Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa majoriti ahli parlimen Islam dan bumiputera tetap akan dipertahankan sekiranya Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan baru kelak.
"Ada pandangan tentang komposisi kaum-kaum. Seperti yang saya sebutkan (bahawa) ini tidak harus membimbangkan.
"Saya berikan ketegasan bahawa majoriti ahli parlimen Muslim dan bumiputera itu dapat dipertahankan.
"Pakatan rakyat termasuk DAP menerima kenyataan ini. Tidak jadi masalah sama sekali," kata Anwar dalam satu sidang media di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Anwar hadir di mahkamah pagi ini bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, untuk menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya.
Sebaliknya, kata beliau yang juga penasihat PKR, isu kebimbangan mengenai komposisi ahli parlimen tersebut, telah diciptakan oleh Umno untuk menakutkan-nakutkan orang Melayu.
Semalam, Anwar mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Anwar juga menjelaskan dalam sidang media itu, bahawa turut menemui Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok malam tadi di kediamannya.
Dalam kedua-dua pertemuan tersebut, katanya, mereka membincangkan perkembangan terakhir mengenai langkah yang diambil dan reaksi mereka terhadap kenyataan perdana menteri serta merangka langkah-langkah yang harus diambil secara muafakat antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan itu.
Oleh yang demikian, beliau berharap agar rakyat Malaysia bersabar dengan langkah-langkah Pakatan seterusnya kerana menganggap peralihan kuasa adalah satu perkara besar.
'Mari kita uji'
"Saudara kena ingat ini satu proses besar. Peralihan kuasa. Dan bagi Umno dan BN, ini suatu hal yang amat menakutkan mereka.
"Jadi saya fikir wajar kita mengenengahkan kenyataan kekuatan kita dan memberi rencana bahawa urusan kita ialah untuk mentadbir dengan adil.
"Bukan untuk membalas dendam atau (bertindak) ganas atau guna ISA kerana pendirian kita akan membatalkan ISA sebaik sahaja kita memerintah," jelas Anwar lagi.
Beliau juga enggan mengumumkan nama dan jumlah ahli parlimen yang didakwa akan melompat menyertai Pakatan dan seterusnya membentuk kerajaan demi menjaga keselamatan mereka.
Diminta reaksinya terhadap tanggapan bahawa beliau seorang pembohong ekoran kegagalannya menubuhkan kerajaan baru pada 16 September lalu, Anwar berkata:
“Sekiranya mereka percaya saya adalah seorang pembohong, jadi mari kita uji mengikut perlembagaan dan rangka undang-undang.
“Mari kita uji dan mengundi di parlimen. Itulah caranya mereka boleh mengujinya,” kata Anwar lagi.
Diminta mengulas penangguhan kes beliau hari ini berhubung permohonan pihak pendakwa untuk memindahkannya ke Mahkamah Tinggi, Anwar menjawab:
"Pertimbangan yang hakim akan buat, dalam melihat bantahan dari pihak pendakwa - sama ada hendak menghormati prinsip keadilan atau ikut teknikaliti undang-undang - kerana pendakwa nampak bersungguh-sungguh hendak memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi dengan hakim yang ditentukan."
sumber - Malaysiakini
3 ulasan:
Tu dia, dia punya twist,
Dia yang dakwa MP nak lompat orang lain pulak dimintanya kena buktikan cakap dia.
Anwar ni memang pakar twist mentwist ni tapi kalau dah setiap statement dia nak twist, aiihh.. backfire kat dia jugak..
Tapi yg malangnya orang2 yang taksub dengan dia ni gerenti percaya punya.
nuar,nik aziz,hadi= 3 jahanam
kit siang,karpal,teresa= 3 jahanam
jadilah = 6 jahanam
nuar kata majoriti ahli parlimen islam dan bumiputera akan dipertahankan?????
tengok menteri kabinet bayangan PR pun orang dah tahu....tak payah nak auta lagi la...
semoga laknat turun secepat mungkin keatas mu dan 6 jahanam sebelum angan-angan mat jenin mu itu menjadi kenyataan.
jangan cuba menghancurkan melayu islam ditanah keramat ini....kerana pasti segala usaha kamu buat akan hancur berkat doa nenek moyang kami yang terdahulu.doa mereka terus naik menembusi langit ketujuh tanpa halangan mencapai siratul muntaha berhampiran arasy ke makam al qurb.....mana mungkin orang-orang yang cemar hati penuh zulmat seperti 6 jahanam ini akan berjaya???
tunggulah perancangan Allah pula....
tul gak!..kalo aku jadi juri petandingan LOYAR BURUK, DSAI a yang menang..ahaksS
Catat Ulasan