MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Sep 2008

Rahsia 16 September

Tarikh keramat 16 September 2008 yang diwar-warkan oleh DSAI kononnya akan tertubuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat sebenarnya melibatkan perancangan tangan-tangan yang tidak terlihat. Apakah yang dimaksudkan dengan tangan-tangan yang tidak terlihat? Freemason, Rothchild, dan sebagainya merupakan pertubuhan yang digerakkan oleh sebuah pertubuhan yang amat rahsia yang dikenali sebagai Pakatan illuminati (Pertubuhan Sulit Yahudi Elit).

Semakin jelas dan nyata DSAI bergerak dibawah kod-kod rahsia pakatan illuminati ini. Modus operandi yang digerakkan oleh DSAI juga mirip gerakan illuminati dalam menjatuhkan kerajaan beraja di dunia bermula di Rusia, Perancis, Turki dan Negara Arab. Gerakan sulit ini bergerak secara sulit semenjak akhir kurun ke -18 lagi. Slogan dan gerak-kerjanya sama sahaja, iaitu berslogankan kuasa rakyat, tindakan merampas kuasa daripada kerajaan yang memerintah dan pengwujudan kuasa mutlak Presiden Republik merupakan perancangan halus Pakatan ini untuk menguasai dunia. (Mohon rujuk Buku “Pawns In The Game Karya William Guy Carr). Sama ada kita sedar atau tidak logo Parti Keadilan sendiri mirip dengan logo gerakkan sulit illuminati ini. “One Eye That Sees All”

Berbalik mengenai tarikh keramat 16 September, apakah sebenarnya yang terlalu diagungkan mengenai tarikh ini. Jika dilakukan sedikit penyelidikan, tarikh ini amat berkaitan dengan tarikh kemerdekaan Singapura. Tarikh ini merupakan tarikh keramat terwujudnya sebuah Negara bernama Singapura yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew. Pemisahan Singapura dari Malaysia itu sendiri adalah diakibatkan sikap Lee Kuan Yew dan rakan-rakan beliau dalam parti PAP (yang merupakan parti politik yang memerintah Singapura buat sekian lamanya). Yang merupakan ‘duri dalam daging’ yang memperjuangkan konsep 'Malaysian Malaysia', menafikan kewujudan institusi Kesultanan Melayu, menentang hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera.

Apakah kaitannya Pakatan Sulit illuminati dan Gerakkan 16 September?
Yahudi mempunyai hubungan yang amat akrab dengan Singapura dan. DSAI merupakan bidak yang akan merealisasikan hasrat ‘mereka’......

sumber : Perakbangkit.blogspot

1 ulasan:

zek berkata...

Secara ringkasnya Dua pertubuhan syaitan yang utama dan terkenal-Freemasonry dan Illuminati mendahului senarai kelompok elit dunia yang mengawal segala percaturan dunia hari ini. Setiap pemerintah, presiden, raja dan pemimpin korporat dunia tidak terlepas dari cengkaman dua pertubuhan syaitan ini. Mereka berselindungkan dengan nama kebajikan sosial tetapi sebenarnya berfungsi untuk memporak-porandakan keharmonian sosial manusia. Mereka memberikan dana-dana untuk membantu mangsa perang, pelarian, bencana alam dan lain-lain tetapi pada masa yang sama mereka juga membiayai industri pornografi, pengedaran dadah, penyeludupan dan kegiatan mafia.

Kemudian muncul pula pertubuhan seperti The Round Table, ditubuhkan bersama oleh Cecil Rhodes (hartawan berlian) dan ejen Rothschild, Alfred Milner, berfungsi di sebalik situasi di dunia menerusi bantuan bank dunia dalam usaha untuk menekan kerajaan-kerajaan dunia bagi menyokong perlaksanaan New World Order.

Council on Foreign Relation (CFR) pula ditubuhkan oleh Rockefellers bagi menguasai pelaburan, ekonomi seterusnya politik dunia. Kesemua anggota-anggota majlis ini adalah orang-orang kenamaan yang amat penting seperti para presiden, ahli politik, ahli ekonomi, pemimpin tentera dan badan intellijen serta ahli perniagaan.

The Bilderberg Group pula diasaskan oleh Joseph Retinger dan Putera Bernhard dari House of Orange (bekas pegawai SS Jerman, seorang perisik melalui syarikat kimia I.G Farben dan kemudiannya menjadi pengerusi Shell Oil). Pertubuhan ini berfungsi untuk memimpin ahli-ahli politik dan para penasihat mereka, eksekutif-eksekutif media, bank, syarikat-syarikat multinasional, ahli-ahli akademik dan pemimpin tentera di mana mereka kerap mengadakan forum-forum perbincangan untuk menentukan halatuju politik dunia mengikut acuan mereka.

Salah satu pertubuhan yang tidak kurang pentingnya, The Trilateral Commission yang diasaskan oleh David Rockefeller dalam tahun 1972-73 bertujuan menyatukan polisi Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun secara rahsia. Pentadbiran Jimmy Carter adalah sokongan presiden mereka yang pertama dan banyak ahli dalam pentadbiran Jimmy Carter menjadi Trilateralist termasuk Zbigniew Brzezinski, penasihat keselamatan kebangsaan beliau dan pengarah pertama The Trilateral Commission.

Tidak sempurna rasanya jika tidak membincangkan tentang dua lagi kelompok yang sememangnya amat berperanan untuk membantu usaha untuk menguasai dunia ini. House of Rothschild telah lama membantu Dajjal Laknatullah dalam usaha untuk menguasai dunia. Diasaskan oleh Mayer Amschel Bauer (lahir pada tahun 1743 di Frankfurt; seorang Yahudi Jerman) yang kemudiannya menukar namanya kepada Rothschild (Baju Besi);gelaran yang diberikan oleh kerajaan Jerman ketika itu sebagai perlindungan khas kepadanya. Rothschild menguasai perniagaan tukaran wang asing pada mulanya kemudian berkembang kepada perbankan antarabangsa. Kesemua dana dari perniagaannya disumbangkan kepada gerakan Dajal-Yahudi seperti mencetuskan revolusi dan peperangan.

Empayar Rockefeller pula diasaskan oleh John D. Rockefeller melalui aktiviti utamanya, perusahaan minyak oleh syarikat Standard Oil (syarikat induk bagi Exxonmobil dan Esso). Pengaruh Rockefeller dalam senario ekonomi dan politik dunia amatlah terbuka dan diketahui ramai. Contohnya pembiayaan perang Iraq.

Terdapat banyak lagi cabang-cabang pertubuhan rahsia atau disebut 'secret society' yang berjalan di balik tabir dalam usaha membantu 'golongan elit' tertentu. 'Golongan elit' ini pula mendapat arahan dari ejen-ejen Dajjal. Akhirnya mereka dipandu oleh Iblis Laknatullah yang amat keras permusuhannya terhadap manusia khasnya umat Islam.