MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Okt 2008

Anwar Dibidas Desak Kerajaan Kemuka Bajet 2009 Baru

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas kerana mendesak kerajaan mengemukakan Bajet 2009 yang baru memandangkan ia perlu dibahas bagi memastikan segala perancangannya terlaksana demi rakyat.

Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) berkata Bajet 2009 merupakan bajet prihatin yang menggariskan beberapa strategi untuk memastikan kesejahteraan rakyat.

"Saya pelik apabila (Yang Berhormat) Permatang Pauh mengatakan Bajet ini ditolak kerana unjuran pendapatan dan defisit sudah berubah tetapi dia sendiri berbahas hampir enam jam.

"Yang lebih penting pada kita adalah Bajet 2009 merupakan satu anggaran yang boleh dikaji semula berunsurkan kepada perancangan dan ia patut dilaksanakan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 di sini hari ini.

Mohd Puad juga menafikan dakwaan Anwar (PKR-Permatang Pauh) bahawa anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) hanya menjadi "hamba" atau "pak turut" kepada kerajaan kerana membahaskan Bajet yang sudah lapuk.

"Tidak boleh dikatakan bahawa anggota Parlimen BN ini pak turut, kita perlu bahas Bajet ini kerana ia boleh dikaji semula dan pelaksanaannya akan dilaksanakan atau tidak," katanya.

Beliau juga kecewa kerana apa yang dibahaskan Anwar semalam yang mengkritik soal ekonomi negara dan politik pernah beliau lalui semasa dalam kerajaan dahulu.

"Saya sebenarnya sukar untuk bersetuju dengan Permatang Pauh kerana apa yang dikatakan oleh beliau juga berlaku ketika beliau menjadi Menteri Kewangan dahulu. Kita harus cari jalan, ini penting sebab itu saya kata jangan kritik isu yang sebenarnya berlaku ketika (Anwar) berkuasa dulu," katanya.

Perbahasan beliau kemudian menjadi hangat sedikit apabila membangkitkan isu mengenai penyokong Hindraf yang membuat kekecohan pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada awal bulan ini.

"Hindraf sekarang buat tuntutan yang bukan-bukan ini jelas sekali pada majlis rumah terbuka. Datanglah dengan bersopan, bayangkan jika saya ganggu Deepavali Padang Serai (N.Gobalakrishnan) tentulah marah kerana ini ada kaitan dengan agama boleh menyinggung perasaan orang Islam," kata Mohd Puad.

Kenyataannya itu menyebabkan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) bangun meminta penjelasan bahawa para penyokong tersebut datang dengan niat yang baik untuk menghantar kad dan mengucap Selamat Hari Raya kepada Perdana Menteri.

"Penyokong tidak datang untuk ditindas atau menyinggung perasaan. Bila orang pergi ke satu jamuan dengan niat yang baik dan beri kad Hari Raya kenapa perlu ditindas dengan keras," katanya.

Mohd Puad kemudian menjawab dengan berkata: "Sebab itu kita dengar penjelasan daripada Perdana Menteri, yang ucap Selamat Hari Raya cuma seorang, yang datang ramai-ramai kemudian rempuh laluan buat apa. Carilah suasana yang lebih sesuai."

sumber- bernama

Tiada ulasan: