MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Sep 2008

Kes Liwat Anwar ditangguh ke 24 September 2008



KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 24 Sept ini untuk mendengar hujah berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Hakim S.M. Komathy Suppiah menetapkan tarikh itu ekoran bantahan terhadap permohonan itu oleh peguam Anwar, Sulaiman Abdullah.

Beliau juga membenarkan permohonan Sulaiman untuk diberikan masa menyediakan hujah kerana mendakwa pihak pembelaan diberitahu mengenai pemindahan itu hanya 10 minit sebelum prosiding hari ini bermula pada 10 pagi tadi.

Anwar, 61, yang juga ketua pembangkang di Dewan Rakyat, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos lepas terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 1151 Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lepas. Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Komathy memberi masa dua minggu kepada pihak pendakwaan dan pembelaan untuk membuat persiapan bagi penghujahan nanti.

Sebelum itu, Sulaiman mempertikaikan kesahihan sijil yang dikemukakan oleh pendakwaan bagi memindahkan perbicaraan itu ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dengan alasan Abdul Gani sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ekoran
laporan oleh Anwar yang mendakwa Peguam Negara itu telah memalsukan keterangan dalam kes liwat yang juga melibatkan Anwar pada 1998.

Tiada ulasan: