MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Sep 2008

VERSI BARU ANWAR IBRAHIM; JAMALUDDIN AL-AFGHANI

BismiLlahi Rahmaan nir Rahiim. Alhamdu liLlahi wa salamun ibadihil ladhi-n-astafa. Rabbi zidni 'ilma, war zuqni fahma.

RABBI A’UUZUBIKA MIN HAMAZAATIS SHAYAATIIN, WA A’UUZBIKA RABBI AN YAHDURUUN!

PENDIRIAN ANWAR IBRAHIM BAHAWA PROGRAM PEMBAHARUAN ISLAM YANG DIPELUPURI OLEHNYA KINI ADALAH KESINAMBUNGAN KEPADA GERAKAN-GERAKAN PEMBAHARUAN YANG TELAH LAMA BERLAKU DI DUNIA ISLAM SEJAK DARI ABAD KE 19 LAGI.
'
Anwar Ibrahim sentiasa mengambarkan bahawa di Dunia Islam kini telah wujud satu gelombang baru yang besar yang beliau namakan sebagai Pembaharuan Islam dan menurut beliau ianya hanyalah satu lagi fasa kepada proses Pembaharuan Islam itu dan ianya adalah pula berkesinambungan kepada gerakan-gerakan pembaharuan yang telah lama berlaku di Dunia Islam sejak dari Abad ke 19 lagi.

Bagi memahami keadaan serta konteks bagi apa yang diyakini oleh Anwar Ibrahim ini, kita tiada pilihan kecuali untuk membuka kembali lembaran-lembaran sejarah pahit-manis serta mengutip peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada Zaman yang diwar-war dan dibanggakan oleh Anwar Ibrahim iaitu di sekitar Abad Ke 19 (terutamanya di awal Abad tersebut) yang merupakan detik permulaan kepada segala-galanya bagi Anwar Ibrahim dan pemikirannya. Dari situ kita kemudiannya akan cuba mengenali makna hakiki ‘Gerakan Pembaharuan Islam’ ini, sebagaimana yang begitu dikagumi oleh Anwar Ibrahim ini yang dianggap beliau sebagai satu Masa Pencerahan atau ‘Enlightenment Period’.

Dalam membentangkan dua subjek utama ini iaitu; Keadaan Sosial-Politik Dunia di Sekitar Abad Ke 19 dan ‘Gerakan Pembaharuan Islam’ ini, Faqir KorbanDemokrasi akan mengambil pendekatan adil iaitu hanya untuk membentangkannya dengan tiada kecenderungan dan bias kepada mana-mana peristiwa sejarah itu agar dengan itu tidak berlaku korupsi atau kecenderungan untuk cuba menggelapkan sebahagian dari titik sejarah yang penting dan dengan itu pula membolehkan kita benar-benar mengenalinya serta mengambarkan detik-detik itu di dalam minda kita.

Bertolak dari itu, barulah Faqir KorbanDemokrasi akan melakukan kajian kritis dan rumusan ke atas pandangan Anwar Ibrahim sesuai dengan konteks yang telah beliau ketengahkan itu, insyaAllah!.


Keadaan Sosial-Politik Dunia di Sekitar Abad Ke 19

Pada akhir Abad ke 18 dan awal Abad ke 19 telah berlaku beberapa revolusi-revolusi dan evolusi-evolusi di Barat terutamanya di Eropah yang kemudiannya telah dengan radikalnya merubah lanskap sosial-politik Dunia keseluruhannya.

Revolusi adalah dimaksudkan dengan perubahan secara mendadak di dalam kekuasaan atau struktur organisasi dan ianya berlaku dalam satu tempoh yang relatifnya singkat. Revolusi yang dimaksudkan seperti di atas adalah Revolusi Amerika dan Revolusi Perancis. Di masa yang sama terdapat kuasa-kuasa besar di ketika itu dan yang paling utama yang melibatkan Dunia Islam ialah Empayar Khalifah Islamiyyah Otthmaniyyah dan Empayar British (Inggeris). Perubahan dari struktur Kuasa-kuasa Besar Dunia juga berlaku di Abad tersebut.


Sekilas Pandang Tentang Revolusi Amerika

Revolusi Amerika adalah dirujukkan dengan masa di akhir pertengahan Abad ke 18 di mana 13 wilayah-wilayah jajahan takluk Empayar British di tanah Amerika telah keluar dari Empayar British tersebut dan kemudiannya menubuhkan Amerika Syarikat (United States of America).


Era Revolusi Amerika ini bermula pada tahun 1763 apabila gangguan-gangguan ketenteraan oleh Peranchis keatas Utara British Amerika (salah satu wilayah di Utara Amerika) berakhir kerana Peranchis disibukkan dengan krisis dalaman politik dan kewangan mereka. British diketika itu yang merupakan Penjajah Amerika telah mengenakan beban-beban yang berat di segi percukaian dan perundangan terhadap wilayah-wilayah jajahan takluknya itu untuk membiayai program pertahanannya.

Memandangkan wilayah-wilayah jajahan takluk tersebut tidak mempunyai perwakilan di Parlimen British, banyaklah dari wilayah-wilayah jajahannya yang berpendirian bahawa pengenaan beban-beban itu adalah tidak sah dan merupakan pelanggaran kepada hak-hak jajahan takluk yang juga sebahagian besarnya terdiri dari Bangsa yang sama dengan British. Kumpulan-kumpulan Patriot (wirawan-wirawan) mula diwujudkan yang mengadakan kongres-kongres mereka sendiri yang berakhir dengan lahirnya Kongres Jajahan yang kemudiannya menubuhkan institusi pentadbiran mereka sendiri sebagai saingan kepada pentadbiran sedia ada oleh British bagi jajahan-jajahan itu.

Beberapa tahun kemudian, apabila bertambah nyata persaingan berkenaan, maka Kongres-Kongres Jajahan tersebut telah menubuhkan Kongres Bersatu yang menyatukan Kongres-Kongres Jajahan itu. Pertembungan dan peperangan seterusnya berlaku di antara Institusi yang baru ditubuhkan itu dengan pihak Penjajah British dan British kemudiannya yang cuba memperkuatkan kembali geggamannya terhadap Amerika hanya mampu mempertahankan kawasan-kawasan di persisiran pantai Amerika.

Ini adalah kerana Kongres Bersatu kuat disokong oleh rakyat Amerika sendiri dan oleh saingan utama Empayar British iaitu Empayar Peranchis. Pada 1776 kemudiannya 13 jajahan takluk itu mengistiharkan keluar dari Empayar British dan menubuhkan negara berdaulat dan merdeka yang bernama Amerika Syarikat.

Idea John Locke berhubung dengan Liberalisma adalah merupakan falsafah terpenting yang berada di belakang Revolusi Amerika itu dan kemudiannya pembentukan Perlembagaan berdasarkan kepada kontrak sosial yang dipersetujui bersama.

Dari kemerdekaannya maka bermulalah pula pengembangan kuasa takluk oleh mereka ‘rakyat Amerika Syarikat’ ini, ke sebelah Barat Amerika dimana siri-siri peperangan berlaku dengan penduduk Asli Asal Amerika iaitu Kaum Red Indian. Di masa yang sama juga Amerika mula menerima penghijrahan dari berbagai jenis bangsa bagi mempercepatkan proses Industrialisasi di Negara tersebut. Penghijrahan oleh kaum Yahudi dari Eropah Timur pada Abad ke 19 adalah di antaranya yang paling banyak memberi kesan kepada proses Industrialisasi tersebut.


Sekilas Pandang Tentang Revolusi Peranchis

Di Peranchis pula period antara 1789 – 1799 adalah merupakan period kebangkitan sosial dan politik yang begitu hebat di Negara tersebut. Revolusi di Peranchis itu tercetus ketika Raja Peranchis Raja Louis XVI mencuba untuk menyelesaikan krisis kewangan yang dihadapi oleh Negara tersebut yang bermula selewat-lewatnya pada pertengahan Abad ke 18.

Golongan Bangsawan Liberal dan Penyokong-Penyokong Kerajaan telah bertembung berhubung dengan pertikaian keatas polisi-polisi baru yang dicadangkan oleh Raja melalui kaedah yang didakwa sebagai tidak betul oleh Golongan Liberal. Pertikaian kemudiannya meningkat menjadi lebih parah dimana Golongan Liberal in mula menyusun barisan mereka dan Raja terpaksa bertindak menyekat aktiviti-aktiviti mereka terutamanya pembentukan Perhimpunan Kebangsaan oleh Golongan Liberal itu.

Necker, Menteri Kewangan Peranchis di ketika itu yang condong kepada Golongan Liberal pula telah menasihati Raja untuk bercermat dan ini membangkitkan kemurkaan Raja yang kemudiannya melucutkan jawatannya. Ramai dari rakyat Peranchis terutamanya di Paris yang menyaksikan peristiwa perlucutan jawatan itu merasakan bahawa terdapat kecenderungan oleh Raja untuk melakukan pengambilalihan kuasa bersama penyokong-penyokongnya dan sebagai tindakan balas berlakulah protes dan pemberontakan terhadap Raja.

Ringkasnya, berlakulah tragedi rusuhan, anarki dan kecurian-kecurian di Paris sehingga akhirnya kumpulan perusuh ini mendapat sokongan dari anggota-anggota Pertahanan Peranchis yang juga termasuk pihak tenteranya. Raja yang melihat keadaan sudah tidak dapat dikawal kemudiannya telah melarikan diri dari Paris dengan Gabenornya yang tidak sempat melarikan diri telah dibunuh oleh perusuh-perusuh revolusi. Pemberontakan akhirnya tidak dapat dibendung lagi dengan laungan-laungan oleh perusuh yang meminta kedaulatan penduduk awam dan ianya merebak keseluruh Peranchis pada akhir tahun 1789.

Dengan perkembangan ini Perhimpunan Kebangsaan puak Liberal kembali bersidang dan mereka mengambil keputusan untuk menghapuskan Sistem Feudal di Peranchis. Model Pengistiharan Kemerdekaan di Amerika Syarikat kemudiannya diikuti oleh Perhimpunan Revolusi Kebangsaan ini yang membentuk, “Pengistiharan Hak-Hak Kemanusiaan dan Rakyat”.

Di dalam Pengistiharan ini ianya menyentuh prinsip-prinsip asas bagi negara baru Peranchis itu. Dengan masalah kewangan yang tidak dapat diselesaikan juga walaupun telah berlaku peralihan kuasa, golongan wanita juga akhirnya ikut serta melakukan protes (kebangkitan feminis) yang antaranya menyumbangkan kepada hilangnya pengaruh Raja yang kemudiannya hanya tinggal sebagai simbol sahaja.

Pihak ‘Perhimpunan Kebangsaan tidak berhenti di situ di mana usaha-usaha terus dibuat bagai mewujudkan Perlembagaan yang berakhir pada tahun 1791 dengan Peranchis akhirnya berubah menjadi sebuah Kerajaan Raja Berperlembagaan. Krisis demi krisis masih berlaku di dalam negara dan juga ancaman dari luar dengan antaranya pemenggalan kepala Raja, peperangan dengan jiran serta tumbuhnya berbagai-bagai ideologi baru yang merupakan cetusan fahaman Liberal di ketika itu.

Akhirnya pada tahun 1799, Napoleon mengambil alih kuasa dan mengistiharkan dirinya sebagai Ketua Empayar Peranchis dengan melenyapkan terus kuasa yang ada pada Perhimpunan Kebangsaan sebelum itu. Peranchis dengan itu berubah sepenuhnya menjadi sebuah Pemerintahan Republik.


Empayar British dan Kongres Vienna

Pada saat berlakunya Revolusi Amerika dan Revolusi Perancis itu, di waktu yang sama Empayar British yang telah lama wujud lebih 300 tahun lebih awal dari revolusi-revolusi itu pula sedang mengalami satu Zaman Kebangkitan keduanya yang melahirkan pengembangan strategi baru penguasaan dan pelebaran jajahan-takluk melalui satu visi baru yang dibentuk bernama Imperialis Baru.

Walaupun di ketika itu juga ada persaingan kuasa di antara Empayar-Empayar lain yang juga merupakan kuasa-kuasa besar Dunia yang kesemuanya berusaha untuk mengembangkan sayap pemerintahan masing-masing termasuk Empayar Islamiyyah Otthmaniyyah dan Empayar Russia di Timur, sebagai Empayar yang besar dan lain-lain Empayar kecil seperti Austria, Peranchis, Belanda dan lain-lainnya. Empayar-Empayar ini tidak mampu untuk bersaing dengan Imperialisma Baru yang di bawa oleh Kuasa Terbesar Dunia iaitu British disebabkan oleh kelebihan falsafah, sains dan teknologi yang ada pada British.

Setiap Kuasa-Kuasa Besar ini cuba untuk mengatasi di antara satu sama lain di segi memperluaskan kuasa, eksplorasi sumber-sumber ekonomi, ketamadunan dan penganutan sistem kepercayaan yang mereka bawa yang walau bagaimanapun sentiasa pula didahului oleh British.

Walaupun British ‘kehilangan’ beberapa wilayahnya seperti Amerika yang merupakan antara kehilangan wilayah takluknya yang pertama ia sebenarnya adalah kehilangan yang terancang. Sebagai sebahagian dari visi Imperialisma Barunya British sebenarnya telah merubah tumpuannya kepada sasaran yang lain di ketika itu yang dianggapnya lebih strategik dalam konteks Imperialisma Baru tersebut.

Penjagaan wilayah secara fizikal adalah amat susah dan berisiko terutamanya ketika Dunia bergolak dengan berbagai-bagai faham dan sentimen anti keAgamaan serta tidak menyumbang di segi pengembangan sekala ekonominya yang merupakan tujuan utama British.

Oleh itu, sehubungan dengan Kemerdekaan Amerika dari British ini, pendapat yang yang lebih sahih dari ahli sejarah ialah, bahawa ianya bukanlah merupakan satu kehilangan kekuasaan yang hakiki tetapi hanyalah merupakan satu ujikaji kemerdekaan jenis baru. Hasil dari berjayanya satu ‘Ujikaji British yang pertama berdasarkan Teori Kenegaraan dan Kemanusiaan’ melalui Faham Liberalismanya yang berakhir dengan penganutan serta penerimaan oleh rakyat jajahan takluk Amerikan, maka satu Sistem Baru telah digubah oleh Imperialis British bagi memastikan kesinambungan kekuatan ekonominya yaitu melalui produk terbarunya bernama Sistem Demokrasi Liberal.

Dengan ‘Kemerdekaan Amerika’ itu, maka British kemudiannya boleh menumpukan eksplorasinya ke tempat-tempat strategik yang lain sebagaimana yang dihasratkan oleh falsafah Imperialisma Baru itu bagi mencari sumber-sumber yang belum dieksploitasi untuk mempastikan kesinambungan kekuatan ekonominya tidak tergugat. Perkembangan ekonomi Imperialis British pada tahun 1815, contohnya, sudah tidak dapat ditandingi lagi oleh mana-mana Kuasa Besar di Dunia dengan tumpuannya kepada kelebihan industri dan pelayaran ekspidisi yang berpaksi kepada pengembangan Demokrasi Liberal bagi mewujudkan perdagangan bebas dan penguasaan pengaruh komersialisasinya.

Imperialis British akhirnya menjadi sebuah Kuasa Besar Imperialis yang amat disegani dan satu-satunya kuasa industri dan ekonomi kapitalis yang tidak dapat ditandingi lagi di ketika itu. Dari sini berlaku pula satu evolusi baru yang melihat kepada pengembangan pengaruh melalui satu kaedah baru iaitu pengembangan Polisi Luar Negara (Foreign Policy) di mana asas pengembangan ini juga bertumpu semula kepada visi Imperialis British untuk mengembangkan pembebasan kemanusiaan versi Demokrasi Liberal. Pihak-pihak yang mempunyai hasrat yang sama diminta untuk duduk semeja dan berbincang atas dasar untuk menyesuaikan polisi-polisi luar negara mereka masing-masing bagi mengelakkan peperangan sesama sendiri.

Kongres Vienna yang merupakan kongres pertama Negara-Negara Eropah telah menyaksikan bagaimana perdamaian dicapai di antara negara-negara yang selalu berperang di Eropah dan berjaya membendung peperangan untuk jarakmasa selama 100 tahun.

Pelan Baru Perimbangan Kuasa Dunia serta Pelan Baru Benua Eropah dengan sempadan-sempadan jajahan takluk setiap negara berdasarkan kepada kawasan peninggalan Peranchis oleh Napoleon yang telah dikalahkan, kawasan-kawasan jajahan takluk yang sebelumnya dikuasai oleh Empayar Agama Kristian Rom (yang merupakan penggerak Salibiyyah) yang telah luput riwayat pemerintahannya pada tahun 1807 (hasil dari Revolusi Falsafah, Sains dan Teknologi) dan juga struktur baru negara Turki dan Timur-Tengah, dipersetujui bersama oleh Negara-Negara Baru Kuasa Besar Eropah itu.

Pembahgian jajahan takluk ini juga melibat persempadanan semula bagi lain-lain kawasan di Dunia terutamanya bagi jajahan-jajahan takluk setiap Negara-Negara Eropah tersebut di luar Eropah sehingga kepada pulau-pulau kecil di Asia seperti Sri Lanka, Malta dan tidak ketinggalan juga wilayah-wilayah Empayar Islamiyyah Otthmaniyyah yang berjaya ditakluki oleh Negara-Negara Eropah ini. Pelan pengembangan Demokrasi Liberal bagi mewujudkan perdagangan bebas dan penguasaan pengaruh komersialisasi juga dipersetujui bersama.

Melalui persempadanan semula itu, berlakulah pengunduran dan konsolidasi terancang oleh Negara-Negara yang telah Bersekutu ini dengan mematuhi Persetujuan Persempadanan Semula sebagaimana yang telah termaktub dalam Kongres Vienna itu yang mana sesetengah wilayah di Nusantara Melayu juga terlibat sama. Strategi pengunduran juga dipersetujui agar ianya tidak disedari oleh anak-anak jajahan-jajahan mereka. Sebagai contoh, di beberapa wilayah di Nusantara Melayu, British berundur dari kawasan yang dahulunya diambil dari Belanda. Penduduk di kawasan itu menyangka bahawa mereka telah berjaya mengalahkan British, tetapi, sangkaan mereka meleset apabila kemudiannya mendapati Belanda pula mengambilalih penguasaan dan mentadbir mereka.

Henry Kissinger; Penasihat Keselamatan Negara dan kemudiannya Ketua Setiausaha Negara Amerika memuji setinggi-tingginya Kongres Vienna dan Bapa-Bapa Pembebasan Kongres Vienna tersebut yang baginya merupakan asal usul kepada pengujudan suasana diplomatik yang begitu selesa yang kemudiannya melahirkan perimbangan kuasa-kuasa besar di ketika itu bagi pengembangan Demokrasi Liberal dan perdagangan bebas.

Beliau meminta supaya strategi sebegini digunakan dan diaplikasikan bagi setiap bentuk usaha-usaha damai di Dunia. Kongres ini kemudiannya diadakan secara bersekala dan ianya menjadi platform bagi perbincangan oleh Kuasa-Kuasa Besar sebagaimana Kongres Paris pada tahun 1856.

Selepas Kongres Vienna dan tertubuhnya kerangka Polisi Luar Eropah yang lebih berorientasikan perdamaian sesama mereka itu, satu Era yang baru kemajuan Falsafah, Sains dan Teknologi yang lebih hebat kemudiannya terbuka secara menyeluruh di Dunia Eropah (sehingga ke Negara-Negara lain seperti Jerman) dan Revolusi Falsafah ini kini bersedia pula untuk melebarkan sayapnya dengan lebih teratur dan tersusun ke wilayah-wilayah jajahan takluk mereka dengan melakukan usaha-usaha penyusunan semula, melazimkan serta menyesuaikan jajahan-jajahan takluk tersebut dengan kerangka sosio-ekonomi yang dibawa bersama-sama oleh Negara-Negara Kuasa Besar Eropah ini iaitu dengan matlamat yang satu; pengembangan Demokrasi Liberal dan perdagangan bebas. Dan, dengan itu, agenda lain perdagangan bebas dan penguasaan pengaruh komersialisasi dapatlah disusun dengan lebih baik dan effektif.

Walaupun masih ada persaingan-persaingan kuasa kecil di segi jajahan takluk dan ekonomi, persaingan ini telah mula dilihat dengan perspektif yang berbeda yaitu atas dasar untuk mengembangkan Falsafah, Sains dan Teknologi serta cetusan-cetusan ideologi yang terbit dari Falsafah tersebut yang perlu dihormati sesuai dengan asas-asas serta ideal-ideal Falsafah Liberalisma yang mengagungkan prinsip-prinsip kesejagatannya sebagaimana yang diajar oleh John Locke dan telah diterima pakai oleh Negara-Negara Kuasa Besar tersebut.


Empayar Islamiyyah Othmaniyyah

Terselit di dalam arus kebangkitan atau gerakan pembaharuan di atas ialah Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah yang masih berasaskan kepada Agama yakni Agama Islam dan pemerintahan secara Khilafah dan Bai’ah.
'
Pada awal Abad ke 18, telah bermula kekalahan besar yang pertama yang dihadapi oleh Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah iaitu dalam Perang Salibiyyah bagi mengembangkan Islam ke Eropah. Empayar Khilafah Othmaniyyah tewas di medan perang Senta di Serbia. Kira-kira 20,000 tentera mujahiddin Empayar terbunuh. Hungary, Transylvania dan Slavonia terpaksa diserahkan kepada pihak Salibiyyah. Dari sinilah dapat dikesan bermulanya saat kemunduran Empayar Khilafah Othmaniyyah.

Pada akhir pertengahan Abad ke 18, iaitu setelah lebih 600 tahun pemerintahan Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah, dan di saat Kuasa-Kuasa Besar yang lain di Dunia sedang melalui Era Pembaharuan terutamanya transisi Aliran Falsafah bercorak Metafizik dan Epistimologi kepada Falsafah Liberalisma Kebebasan dan Pencerahan (ini telah dinyatakan dalam Siri 2) serta Revolusi-Revolusi bagi mendaulatkan Falsafah Liberalisma bagi menghapuskan Kekuasaan Raja dan Gereja, timbullah suara-suara dari dalam Empayar Khilafah untuk melakukan perubahan yang sama.

Ini adalah setelah mereka ini melihat perkembangan yang begitu mendadak di Dunia Barat terutamanya di dalam pembangunan Falsafah, Sains dan Teknologi yang antaranya menyumbang kepada kekukuhan kekuatan tentera mereka. Mereka berpendapat bahawa faktor inilah yang banyak menyumbang kepada kekalahan Tentera Empayar Khilafah di medan-medan perang di waktu itu. Mereka ini juga telah mula lesu untuk menghadapi musuh-musuh mereka yang terdiri dari Negara-Negara Eropah serta Russia yang sentiasa menyerang mereka pada hampir setiap sudut Empayar Khilafah. Panji-panji jihad masih berkibar tetapi tidak lagi sebagaimana dahulu.

Di waktu itu, kesenian dan kebudayaan Barat juga telah mula diterima secara sedar oleh golongan-golongan Bangsawan dan Khalifah yang memerintah di waktu itu iaitu Sultan Ahmad III, dengan bermulanya satu period yang dikenali sebagai Period Bunga Tulip yang berlaku di sekitar tahun 1730 Masehi. Pengkhianatan juga berlaku contohnya sewaktu peperangan dengan Russia ketika pihak Tentera Islam Othmaniyyah telahpun berjaya menewaskan musuh dan hampir menakluk Russia tetapi dik kerana godaan wanita dan harta yang ditujukan kepada Perdana Menteri, pengepungan Tentera Islam dibubarkannya.

Perhubungan diplomatik juga mula diwujudkan dengan negara-negara musuh yang melebihi kebiasaan perjanjian gencatan senjata yang biasanya dibuat sebelum ini dengan negara-negara musuh itu. Mereka juga saling bertukar-tukar duta dan yang pertamanya ialah ke Austria dan Peranchis dan kemudiannya perjanjian-perjanjian perdagangan dan diplomatik pula sepakati antara Empayar Khilafah dan negara-negara musuh.

Pada zaman ini juga, pemborosan juga berlaku di semua peringkat pentadbiran dengan kehidupan ala Eropah menjadi ikutan mereka terutamanya dalam berhias-hias dan mengikut nafsu syahwat. Seorang dari Peranchis telah diambil sebagai Penasihat Tentera yang mengakibatkan krisis dalaman ketenteraan yang tidak bersetuju dengan perlantikannya serta perubahan-perubahan yang dicadangkan oleh Penasihat Tentera itu. Gabenor-gabenor dan perwakilan yang bertanggungjawab untuk mentadbir wilayah-wilayah juga telah mula tidak tunduk kepada arahan-arahan yang dibuat oleh Istanbul.

Russia pada tahun selepas 1770-an menjadi musuh utama Empayar Khilafah di mana banyak peperangan berlaku dengan musuh besar tersebut. Russia juga telah menyusun konspirasi sulit bagi membentuk pemberontakan-pemberontakan dalaman lengkap dengan bantuan senjata untuk para pemberontak di dalam Empayar Khilafah. Pengkhianatan yang dahsyat terhadap Khilafah berlaku di Mesir, Syam dan Beirut oleh kumpulan-kumpulan pengkhianat ini yang dibantu oleh Russia.

Sultan Mustafa II yang mujahid yang telah banyak memperbaiki semula Khilafah telah mendapati bahawa arus fitnah telah mula menunjukkan gelombangnya di mana sokongan dari pihak rakyat dan pentadbiran sudah mula sukar untuk Baginda perolehi walaupun Russia di ketika itu semakin mengasak Empayar Khilafah. Atas kesedihannya Baginda jatuh sakit dan kemudiannya wafat di saat berada di medan perang ketika memerangi Russia yang berjaya pula mengalahkan Khilafah. Dengan kekalahan yang diterima semakin banyak pemintaan Russia yang terpaksa ditunai oleh Empayar Khilafah.

Austria kemudiannya mengambi tindakan yang sama untuk bersekutu dengan Russia untuk menyerang Empayar Khilafah dan di saat kewafatan Sultan Abdul Hamid I mereka mengambil kesempatan untuk menyerang dan menakluki beberapa wilayah lagi termasuk Belgrade dan Serbia. Sultan Salim III yang mengganti Sultan Abdul Hamid I pada tahun 1789 juga berusaha untuk membangkitkan semula semangat jihad rakyatnya dengan mengadakan program pembaikan ketenteraan yang dinamakannya Nizam Al-Jedid. Baginda mengingatkan rakyatnya supaya kembali kepada prinsip-prinsip perjuangan jhad mengikut Agama Islam sebagaimana datuknya Sultan Muhammad Al-Fatih rahmatuLlah alaih. Baginda menolak sebarang usaha damai dengan musuh-musuhnya dan mula bersiap-siap untuk memerangi mereka.

Walau bagaimanapun, sebagaimana yang ditakdirkan Allah subhanahu wata’ala, kekalahan demi kekalahan sudah tidak dapat dibendung lagi dan Empayar Khalifah semakin hari semakin mengecil di Eropah dan Balkan. Tamparan paling hebat ialah kekalahan kepada Russia pada tahun 1791 yang melenyapkan penguasaan Laut Hitam kepada Russia dan meruntuhkan kesemua sempadan-sempadan Empayar Khilafah di Eropah dan Balkan. Di saat ini di Peranchis telah mula berlaku Revolusinya yang menjadikan seluruh Eropah tidak stabil. Atas kebimbangan Kuasa-Kuasa Besar Eropah di ketika itu dan atas alasan untuk mengelakkan pergerakan lebih jauh oleh Russia di ketika itu mereka telah meminta supaya perjanjian gencatan senjata dan perdamaian diterima oleh Empayar Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah dengan Russia.

Pada tahun 1789, dengan kemunduran yang dihadapi oleh Empayar Khilafah Othmaniyyah, Peranchis yang baru dikuasai oleh Napoleon Bonaparte bersama-sama 122 orang intelektual serta pemikir-pemikir dan angkatan tenteranya yang begitu besar mengambil peluang untuk menyerang Mesir dan menaklukinya. Intelektual-intelektual dan pemikir-pemikir yang bersama-sama beliau itu adalah angkatan kaum Reformasi Kristian yang sangat terpengaruh dengan pemikiran-pemikiran Montesquieu, Voltaire dan Jean Jacques Ruosseau yang merupakan pemikir-pemikir Revolusi Peranchis yang berfahaman Liberal.

Mereka ini memiliki hubungan dengan Gerakan Freemasonri Yahudi di Peranchis yang mempunyai slogan mereka iaitu, “Kebebasan, Persaudaraan dan Persamaan” (Freedom, Fraternity and Equality). Gerakan jihad dilancarkan oleh para ulama-ulama Al-Azhar yang diketuai oleh Sheikh Muhammad Syinwani rahmatullah alaih, Sheikh Al-Azhar, ke atas Napoleon tetapi dengan sokongan kuat dari Kristian Qibti dan Kaum Yunani yang merupakan penduduk Mesir sendiri gerakan jihad itu kemudiannya berjaya mereka padamkan. Napoleon cuba mempengaruhi rakyat Mesir bahawa kedatangannya adalah untuk membebaskan Mesir dari apa yang didakwanya “Pemerintahan Kukubesi Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah” iaitu dengan mewujudkan “Mesir Merdeka” yang berdaulat.

Atas tujuan itulah Napoleon membawa bersama-samanya Kumpulan Reformasi yang bertujuan untuk melakukan reformasi terhadap pemikiran rakyat Mesir. Gerakan Jihad besar-besaran dilancarkan oleh Sultan Salim III, Khalifah Empayar Islamiyyah Othmaniyyah dan akhirnya Mesir berjaya dibawa balik kepangkuan Khilafah pada tahun 1802 dengan bantuan British dan Russia. Kemudiannya berlaku pula peperangan sesama sendiri untuk merebut kuasa pemerintahan Mesir di antara bekas pemerintah asal Mesir dari Dinasti Mamluk, penyokong Khilafah Othmaniyyah dan tentera Albania. Pihak Tentera Albania yang diketuai oleh Muhammad Ali Pasha berjaya menewaskan musuh-musuhnya dan akhirnya menjadi Gabenor bagi Mesir.

Muhammad Ali Pasha inilah yang digelar sebagai Bapa Modenisasi dan Industri Mesir. Pada tahun pertama pemerintahannya beliau menumpukan sepenuh kekuatan tenteranya untuk menghancurkan pemberontakan terhadap beliau dan penguasaan sepenuhnya bumi Mesir. Setelah berjaya mengawal keadaan, Muhammad Ali Pasha mula menumpukan perhatian beliau kepada memodenkan dan mengindustrikan Mesir. Beliau tidak berpuashati dengan penguasaan di Mesir sahaja dengan kemudiannya menakluki Sudan bagi tujuan untuk menguasai lombong-lombong emas dan hamba abdi di negara itu.

Muhammad Ali Pasha bukanlah seorang yang taat kepada Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah, beliau sendiri juga bercita-cita besar dan cuba menakluk Syria; satu kepentingan strategik kepadanya, yang dengan itu mengakibatkan tercetusnya perang saudara di antara Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah dengan Mesir pada tahun 1831. Walau bagaimanapun, Syria berjaya ditaklukinya. Penguasaan Muhammad Ali Pasha keatas Syria termasuk Beirut berlanjutan sehingga tahun 1840 di mana Khilafah Islamiyyah yang amat lemah di ketika itu; kerana krisis dalaman yang amat parah dan kehilangan sokongan dari Ummat Islam, sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi kecuali melihat dengan putih-mata. Keadaan senario sosio-politik sudah berubah sepenuhnya, Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah bukan lagi merupakan broker kuasa besar di kawasan yang dahulunya berada di bawah jajahan takluknya.

Kini telah ada broker-broker kuasa besar baru yang telah mengambil alih tugas tersebut iaitu British, Peranchis, Austria dan Russia. Sebarang tindakan meluaskan jajahan takluk perlu mengambilkira kepentingan 4 kuasa besar ini dan tindakan Muhammad Ali Pasha adalah bertentangan dengan kepentingan strategik mereka (yang telah menandatangani Kongres Vienna pada tahun 1815). Pada tahun 1840 dengan campurtangan ‘pembebasan’ Beirut dan Syria oleh Tentera Bersekutu Kuasa-Kuasa Besar ini, tentera Mesir berundur dari Syria dan Muhammad Ali Pasha 'dianugerah hak' oleh Kuasa-Kuasa Besar tersebut sebagai penguasa Mesir dan Sudan untuk beliau dan warisan keturunan beliau, sebagai imbalan.

Di Hijaz (Arab Saudi sekarang ini), krisis yang lain bentuknya pula yang berlaku. Jika di sebelah baratnya pengaruh modenisasi liberal menular pada awal Abad 19 itu, maka di Hijaz pula Golongan Wahhabi yang dipimpin oleh Muhammad Abdul Wahhab dan didukung oleh Muhammad bin Sa’ud seorang manusia yang amat dahagakan kuasa sedang memperkukuhkan kedudukan mereka.

Mengambil kesempatan atas kelemahan Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah dan penaklukan Peranchis keatas Mesir yang mewujudkan tembok di antara mereka dan Khilafah, mereka mula mencetuskan revolusi pemberontakan terhadap wakil Khalifah di Hijaz. Golongan Berideologi Wahabbi-Sa’udi ini berjaya menguasai Makkah dan Madinah pada tahun 1802 dan mengistiharkan Abdul Aziz bin Muhammad bin Sa’ud sebagai Penguasa Wilayah Revolusinya dan mereka seterusnya melebarkan pengaruh mereka ke sebahagian besar Jazirah Arab.

Pengaruh Ideologi Wahhabi-Sa’udi ini menular sehingga ke Teluk Arab, Laut Merah, Karbala di Iraq dan Huran di Sham kecuali Yaman. Di Karbala Revolusi mereka terhenti akibat bertembung dengan Ideologi Syi’ah yang bertapak di situ. Khilafah kemudiannya meminta bantuan Muhammad Ali Pasha yang baru berkuasa di Mesir untuk menghapuskan revolusi pemberontak Wahhabi-Sa’udi ini.

Penghapusan pemberontakan revolusi itu berjaya dilaksanakan pada tahun 1818, oleh anak angkatnya; Ibrahim Pasha yang merupakan ketua tentera Mesir di ketika itu. Abdullah bin Sa’ud yang berjaya ditangkap dihukum mati dengan dipenggal kepalanya kerana cuba untuk menyebar Ideologi Wahhabi-Sa’udi ini dan memberontak terhadap Khilafah Islamiyyah yang sah dan diterima oleh Ummat Islam dan Imam-Imam Kaum Muslimin.

Perjuangan utama yang dibawa oleh Ideologi Wahhabi-Sa’udi ini ialah untuk melakukan “islah dan pembaharuan”, bagi “memurnikan Agama Islam” yang telah dianggap tercemar oleh mereka. Mereka menanamkan sifat untuk membenci Khilafah dan Imam-Imam Kaum Muslimin yang pada mereka telah jauh tersesat dari Agama kerana melakukan terlalu banyak bida’ah. Hampir sebahagian besar dari Imam-Imam Kaum Muslimin dianggap sesat oleh pejuang revolusi Wahabbi-Sa’udi ini sehingga ramailah dari kalangan ummat Islam di Hijaz yang dibunuh mereka kerana tidak mahu menganuti ideologi mereka.

Bahkan, bukan manusia sahaja menjadi sasaran mereka, hatta kubur-kubur yang tidak bernyawa juga dijadikan sasaran semangat revolusi pengikut-pengikut Ideologi Wahhabi-Sa’udi ini termasuklah kubur-kubur para ahli keluarga dan sahabat-sahabat RasuluLlah sallaLlahu alaihi wassalam. Tindakan mereka sebenarnya tidak mencerminkan Agama Islam tetapi lebih kepada perjuangan untuk memaksakan ideologi mereka kepada Imam-Imam Kaum Muslimin dan Ummat Islam di Hijaz dan kawasan sekitarnya. Teras ideologi mereka yang menolak pengalaman-pengalaman keruhanian serta amalan-amalan keruhanian yang diterima pakai oleh Imam-Imam Muktabar Kaum Muslimin telah mengakibatkan terputusnya perhubungan dan sokongan keruhanian ala-ideologi mereka itu dengan Allah subhanahu wata’ala.

