Orang Kelantan terutamanya orang PAS tentunya marah dengan headline penulis hari ini. Jikalau hendak tahu kesimpulan penulis, bacalah sehingga habis. Selagi tidak habis, jangan marah lagi. Ikut Tuan Sadiq Segaraga, kalau marah, nanti kena jual.
Kalau tidak kerana Nik Aziz, soal Brother mahu jadi PM tidak bising dan sureheboh sangat dalam PAS. Kerana back up Nik Aziz, orang PAS yang dulu mati-mati tak suka Anwar, terpaksa juga sokong Brother.
Masih terngiang lagi di telinga ucapan Mat Sabu di Parlimen semasa Brother Anwar Bin Ibrahim memegang jawatan Menteri Kewangan, bagaimana wang negara digunakan untuk spekulasi mata wang yakni Foreign Exchange sebanyak berbillion-billion dollar. Duit Malaysia digunakan oleh Mami Anwar ini seolah-olah dia sudah jadi God of Gambler. Tetapi, ramai yang terlupa terutamanya orang PAS yang dahulunya cukup marah dengan kalimah Al Adlu wal Ihsan dan Belanjawan Nabi Yusuf Alaihissalam Anwar.
Ramai orang Kelantan sayang Nik Aziz. Tetapi, kes 16 September mencemarkan maruah dan juga darjat Nik Aziz. Nik Aziz macam wali ataupun menghampiri wali. Tetapi, apabila Nik Aziz masih beriman dengan 16 September dan terus mempertahankan 16 September serta berang dengan orang PAS yang tok mboh dengan 16 September, taraf Nik Aziz ada sedikit jatuh kerna itu.
Hemat tajuk penulis, bukanlah jawatan MB Kelantan yang patut diletak. Namun, kedudukannya sebagai Mursyidul Am PAS yang patut kena letak. Sebab menjadi Mursyidul Am, seorang itu adalah umpama drebar. Walaupun ada Presiden, tetapi kata-kata Mursyidul adalah yang bisa. Maka, jikalau drebar tersalah jalan, ke manakah haluan penumpang sekelian. Jadi, apabila drebar sudah salah baca peta, wajarlah diberikan kepada yang lain yang lebih layak.
Koma.Tunggu dulu.Ingatkah sekelian kepada cerita Lord Of The Ring 2, tentang Raja Rohan bernama Theoden. Theoden ini seorang raja yang perkasa tetapi malangnya, kena guna-guna atau kena sihir oleh pembantunya bernama Brima Wormtongue yang dihantar Saruman. Jikalau orang Kelantan terutamanya PAS, sayang sangat Nik Aziz, mungkin perumpamaan Nik Aziz seperti Raja Theoden boleh diambil perhatian.
Maka, si Brima ini pun acapkali menyihir Raja Theoden dengan ubat guna-guna supaya segala titahnya bersesuaian dengan kehendak negara musuh yang disangka sahabat. Lantas, datanglah Gandalf juga si ahli sihir (tapi baik) membebaskan Raja Theoden dari sihir Brima,Maka, selepas itu bolehlah si Theoden ini berfikir macam orang yang waras.
Siapakah Brima Wormtongue di sisi Nik Aziz ini? Penulis acapkali menujukan Brima ini sebagai Anual Bakhri Haron. Anual seperti yang didedahkan oleh penulis adalah aparat Anwar dari zaman kampus lagi. Tetapi, Brima Kelate ini tidak keseorangan, Husam Musa turut menyediakan fasiliti yang baik untuk membiakkan aparat Anwar ini dalam kelambu PAS.
Sekarang, Nik Aziz terkedu menahan sihir yang tak habis oleh kumpulan Erdogan ini. Orang yang setia kepada parti dicop pengkhianat oleh golongan ini. Tetapi, adakah PAS sayangkan Nik Aziz ataupun sanggup melihat Nik Aziz malu tersipu bahana hendakkan Anwar menjadi Pi Em? Bolehkah PAS Kelantan membiarkan Nik Aziz diperlakukan seperti Maharaja dengan Baju Baru akibat peristiwa 16 September ini?
Ataupun, PAS Kelantan perlu mengambil tindakan drastik, meminta Anual dan Husam berundur dan berhenti melangkaui pimpinan seperti yang selalu diusrahkan? PAS Kelantan perlu berani, jikalau mereka mahu melihat kepimpinan Jamaah diletakkan di hadapan bukannya Mami Anwar.
PAS perlu kuat dan tabah serta perlu membuang kelam kabut-kelam kabut yang dibina oleh aparat-aparat Mami Anwar di dalam Jamaah. PAS perlu melakukan sesuatu. Adakah PAS sanggup membiarkan NIk Aziz mengeluarkan kenyataan yang mencemar kethiqahannya sebagai pimpinan jamaah angkara Anual dan Husam?
Sepatutnya biarkanlah Nik Aziz kekal sebagai lagenda setaraf dengan Tok Kenali ataupun Tokku Paloh di pandangan orang ramai dan janganlah jatuh taraf tersebut disebabkan oleh orang yang terimbau-imbau masa lalu, dan juga masa hadapan yang belum tentu.
sumber - maharaja zhou
2 ulasan:
mursyidul am tahi kucing apa nik aziz ni...jadi tok mudim boleh la dia.dia ni gila kuasa juga...dah nyanyok dan semput pun masih nak jadi MB.makan tahi hidung nuar dan husam musa dia ni...entah entah dia ni nuar dah rasuah awal awal lagi dengan jawatan besar kut...contohnya...mursyidul am malaysia....atau mufti perdana malaysia...atau menteri agama utama malaysia ...atau datuk nikah kawin dalam musang berjanggut tu...
taraf dia ni berbanding dengan tok kenali dan tokku paloh umpama langit dan bumi....dia orang ada kasyaf dan makrifat...nik aziz ada auta dan karipap je...mata dia tak nampak ke nuar al juburi dok kelentong dia hidup hidup tu...
Muktamar memutuskan ijmak melalui "standing ovation"?
Puak2 Erdogan ni pun nak buat teks ucapan tu berpada-padalah.
Kalau betullah seperti yg diperkatakan penulis artikel di atas, rasanya kita tak tunggu lama untuk episod seterusnya. Bila ada Anwar memacu kereta PAS ni, dia suka pandu laju. Selagi dia pandu laju selagi tu la jamaah PAS ni jadi kelam kabut.
Selagi kelam kabut selagi itulah kenyataan Nik Aziz yang dianggap wali oleh pengikutnya akan ditagih dan dipergunakan oleh kelompok berkepentingan untuk menepis-nepis serangan2 orang yang tak sebulu dengan Anwar.
Apa ya yang seterusnya? Mungkin kali ni kita dapat tengok dalam timing slow motion?
Catat Ulasan