Laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Agendadaily menunjukkan bahawa 16 September ini - Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kerajaan - tidak akan berlaku.
Parti Keadilan Rakyat sudah ubah tarikh nak ambil alih kuasa ‘ menerusi pintu belakang ‘ dari 16 September yang digembar gemburkan selama ini.Kini tarikhnya mungkin dua tiga hari lepas 16 September pula.
Perubahan tarikh itu diumumkan oleh Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussein Ali kepada para wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Isnin.
Juga seperti yang diduga alasannya ialah pemergian 49 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk lawatan sambil belajar selama lapan hari ke Taiwan.
“Ia tidak akan berlaku pada 16 September. Harinya mungkin 17 campur satu atau dua atau tiga tapi tidak lewat dari itu,”katanya.
Syed Hussein dakwa ada dikalangan 49 orang Ahli Parlimen yang sertai rombongan itu sudah bagi komitmen nak melompat.
Katanya ketiadaan mereka di dalam negara menyulitkan perlaksanaan pelan 16 September mereka.
(Barangkali orang akan marah dengan media ini sebab semua orang tahu Agendadaily prokerajaan. Tetapi, siapa pula yang berani menyangkal kesahihan laporannya? Dari segi undang-undang, setakat ini belum ada lagi. Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Md Saad dalam satu laporan di Harakahdaily, juga tidak membidas dari segi kesahihannya, tetapi mengkritik analisisnya)
(i)
Dua MP Kelantan akan lompat ke Umno?
Yang ini juga satu laporan mengejutkan. Kita tidak tahu ia benar atau tidak. Penerbit Mingguan Wasilah, Ramli Abdul Halim dalam blognya Kapak Jangak mendedahkan terdapat dua MP Kelantan yang akan lompat ke parti Umno.
"Sulit bagi orang lain tetapi tidak lagi sulit bagi saya. Dua ahli parlimen akan sertai Umno dan perisytiharan penyertaan mereka akan dibuat pada 1 Oktober nanti" itu panggilan telefon yang saya terima.
Pemanggil berkenaan memberikan nama dan biodata penuh kedua-dua ahli parlimen itu dengan seorang daripadanya adalah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagaimanapun saya tidak akan menyiarkan nama mereka berdua buat masa ini.
Faktor yang mendorong kedua-duanya memilih menyertai Umno adalah bagi memastikan kedudukan kerajaan Umno/BN di pusat terus kukuh dan sekaligus untuk menidakkan dakwaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan yang ada akan bertukar tangan kepda PKR dan beliau yang akan jadi perdana menteri.
(iii)
Nah. Kedengarannya sangat lucu - MP membuat lawatan sambil belajar. Ini rekod lawatan secara berkumpulan terbesar, dengan jumlah seramai 49 MP selama lapan hari.
1. Ia bukanlah menjadi satu kesalahan, sekali pun dengan tujuan untuk menggagalkan rancangan 16 September. Masakan BN mahu berdiam diri membiarkan serangan dikenakan ke atasnya.
2. Sedang sibuk-sibuk kita didendangkan kisah MP Sabah dan Sarawak akan lompat parti - ada atau tidak kebarangkalian MP dari Semenanjung yang sebenarnya akan lompat parti? Kita sedia maklum, hal perkauman mula dibangkitkan sehingga ada usaha di kalangan MCA dan Gerakan menilai semula kedudukan mereka dalam BN.
Jika dicampurkan jumlah kerusi Parlimen kedua-dua parti itu, semuanya ada 17 kerusi. Ia bukan jumlah yang sedikit. Bagaimana pula jika ada di kalangan mereka yang melompat, ditambah sejumlah MP Sabah dan Sarawak - tidakkah ia akan menguji kesetiaan MP dari parti Umno?
3. 16 September cuma isu maruah Anwar Ibrahim (dan Pakatan Rakyat) - sebab beliau yang mencanangkan usaha ini. Tetapi persoalan pokoknya bukanlah tarikh ini, tetapi transisi kerajaan! Anwar akan malu sekejap kalau gagal pada tarikh tersebut.
Selepas itu, beliau akan dibantu propaganda Pakatan Rakyat dan kepercayaan penuh penyokongnya - maka 16 September jadi atau tidak, hanyalah hal yang mungkin sepintas lalu.
Isunya ialah tempoh selepas 16 September yang gagal- tidak mungkin Anwar akan berdiam diri. BN perlu bersedia untuk itu.
Dalam satu tempoh, mungkin isu kegagalan 16 September akan menyebelahi BN, tetapi apabila isu ini sudah perlahan - bagaimana pula?
sumber : akalmuda.blogspot.com
5 ulasan:
Salam,
Sumber dr informer PAS, mengatakan bahawa Dr Lo'Lo menghubungi Datuk Zaid Hamidi atas urusan 16 September ni. Adakah Zaid Hamidi masih setia pd Anwar Ibrahim??
Tan Sri Muhyidin Yasin pun digosip juga !!!
Jika fitnah maka Allah akan balas dengan segera mereka yang mereka reka tuduhan dan fitnah jahat tersebut..
Tapi adakah orang Pakatan Rakyat takut dengan dosa pahala ?
Entahlah ...
Mari kita cari terjemahan Al Quran dan bacalah banyak banyak terjemahannya untuk manfaat kita semua...
Salam Ramdhan.
Panglima Perang Cyber
Http://penembak-tepat.blogspot.com
Assalamualaikom, saya nasihat kepada diri saya dan kepada penyokong2 umno, jangan under-estimate apa yang AI boleh dan akan buat. Daripada apa yang sudah belaku, dia boleh buat apa saja. He is full of surprises and will shock us all. Dan kita semua akan terkezut nanti. Saya teringat kata2 jiran saya yang hard-core pengikut pas, dia berkata bahawa dulu, PR11 nanti mereka akan ambil 5 negeri. Tidak belaku, tetapi belaku dalam PR12 yang lepas ini. Jadi kita tidak boleh terlebih confident bahawa benda2 gini tidak boleh belaku. AI pandai guna reverse pyscologi. Semoga BN buka lah mata dan semoga Allah selamatkan negara kita. Ini saja lah negara yang kita ada.
anuwar ibrahim mana yang tidak pernah malu dengan tindak tanduknya.
ingatkah kita kes anuwar diracun arsenik? Tapi sampai ke hari ini anuwar masih hidup lagi.
16 September ni takkan memalukan anuwar pun. kalau anuwar ada rasa malu dia takkan sesuka hati nak sodome orang
anuwar ni ada perasaan malukah????
tengok gambar kat atas dan baca dialog ni..
nuar:saifudin...macammana ni...kata 30 orang...ni baru 5 orang je yang ada...
saifudin:sabar bos...sabar boss...dok tunggu panggilan dari taiwan kejap..
kit siang:gua rasa lepas taiwan dia olang pergi lawatan sambil itu belajar ke cina pula...bila agaknya diaolang mau balik sini?..ermmmm....
husam:bos...saya dah tengok kat belakang ni...tak ada lagi boss...kalau hantu diorang tak tahu la boss.....sedih saya ni boss...
nuar:err...saiful mana???oppss silap...syed husin mana???
husam:tak sampai lagi boss...saya dok intai la ni boss...malu kita ni boss..
orang sebelah kit siang: baik aku tutup bontot aku ni..kalau nuar tengok...nahas aku...aku letak tangan aku kat belakang dan control macho je la...aku ni ikut je..tapi aku percaya ni gimik anwar je ni...(berkata dalam hati)
nuar:saifudin..you dengan kit siang ni...cara dan gaya tutup hidung sama je...nak gelak ke serius ni...please la wei....serius sikit...aku nak jadi PM ni....
Catat Ulasan