MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Sep 2008

Raja Petra dan Teresa Kok ditahan ISA


Raja Petra dan Teresa Kok ditahan ISA

Sep 12, 08 11:59pm
Pemimpin DAP, Teresa Kok turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini.

Beliau merupakan orang ketiga ditahan hari ini di bawah ISA, selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Difahamkan, ahli Parlimen Seputeh itu ditahan pada kira-kira jam 11.18 malam ini.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

Teresa yang setiausaha organisasi kebangsaan DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan Teresa mengikut Seksyen 73 (1) ISA.

Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mengesahkan penahanan Teresa.

Menurutnya, parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.

sumber-Malaysiakini.com

Raja Petra ditahan bawah ISA
Sep 12, 08 1:37pm
Blogger Raja Petra Kamaruddin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) kerana didakwa boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Raja Petra ditahan mengikut Seksyen 731 ISA yang membenarkan penahanan sehingga 60 hari.

"Polis akan membuat penilaian dalam tempoh tersebut dan jika mereka merasakan beliau perlu ditahan lebih 60 hari, maka polis akan merujuk kepada saya," katanya seperti yang dipetik oleh The Star.

Bernama pula memetik Syed Hamid sebagai berkata, tindakan itu diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).

"Kita telah banyak kali memanggil dan menasihatkan beliau berikutan kenyataannya namun beliau masih terus menulis hingga boleh menimbulkan ancaman," katanya.

Syed Hamid juga mengesahkan bahawa surat tunjuk sebab telah dihantar kepada Sin Chew Daily, The Sun and Suara Keadilan.

"Mereka mempunyai tempoh seminggu untuk menjawab," tambahnya.

Menurut isteri Raja Petra - Marina Lee Abdullah - 10 anggota polis datang ke rumah mereka di Sungai Buluh pada kira-kira jam 1.10 tengahari tadi untuk menahannya.

Ketika Malaysiakini menghubunginya pada jam 1.25 tengahari, anggota polis masih berada di rumahnya.

Raja Petra kemudiannya dibawa polis dari rumahnya pada jam 1.50 tengahari ke lokasi yang tidak diketahui.

Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor lamanweb Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.

Mereka mendakwa komen beliau dalam artikel yang bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.

Lamanweb Malaysia Today telah disekat sejak minggu lalu, tetapi sekatan itu telah ditarik balik semalam.

Raja Petra, yang popular dengan panggilan RPK, juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam lamanwebnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet".

Sementara itu, Marina berkata, mereka masih belum melantik peguam untuk mengendalikan perkara itu.

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Kali pertama, beliau ditangkap di bawah ISA pada 11 April 2001 ketika gerakan reformasi di mana sembilan orang telah ditahan. Pada masa itu, beliau merupakan webmaster lamanweb FreeAnwar.com
ketika itu.

Raja Petra dibebaskan selepas ditahan selama 52 hari. Bagaimanapun, enam daripada pemimpin reformasi itu dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Taiping di mana mereka ditahan selama dua tahun.

Sebelum ini, Raja Petra telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut dan memfitnah selepas mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Abdul Razak Baginda, rakan rapat Najib, didakwa bersubahat membunuh wanita Mongolia yang berusia 28 tahun itu, di mana mayatnya telah diletupkan.

Dua anggota polis, yang tugas mereka termasuk mengawal keselamatan timbalan perdana menteri, menghadapi tuduhan membunuh Altantuya.

ISA yang dibantah oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara selama dua tahun - dan boleh dilanjutkan setiap tahun seterusnya - dan biasannya digunakan terhadap suspek pengganas.

Ia juga digunakan terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan dan tahun lalu, lima orang pemimpin Hindraf telah ditahan tiga selepas mereka menganjurkan perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 25 November.

Kenyataan polis

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata penahanan Raja Petra di bawah ISA dibuat selepas polis mendapati tindakannya boleh mengancam keselamatan negara.

Ismail berkata penahanan terhadap pengendali laman blog Malaysia Today itu dilakukan selepas polis berpuashati dengan hasil pemantauan terhadap Raja Petra.

"Pemantauan yang dijalankan menunjukkan beliau telah melakukan tindakan-tindakan yang boleh mencetus kegelisahan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.

"Penangkapan ini terpaksa dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung tindakan-tindakan beliau," katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata penahanan Raja Petra mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 itu juga bertujuan membendung sebarang tindakan yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum dan persengketaan agama.

sumber-Malaysiakini.com
Tangkapan ISA No. 2: Wartawan Sin Chew ditahan
Sep 12, 08 9:47pm
Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada jam 8.30 malam ini di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Beliau merupakan orang kedua ditahan selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, ditahan tengahari tadi di bawah ISA yang membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.

Difahamkan, Tan telah dibawa ke ibupejabat polis Pulau Pinang di mana terdapat 100 orang penyokong berhimpun di situ.

Setiausaha politik ketua menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik mengesahkan Tan telah ditahan di bawah ISA.

"Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob baru mengesahkan penahanan wartawan tersebut di bawah Seksyen 73(1) ISA, kepada ketua menteri," katanya kepada pemberita di ibupejabat polis Pulau Pinang pada kira-kira jam 10.45 malam ini.

Seksyen 73(1) membolehkan polis menahan Tan untuk tempoh maksimum 60 hari untuk siasatan. Selepas itu, berdasarkan kepada hasil siasatan tersebut, beliau boleh ditahan selama dua tahun di bawah Seksyen 8 akta yang sama.

Sebelum itu, Setiausaha Agung Gerakan, Chia Kwang Chye turut berada di ibupejabat polis Pulau Pinang untuk mendapatkan maklumat mengenai penahanan Tan. Beliau juga mengesahkan bahawa Tan telah ditahan di bawah ISA.

Beliau mengecam penahanan Tan, sambil menegaskan bahawa polis sepatutnya menyiapkan segera siasatan terhadap wartawan itu secepat mungkin dan membebaskannya.

Difahamkan, Tan ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bukit Aman.

MCA sedia membantu

Sementara itu, dalam reaksinya, Gan Ping Sieu dari biro undang-undang MCA turut mengesahkan penahanan Tan (foto) di bawah ISA.

"Wartawan tersebut sepatutnya dipanggil untuk disoalsiasat dan bukannya ditahan," katanya.

Menurutnya, biro tersebut bersedia untuk menubuhkan sepasukan peguam untuk memberi khidmat sukarela untuk membela Tan.

Tan telah melaporkan bahawa pemimpin Umno, Datuk Ahmad Ismail didakwa berkata bahawa kaum Cina Malaysia "menumpang" di negara ini.

Laporannya itu telah mencetuskan kontroversi dan bantahan di seluruh negara, menyebabkan Umno telah mengantung Ahmad selama tiga tahun, dalam satu menyuarat khas Majlis Tertinggi parti itu Rabu lalu.

Tiga hari lalu, Sin Chew telah mempertahankan Tan, yang didakwa oleh Ahmad telah menyalahlaporkan komennya itu.

Tan, lulusan ijazah komunikasi massa dari Universiti Sains Malaysia (USM), sudah berkhidmat sebagai wartawan selama sembilan tahun.

Beliau telah berkhidmat dengan Sin Chew sejak empat tahun lalu. Sebelum itu, Tan bertugas di akhbar Kwong Wah daily.

Sin Chew melaporkan lewat malam ini bahawa Tan telah menghubungi peguam akhbar berkenaan sebelum dia ditahan.

Tan memberitahu peguam tersebut bahawa polis berada di luar rumahnya dan memintanya mengikut mereka ke balai polis untuk disoalsiasat di bawah ISA.

Akhbar itu melaporkan bahawa Tan tidak dapat dihubungi lagi selepas dia membuat panggilan telefon tersebut.

"Kami tidak dapat menghubungi Tan melalui telefonnya, rakan-rakan kami di Pulau Pinang berusaha mencarinya di seluruh Pulau Pinang untuk mengetahui lokasinya.

"Kira-kira sejam kemudian, beliau disahkan sedang ditahan di balai polis Bukit Mertajam," lapor akhbar tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada Ahmad yang tetap enggan memohon maaf terhadap kenyataan yang dibuatnya itu, walaupun digantung tiga tahun oleh Umno, juga turut ditahan.

Pemimpin PAS, Mujahid Yusuf Rawa, yang turut berada di balai polis tersebut berkata, Ahmad yang sepatutnya ditahan di bawah ISA dan "bukannya wartawan yang melaporkan apa yang dikatakannya".

sumber-Malaysiakini.com



12 ulasan:

THE PUREHADHARIST berkata...

Sudi saksikan video Anwar Ibrahim khianati Malaysia di http://pure-hadharist.blogspot.com

ysnizam berkata...

Aper la Mujahid nie senggal..

Tak akan la pokok bergoyang kalau takder angin wei...

putar alam la akhbar PR nie..!!

Unknown berkata...

Ambik korang suma...baru rasakan sedikit penangan Kerajaan. Tu la buat statement tak guna akal tapi guna kepala lutut, ni lah jadinya

Takbir!!!

Abd Bashid Harun berkata...

Sekarang anda boleh lihat sendiri bagaimana apabila orang yang paling sabar dan paling tenang mula bertindak.Kesempatan dan ruang telah dibuka seluas-luasnya untuk anda, tetapi anda menganggapnya tiket untuk melakukan segala-galanya atas nama kebebasan dan demokrasi.Sekarang anda menerima balasan daripada apa yang anda sendiri lakukan.ISA dikembalikan kepada orang yang selayaknya.Tahniah KDN

Conspiracy Theorist berkata...

Dear Bros,

Kalo lihat scenario yg brlaku semua nya brkemungkinan satu konspirasi,..heheh..tapi bkn konspirasi kerajaan seperti yg dilaung2kan PKR tp konspirasi bro AnWar dan DAP.. mungkinkah Teresa ditahan selepas wartawan itu atas sebab2 wartawan tu mengaku disuruh brbuat tuduhan itu oleh Teresa Kock lantas Teresa ditangkap beberapa selepas wartawan itu di tangkap,..heheh.. pada Raja Petra, syabas kerana niat anda yg baik dan tulus untuk expose bro AnWar,.. seperti tahun 2001 bro Pete dibebaskan selepas bro pete 'squeal' dan 6 pemimpin Keadilan masuk ISA,..heheh..kali ni selepas exposed all d plan by bro AnWar u cud retire overseas,..heheh..smart move pete, ur d best mole d govt have had..heheh..apo nak dikato..(",) two can play at a game bro..(,")

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWaR & PLah!! SAY WELCOME TO FUTURE PM TGK RAZALEIGH aka Ku Li.. insyaallah!!

Panglima Perang Cyber berkata...

Pak Lah lembik lagi ? Kerajaan pekak dan buta lagi ? Tidak.

Tetapi kerajaan bijak dalam menentukan tindakan sesuai dan masa yang sesuai..

ada benda lembik akan keras juga. Tapi tidak 'keras' sepanjang masa.

Bila dia 'keras'siapa boleh lawan ?

Simen semasa lembik dan cair memang mudah digaul dimain mainkan.

Bila sudah keras, jika terhantuk kepala kita juga tergadah.

Adakala sampai berdarah.

Hidup Pak Lah ! Hidup Syed Hamid !

Moga Allah memberi kegerunan kepada musuh agama Allah dari terus mencari jalan mempermainkannya dengan cara tidak bermoral dan bermaruah sehingga mengancam keselamatan kita...

Ramadhan tahun ini telah memberi' kekuatan ' kepada kerajaan membuat tindakan dengan berani demi agama Allah !

Takbir !!!!!!!!!!

Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com

wokyoh berkata...

tahniah KDN !!!.

lepas ni ada yang akan membujang sampai ke tua...dah tak boleh makan babi panggang dah bila masuk dalam sana....azan pun akan dikuatkan volumenya berhampiran bilik tahanannya.....semoga terbuka hidayah dan pintu hatinya......lepas ni masuk islam...insyaAllah...

RPK...pejuang IFC ni...memang patut pun kesana sekali lagi...

satu lagi...anwar pun ada harapan masuk sana juga.jika diteliti baik-baik ucapan dan tindakannya oleh KDN.dulu al-maunnah lancar serangan kepada yang dipertuan Agong...kini ada orang yang begitu komited nak jadi PM dan tubuh kerajaan baru pada 16 september...cuma nampak tidak ganas dan mengancam keselamatan negara bila berselindung disebalik demokrasi dan kebebasan bersuara...itu saja...padahal untuk jadi PM tu kena restu Yang Dipertuan Agong juga...adakah komitmen untuk menggulingkan kerajaan juga adalah satu bentuk penderhakaan kepada Yang dipertuan Agong??? kerana YDP agonglah yang melantik PM...

ini pendapat saya sahaja...

ml berkata...

