Jimadie Shah Othman | Sep 3, 08 8:11pm
Ramlang Porigi, imam Masjid Wilayah Persekutuan yang didakwa berkempen untuk PKR di Permatang Pauh, kini berada "dalam jagaan" parti itu, kata peguamnya Ahmad Nizam Hamid.
Beliau berkata, Ramlang dan keluarganya – seorang isteri dan tiga anak – kini "selamat di sebuah tempat".
Ahmad Nizam yang juga ketua bahagian PKR Maran, bagaimanapun enggan mendedahkan tempat imam itu berada.
Ditanya bentuk kawalan pergerakan terhadap imam muda itu, Ahmad Nizam berkata: "Sembahyang Jumaat pun dia pergi. Dia tidak ikut nasihat saya."
"Tetapi orang tidak perasan," katanya, sambil ketawa kecil.
Keselamatan Ramlang dikawal akibat kebimbangannya dan PKR susulan kejadian kehilangan misteri penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang membuat akuan bersumpah menafikan tuduhannya terhadap hubungan Timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu.
Ahmad Nizam menjelaskan, Ramlang mulai hari ini memohon tambahan cuti sehingga lusa.
Tindakan itu, tambahnya, dibuat memandangkan cuti tahunan imam kelahiran Sabah itu masih berbaki 16 hari.
"Dia masih mahu terus berkhidmat (di masjid di Jalan Duta)," katanya.
"Daripada sudut karier, saya rasa dengan lima negeri di bawah (kerajaan) Pakatan Rakyat, tidak ada masalah (menerima Ramlang).
"Cuma hati beliaulah, beliau rasa beliau tidak buat apa-apa salah
sumber : Malaysiakini.com
4 ulasan:
Apa hal imam ni pun kena 'kawalan ketat' juga.Nak jadi macam anuwar jugak ke lari bersembunyi di Kedutaan Turki.Naper pak imam, ada orang nak bunuh ke?
Tak paham la dengan orang PKR ni,suka sangat buat gimik & main sorok-menyorok
http://apps.new.facebook.com/blognetworks/blogpage.php?blogid=37355
Bro, lawat site di atas tu, & confirmkan blog ni bro punya... tambahkan lagi ledakan blog ini di blognetworks...
ok.
pak imam..pak imam...lari sembunyi-sembunyi jugak ke???
sila semak akaun bank dia ni.... ada berapa duit dalam tu....
muka pak imam pun nampak macam budak-budak tak sunat lagi...jambu sikit sikit......anwar mesti suka muka macam ni...tu sebab anwar suruh simpan...untuk makanan atau hidangan waktu berbuka atau sahur....
kalau azizan dulu ...anwar makan lepas terawih...lepas sunat witir kut...
Hows with the other guys for other cases? Pls use your brain before you make comments..Thanks
Catat Ulasan