SELEPAS menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air, di atas flatform penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim telah terbang ke United Kingdom pada 24 Januari 2005. Katanya dijemput oleh Sir Christopher Patten, Gabenor British terakhir di Hong kong dan sekarang menjadi Pesuruhjaya Hal Ehwal Antarabangsa di Eropah, untuk menjadi Fellow Kanan di Saints Anthony’s College, Oxford.
Ketika di London, pada 23 Februari 2005, Anwar mengambil kesempatan mengadakan perbincangan dengan Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat dan Mary Robinson, bekas Presiden Ireland (1990 – 1997).
Dalam kenyataan media Azmin Ali, yang turut menerima undangan Al Gore untuk menganggotai Lembaga Penasihat sebuah syarikat pelaburan antarabangsa, Generation Investment Management Group yang berpusat di London.
Pada 24 Februari, Anwar juga diraikan dalam satu majlis makan tengahari oleh Jim Wolfensohn, Presiden Bank Dunia di pejabatnya., di Washington D.C.
Pada sebelah petangnya Anwar turut menga dakan pertemuan selama 45 minit dengan Penasihat Presiden Bush dan Pengarah National Security Council,iaitu Elliots Abrams di White House.
Pemangku Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Robert Zoellick juga menemui beliau di hotel penginapannya.
Pada tarikh itu itu beliau ditemani oleh Azmin dan Khalid Jaafar telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat di Pentagon.
Ini merupakan pertemuan kedua Anwar dan Timbalan Setiausaha Pertahanan AS itu, selepas Paul Wolfowitz pernah melawat Anwar ketika menjalani rawatan di Munich, Jerman.
Pada 27 Februari, Anwar telah mengunjungi dan mengadakan perbincangan dengan bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, iaitu Madeline Albright.
Pada tarikh yang sama beliau turut mengambil kesempatan berjumpa dengan pengurus dana terkenal, Joseph E. Robert Jr., Pengerusi J.E.Robert Companies, di USA.
Majlis ini turut dihadiri oleh Duta Besar Colombia ke Amerika Syarikat; Ambassador Luis Alberto Moreno, Duta Singapura ke Amerika Syarikat, Ambassador Chan dan beberapa tokoh perniagaan dan media.
Pada 1 Mac, Anwar Ibrahim sekali lagi berlepas ke New York untuk mengadakan pertemuan dengan Robert E. Rubin, Director, Chairman of The Executive Committee of Citigroup yang juga bekas Menteri Kewangan Amerika Syarikat, di Ibu Pejabat Citigroup, New York.
Daripada fakta-fakta yang dikemukakan di atas jelas kehadiran beliau di London banyak digunakan untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin utama politik dan syarikat korporat, UK dan AS berbanding dengan tujuan asalnya sebagai tenaga akademik.
Beberapa persoalan yang masih bermain di fikiran rakyat, adakah keberangkatannya ke benua barat itu mempunyai agenda yang tersirat ?
Malah menjadi tanda tanya hingga ke hari ini kalau benar beliau mahu menjadi tenaga akademik, kenapa beliau tidak hadir seorang diri, seperti mana tenaga akademik yang lain.
Apa motif beliau membawa bersama-sama, tiga pemimpin utama PKR, iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR, Azmin Ali, Naib Presiden PKR dan Khalid Jaafar, Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD)?
Sebelum pilihan raya umum 2004, Lokman Noor Adam, bekas Setiausaha Pemuda Keadilan telah membuat pendedahan bahawa Parti Keadilan menerima bantuan asing dalam pilihan raya 1999.
Lokman turut menamakan Khalid Jaafar sebagai perantara menerima bantuan itu melalui Syarikat Gelora Sdn Bhd.
Menurutnya lagi, Khalid juga mempunyai akauan persendirian di Citibank, New York.
Dalam pendedahan itu Lokman turut menunjukkan bukti slip-slip akuan bank yang menunjukkan pengaliran wang dari luar negara ke dalam akuan Pengarah IKD itu.
sumber - Idealis Mahasiswa
1 ulasan:
modal lama juga bro.... yang baru mana aku nak spin kan....
Catat Ulasan