MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Sep 2008

Pendekatan Praxis dan Politik PAS: Siapa Kena Laga?

Foto ehsan dari blog msomelayu.blogspot.com

Pendekatan Praxis dan Politik PAS: Siapa Kena Laga?


Teman saya mengutus sms malam-malam buta. Mursyidul Am 'pukul' Cikgu Mustafa Ali. Esok siang dia menghantar mesej lain, 'Kasihan Lutfi tersepit', katanya.

Seorang teman lain, pulang berehat dari Australia menghantar sms: 'PAS sudah ada tiga kelompok. 16 wajib, 16 harus, 16 haram. Kawan kita kata wajib ikut tok guru, aku berpegang kepada harus, dan engkau kata haram.'

Dan saya yang terganggu dengan sms tersebut, mencari-cari di mana saya meletakkan buku 'Skepticism and Political Participation' (1990) oleh Aryeh Botwinick.

Orang PAS, (yang dulu adalah sebuah gerakan Islam pertama, parti politik kedua) selalu memandang ringan falsafah Barat.

Selalu memandang ringan perkembangan politik antarabangsa. Orang PAS tidak merasakan kalau CIA boleh campur tangan dalam orange revolution di Ukraine, atau menaja Presiden Mikheil Saakashvili (kalau orang PAS tidak tahu, dia Presiden Georgia), atau menyerang Nicaragua untuk menangkap Noriega, mereka, yakni orang PAS tidak merasakan pun yang CIA boleh menyusup masuk dalam parti mereka. Manalah ada Melayu Zionis kan?

Orang PAS akan membaca Harakah dan Siasah dengan penuh ghairah halaman-halaman yang membantai UMNO, atau bahagian-bahagian yang memuja 'orang itu'. Bila tiba halaman atau kolum Haris Zalkapli membicarakan pengaruh Biden (calon VP Demokrat) yang pro Zionis terhadap Obama, orang PAS akan tinggalkan. Jadi orang PAS tidak tahu yang Biden sayang siapa di Malaysia. Mungkin kerana pengaruh jalur pemikiran tertentu, yakni wahabi, pemimpin PAS merasakan falsafah itu sampah.

Oleh kerana tidak mahir hal-hal kompleks ini, dan lebih suka menumpukan budaya politik kampung setempat, PAS tidak reti dan hilang pendekatan bila terpaksa berdepan dengan kumpulan dokongan Barat yang membaham dengan lapar, rakus dan penuh berahinya maruah gerakan Islam ini - sehingga masing-masing tergila-gila ingin menjadikannya parti politik pertama, gerakan Islam kedua.


Mungkin juga kerana ulama, tok guru dan agamawan dalam PAS semasa mengaji di institusi pengajian dahulu tidak didedahkan dengan segala macam falsafah khusus post-modern yang digilai-gilai oleh sekian ramai tokoh dalam Pakatan Rakyat. Akibatnya mereka jadi longo, jadi bodoh, jadi macam haiwan ternak kena kerkah dengan binatang buas. Kemudian, yang kita menyampah sangat ialah bila mereka akan jadi pura-pura baik husnu dzan, lalu terlupa halaman-halaman politik antarabangsa bahawa Zionis, CIA dan segala macam hantu kejahatan boleh menyerap masuk dan berpura-pura menjadi orator madani penyayang Hamka.

Orang PAS tidak belajar-belajar bahawa betapa banyak gerakan Islam yang hampir menang tetapi kemenangannya dicuri, dirompak dan dihijack oleh sebuah (mungkin lebih) kumpulan tajaan Barat. Dalam usrah (kalau masih ada) orang PAS membaca buku-buku Hassan al Banna sahaja dan melupakan buku Hassan Hanafi. Mereka membaca banyak buku as Syahid Sayyid Qutb tetapi tidak mahu membaca buku-buku as-Syahid Mutahari yang mungkin pendekatan as-syahid lebih kemasyarakatan sifatnya. Mereka tidak membaca Jacques Derrida. Tidak membaca karya-karya profound pengarang anti agama. Kerana mereka lebih suka membaca yang muluk-muluk tentang diri sendiri.

Orang PAS ingat politik macam zaman P.Ramlee lagi. Orang PAS tidak reti politik sudah memasuki era Yasmin Ahmad dengan Mualaf. Orang PAS tidak ada kemampuan berdepan dengan gerak kerja dan gelek-gele ijok syeikh-syeikh tajaan Barat. Tidak ada kemampuan. Malah bila digempur, mereka nyanyuk terus. Mereka menggelepar meluku-luku sesama sendiri.

