century.

AIDC berkata...

Salam Wok Yoh..

Satu pandangan yang teliti yang sangat menarik..

Insya Allah, pandangan sdr itu saya akan kembangkan dalam bentuk video susulan supaya ia lebih bertahan lama dan lebih meluas sebarannya.

Teruskan memberi pandangan2 kritis anda itu yang mungkin boleh membuka akal fikir orang lain..

bravo bro..

Kembara Politik berkata...

Bravo wokyoh!

Mungkin wokyoh & AIDC boleh panjangkan maklumat tersebut dalam bentuk artikel yang lebih teratur.

Hanya satu cadangan...

Salam Perjuangan!

wokyoh berkata...

Salam aidc dan semua pengunjung aidc..

Terima kasih atas pujian dan sokongan kawan kawan semua.Syukur kehadrat ilahi kerana masih diberi sedikit keupayaan untuk menulis dan memberi komen disini.Syukur juga dipanjatkan kepada Allah swt,Yang Maha bijaksana,Maha Pencipta ,Maha perkasa dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu… kerana masih memberikan saya sedikit daya kekuatan untuk menulis,tangan saya masih tidak lumpuh,jemari saya masih mampu menaip,akal saya masih boleh berfungsi untuk menegakkan kebenaran dan seluruh ahli keluarga saya masih sihat,cergas dan tidak lembek.

Prinsip perjuangan saya seiring dengan aidc....aku menulis bukan kerana nama...hanya ingin sedikit berbakti dijalan Allah...bukan untuk mengharapkan pujian orang,jauh sekali untuk jadi popular,apa lagi untuk menjadi blogger politik yang terbilang dengan menggunakan nama yang hebat hebat,gagah perkasa dan digeruni oleh semua orang dialam siber,tidak sesekali ingin menjadi juara atau yang terbaik diantara kita,bukan jua mengharapkan syurga atau ganjaran melimpah ruah dari Allah,hanya ingin mencari redha Allah....walau dimana Allah mentakdirkan saya..disyurga atau neraka..saya akan redha...siapalah kita...hanya hamba...maka layakkah kita meminta itu dan ini ,meminta balasan setiap pekerjaan kita sedangkan Allah telah menjadikan kita sebagai hambanya dan tujuan kita hanyalah untuk beribadat kepadaNya.

Tujuan saya memberi komen di blog ini bukan untuk mencari populariti atau cuba mempromosikan tuan punya blog ini.Sesungguhnya saya hormati tuan punya blog ini…AIDC…. sebagai seorang yang punyai objektif dan misi yang tersendiri dengan memberikan FOKUS dan skop penulisan HANYA untuk manusia bernama ANWAR IBRAHIM sahaja .Bagi saya,cara pemikiran,kaedah penulisan,gaya bahasa,lontaran idea,garapan fakta,pembikinan video dan kesinambungan isi yang berkait kait HANYA berlegar sekitar isu anwar sahaja membuktikan tuan punya blog ini adalah seorang yang istimewa dan pernah terlibat dengan penulisan penulisan ilmiah dan kritis.Sumber- sumber rujukan terpilih termasuk buku buku politik,majalah,video,sumber internet,rencana rencana terpilih yang merentasi daerah pemikiran dari timur ke barat dan melewati sempadan sosio-budaya dari utara ke selatan ,menyusup masuk ke daerah pemikiran zionis-dajjal,menyelam dan mencari makna serta mengupas perbandingan pemikiran muslim dan kuffar,menemukan pertembungan pemikiran islam liberal,demokrasi liberal…
menterjemah,menyusun,merencana kembali…serta merungkai rancangan jahat zionis,…segalanya dijelmakan melalui blog kreatif ini….AIDC…tahniah dan syabas saya ucapkan….sesungguhnya ia memerlukan komitmen dan usaha yang jitu sebenarnya.Percayalah… usaha dan jasa anda bukan sedikit nilainya disisi Allah jika anda jujur dan ikhlas dalam segalanya.!!!


Saya begitu berminat mengikuti blog AIDC ini…seperti juga saya selalu mengikuti blog chedet.com…kerana bagi saya blog ini cukup menarik…..tun dr mahathir…contohnya…adalah seorang pemimpin unggul, pemikir hebat dan sekaligus sebagai seorang penulis yang berbakat dan berkarisma…namun dia juga insan biasa,punyai kelemahan diri juga,tidak maksum….namun apa yang pasti lontaran ideanya nampak jelas oleh setiap pembaca malah kita boleh merasa seolah-olah dia menulis dari hati ke pena terus kehati kita…jadi tidak hairanlah jika ramai orang yang berkunjung keblog chedet.com.Tulisannya pasal pengurusan sampah pun ramai orang yang memberi komen diblognya.Buku- bukunya yang pernah menjadi kontroversi seperti “malay dilemma” cukup menarik dan penuh dengan idea,gagasan untuk agama,bangsa dan negara pada masa anak melayu masih jauh tertinggal dalam bidang pelajaran dan ekonomi…...Dari penulisannya pembaca dapat menilai tahap kecerdikannya cukup terserlah.Itu tidak boleh dinafikan oleh semua,kalau tidak masakan tok guru nik aziz memuji kecerdikan Tun dan berdoa semoga tun masuk pas bila tun keluar umno dulu.Oleh itu bila ada orang yang mempertikaikan populariti blog chedet.com dan menuduh pengunjung yang memberi komen disana bertaraf hantu,saya amat berasa hairan ….komen-komen yang diberi biasanya dalam bahasa inggeris kecuali komen hamba …wokyoh…yang selalu dalam bahasa ibunda dan kadang kadang bahasa klate budu…dari cara tulisan dan gaya bahasa inggeris mereka biasanya kita boleh agak dari mana mereka belajar…dan apakah tahap pendidikan mereka…yang pasti hantu hantu di malaysia yang dibawah tempurung atau blogger blogger politik picisan kekampungan ini biasanya tidak mampu menulis dengan bahasa yang sebegitu rupa…

Bagi saya,seorang penulis atau blogger mestilah bersikap terbuka,sabar dalam menerima setiap kritikan orang,bijak dan berlembut bahasa bila menjawab kembali kritikan orang…ramai orang benci dengan kritikan sebenarnya padahal dalam dunia ini benda benda yang paling berharga yang tidak perlu dibeli ialah senyuman dan kritikan orang.Janganlah mudah kita memperBODOHkan atau memBERUKkan orang yang mengkritik kita,jawablah kritikan orang dengan hujah dan fakta yang meyakinkan orang kalau betul kita BIJAK.Kalau setakat kita buka blog dan ingin menyumpah seranah orang,menulis dan menyokong orang yang kita suka sahaja,malah lebih teruk lagi memanggil nama orang dengan KERA JANTAN(KJ),beruk,orang utan dan komunis adalah menampakkan tahap pemikiran kita yang dangkal,bodoh sombong ,muflis idea,bangkrup fakta,kebudak budakan dan masih bergelumang dengan nafsu ammarah biss suuk lagi.Kadang kadang diri kita boleh dicerminkan melalui penulisan dan perbuatan kita.Sifat ujub diri dan takbur adalah dugaan terbesar si salik menuju tuhannya….dek kerana merasa diri mulia diperbuat dari api berbanding adam yang diperbuat dari tanah,IBLIS telah menempah neraka terlebih dahulu dari kita.

Bila kita bodoh sombong,orang pun benci pada kita kerana ego kita,maka orang pun kuranglah menjenguk rumah kita.Orang tetap tak mahu bagi komen walaupun kita menampalkan gambar orang yang hebat,panglima pujaan kita yang berbaju melayu, bersamping, siap menghunus dan mencium keris hikmat,bergelang kayu kokka bahtera nabi nuh pun…orang malas nak bagi komen….Lepas tu kita pula naik hairan kenapa rumah orang lain ramai pengunjung sedangkan rumah kita yang berhias indah tak ramai yang datang,kalau ada yang singgah pun hanya sekadar menunjukkan sikap setiakawan saja,tak lebih dari itu,atau ada yang singgah untuk menghentam tuan rumah saja.Maka kita makin susah hati,lalu kita pun berhalusinasi dan berdelusi disiang hari bahawa orang yang datang kerumah jiran kita itu adalah bertaraf hantu.Bukan setakat itu saja,bila sifat irihati , hasad dengki,dendam kesumat serta sikap mengadu domba,kita canang kan keseluruh alam maya komen dan tulisan hantu dirumah jiran kita,padahal kita yang mulakan sengketa,kita juga menolak salam perdamaian dan persahabatan.Mungkin dengan cara itu orang akan percaya kata kata kita,tapi rupanya ramai yang cerdik dan celik matahati….mana ada hantu disiang hari….maka tinggallah kita dalam dunia schizophrenic kita yang tersendiri…terus mencari diri dan erti…..lalu salam perpaduan diberi…namun apakah salam kita akan bersambut bila madu yang orang hulurkan racun yang kita balas???


Ramai yang mengaku menjadi pejuang islam dan bersemangat untuk berbakti dijalan Allah,tetapi ramai yang tidak mengambil iktibar dari sirah perjuangan rasullah.Kisah kisah ini diabadikan dan dikenal sebagai ilmu al-maghazi.ilmu ini dihafal dan dipelihara oleh setiap pejuang kebenaran.
Dari segi syarak,jihad mempunyai dua pengertian iaitu umum dan khusus.
Jihad pada pengertian umum ialah segala daya usaha dan segenap kekuatan yang dicurahkan untuk menegakkan hukum atau perintah Allah di atas muka bumi ini dan membersihkan taghut yang menjadi penghalang kepada jalan dakwah.Jihad umum merangkumi semua jenis jihad iaitu jihad mali(harta),jihad tablighi(menyampaikan dakwah),jihad ta’limi(pembelajaran),jihad siyasi(politik),jihad qital(peperangan).

Jihad khusus yang dimaksudkan oleh sebahagian besar ulama ialah jihad Qital atau Qital fi Sabilillah iaitu berperang mengangkat senjata dan berdepan dengan musuh dialam nyata,bukan dialam siber.Sayyid Abul ‘Ala al –Maududi dalam kitabnya Mabadiul islam,ms 147, menyebut “setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam dengan menggunakan segala yang ada padanya daripada harta benda,jiwa-raga,penulisan pena,kata kata lidah,maka ia tanpa ragu lagi tergolong dalam orang yang berjihad dijalan Allah dengan pengertian jihad yang umum.Akan tetapi kalimah jihad ini juga diungkapkan untuk pengertian jihad yang khusus iaitu peperangan yang dilakukan oleh kaum muslimin untuk menentang musuh musuh islam kerana mengharapkan semata mata keredhaan Allah tanpa ada sedikit pun tujuan duniawi.”

Dikalangan ulama ada yang memberikan pengertian yang lebih umum kepada jihad dengan memasukkan sama mujahadah iaitu jihad melawan hawa nafsu dan syaitan.
Untuk menjadi JUNDULLAH sejati,hendaklah kita melengkapkan diri kita dengan kekuatan iman dan amal.Disini saya suka memetik contoh,imam as syahid Hasan Al Banna telah meletakkan jihad sebagai salah satu daripada 10 ikrar perjuangan “bai-ah” kepada setiap ‘amilin(para petugas)’ bagi jamaah ikhwanul-muslimun iaitu faham,ikhlas,bekerja,jihad,berkorban,taat setia,Thabat(tidak berganjak),tajarrud(bebas),ukhwah dan thiqah(percaya).

Maka,sebagai penutup bicara…marilah kita renungi sabda rasulullah s.a.w..”barang siapa mati padahal ia tidak berperang dan tidak pun pernah berniat hendak berperang,maka matilah ia seperti mati jahiyah”….serendah rendah martabat jihad itu ialah mengingkari dengan hati,dan setinggi tingginya ialah qital fi sabilillah.maka…”dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar benarnya”..Al-Haj: 78.Apa yang pasti,kita sebagai generasi umat islam akhir zaman kini mesti menyedari bahawa detik dan saat untuk kita berjihad pasti dating.Pada saat itu dihadapan kita hanya ada dua pilihan; samada rela terkorban sebagai seorang syuhada atau mati tanpa ada harga dan nilai disisi Allah SWT.

Wassalam…salam perjuangan….wokyoh.