Demikianlah ringkasan lembaran sejarah penting yang berlaku di kawasan-kawasan terpenting di Dunia pada sekitar Abad ke 19 dengan Gerakan-Gerakan Pembaharuannya sebagaimana yang disebut oleh Anwar Ibrahim. Kawasan-kawasan ini ialah di Amerika (Revolusi Amerika), di Eropah (Revolusi Peranchis dan Kebangkitan Imperialisma British) dan di Turki dan Timur-Tengah iaitu Zaman Kejatuhan Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah.


ANWAR IBRAHIM DAN PROGRAM PEMBAHARUAN ISLAMNYA - Satu Komentar

Setelah mengkaji dengan agak mendalam di sudut sejarah bagi menjustifikasi dakwaan Anwar Ibrahim bahawa Program Pembaharuan Islamnya adalah merupakan berkesinambungan kepada gerakan-gerakan pembaharuan yang telah lama berlaku di Dunia Islam sejak dari Abad ke 19 lagi, Faqir KorbanDemokrasi masih bergelut dan meraba-raba untuk cuba mencari justifikasi terhadap wacana yang hendak dibawa oleh Anwar Ibrahim ini. Adakah ini kerana kelemahan Faqir untuk memahami sejarah atau kerana idea dan ideal yang ingin disampaikan oleh Anwar Ibrahim ini terlalu tinggi melangit, kompleks dan rumit untuk digarap?.

Sebagaimana jelasnya sejarah yang telah dibentang itu maka kita akan mendapati bahawa arus atau Era Pembaharuan di Amerika, Peranchis dan England itu adalah tidak lebih merupakan kesinambungan dan menifestasi kepada perjuangan PEMBEBASAN yang bertitik-tolak dan berpaksi kepada idea-idea KEMANUSIAAN yang diajar oleh John Locke Bapa Falsafah Kebebasan (Liberation) dan Pencerahan (Enlightenment) Eropah Moden; Liberalisasi yang berakar umbi pula kepada Faham Skeptikal Terhadap Agama berdasarkan revolusi sains oleh Descartes dari Peranchis (1596 – 1650); Bapa Falsafah Moden. Seperti yang dinyatakan dalam SIRI 1; Liberalisasi adalah Wacana Kebebasan, tetapi ianya hanya berakhir kepada MEMBEBASKAN AKAL DAN KEMANUSIAAN tetapi TIDAK MEMBAWA AKAL DAN KEMANUSIAAN supaya tunduk dan sujud kepada Allah subhanahu wata'ala melalui MASEJ (RISALAH) Al-QUR'AN yang di bawa oleh utusanNya yang terakhir yang benar; Nabi Muhammad sallaLahu alaihi wassalam.

Amerika dibebaskan dan dimerdekakan akhirnya oleh British, tetapi, kebebasannya adalah dengan ‘acuan ujikaji’ yang telah ditentukan oleh British yang merupakan jentera pembebasan kemanusiaan bentuk baru yang telah memeluk sepenuh-penuhnya Wacana Kebebasan Liberalisasi ala John Locke seperti di atas. Peranan Agama Kristian merekapun telah ditolak ke tepi dengan Agama Kristian perlu mematuhi kepercayaan-kepercayaan, idea-idea dan ideal-ideal baru Liberalisasi. Hasilnya, Agama Kristian juga tidak terkecuali dan terpaksa direform atau di’baharu’kan bagi memenuhi hasrat Liberalisasi berpandukan Falsafah Liberalisma.

Dalam melakukan pembaharuan reformasi terhadap Agama Kristian ini, jaguh-jaguh reformasi tersebut menyatakan bahawa untuk selama 2,000 tahun Agama Kristian termasuk generasi paderi-paderi, rahib-rahib, teolog-teolog, pemikir-pemikir dan intelektual-intelektualnya telah salah faham dan menyalah-tafsir Kitab Suci mereka iaitu Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama (Injil) dimana mereka ini telah dengan itu menyesatkan penganut Agama Krisitan yang terdahulu di segi sejarah kerohanian dan intelektual mereka.

Di Peranchis pun perkara yang sama berlaku dan apa yang berlaku itu pula adalah jauh lebih agressif jika dibanding dengan Revolusi di Amerika. Gerakan Pembebasan Akal dan Kemanusiaan yang tidak bertuhan ini telah mengorbankan banyak nyawa-nyawa manusia atas nama kebebasan. Perkara ini berlaku kerana disebabkan beberapa perkara iaitu Bapa Revolusi Sains Descartes adalah berasal dari Negara ini, yang menyebabkan permusuhan di antara golongan Liberal dan Raja serta Agama telah ada dan hanya menunggu ketika untuk ianya meletup.

Tambahan lagi, di saat Revolusi berlaku, telah ramai para ahli-ahli falsafah yang telah melahirkan ideologi-ideologi yang merupakan cetusan kepada Falsafah Liberalisma itu. Kebanyakan dari ideologi-ideologi ini adalah amat keterlaluan dan sempit yang bergantung pula kepada tingkatan sosial yang di duduki oleh seorang ideolog itu. Dan, di Peranchis, memandangkan ianya adalah sebuah negara lama maka struktur sosialnya juga berbagai-bagai yakni terdapat golongan marhaen, bangsawan, seniman, feminis, negarawan dan sebagainya.

Setiap mereka ini melihat Falsafah Liberalisma melalui kacamata mereka yang sempit bergantung kepada kedudukannya di dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, adalah di dapati bahawa idea-idea dari Montesquieu berhubung sosial dan politik nampaknya mendapat tempat yang tertinggi oleh rakyat Peranchis. Idea-idea berkaitan politik yang dilahirkan oleh beliaulah yang banyak digunakan di dalam Wacana Demokrasi Liberal berhubung teori pemisahan kuasa (separation of powers). Dari falsafah serta ideologi sebeginilah kemudiannya lahir cabang-cabang ideologi lain seperti athiesm yang terutamanya.

Jadi, di Peranchis juga Liberalisasi itu telah melahirkan manusia dan masyarakat yang memiliki Wacana Kebebasan. Tetapi sebagaimana di Amerika Wacana Kebebasan itu hanya berakhir kepada MEMBEBASKAN AKAL DAN KEMANUSIAAN mereka tetapi TIDAK MEMBAWA AKAL DAN KEMANUSIAAN mereka supaya akhirnya tunduk dan sujud kepada Allah subhanahu wata'ala melalui MASEJ (RISALAH) Al-QUR'AN yang di bawa oleh utusanNya yang terakhir yang benar; Nabi Muhammad sallaLahu alaihi wassalam.

Satu pembaharuan yang terbesar yang dapat dikenalpasti hasil dari penerimaan Wacana Syaitan ini oleh Kuasa-Kuasa Besar Eropah ialah terbukanya jalan bagi mereka untuk bersatu sebagaimana yang dinyatakan oleh Henry Kissinger. Sebagaimana yang telah disebut sebelum ini Henry Kissinger memuji setinggi-tingginya Kongres Vienna dan Bapa-Bapa Pembebasan Kongres Vienna tersebut yang baginya merupakan asal usul kepada pengujudan suasana diplomatik yang begitu selesa yang kemudiannya melahirkan perimbangan kuasa-kuasa besar di ketika itu bagi pengembangan Demokrasi Liberal dan perdagangan bebas.

Pembaca walau bagaimanapun perlu memerhatikan konteks ini dengan lebih mendalam iaitu dalam konteks perhubungan di antara Golongan Kristian dan Golongan Yahudi di Eropah. Secara tradisinya, perhubungan di antara Golongan Kristian dan Golongan Yahudi tidak pernah berada dalam keadaan yang baik. Ini adalah kerana terdapat satu kebencian yang besar di antara kedua-dua golongan ahli al-kitab tersebut kerana Golongan Kristian mengganggap bahawa Golongan Yahudi adalah keturunan mereka yang membunuh Nabi ‘Isa alaihissalam dan kafir terhadap Allah subhanahu wata’ala. Manakala di pihak Golongan Yahudi pula mereka menganggap Golongan Kristian adalah manusia-manusia yang mengikuti seorang manusia yang sesat iaitu Nabi ‘Isa alaihissalam.

Firman Allah subhanahu wata’ala;
“Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan Al Kitab [Taurat] kepada Musa, dan Kami telah menyusulinya [berturut-turut] sesudah itu dengan rasul-rasul, dan telah Kami berikan bukti-bukti kebenaran [mu’jizat] kepada ’Isa putera Maryam dan Kami memperkuatnya dengan Ruhul-Qudus. Apakah setiap datang kepadamu seorang rasul membawa sesuatu [pelajaran] yang tidak sesuai dengan keinginanmu lalu kamu angkuh; maka beberapa orang [di antara mereka] kamu dustakan dan beberapa orang [yang lain] kamu bunuh? (87)”
(Surah Al-Baqarah)

Bagi Golongan Yahudi Nabi Isa alaihissalam dikira sebagai seorang manusia yang mengaku menjadi nabi tetapi sebenarnya adalah dajjal yang sesat lagi menyesatkan. Kebencian Golongan Yahudi terhadap Golongan Kristian bertambah-tambah lagi kerana mereka telah menganggap Golongan Kristian sebagai mereka yang mensyirikkan Allah subhanahu wata’ala dengan mempertuhankan Nabi Isa alaihissalam dan Ruhul Quddus. Bermula dari itu, akan didapati bahawa tidak pernah ada kedamaian di antara Golongan Yahudi dan Golongan Kristian ini yang masing-masingnya menuduh di antara satu sama lain sebagai kafir dan sesat. Al-Qur’an telah menjelaskan tentang perselisihan ini dan di antara tujuan Al-Qur’an itu diturunkan melalui RasuluLlah sallaLahu alaihi wasalam adalah untuk menjelaskan tentang yang diperselisihkan oleh mereka dan meminta mereka bersatu dengan petunjuk yang dibawa oleh Al-Qur’an.

Setelah terlaksananya persekutuan yang ditaja oleh syaitan laknatuLlah melalui Wacana Liberalisasi yang juga merupakan Wacana Syaitani seperti yang dinyatakan dalam Siri 2, maka selepas itu berlakulah peristiwa persekutuan, penyesuaian dan perdamaian serta rekonsiliasi di antara dua musuh Agama ini. Peristiwa bersejarah ini dirakam dengan ucapan tokoh besar Reformasi Peranchis ketika mempertimbangkan anugerah hak sama-rata kepada Golongan Yahudi Peranchis pada tahun 1789. Walau bagaimanapun persekutuan mereka ini bukanlah ditaja atas dasar SUJUD KEPADA KEKUASAAN ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA, bahkan tidak pula di atas dasar Agama Kristian ataupun Yahudi, tetapi atas dasar KEMANUSIAAN YANG TELAH TUNDUK SETUNDUK-TUNDUKNYA KEPADA AKAL YANG SEMATA-MATA BERPANDUKAN KEPADA FALSAFAH SAINS DAN PENGARUH-PENGARUH KEBENDAAN. Adakah Al-Qur’an Al-Hakim tidak menyentuh tentang persekutuan ini?. Jawapannya tentulah tidak kerana ilmu Allah subhanahu wata’ala meliputi segala-galanya. Allah subhanahu wata’ala berfirman bahawa;

“Tidaklah kami lupakan sesuatu pun di dalam Al-Kitab [Al-Qur’an] (38)”
(Surah Al-An’am)


Di antara ayat-ayat Al-Qur’an Al Hakim; mukjizat RasuluLlah sallaLlahu alaihi wassalam yang merentasi zaman, yang membicarakan tentang persekutuan di antara Yahudi dan Kristian walaupun di ketika ianya diwahyukan kepada RasuluLlah sallaLlahu alaihi wassalam golongan tersebut masih bermusuh-musuhan ialah, firman Allah subhanahu wata’ala;

“Orang-orang yang telah kami berikan kitab [Taurat dan Injil] kepada mereka [individu Kristian dan Yahudi yang memeluk Islam], mereka bergembira dengan kitab [al-Qur’an] yang diturunkan kepadamu dan di antara golongan-golongan [Kristian dan Yahudi] yang bersekutu, ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah, “Sesungguhnya aku [Muhammad] hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatupun dengan Dia. Hanya kepadaNya aku seru [manusia] dan hanya kepadaNya aku kembali”.” (36)
(Surah Ar-Ra’d)


Bermula dari saat Persekutuan Yahudi-Kristian serta peristiwa penyesuaian dan perdamaian Kuasa-Kuasa Besar Eropah di Abad ke 19; Abad yang dibanggakan dan ingin diteladani oleh Anwar Ibrahim di segi semangat dan isi Liberalismanya serta wadah Program Pembaharuan Islamnya, maka berlakulah perubahan lanskap sosial dan politik yang amat berbeza yang tiada tandingannya berbanding dengan apa-apa perubahan yang pernah berlaku di Dunia. Dari sinilah pecahnya tembok yang dahulunya dibentengi oleh kekuatan dan pertolongan Allah subhanahu wata’ala kepada Zulqarnain radhiaLlahu anhu yang ditamsilkan sebagai kekuatan ‘tembaga yang mendidih ke atas besi yang panas’; yang merupakan dinding kemanusiaan berpaksikan keagamaan yang amat kukuh yang dipecahkan oleh kepercayaan falsafah tidak berTuhan oleh kaum kuno Zaman Greek yang pernah dikalahkan oleh Zulqarnain radhiaLlahu anhu (Surah Al-Kahfi).

Maka bertebaranlah kaum Yakjuj dan Makjuj bersekutu untuk memulakan operasi mereka untuk merosakkan muka bumi Allah suhanahu wata’ala ini berdasarkan Wacana Syaitan yang tidak pernah diam untuk menghancurkan KeKhalifahan Manusia yang tunduk kepada Allah subhanahu wata’ala yang telah diwariskan mukabumiNya untuk ditabirnya iaitu Khilafah Islamiyyah yang terakhir; Empayar Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah di Turki. Dari sinilah, kemudiannya bermulalah Era Percampuran di antara Kebenaran dan Kebatilan serta kembalinya period kekufuran terhadap Allah subhanahu wata’ala sebagaimana yang kita sedang saksikan sekarang ini.

Khilafah Islamiyyah yang merupakan ‘Bayangan’ dan Penolong Allah subhanahu wata’ala dan RasulNya sallaLahu alaihi wassalam diperkotak-katikkan, ditendang-terjah, dicemuhi dan manusia-manusia yang pada topengnya mengaku diri mereka sebagai berAgama Islam tetapi berhati nifaq turut serta menjadi pengikut setia Persekutuan Wacana Syaitani itu dengan merendah-rendah, menyepak, memperlekeh-lekeh, menghina, mencerca dan mengelar Khilafah Islamiyyah sebagai situa yang nazak dan uzur yang menunggu saat kematiannya. Dan yang sebenar-benarnya, munafiq-munafiq inilah yang memberi racun dan menyumbang dengan banyaknya kepada penambah deritaan, kesempitan dan kelemahan yang berlaku ke atas Khilafah Islamiyyah yang terakhir itu, Imam-Imam Kaum Muslimin dan Ummat Islam keseluruhannya.

“Ya Allah!!, kepadaMu aku mengadukan kelemahanku, kurangnya kesanggupanku, dan ketidakberdayaan diriku berhadapan dengan manusia. Wahai Zat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Engkaulah Pelindung bagi si lemah, dan Engkau jualah Pelindungku! Kepada siapakah diriku hendak kau serahkan? Jika engkau tidak murka kepadaku, maka semua itu tidak ku hiraukan, kerana sungguh besar nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku. Aku berlindung kepada sinar cahaya WajahMu, yang menerangi kegelapan dan mendatangkan kebajikan di dunia dan di akhirat, dari murkaMu yang hendak Engkau turunkan kepadaku. Hanya engkaulah yang berhak menegur dan mempersalahkan diriku hingga Engkau berkenan. Sungguh tiada daya dan kekuatan apapun selain atas perkenanMu”
'
(Doa’ RasuluLlah sallaLlahu alaihi wassalam di Tha’if selepas dihina dan dilontari batu oleh kaumnya sendiri yang dikutip dari, Fiqhus Sirah; Sheikh Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti hafidzahuLlah)


Di wilayah Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah, sebagaimana yang dinyatakan di peringkat pembentangan sejarah, Khilafah Islamiyyah telah dijadikan sasaran dari luar dan dalam oleh pihak yang kononnya ingin membebaskan ummat yang berada di dalam kekuasaan Khilafah Islamiyyah. Di luar, Khilafah Islamiyyah diserang bertalu-talu dari segenap sudut dan di dalam pula berlaku berbagai tekanan juga dari berbagai sudut yang menuntut pembaharuan. Berbagai strategi samaada revolusi, peperangan atau diplomatik yang dihadapkan kepada Khilafah Islamiyyah yang memaksanya tunduk dan terus tunduk tanpa mampu untuk berbuat apa-apa lagi kerana sokongan yang diharapkan dari rakyatnya juga sudah tiada.

Tragedi yang paling besar yang melanda ialah Penjajahan Mesir oleh Napoleon Bonaparte yang juga merupakan perancangan oleh Kuasa-Kuasa Besar Eropah bagi memulakan strategi ‘pecah-dan-perintah’ mereka. Mesir dijadikan sasaran kerana kedudukannya yang strategik, wujudnya Universiti Al-Azhar, sejarah tamaddunnya yang lama dan sokongan dari Yahudi-Kristian Bersekutu Mesir yang tegar yang amat menyanjung persekutuan baru Kristian-Yahudi yang baru berlaku di Peranchis. Mereka telah mula merasakan ruang untuk bernafas dengan kedatangan Napoleon dan kelemahan Khilafah Islamiyyah.

Napoleon Bonaparte kemudiannya hanya meninggalkan Mesir dengan memindahkan kuasanya ke tangan seorang makhluk yang berAgama Islam tetapi berhati seperti mereka iaitu Muhammad Ali Pasha yang akan dibantu oleh rakyat Mesir dari kalangan Yahudi-Kristian Bersekutu yang telah menerima 'ijazah' yang telah ditinggalkan oleh Intelektual Peranchis yang datang bersama-sama Napoleon untuk menakluk Mesir. Jadi, tidak hairanlah kerangka kenegaraan Mesir sehingga kini amat mengagumi Wacana Intelek dari Peranchis. Muhammad Ali Pasha inilah yang merupakan di antara makhluk pertama yang beroperasi dengan gigihnya untuk merosakkan imej dan kredibiliti Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah di mata Ummat Islam sendiri dari dalam.
'
Serangan beliau ke atas Syria dan Beirut kononnya atas nama Khilafah Islamiyyah telah mencemarkan imej Khilafah Islamiyyah dengan teruk terutamanya di mata majoriti Ummat Islam yang tidak sedar dan memulakan kebangkitan nasionalis terhadap Khilafah Islamiyyah. British pula kemudiannya mengambil peluang sebagai ‘pembebas’ Syria dan Beirut yang dengan itu bermulalah pengembangan peranan secara langsung Imperialisma Barunya ke atas wilayah timur-tengah yang secara perlahan-lahan menusukkan jarum-jarum pecah-dan-perintahnya dengan lebih sistematik bersama-sama dengan Peranchis keatas Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah.

Demikianlah peranan seorang Bapa Modenisasi dan Industrialisasi Mesir; Muhammad Ali Pasha yang dibanggakan oleh Anwar Ibrahim yang mana asas kepada Program Pembaharuan Islam oleh manusia yang telah dikawal sepenuhnya oleh British dan Peranchis melalui WACANA SYAITANI mereka, seperti Muhammad Ali Pasha itu pula, yang ingin dilaksanakan dan diteruskan oleh Anwar Ibrahim atau jenis pembebasan dan kebebasan yang ingin diulangi semula oleh Anwar Ibrahim di zaman ini.

Sesungguhnya pencerahan sains dan falsafah yang dibawanya dan mereka-mereka yang sama pemikirannya dengan Muhammad Ali Pasha ini, walau sesiapapun dia, adalah berpaksi kepada menghidupkan semula WARISAN PENYEMBAHAN TAGHUT yang lama dan kuno yang telah ditenggelamkan bersama-sama dengan Fir’aun di dalam Laut Merah ketika Allah subhanahu wata’ala menolong Nabi Musa alaihissalam dan pengikut-pengikut Baginda alaihissalam.

Falsafah, sains dan teknologi berpaksikan sihir, athiesma dan keangkuhan Fir’aun itu dikalahkan oleh Nabi Musa dengan tongkat keta’atan seorang manusia yang benar-benar mengenali tujuan Allah subhanahu wata’ala menjadikannya; sebagai KhalifahNya, serta cahaya telapak tangan yang sujud kepada KekuasaanNya sebagai Maalikal-Mulk (RAJA-SEGALA-RAJA, ALLAH... ALLAH.... ALLAH.....) serta WahyuNya, tanda kepatuhan ketika memberi kehormatan kepada ‘ArasyNya yang Maha Agung dan Warisan 'Ilmu DariNya Yang Meliputi Segala-galanya yang yang diwariskan kepada Nabi Khidir alaihissalam dan hamba-hambaNya yang terpilih dari dahulu hingga ke hari ini yang hanya boleh dibawa oleh insan-insan dari kalangan Imam-Imam Ahl Sunnah Wal Jama'ah; yakni kelompok yang akan selamat dari ditenggelamkan oleh gelombang fitnah Liberalisasi Lautan Merah.


Sekian, semoga kesemua kita diberi taufik dan inayah dari Allah subhanahu wata’ala untuk tetap ta’at, patuh dan tunduk kepadaNya dan RasulNya Nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wassalam.


'
YA ALLAH!!!
Tsabbit Qalbi ‘ala Dinnik
HasbunaLlahu wa nikmal Wakiil, wa nikmal Maula, wa nikman Nasiir.
Allahuma amiiin!.
'
WaLlahu ‘alam

sumber - korban-demokrasi.blogspot.com

2 ulasan:

Conspiracy Theorist berkata...

Bros,

Pendek kata tu le sebab nya bro AnWar membawa masuk IFC indirectly,..heheh..apa nak dikato,..ini la propaganda CFR & Illuminatis untuk NWO..(,")

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWaR & PLah!! SAY WELCOME TO FUTURE PM TGK RAZALEIGH aka Ku Li!!

wokyoh berkata...

memang nuar bawa pembaharuan islam...antaranya ialah main belakang dikira tidak berdosa olehnya.