Jadi, selama-lamanya gerakan Islam jadi keldai tunggangan.

Kita tidak menafikan tok-tok guru ini pandai agama, Tuhan pun boleh jadi gedebe di tangan mereka dengan cara takwil, tafsir, dan cara pandang yang dikeluarkan dari kitab usul. Tetapi tok-tok guru ini memang tidak tahu dan terperok bila kena luku dan lutu dengan aksi adu domba ala CIA, aksi adu-domba ala Zionis.

Aryeh Botwinick dalam Skepticism and Political Participation (1990) menyebut tentang praxis yang digunakan dalam politik. Ia digunakan oleh ahli politik licik untuk menelan ahli politik yang lembab.

Praxis memang satu pendekatan seni. Dan jangan lupa, politik itu jugakan seni. Ia seni serba mungkin. Seni yang memungkinkan etika jadi budu. Sebagai contoh seni yang memungkinkan orang lompat parti dan diberi alasan moral yang kuat untuk itu. Ahli teori tradisi praxis seperti James Farganis, menekankan 'how humans are versatile in different situations, and how humans can change forms of action quickly and unpredictably'.

Justeru, kata Farganis dalam Readings in Social Theory: The Classic Tradition to Post-Modernism, tidak syak lagi ada individu yang dapat menyembunyikan kepentingan diri dengan alasan kepentingan besar (baca: negara) kerana praxis mengajarkan 'calculating and orienting action' dapat dijadikan agenda 'own self-interest who seem to be the least human'.

Saya menyuguhkan pendekatan praxis dengan hati-hati dalam bahasa teater politik saya baru-baru ini. Ia teater politik. Ia teater mengenai seorang tokoh politik iaitu Sultan Alauddin yang jujur, alim dan banyak bersangka baik terkorban di tangan isteri yang dipercayainya. Isterinya, Tun Senaja yang lebih liberal dan menggunakan bahasa-bahasa pujukan politik ala praxis.

Kerana itu ada penonton merasa terganggu dengan banyaknya 'bahasa politik' yang terang dan yang kabur dalam Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun. Contohnya seorang penonton menulis:


Menonton teater ini, saya sedikit ‘terganggu’ dengan babak/dialog yang kerap menyinggul keadaan politik tanah air biarpun ada antaranya yang releven. Bahkan, saya jadi ‘kurang selesa’ apabila ketika asyik memerhati dan mendengar dialog-dialog yang bernas berisi tetapi dalam masa yang sama terganggu dengan kehadiran watak yang membawa kelucuan. Antara serius mendengar dan berfikir tetapi dalam masa yang sama ada sesuatu yang mencuit hati menjadi ‘gangguan’ terhadap tumpuan, nyata sekali merimaskan dan apa yang saya fikirkan sebentar tadi entah melayang ke mana-mana. (Klik Sini)

Itulah tujuan praxis, untuk menghalakan tumpuan kita yang sebenar kepada benda lain. Jadi, penonton tidak lagi menumpukan sesuatu yang maha penting tetapi terleka oleh selingan gangguan. Penonton semacam terkacau oleh gedik juru busana menjerit-jeritkan, 'skandal, skandal, skandal' atau terkacau oleh Maya yang meliuk-lentuk. Sedangkan itu semua praxis, itu semua politik, itu semua penipuan.

Apa yang menyebabkan penonton di atas terganggu sangat relevan dalam iklim politik sekarang. Keamanan kita sedang diganggu. Ada body gesture, ada permainan helah,dan kata-kata ucapan yang tidak boleh dipercayai. Ada pujuk, hasut dan nasihat yang menyalakan api sehingga dua tokoh gerakan Islam dapat bergaduh secara publik sehingga mengelirukan ahli. Dalam pada kita melihat mereka bergaduh (perhatian yang telah terganggu) kita pun terlupa ada musuh sedang merodok kita dari pintu belakang.


Praxis musuh gerakan Islam telah berjaya. Adu-domba telah berhasil. Di peringkat tempatan, dua kumpulan yang asalnya ikhlas mahu menegakkan Islam telah dilagakan. Ya, kalau kalian fahami praxis dan segala falsafah Barat yang kalian karutkan itu kalian akan nampak. Kalian karutkan kerana malas belajar. Musuh batil yang tersusun pun kekenyangan mengalahkan haq yang tidak tersusun. Di peringkat global, gerak kerja praxis Barat ini turut melagakan sunni-syiah dan menjejaskan perpaduan ummah.

Untuk aman kembali, PAS mesti cari tukang laga dan ajar mereka. 'Hukum kebenaran 16' hanya ada satu. Tidak ada tiga.

Jadi saya pun membalas sms, 'Hukum sesuatu kebenaran itu tunggal. Jika kebenaran itu boleh jadi wajib, boleh jadi harus, boleh jadi haram; maka jika kebenaran itu boleh jadi apa sahaja, boleh jadi berbilang-bilang maka apa nasib ummah? Teman, kembali kepada premis tauhid!'

* Foto Dr Abu Hassan Hasbullah dan Rudy Bluehikari dari blog Khairun Nasriah.

sumber - Faisal Tehrani

2 ulasan:

wokyoh berkata...

PAS adalah sebuah parti politik.
itu saja.tidak lebih dan tidak kurang.
bila sesuatu gerakan yang kononnya berpaksikan islam bergerak atas kapasiti sebuah pertubuhan politik dimana para pemimpin atasan dikultuskan oleh pengikutnya sebagai wakil tuhan untuk meneruskan wadah perjuangan maka jadilah ia satu gerakan yang berusaha untuk kepentingan dan kemashalatan duniawi bukan ukhrawi.mereka berjuang untuk memenuhi keperluan nafsu ammarah bukan berjuang untuk menyucikan diri dan qalbu untuk mencapai sekurang-kurangnya mutmainnah lalu dijemput kehadirat Allah didalam syurganya tanpa dipinta.

kebanyakan ahli pas adalah mereka yang berminat dan cenderung untuk membangunkan islam sebagai satu addin iaitu cara hidup...malah para pemimpin dan tokoh agama mereka diakui bijak dalam bidang agama yang dihafal dan dikupas dalam kitab-kitab lama yang ratusan tahun dahulu....menjadikan mereka selalu berfikir kebelakang.
kebanyakan mereka(bukan semua)teramat sukar untuk berdepan dengan persekitaran dunia globalisasi..oleh itu jadilah mereka(tidak semua)jumud yang tegar.
contoh utama penolakan mereka secara total ialah kes liwat anwar...mereka tidak boleh berfikir dan menerima hakikat bahawa anwar seorang peliwat walaupun dalam kes 1998 tiga panel hakim bersetuju ada acara liwat antara anwar,sukma,azizan...mereka tetap percaya itu adalah konspirasi politik untuk menjatuhkan anwar.
memang benar...kalau ditanya pasal liwat meliwat ni pada guru agama memang dia tak nak dengar apa lagi nak percaya...sebab benda liwat ni tak ada dalam kitab-kitab lama mereka(kalau ada pun hanya disentuh sikit-sikit sahaja).....tapi kalau tanya pakcik-pakcik yang kaki pompuan dan kaki dangdut....atau golongan gay...mereka terus percaya..
tetapi puak pas ni kalau anwar dan p.balasubramaniam kata najib liwat atlantuya mereka terus percaya!!!

maka disini adalah titik tolak kepada kegagalan perjuangan mereka apa lagi mendapat redha tuhan.

kebanyakan mereka menganggap hanya puak mereka yang tahu agama memandangkan ramai puak mereka yang berserban,berjubah dan berjanggut kononnya ikut sunnah nabi...padahal nabi sendiri amat menekankan proses menuntut ilmu ...ilmu yang bermanfaat mengcakupi dunia dan akhirat...ilmu pasal ekonomi,pasal peperangan,pasal sosial dan kemasyarakatan,pasal politik dan siasah islam ......antara sabda nabi "tuntutlah ilmu dari buaian hingga keliang lahad..."

oleh kerana matlamat sebenar mereka untuk duniawi dan persediaan mereka untuk menghadapi anasir kafir dan zionis yang menyelinap masuk kedalam pergerakan mereka tidak ada,tidak pernah terduga dan tidak disangka...maka jadilah mereka keldai tunggangan untuk meranapkan dan memusnahkan sama sekali ummat islam melalui tangan tangan mereka yang berselindung disebalik topeng agama..

banyak benda-benda celaru yang di pelopori oleh puak pas ini sehingga sekarang ini kita jarang-jarang dengar baik di parlimen atau dikedai-kedai kopi pasal hukum hudud dan qisas yang ingin ditegakkan oleh pas...mana hilangnya slogan membangun bersama islam yang gah sebelum ini....malah slogan berubah haluan kepada negara berkebajikan pula untuk menarik undi saja...inilah antara contoh contoh pejuang agama pas yang rela mempergunakan agama demi politik murahan mereka...malah yang lebih penting dan bahaya ialah mereka sedang diperkudakan oleh musuh-musuh islam atas nama ketuanan rakyat,
demokrasi,liberal,pluralisme,kebebasan bersuara dan beragama dan bermacam macam lagi istilah yang cukup memperdayakan ummat.

mdz5046 berkata...