Yang saya dengar Yang Dipertuan Agong ni pengikut Pas, jadi kalau beliau nak lantik sesiapa yang dia nak, beliau boleh berbuat demikian.

wokyoh berkata...

jangan lantik nik aziz dah lah... dia akan membawa kita kembali kepada zaman melayu sebelum perang jepun dulu....

juga jangan lantik nuar...sebab malaysia akan jadi turki atau singapura ke- 2....golongan gay dan pondan akan bertambah,pegangan agama semakin hilang dek kerana pluralisme...

kalau dia nak lantik sangat,lantik saja tun dr mahathir semula...dia dah terbukti 22 tahun menempa sejarah....

kepada kaki bodek paklah...cukup cukup la tu....melayu islam dah semakin layu dan hancur ditangannya...

NORA berkata...

Assalamualaikum wrt. wbt..

Tahniah..tahniah dan tahniah KDN..kali ini, tindakan yang amat bijak telah diambil kepada mereka-mereka yang bersekongkol menghuru harakan Malaysia. Biar dari awal tunjukkan ketegasan dari menyesal dikemudian hari.

Suasana bercelaru yang sedang berlaku yang terbaru mengenai isu perkauman atau racist itu mungkin sengaja dirancang secara sengaja, oleh pihak-pihak tertentu yang mahu melihat suasana negara dan rakyat Malaysia tidak tenteram. Mugkin juga ada yng berharap Kerajaan akan melatah dan mengambil tindaka melulu supaya imej kerajaan boleh dibinasakan lagi buat kesekian kalinya.

Jika anda membaca statement Teresa..dia mengatakan bahawa insiden itu berlaku di Puchong dan mendakwa dia telah difitnah.. tetapi, tulisan Zaini Hassan pula mengatakan incident tersebut berlaku di Shah Alam... hmm mengapa dia pula terasa pedas jika tidak memakan cili .. fikir kan ya...

Teresa juga tidak membuat apa2 penafian mengenai isu papantanda yang telah dibuang tulisan jawi dan digantikan dgn tulisan cina dan india. Kemudian, tanpa malu membuta tuduhan yang berunsur racism... yang boleh memecahbelahkan keharmonian rakyat. Fikir-fikirkanlah ya

RPK pula.. telah berulang kali membuatpenghinaan kepada Islam dan Melayu... Poster Hj. Hadi terpampang di blognya sebagai wanted... Parti Angkatan Syaitan .. Juga Nik Aziz dihina dengan cara yang sama...

Salam satu topik didalam blognya iaitu.. Muhammad in the Hindu Scripture telah mengundang komen2 yang menghina Nabi SAW dan juga Nabi2 yang terdahulu dan dia juga menggalakkkan kempen untuk agama Kristian didalam blognya. Saya sedikit konfius... adakah beliau seorang Muslim sebenar atau Muslim secularyang telah terpengaruh dengan Yahudi ?? fikir-fikirkanlah.

Tan Hoon Cheng pula khabarnya sudah dibebaskan masa Joyah sedang mengarang komen ini. Ini menunjukkan kerajaan tidaklah seteruk yang dikatakan...segala-galanya konspirasi ..oleh kumpulan reformbasi lelaki itu. Dalam kes ini, polis tidak menyalah gunakan kuasa mereka kerana ia bertujuan untuk menjaga dan mengembalikan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Semoga Malaysia akan bertambah cemerlang, gemilang dan terbilang dengan terhapusnya orang-orang yang sesat dan menyesatkan.

wallahualam.

ml berkata...

RPK ni memang biadap, belajar tinggi2 bukannya nak bela ugama dan negara tetapi nak tunjok hebat memberi pendapat yang kurang cerdik mengenai ugama. Bukannya alim ulamak pon, berani buat komen2 pasal ugama. Orang iblis macam ni elok baling dengan bara api yang sedang menyala sampai mampus!!! Kepala gondol tingkah laku pon macam setan gondol. Laknatullah.

amrbt berkata...

sokong KDN. sokong isa dikenakan pada teressa dgn raja petra.
isa telah digunakan pada tempatnya. kita tak perlukan mereka yang suka buat onar.