KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan sidang Parlimen khas sebelum 23 September ini bagi membincangkan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau.
Ketua Pembangkang itu mengumumkan demikian pada sidang media di sini sebentar tadi.
Kelmarin, Abdullah telah menolak permintaan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, untuk membincangkan soal peralihan kuasa dan pembentukan kerajaan baru secara aman.
Mengikut jadual asal Parlimen hanya akan bersidang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Anwar bagaimanapun tidak memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat kerana berdasarkan peraturan mesyuarat tersebut, ia hanya perlu dimaklum kepada Perdana Menteri yang akan memanjangkan kepada Speaker.
Kata Anwar, seandainya Perdana Menteri menolak permintaan tersebut beliau akan berbincang semula dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk tindakan lanjut.
Pihak pembangkang akan membawa usul yang berbunyi "bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya."
Ini kerana, menurut beliau, Peraturan Mesyuarat 11(3) yang memerlukan Parlimen untuk bersidang dengan segera kerana keadaan politik yang kritikal dan berlanjutan.
Ditanya mengapa tidak tunggu 13 Oktober ini iaitu tarikh Dewan Rakyat bersidang semula, beliau berkata, ia tidak boleh ditangguhkan kerajaan sebab majoriti di Dewan Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri.
"Saya ada cukup jumlah Ahli Parlimen. Ini bermakna kami ada suara majoriti untuk mengadakan undi tidak percaya kepada beliau dan kerajaannya," kata beliau.
11 ulasan:
Keadaan politik kritikal ker..??
Anwar jer yg raser cam tu..
orang lain dok sibok bulan ramadhan..
bulan puasa yg mulia nie..
dier sibok nk jadik PM..
Apela nak jadi ngan Anwar nie..
sahhh...gila talak nak jadi menteri.
berilah mana mana negara tak ada rakyat...
letak dia jadi PM.
lepaslah hajat sebelum mati.
Moga malaysia tak akan dikacau pengacau..
ada orang kata Malaysia tanah keramat.
tak akan disentuh orang jahat...
belive it and feel it
Dia mau jadi PM pada 23hb sebab dia tak mau kes liwat dia disebut pada 24hb dan pindah ke Mahkamah Tinggi.
Dia mau jadi PM bukan kerana rakyat Malaysia menghadapi masalah hidup harian - tapi dia mau cari jalan untuk melepaskan dirinya dari dakwaan kes liwatnya.
Saya kesian tengok tokoh2 DAP dan PAS diperbodoh2kan oleh Anwar.
Aku rasa Sedara Nuar ni dh sampai tahap sakit kronik yg sngat kritikal, smapai dh x blh nk diubati lg..Elok sangat di kuarantin kn kt lokap ISA. Baru aman malaysia ni..Bikin kasi susah org je mamat ni.
Salam.... aku kesian ke Jenin ni. Nak bawak palit nama PAS . Dia ingat orang PAS bodoh ke. Jaga jaga Tok Guru Haji Hadi dah kata, PAS sokong parti yang bawak madah Islam. PKR tu aku nampak puak Cina dan India saja melebih. Di Stadium KelanaJaya tempohari pun dari 12000orang, lebih dari 50% bangsa lain. Nak ke Cina dan India dengan cara Islam. Satu lagi, yang dok pilih 23hb tu kenapa? Aku tau, sebab 24hb tu tuduhan liwat dia masuk mahkamah. Sudahlah Jenin, orang sibuk nak tarawikh dan nak balik raya, dia sibuk nak jadi PM. Takut kot tak lama lagi bala nak menimpa. Ingat, tarikh Saiful bersumpah bila. Bila bulan Oktober nanti mulalah sumpah tu nak kena Jenin seekor ni.
Ya Allah, bilamana bala ini engkau turunkan, janganlah dikenakan pada kami yang tidak terpengaruh padanya Ya Allah. Tunjukkanlah dia jalan yang lurus, jalan yang kau redhai. Janganlah jalan yang bengkok dan dipilih oleh kafir yang dilaknati. Ameen
Ni lah plan dia Bush and yahudi dah plan kan dia apa dia nak buat. aku boleh confirm dengan korang ada muslihatnya dia Sidang Tergempar Parlimen pula, dia ckp besar, hidung tinggi kalau dia ada cukup AP dia mesti dah kecoh sekarang. tak ada cerita hari2 sidang akbar, kalau ada cerita cukup AP tak kan nak cara baik. fikir2 kan lah
anuwar kena pergi check mental.rasanya dah ada beberapa wayar dia yang tercabut.pasai tu lah jadi lagu ni...hari2 dok nampak kerusi PM jer..woi nuwar,banyak2kanlah solat, bagi wayar tu bersambung balik
Anwar ni asyik buat gempak jer...sebenarnya semuanya kosong. Dia guna taktik psywar nak lemahkan fikiran rakyat..Lepas satu tarikh ke satu tarikh...sah Anwar ni ada penyakit gila yg di tahap kronik..
aku kata anwar sedang sakit dulu....kau orang tak berapa percaya...nah sekarang...sakitnya semakin menjadi-jadi....
dia kena makan haloperidol atau risperdal dah tu...
Orang gila kuasa memang macam ni......dari dulu dah boleh agak.......reformasi la konon.....semua untuk kepentingan sendiri. Tak nampak apa agenda sebenar PKR nihs.....asyik dok....tayang populariti Anwar jer.....Oi.....PKR takde orang lain dah ke boleh jadik PM? Sudah2 la tu......
Permatang Pauh@Pompeii the 2nd..
Catat Ulasan