MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Sep 2008

Ingatkah Faisal Tehrani Bagaimana Mami Anwar Kalah di Kampus ?


Ingatkah Faisal Tehrani Bagaimana Mami Anwar Kalah di Kampus?
Peringatan:

Untuk memahami artikel ini, pembaca perlu sekurang-kurangnya pernah menonton The Mummy 1 ataupun The Mummy 2. Kalau lompat terus ke The Mummy 3, mungkin tidak faham beberapa butir.

Penulis banyak kali berkunjung ke laman AnwarIbrahimDotCom. Di antara tulisan yang banyak penulis dapati adalah daripada Faisal Tehrani. Umumnya mengetahui, bahawa Faisal Tehrani seorang penulis yang profound (ikut bahasa Brother), dan banyak karyanya yang menarik. Namun, umum juga tahu bahawa Faisal bukanlah penyokong pemerintah sejak dari zaman kampus lagi. Banyak tulisannya berkias dan menyindir partai pemerintah.



Faisal Tehrani adalah mahasiswa zaman di mana PMI tengah hebat bergaduh dengan ABIM yakni proksi Anwar di kampus di pertengahan 90-an. Jadi jikalau hendak dikiaskan orang-orang jamaah ketika itu dengan cerita The Mummy 1 dan 2, laksana mereka adalah Medjai yang menjaga Necropolis yang menempatkan jenazah Imhotep, paderi Mesir purbakala yang kuat sihirnya.

Ahli Jamaah dahulu kala telah berperang lama dengan Mami Anwar. Mami Anwar telah mengkhianati Jamaah dengan menyertai UMNO pada tahun 1982. Jamaah telah berpecah. Dahulunya hanya ada satu tetapi kerana Anwar, gerakan Islam terpisah kepada pro Anwar yang kekal sebagai ABIM dan yang kekal wala'nya kepada PAS yang membentuk PMI/JIK sehinggalah ke hari ini.

Medjai-medjai ini menyimpan banyak rahsia Mami Anwar. Jikalau hendak memerangi Mami Anwar, maka medjai-medjai inilah yang dididik oleh Jamaah untuk berlawan dengan Mami Anwar.Mami Anwar melalui tentera PKPIMnya tumpas pada tahun 1996 di mana ketua Medjainya adalah Anwar Ridwan. Masyarakat kampus pada masa itu sudah tidak percaya kepada Mami seorang ini.

Masyarakat Kampus termasuklah Faisal tentu masih teringat tentang Demonstrasi Anti Pasukan Kriket Israel ke Malaysia pada tahun 1997. Medjai-medjai pernah bertempur di hadapan Masjid Ar Rahman. Tetapi, kuasa Mami Anwar memang hebat. Dia penguasa media ketika itu. Mereka yang berdemonstrasi digambarkan media Mami Anwar sebagai orang yang melampau. Ramai medjai dan juga jamaah Masjid Ar Rahman yang terjun parit. Tetapi, Mami Anwar tak peduli.

Zaman sebelum itu pun ada demosntrasi. Faisal pun tahu. Kerinchi Link bukti sihir Mami Anwar. Mami Anwar hebat sebagai Paderi Negara, tetapi membiarkan sahaja Kerinchi Link hendak dibina merentasi Masjid Ar Rahman. Abu Zaki yang mengetuai medjai masa itu, hairan dengan Mami Anwar membiarkan universitinya sendiri diperkosa oleh konglomerat-konglomerat kawan-kawan Mami Anwar. Mungkin jikalau ada Kerinchi Link budak-budak medjai susah hendak berdemo bila Mami Anwar sudah menjadi Firaun.

Faisal mengetahui kebejatan Mami Anwar @ Imhotep ini. Yang selalu menyerang Mami Anwar adalah kawan lama Mami sendiri,Mat Sabu. Selain itu, silibus tarbiyyah dan kisah PMI diserang dan ditekan oleh anak-anak buah Mami Anwar sering menjadi buah mulut. Jikalau hendak menjadi pegawai HEP, jadilah anak buah Mami Anwar, maka ramailah anak buah Mami Anwar di Hal Ehwal Pelajar.

Tibalah zaman yang ditunggu. Faisal dan medjai-medjai sebenarnya menanti hari. Kuasa magis Mami Anwar menunggu masa sahaja untuk menjadi Firaun. Sebut sahaja nama Haji Zabidi, Suhaimi Osman, geng-geng Team B UMNO, Ghafar Baba, semuanya tewas kepada The Mami ini. The Mami akan jadi Firaun. The Mami akan jadi Firaun yang paling pantas di antara semua Firaun yang ada dalam sejarah.

Tetapi, Mahafiraun bukannya bodoh. Mahafiraun memang sayangkan Mami Anwar tetapi kepentingan negara lebih mendahului. Medjai dulu thiqahkan Mat Sabu. Dulu Mat Sabu kata Mami ada skandal dengan Shamsidar, Medjai angguk-angguk. Toh, Mat Sabu bilang Mami Anwar membutuhkan pria, sekelian medjai pun angguk-angguk.Tidak tahu kalau Faisal pun angguk.

Lantas, Mami Anwar dijatuhkan hukum paling keji dalam sejarah paderi-paderi. Hukuman paling hina yang tak pernah ada dalam sejarah. Tuduhan Mami suka menjadikan pria sebagai idaman sukma wa qalbu seperti yang dibilang Mat Sabu tiba-tiba menjadi senjata besar Mahafiraun. Tetapi, medjai-medjai cepat-cepat lupa yang dahulu mereka pun mengangguk-angguk bahawa Mami Anwar memang kepinginkan pria.

Maka, terhukumlah Mami Anwar dengan hukuman hina itu.Dan lenyaplah Mami Anwar buat seketika, cuma kadang-kadang hembusan sihirnya sahaja terbau-bau. Faisal dan medjai-medjai lain terasa lega. Nasib baik Mami Anwar tidak menjadi Firaun. Akhirnya, partai Medjai dapat banyak kursi dalam sejarah mereka. Walaupun kononnya sokong Mami Anwar, wala' dan bara' medjai tetap kepada trimurti berhala tiga serangkai mereka, Fadzil, Nik Aziz dan Hadi yang menghiasi dinding-dinding kolej dan almari-almari baju medjai-medjai sekelian.Trimurti inilah pelindung mereka dari sihir Mami Anwar.

Namun, kali ini Mami Anwar diseru semula. Hairan, zaman sekarang medjainya tidak seperti dahulu. Dahulunya, Trimurti Nik Aziz, Hadi dan Fadzil yang menjadi pujaan hati, tetapi kini berhala Mami Anwar yang dipuja-puja. Gambar Mami Anwar ditempel lebih dari gambar Hadi atau Nik Aziz dalam website mereka. Ada gambar Mami Anwar angkat tanganke atas,ke bawah dan bermacam-macam posing lagi.Malahan, Mami Anwar dianggap berhala utama lebih dari Nik Aziz, Hadi ataupun Nasha Isa. Ironinya, orang ABIM pun sudah lama mencampakkan imej Mami Anwar keluar dari kepala mereka kerana takut digelar pengkhianat negara.

Jikalau perbuatan medjai-medjai muda sekarang dibuat di zaman Muhyiddin Aziz, Abu Zaki malahan di zaman Nasir Zakaria, nescaya akan dipandang mereka seperti Din Beramboi dalam Kuliah Ilmu dua kali sebulan itu. Kena masuk balik Tamrin Panjang agaknya orang-orang itu.

Oleh itu, medjai-medjai tua seperti Faisal mungkin beristighfar panjang. Melihat generasi medjai sekarang yang galak menyeru dan memuja Mami Anwar bukannya pimpinan jamaah sekarang. Mungkin mereka bukanlah lagi medjai pelindung mahasiswa dan Islam tetapi sudah bersama dan menggabungkan diri dengan tentera dajal(baca slang utara) Mami Anwar.

sumber - maharajazhou.blogdrive.com

5 ulasan:

beruang berkata...

Salam sejahtela

AIDC, wa mau kompelin sikit pasat ini artikel. Bikin susah olang mau faham lorr. wa sudah tonton itu Mummy 1, Mummy 2, anak mami, anak mami the movie.. haiyya ini altikel kasi wa pening. Kalau mau cakap Anwar bapak liwat manyak jahat, cakap telus telang saja. tatak payah cakap pusing-pusing, bahasa sastela. wa tatak faham lorr. Ikut macam itu AIDC punya altikel, wa manyak senang faham. Mau baca pun banyak sidap. Lagi sidap dali itu sodomee lorr.

Kesimpulan wa bole dapat dali ini altikel ini adalah itu bapak lihat dali dulu memang bapak jin punya spesis. Cuma sekarang sudah tuka jadi itu bapak liwat sama bapak Yahudi. Sekian, telima kasih

Tanpa Nama berkata...

Haiya Beluang..
Wa baca itu AIDC artikel juga manyak pening.. baca lu punya komen kasi tambah pening lorr..

Tapi manyak situju lu punya komen jugak..

Unknown berkata...

helo beruang..

Artikel tulisan maharajazhou(MZ) itu sebenarnya tidak sukar difahami jika anda mengikuti perkembangan politik kampus khususnya di Universiti Malaya.

Bermakna MZ mengungkap kembali kisah silam apa yang terjadi di universiti itu pada zaman Faisal Tehrani (FT) menjadi aktivis pelajar UM.

Terdapat beberapa peristiwa penting yang cuba diimbas oleh MZ berdasarkan kronologi tahun dan peristiwa berkaitan dengan FT.

1982- tahun yang dianggap 'malang' oleh gerakan Islam di UM kerana Anwar (bekas aktivis UM) telah ambil keputusan sertai UMNO.

PMI UM (persatuan mahasiswa Islam UM) sebelum ini dikuasai oleh kem Anwar melalui PKPIM & ABIM telah berpecah dua iaitu pro Anwar dan pro PAS. Exco PMI, Roslan Kassim ikut Anwar sertai UMNO. Exco PMI, Husam Musa pula sertai PAS.

Pada 1982 juga ketua Pemuda PAS Pusat, Mustafa Ali telah umumkan bahawa Dewan Pemuda PAS akan terlibat sendiri dlm kampus melalui PMIUM. Sebelum ini PAS tertipu dengan Anwar apabila kem PKPIM Anwar menguasai PMIUM.

1984 - Anwar menarik Kamaruddin Jaafar (KJ), bekas SU Agong ABIM masuk UMNO dan diletakkan menjadi pengarah Institut Kajian Dasar (IKD). Anwar melalui KJ & IKD telah melatih kumpulan mahasiswa PKPIM, liberal dan bukan Melayu membentuk parti mahasiswa pro-Anwar yang dinamakan Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB). Bermakna Anwar, KJ telah bentuk pasukan baru dgn latihan IKD melawan kumpulan pro-PAS yang dinamakan 'NADI' yang berpengkalan di PMIUM dan Akademi Pengajian Islam UM (APIUM).

1997 - MZ memilih tahun itu utk tunjuk zaman itu FT berada di kampus UM dan menjadi salah seorang aktivis PMIUM. Pada tahun itu juga tahun kemuncak Anwar menjadi TPM dan Menteri Kewangan. KJ melalui IKD sedang bersiap sedia melatih kader2 baru di seluruh kampus utk persiapan Anwar menjadi PM

Di UM, Anwar & KJ membantu BMB untuk melawan kem pro PAS (NADI/PMI). Sudah tentu FT mengalami pengalaman yang pahit melawan tentera2 klon IKD ciptaan Anwar di UM.

PMI versi Pemuda PAS telah bersama2 mengadakan demokrasi anti Israel di pintu pagar UM. FT mungkin terlibat dalam demo itu. Mahfuz Omar (ketua pemuda PAS) & Salahuddin Ayub telah ditahan polis.

MZ sengaja pilih cerita anti Israel menunjukkan PAS dan PMI memang anti Israel sejak dulu lagi. Barangkali MZ ingin imbas kembali, bagaimana pula dengan PAS dan PMI sekarang, adakah masih anti-Israel kerana bersekongkol dgn Anwar yang pro-Israel ?

Apatah lagi MZ mengungkit apa sudah jadi dengan semangat anti-Israel PAS sekarang, adakah sudah dikekang oleh KJ, orang kuat Anwar yang dilantik jadi SU PAS Pusat?

Persoalan berhala, anak mami dan Firaun adalah metafora MZ dgn disamakan cerita The Mami. Cerita yang menunjukkan aura politikus. Disentuh persoalan karisma. Adakah ahli-ahli PMIUM sekarang mengidolakan Anwar lebih drp Haji Hadi atau Nik Aziz seperti yang dicerminkan oleh Husam Musa?

Saya kira FT konsisten dengan perinsipnya dari dulu sampai sekarang tak sukakan Anwar kerana dia mempunyai pengalaman (wakil pro PAS UM) bergelut dgn klon2 IKD Anwar. FT juga menunjukkan perinsipnya tak berubah iaitu sentiasa anti-Israel seperti termaktub musuh Islam dalam Al Quran.

MZ menukilkan Anwar sebagai Mami & Mahafiraun dan FT sebagai kem Medjai yang lawan kem Mami.

Barangkali MZ ingin beritahu FT tetap lawan Anwar di atas prinsip Islam iaitu Anwar bertuankan neo-con Amerika yang jadi musuh Islam. FT mungkin tahu siapa Anwar kerana ada pengalaman di kampus pernah bergelut dgn klon Anwar, bagaimana pula dgn generasi baru PMI yang tak pernah kenal Anwar sebelum ini, adakah mereka mula terpesona dgn Anwar?. Barngkali persoalan itu yang cuba dinukilkan oleh MZ.

Kesimpulannya untuk memahami tulisan MZ, seseorang itu mesti mempunyai pemahaman asas tentang politik kampus khususnya UM. Bagi saya nukilan MZ amat menarik dan hanya difahami oleh orang2 seangkatan dgn FT di UM.

Saya amat yakin FT memahami maksud tulisan MZ dengan jelas. Lihat di blog FT (http://tehranifaisal.blogspot.com/2008/09/puisi-hari-ahad-negara.html), dia menulis begini, "Entri Lucu Sejarah-Fiksi": 'Ingatkah Faisal Tehrani Bagaimana Mami Anwar Kalah di Kampus?' Saya tidak kenal siapa yang menulisnya, tetapi cukup untuk membangkitkan kenangan kampus khususnya bahagian Demonstrasi Anti Pasukan Kriket Israel ke Malaysia pada tahun 1997"

AIDC
14 Sept

Rem berkata...

Cerita yang menarik. Mengingatkan saya kepada zaman kampus UM dulu. :)

Memang ramai yang terlupa, bagaimana Anwar menikam perjuangan mahasiswa Malaysia.

Hari ini, Anwar mencaci habis-habisan ISA. Tapi zaman dia dalam kerajaan dulu, dialah yang mati-mati mempertahankan AUKU. Lepas tu, dialah juga kepala besar dalam usaha menyumbat aktivis-aktivis UM ke penjara ISA. Termasuklah salah seorang pemimpin pelajar (yang saya kenal ketika itu).

Tapi kena sumbat dalam ISA pun, pemimpin pelajar tersebut tetap dapat First Class akhirnya. Bukan macam Anwar -- yang hanya dapat General Degree. :)

Sir Marza berkata...

haiyyya gua lagi pening dah baca ini artikel sama itu komen2 bernas woooo

lain kali kasi tulis jawilah baru ngua faham...sbb jawi itu teresa pork talak suka tapi gua suka baca sbb tersa pork tak boleh baca...kalau gua tlis teresa pork dlm bhs jawi atas kad ucapan selamat hari raya cina pun mesti si teresa pork itu suka maaaaa....alaaaa tarak faham wooo