MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Sep 2008

'Islam No 1, PKR no 2'- Zulkifli Noordin


'Islam No 1, PKR no 2'- Zulkifli Noordin


KUALA LUMPUR, 20 Sept (Hrkh) - Dalam mempertahankan tindakannya yang terlibat dalam Himpunan Aman Umat Islam membantah Forum Anti Islam anjuran Bar Council, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin menegaskan bahawa 'Islam paling utama, yang lain perkara kedua' merupakan prinsip yang dipegang selama ini.

Zulkifli berkata demikian dalam hujah bela dirinya baru-baru ini di hadapan Jawatankuasa Disiplin KeADILan (JKD) yang dianggotai oleh panel terdiri daripada Timbalan Presiden KeADILan Syed Hussin Ali, Din Merican dan YB Hee berhubung insiden

Ahli Parlimen itu menjelaskan bahawa beliau mewakili pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI) dan bukannya parti KeADILan semasa mengetuai himpunan aman tersebut.

"Saya bukannya anti dialog. Malahan saya telah terlibat dengan beberapa dialog termasuk dengan Bar Council, Majlis Perunding Agama Hindu Kristian Budha & Sikh, Suhakam, kumpulan-kumpulan Kristian, malahan saya pernah berdialog dengan Paderi Kristian Melayu.

"Namun pada pandangan saya, Bar Council adalah jelas golongan anti-Islam dengan rentetan penglibatan mereka daripada kes mendalangi Kumpulan Artikel 11, IFC, melibatkan diri secara partisan kepada kes-kes murtad dan lain-lain lagi," katanya yang dipetik daripada laman blognya.

Beliau mengakui 'berkasar' dengan peguam Latheefa Koya semasa di luar bangunan namun adalah hasil tindakan provokatif terhadap himpunan aman tersebut.

"Kalau itu adalah satu kesalahan, saya nyatakan saya bersedia memohon maaf namun tidak akan meminta maaf atas tindakan saya mengetuai Himpunan Aman membantah tindakan Bar Council mengadakan forum anti-Islam tersebut.

"Malah jika Bar Council bercadang untuk mengulangi lagi sudah pasti mereka akan dapati saya akan berada di sana untuk mempertahan dan membela Islam. I'll be their worst nightmare if they continue with their arrogance and anti-Islam attitude," katanya menjelaskan kedudukan kepada JKD.

Biarpun beliau mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam, kata Zulkifli.

Katanya, ahli panel terbabit turut menyebut kemungkinan prinsip dan pendirian beliau akan bercanggah dengan pendirian KeADILan, namun Zulkifli mengulangi pendirian dan prinsip bahawa Islam lebih diutamakan berbanding perkara lain yang 'jatuh' nombor dua dengan mengungkap 'for me, Islam come first, the rest are second'. - mks._

sumber - harakahdaily.net

Tiada ulasan: