MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Okt 2008

Anwar mahu larangan ke atas media ditarik balik

KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Mahkamah Sesyen, di sini menarik balik larangan yang dikenakan ke atas media daripada melaporkan kandungan bahan bukti berhubung kejadian 'mata lebam' Anwar.

Peguambela utama Anwar, Sulaiman Abdullah, berkata media tidak seharusnya dihalang berbuat demikian kerana kandungan bahan bukti itu dibaca di mahkamah terbuka, menjadikan afidavit Anwar yang mengandungi bahan bukti itu sebagai dokumen awam.


Anwar memfailkan afidavit bagi menyokong permohonannya untuk membantah langkah pihak pendakwaan untuk memindahkan perbicaraan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Beliau mempersoalkan kesahan sijil pemindahan itu yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berikutan laporan polis yang dibuat oleh Anwar berhubung pemalsuan keterangan.

Sulaiman berhujah di hadapan Hakim S M Komathy Suppiah bahawa tiga bahan bukti berkenaan iaitu dua pernyataan tuntutan yang masing-masing difailkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pegawai penyiasat kes Anwar pada 1998 Anwar, Datuk Mat Zain Ibrahim serta laporan akhbar mengenai kejadian itu yang dibaca di mahkamah terbuka. - Bernama

Tiada ulasan: