MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Sep 2008

Perkembangan terkini 16 September..


Perkembangan terkini 16 September..

Seperti yang diramalkan oleh ramai pihak…Parti Keadilan Rakyat sudah ubah tarikh nak ambilalih kuasa ‘ menerusi pintu belakang ‘ dari 16 September yang digembar gemburkan selama ini.Kini tarikhnya mungkin dua tiga hari lepas 16 September pula.

Perubahan tarikh itu diumumkan oleh Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussein Ali kepada para wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Isnin.

Juga seperti yang diduga alasannya ialah pemergian 49 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk lawatan sambil belajar selama lapan hari ke Taiwan.

“Ia tidak akan berlaku pada 16 September.Harinya mungkin 17 campur satu atau dua atau tiga tapi tidak lewat dari itu,”katanya.

Syed Hussein dakwa ada dikalangan 49 orang Ahli Parlimen yang sertai rombongan itu sudah bagi komitmen nak melompat.

Katanya ketiadaan mereka di dalam negara menyulitkan perlaksanaan pelan 16 September mereka.

Ikut cakapnya mereka sedang berusaha untuk mengatasi masalah berkenaan.

Syed Hussein juga mendakwa yang Dipertuan Agong pasti akan merestui peralihan kuasa itu sebaik sahaja baginda tahu mereka sudah ada jumlah Ahli Parlimen yang diperlukan. – 8/9/2008

sumber : Agendadaily.com

Anwar masih sibuk ‘ memburu’
Oleh: HANAFIAH MAN DAN ROSLAN BIAN



Segalanya masih seperti yang dirancang, 16 September kerajaan baru di Malaysia akan dibentuk, begitulah lebih kurang maksud Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penuh yakin semasa ditanya oleh para wartawan Indonesia mengenai rancangannya membentuk kerajaan melalui cara lompat parti semasa berada di Jakarta Jumaat.

Namun menjelang sembilan hari lagi,ada juga kalangan orang kanan Anwar buat kenyataan agar pelik sedikit. Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah ketika mengulas mengenai pembentukan kerajaan baru itu berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berbuat sesuatu untuk menghalang pembentukan kerajaan baru itu.

“Sukar untuk kita tentukan mengenai perkara ini...sebab itu kita tidak tetapkan 16 September ini sebagai sasaran tetapi kita memang komited untuk mendapatkan jumlah yang cukup (bagi membentuk kerajaan),“ katanya.

Sebaliknya kalau ikut hukum akal dalam sepak terajang politik sememangnyalah BN akan memastikan cubaan membentuk kerajaan melalui ’pintu belakang’ tidak berlaku.

Sebagai kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat melalui proses demokrasi, jangankan BN siapa sahaja akan mempertahankan mandat itu kerana ia diputuskan oleh rakyat bukannya oleh 20 atau 30 orang sahaja.

Namun, kenyataan Sivarasa bahawa 16 September bukan tarikh yang ditetapkan jelas bercanggah dengan kenyataan pemimpin utama mereka iaitu Anwar Ibrahim bahawa pada tarikh itulah kerajaan baru akan dibentuk.

Mungkin Sivarasa tidak termasuk dalam kategori kumpulan strategi yang kini sudah mula mengukur jalan ke Putrajaya yang telah menetapkan 16 September sebagai tarikhnya.



Agendadaily difahamkan tiga orang yang paling aktif menggerakkan agenda 16 September ialah Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul.

Mereka inilah yang dikatakan sering membuat panggilan dan cubaan untuk ’mengajak’ agar kalangan Ahli Parlimen BN sedia untuk melompat.

Berdasarkan maklumat daripada beberapa Ahli Parlimen BN yang ditemui Agendadaily, Anwar kini masih sibuk cuba nasib ’memancing’ mereka untuk bersama-sama dengannya. Perkara ini masih berlangsung hingga Sabtu malam.

“Tapi ada kalanya Anwar bukan sekadar memancing tetapi memburu,“ kata seorang Ahli Parlimen yang ditemui.

Menjelaskan maksudnya, seorang Ahli Parlimen BN dari Sabah menceritakan bagaimana dikunjungi orang-orang ‘ kerajaan 16 September’ di rumahnya dan dipujuk agar beliau melompat.

Kemudiannya, beliau diberikan dokumen oleh peguam yang hadir sama untuk ditandatangani olehnya.

Namun, beliau menolak untuk berbuat demikian.