[PART 1]

Salam ,

1. Maaf . Apa yang saya nampak sekarang ialah UMNO, PAS, PKR, DAP dan etc. akan berkubur selepas ini. Kelam kabut berlaku krn melayu-islam telah berebut kuasa pemerintahan. Yahudi dan sebahagian besar musuh islam menanti2 saat yg sekian lama mereka nantikan. Kerana mereka sgt takuti & percaya setelah mengkaji Quran dan Hadis bahawa islam akan bangkit dari Timur setelah sekian lama ditindas oleh mereka. Mereka berusaha siang dan malam untuk menghalang keputusan Allah ini.

2. Kebangkitan islam datang bila Allah bantu umat islam. Bila bantuan Allah akan datang?
Bantuan Allah akan datang bila org islam bangun meneruskan kerja nabi. Apa itu kerja nabi? Kerja nabi ialah mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Apa itu kebaikan? dan apa itu kemungakaran?
Kebaikan ialah manusia menerima dan setuju bhw Tiada tuhan selain Allah, Tiada yg beri manfaat atau mudarat selain Allah, Tiada berkuasa selain Allah dan Muhammad adalah Pesuruh Allah.
Kemungkaran ialah manusia mempersekutukan Allah dgn selain dr Allah spt memuja dan menyembah selain Allah.

3. Ini bermaksud orang islam perlu bangkit buat kerja nabi iaitu mengajak orang yg belum islam tanpa paksaan utk terima islam. Maknanya orang islam perlu mendakwahkan kalimah yg mulia ini kpd mereka utk mereka terima. Inilah kerja nabi.

4. Bila orang islam buat kerja nabi spt Nabi saw maka bantuan Allah akan datang. Sepertimana firman Allah, Kamu bantu Allah (sebarkan agama spt Nabi SAW lakukan) , maka Allah akan bantu kamu.
Kerja Nabi merupakan Nubuwat. 13 tahun Nabi saw menjalakan Nubuwat.
Sahabat2 nabi saw memeluk islam dan bersama2 nabi menjalankan Nubuwwat. Dengan jalankan kerja Nabi, sahabat dikurniakan iman yg teguh di hati mereka. Yg mana sebelumnya mereka adalah hanya golongan jahiliah.
Iman teguh dihati ialah kalimah iman, Tiada tuhan selain Allah ada dihati mereka. Kalimah iman masuk dlm hati mereka melalui perantaraan kerja nabi.
Inilah sebab sahabat bertukar dr golongan yg jahiliah kepada golongan yg mulia. Setelah sahabat memiliki iman yg teguh dgn Allah. Maka, di Madinah Allah bantu Nabi dan sahabat2nya. Allah kurniakan janji Allah kpd mereka iaitu bantuan Allah. Di Madinahlah Allah turunkan byk perintah2 Allah.

5. Di Madinahlah Allah kurniakan Khalifat(kuasa pemerintahan) kpd Nabi dan sahabat. Inilah orang PAS mahu dan faham, dgn dpt kuasa dpt jalankan hukum2 Allah termasuk hudud. Mereka sebenarnya lupa kuasa pemerintahan diberi oleh Allah setelah segolongan dr manusia di muka bumi Allah ada IMAN yg Allah mahu.

6. Maaf , pemerintahan yg Allah kurniakan kpd dan pemimpin2 kita sebelum adalah kurniaan Allah. Dan pemerintahan sedemikian yang Allah beri selama ini berjalan krn tiada segolongan manusia yg ada iman spt yg Allah mahu. Sebab itulah pemilihan pemimpin berdasarkan parti(sistem orang barat yg menghasilkan manusia yg berpuak2 dgn parti masing2). Tetapi tidak berdasarkan siapa yg paling beriman dan beramal soleh dr kalangan kita sbgmana pemilihan pemimpin/ketua yg berlaku semasa zaman Abu Bakar r.a, Umar r.a, Uthman r.a dan Ali r.a.
Kenapa tiada iman yg Allah mahu di hati?
Krn umat islam di Malaysia dan seluruh dunia tinggalkan perintah Allah yg pertama setelah jadi islam.

7. Maaf , sebenarnya selama ni pejuang2 kemerdekaan dan digunakan oleh Allah utk berbuat baik kpd anak bangsa utk bebas dari cengkaman penjajah. Apabila umat islam berbangsa melayu bangun buat kerja nabi, cara nabi dan pengorbanan spt nabi maka, mereka bukan sahaja berbuat baik kpd umat melayu sahaja malahan mereka berbuat baik kpd seluruh bangsa2 di dunia ni utk bebas dari cengkaman kemusyrikan dalam hati bg umat islam selama ni dan cengkaman musyrik orang2 yg belum islam dgn mempersekutukan Allah dan pag berhala spt yg dilakukan oleh Nabi saw dan sahabat2.

8. Apakah perintah Allah yg pertama? perintah pertama ialah buat kerja nabi. Iaitu mengajak orang yg belum islam tanpa paksaan utk terima dan setuju bhw Tiada tuhan selain Allah, Muhammad adalah pesuruh Allah. Iaitu mendakwahkan kalimah Lailahaillallah MuhammadaRasulullah kpd org bukan islam. DAN kpd yg islam diajak kpd perintah2 Allah. Apakah kesan bila buat kerja nabi? Kesannya ialah Allah akan masukkan kalimah iman dalam hati spt sahabat2 nabi.

9. Setelah terima islam, sahabat2 tak masuk madrasah utk kuatkan iman. Sahabat tak belajar ilmu byk2 spt yg dikhabarkan kpd kita setiap kali duduk dalam majlis ilmu di masjid atau surau utk kuatkan iman. Apakah sahabat2 buat sehingga mereka dpt iman yg Allah mahu?

10. Mereka buat perintah Allah yg pertama. Iaitu kerja nabi. Cthnya, Abu Bakar r.a telah buat kerja nabi dgn mendakwahkan kalimah kpd kwn2nya yg belum islam. Hari pertama 4 org. Kedua 5 org. Dan semua sahabat2 setelah masuk islam mereka bersama buat kerja nabi.

11. Disini orang PAS hilang punca. Nak kuasa pemerintahan dgn jalan sistem berparti. Mereka yakin dgn kuasa pemerintahan dpt jalankan pemerintah islam spt di Madinah. Mereka LUPA, nabi dan sahabat2 dpt kuasa setelah mereka jalankan NUBUWWAT, 13 tahun di Mekah. Kemudian Allah kurniakan mereka KHALIFAT (pemerintahan), 10 tahun pd zaman Nabi hidup di Madinah. kemudian diteruskan khalifat pd zaman Khulafak Ar-Rasyidin. Sebab itu sampai sekarang PAS belum dibantu oleh Allah. Sebab yakin dgn kuasa dpt jalankan pemerintahan islam.

12. Allah tak suka dgn yakin sedemikian. Allah tak bersekutu dgn kuasa utk tegakkan agama. Kalaulah Nabi perlukan kuasa nak jalankan agama Allah. Dah lama Nabi terima tawaran Abu Jahal utk beri kuasa sebagai ganti Nabi saw hentikan dakwah kalimah Allah kpd manusia. Allah dan Rasul tak perlukan kuasa utk tegakkan agama. Kuasa diberi kpd manusia sbg dugaan kpd manusia.


[PART 2]

13. Kepada yg tidak ada iman, kuasa didapatkan utk bolot harta dunia. Kpd yg ada iman spt sahabat2, kuasa pemerintahan digunakan utk sebarkan agama spt Ayat Allah dibawah;

Surah AnNur. [55] Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

14. Disini jelas, Allah akan kurniakan pemerintahan kpd orang2 yg beriman. So, orang akan tanya, siapa lagi yg sekarang betol2 ada iman yg Allah mahu spt sahabat? Inilah yg Nabi saw bgtau, lebih kurang bunyi hadis..selepas zaman aku, islam akan kembali lemah, dan islam akan bangkit kembali dari timur...satu golongan yg iman mereka kuat spt waja yg dikurniakan panji2 hitam (kuasa pemerintahan)iaitu banu tamim. Inilah yg diidamkan oleh Shaari dr Arqam. Dia dan pengikutnya menyangka merekalah banu tamim yg Nabi saw sebutkan tu.

15. Tetapi ternyata sekali sangkaan mereka meleset krn Arqam telah Allah dukkan. Satu perkara yg Allah suka, Allah akan bantu dan tambah kekuatan spt Nabi saw dan sahahat2 di Mekah, asalnya sikit dan lemah. Tetapi usaha yg Nabi saw dan sahabat2 jalankan ialah usaha yg HAQ, akhirnya Allah bantu mereka.Di Badar mereka menang, 313 versus 1000. Arqam? Allah hancurkan mereka....

16. Jadi nyata sekali, yahudi cuba patahkan dan cuba menidakkan apa yg Nabi saw bgtau dlm hadis tadi. Mereka cuba sungguh2 utk halang banu tamim dr menjadi benar2 wujud di timur. Mereka manyangka PAS, UMNO, Arqam......tp tidak sama sekali.

17. , Allah akan kembalikan orang islam berkuasa di muka bumi Allah bila org islam jalankan dakwah nabi2, iaitu ajak manusia yg belum islam kpd islam. dan ajak yg dah islam kpd perintah2 Allah (perintah pertama buat kerja nabi dan kedua solat)

18. Bila segolongan org islam buat kerja nabi, Allah akan bantu org islam. Allah akan angkat dr kalangan yg buat kerja nabi jd ketua org islam. Dia akan memimpin kita dgn mengajak kita meneruskan kerja nabi kita. Mereka2 ini teruskan dakwah nabi spt yg berlaku di Madinah. Dimana sahabat2 dihantar oleh Rasulullah saw utk dakwahkan raja2 Rom dan Parsi utk terima islam. Kalau raja2 mereka menolak, mereka diminta bayar jizyah, kalau enggan barulah ketiga perang atas maksud agama bukan perang kerana dunia sbgmana org islam perang sekarang.

19. Mereka akan dakwahkan Presidan2 Amerika, Ketua2 negara spt Lim Kit Siang Karpal Sigh Lim Guan Eng utk masuk islam. Mereka akan bgtau kpd yg tak mahu islam ini utk terima islam. Apabila mereka masuk islam, mereka jadi saudara kita dan apabila ini berlaku hilanglah apa yg mereka tutkan sbgmana yg ditut oleh Hindraf dan Cina2 sekarang. Allah buat mereka tut itu ini drpd kita orang islam krn SALAH kita sendiri org islam tidak aikan hak mereka yg sebenar iaitu diajak kpd Allah dan terima islam. Apabila kita org islam aikan hak dan perintah Allah yg pertama ni (dakwah mereka kpd kalimah) maka Allah akan ambil tggjwb utk pelihara dan bantu kita drpada disusahkan oleh mereka2 yg telah diajak pd islam tp enggan menerimanya. Hari ini kita disusahkan oleh mereka2 semua ni krn kita belum aikan tggjwb yg sebenar kita terhadap mereka2 ni sbg azab Allah terhadap kita krn lari drpd tggwjb sebenar spt yg Nabi Yunus terima sehingga ditelan ikan NUN krn lari dr kerja dakwah.

20. Inilah zaman org islam dikurniakan kembali KHALIFAT setelah mereka2 ini jalankan usaha NUBUWWAT. Inilah kebangkitan islam dari timur yg digeruni oleh Yahudi.

21. Sebab itulah dikatakan tadi UMNO, PAS, PKR, DAP akan berkubur setalah ini. Orang islam akan diangkat jd ketua (KHALIFAT) sbgmana janji Allah dlm surah AnNur-55 diatas tadi. Setelah mereka jalankan NUBUWWAT.

22. janganlah bersedih, Allah akan angkat pemimpin yang baik setelah ini setelah mereka2 ini jalankan perintah Allah yg utama ini iaitu jalan NUBUWWAT. Setelah ini bukan Pak Lah, bukan Anwar, bukan Najib, bukan Hj Hadi dan bukan sesiapa melainkan orang yg Allah sayang diangkatkan jd ketua orang2 islam...Insyallah.

23. Saya doakan dgn adanya pemimpin yg Allah kehendaki ini, semua hasrat utk melihat orang islam kembali gemilang dan terbilang, maju dan berkualiti akan Allah makbulkan. Jambatan bengkok, double railway akan Allah siapkan...orang melayu-islam akan Allah ubahkan jd islam yg cemerlang.

24. Singapura dan Yahudi akan gigit jari melihat orang2 islam di Malaysia menerima bantuan Allah.

Wassalam....