Berdasarkan kisah yang diceritakan sendiri oleh Ahli Parlimen berkenaan, jelas menjelang sembilan hari lagi ’Putrajaya akan ditawan’ Anwar ‘ tidak ada apa-apa yang solid.

Bagi Ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak, kategori yang diberikan ialah Anwar memburu mereka dengan ‚’senjata’ yang berupa tawaran dan surat perjanjian yang perlu ditandatangani.

Bagi Ahli Parlimen BN dari Semenanjung pula, Anwar akan menelefon mereka dan antara ungkapan yang digunakan ialah“hang mailah rumah aku, kita sembang sikit“.

Hakikatnya, berdasarkan senario yang berlaku dan pengakuan beberapa Ahli Parlimen BN yang ditemui, jelas 16 September adalah igauan buruk buat Anwar Ibrahim.

Malah jika kenyataan Sivarasa Rasiah diambil kira, kini usaha sedang dibuat untuk memberikan alasan kenapa kerajaan 16 September tidak menjadi kenyataan.

Paling tidak Sivarasa telah mula memberikan alasan yang standard iaitu jika 16 September tidak menjadi kenyataan ia berpunca daripada tekanan dan halangan oleh BN.

Soalnya jika ada Ahli Parlimen PKR hendak tinggalkan parti itu, adakah PKR akan berdiam diri dan memberikan galakan agar Ahli Parlimen itu berbuat demikian.

Jadi apa pula salahnya BN juga mengambil langkah-langkah memastikan kubunya tidak bolos.

Anihnya bagi PKR pihak BN harus buka pintu kepada mereka dan apa saja yang dikira menghalang impian mereka dikira sekatan,tekanan dan segala macam takrif untuk mencetuskan rasa curiga orangramai.

Seorang Ahli Parlimen BN secara menyindir berkata, “ itu sudah kira sendiri mau menang saja.Adakah patutkah.”

Sementara apapun keadaannya impian Anwar dan pakatan pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan di Putrajaya melalui ‘pintu belakang’ terus jadi bualan termasuk kalangan jemaah surau ketika moreh selepas solat Tarawih.

Berdasarkan sms yang disebarkan itu, sepatutnya pada Jumaat atau 5 September, ‘ parti komponen dari Sabah dan Sarawak isytihar keluar BN’.

Bagaimanapun, tiada satupun komponen atau mana-mana 54 ahli parlimen BN kedua-dua negeri itu membuat pengumuman keluar BN selepas detik 12 malam tarikh tersebut.

Malah, sebelum ini ramai ahli parlimen berkenaan sudah bosan dengan khabar angin kononnya mereka akan lompat parti seperti digembar gemburkan oleh Anwar.

Komponen BN di Sarawak ialah, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak, (PBB) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan Parti Progresif Demokrasi Sarawak (SPDP).

Di Sabah pula, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Liberal Demokratik.

Lebih menarik lagi, disebalik countdown 5 September, ada pula pihak menyebarkan SMS kononnya tujuh parti komponen BN mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan keluar BN.

Malah, Agensi berita nasional atau Bernama menjadi mangsa apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama agensi itu untuk menyebarkan berita palsu tersebut.

Jika ikut countdown itu lagi, Sabtu atau 6 September : Semua komponen BN dari Semenanjung akan keluar BN kecuali MCA dan MIC.

Benarkah, UMNO, Gerakan, PPP atau IPF akan keluar BN? Ini adalah perkara paling pelik jika berlaku kerana UMNO adalah nadi BN.

Hari Sabtu berganti Ahad tanpa sebarang tanda-tanda ada parti komponen BN yang dimasudkan keluar menyertai pembangkang.

Pada Ahad atau 7 September jika menurut SMS itu, 10 orang ahli parlimen BN akan umum pindah kerusi kepada PKR.

Sehingga jam 11 malam, bukan 10 tetapi tiada seorangpun ahli parlimen BN buat pengumuman.

Sebaliknya, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan beliau tidak akan meninggalkan UMNO untuk menyertai parti pembangkang, sebaliknya yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) masih kuat dan kukuh.

Beliau menyatakan hairan tentang penyebaran SMS yang mengatakan beliau akan menyertai pakatan pembangkang itu.

Katanya beliau merupakan ahli seumur hidup Umno dan tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk melompat ke parti lain.

Countdown PKR pada Isnin atau 8 September : Lima menteri BN letak jawatan.

Pada Selasa atau 9 September: Sidang tergempar Parlimen dipanggil.

Agendadaily akan terus menyiarkan countdown serta kronologi ‘perang saraf’ yang dipercayai disebarkan pembangkang bagi menyakinkan atau mempengaruhi rakyat negara ini bahawa mereka masih ‘on track’ memburu 16 September walaupun Anwar sebenarnya kini berdepan tugas lebih besar apabila kes tuduhan liwat terhadapnya disebut semula di mahkamah pada 10 September.

Kita tengopk siapa yang kena… – 8/9/2008









7 ulasan:

Conspiracy Theorist berkata...

Bro AIDC,

Rasa rasa nya silap tarikh kot,..hehehe..bukan 916 tapi 911 cam kat US of A tu..maknanya 911 tu bro AnWar akan ranap kena bombastic dlm court..heheh..wat can I say..(",)

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWar & PLah!!

sumandak bayu berkata...

Hushhhh tak baik sumpah orang sampai macam tu... biar ja balasan sumpah laknat Saiful tu balas kat BRO Anwar kuasa ALLAH s.w.t lagi besar dari kita......

Gambar dorang tengah bincang macam mana nak bentuk kerajaan pintu belakang. HEBATkan masa dorang berbincang dan berfikirkan sempat bagi post kat RAKYAT MALAYSIA. Konon la ba tu HEBAT bincang masalah negara tapi yang sebenarnya nak jual MALAYSIA kepada negara asing.

Gunumaro berkata...

Mula-mula Anwar kata dia mempunyai dua kawasn untuk bertanding. Yang jelas kedua2 ahli-ahli Parlimen PKR dalam kawasan sasaran Anwar tidak rela melepaskan jawatan mereka. Last last dia nak tutup malu dia suruh bini dia letak jawatan.

Kalau dia boleh kelentong ada dua ahli parlimen PKR sanggup memberi dia laluan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil sedangkan tiada satu orang pun dalam partinya sendiri yang sanggup berkorban untuk dia - boleh masuk akal kah kalau ada 30 ahli parlimen yang sanggup declare keluar dari BN.

Nik Aziz kata: Anwar ni macam "Mat Jenin". Tapi saya kata: Anwar ni memang kaki belit. Saya kesian ramai Melayu yang "Khayal" dan terus menjadi "Bebal" dia Anwar belit mereka.

KHAIRUL NAZRI berkata...

1. Jelas bahawa untuk menjadi pemimpin negara ini bukan mudah sekiranya tidak diizinkan Tuhan. Tidak kiralah DSAI mempromote satu negara bahawa 30 AP akan melompat ke PKR pada 16 September ini dan menjanjikan ganjaran-ganjaran yang tak habis dimakan hingga cucu cicit sekalipun.

2. DSAI yang beria-ia dengan agenda 16 Septembernya sedangkan kawan-kawan yang bersengkongkol dengannya menampakkan sikap kurang yakin akan niat DSAI ini akan tercapai pada 16 September

3. Tamak dan rakus - itulah inti hati pemimpin negara masa kini. Kebajikan rakyat? jauh sekali di dalam minda. Kita fikirlah bersama siapa yang akan kita pilih sebagai pemimpin kelak...

Johor Antique Strores berkata...

Korang caya lah cakap aku.DSAI sure belit punya bila sampai 9/16 tak jadi.Dia akan cakap bukan tahun ni tapi pada 16/9/2009.Pernah korang dengar dia cakap tahun ini,dia cuma cakap 16 sept jer...kahkahkah..

wokyoh berkata...

gambar dari kiri kekanan...

ramlee,ssudin,ajis...bujang lapok..

pok pok pok bujang lapok..naik basikal macam beruk...

masuk angin keluar asap...16 sept tak menjadi...he he he...

NORA berkata...

Salam Wokyoh dan kawan2 ...

Joyah nampak meke tu macam The Three Stooges klon, tengah fikir lawak apa pulak yang diaorang nak buat lepas ni since lawak 16 September dan lawak lompat sikatak lompat tidak mendapat sambutan di pawagam akibat kebodohan pelakon2 tu sendiri.

Lagu ni kena nyanyi ikut irama lagu tanya sama pokok apa sebab goyang...

Tanya sama Nuar, kenapa 16 Sept tak menjadi...
nanti jawab Nuar sebab konspirasi..
Tanya sama Kit Siang bila mau buka kilang Sodomee..
Nanti jawab Kit Siang tunggu dapat tanah nanti.
Karpal pula kata, aku OKU temporary,
baik sakit kaki, aku boleh menari..