MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Sep 2008

Empayar Amerika goyah


Empayar Amerika goyah


Gagal tangani penentangan di Iraq, Afghanistan: Ahmadinejad

NEW YORK: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berkata 'empayar Amerika' semakin menghampiri kejatuhan dan negara kuasa besar tunggal dunia itu patut menamatkan pembabitan tenteranya di negara lain.

Beliau memberitahu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semalam keganasan sedang merebak dengan cepat di Afghanistan ketika 'penjajah' masih berada di Iraq hampir enam tahun selepas Saddam Hussein disingkirkan.

Katanya kehadiran Amerika dan tentera Nato di Afghanistan menyumbang kepada peningkatan mendadak keganasan dan pengeluaran bahan narkotik di negara itu.

"Empayar Amerika di dunia sudah berada di penghujung jalan dan pemerintah selepas itu mesti mengehadkan campur tangan kepada sempadan mereka sendiri," katanya.

Beliau juga menuduh Amerika memulakan peperangan di Iraq dan Afghanistan bagi mendapatkan undi dalam pilihan raya dan menyalahkan 'beberapa kuasa pembuli' kerana cuba menghalang program nuklearnya.

"Beberapa kuasa pembuli cuba mewujudkan halangan terhadap kegiatan nuklear untuk tujuan keamanan yang dilaksanakan Iran dengan mengenakan tekanan ekonomi dan politik ke atas negara ini," katanya.

Ahmadinejad turut mengecam Israel dan berkata "rejim Zionis berada di jurang kemusnahan dan tiada jalan untuk keluar dari lubang jahanam yang dicipta sendiri bersama penyokongnya."

Presiden Iran itu menuduh satu kelompok kecil penipu dikenali Zionis mendominasi pusat kewangan dan pembuat keputusan di beberapa negara Eropah dan Amerika.

Ucapan beliau dibuat beberapa jam selepas Presiden Amerika George W Bush menyampaikan ucapan ke lapan dan terakhir beliau pada perhimpunan PBB itu dengan menggesa masyarakat antarabangsa mengambil pendirian tegas terhadap program nuklear Iran dan Korea Utara.

Bush diberi tepukan kurang 10 saat selepas ucapannya itu yang turut menggesa pemimpin dunia mengambil pendirian terhadap serangan bunuh diri. – AP

sumber - berita harian

3 ulasan:

wokyoh berkata...

pemimpin yang berani,tegas dan bijak seperti inilah yang kita mahu,bukan yang pengecut,flip flop,bebal dan lembek.

Tanpa Nama berkata...

salam,

yeahhhhh that is it mr president mahmoud ahmedi nejad!you always steal my heart with ur statement against The evil Zionists! satu-satunya hero islam yang berani bersemuka dan memanggil USRAEL(usa dan israel) sebagai " SHAITAN"....


Allah berfirman;

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. (surah al fath: 29)


PS: tegas dan keras dengan orang kafir yang "MENENTANG ISLAM " dan "BERKASIH SAYANG SERTA BELAS KASIHAN SESAMA SENDIRI(umat Islam)
Point yang perlu diambil iktibar dan pedoman buat semua umat Islam YANG BENAR BENAR MAHU Islam berdiri teguh dan terus kukuh di bumi Malaysia.

AIDC berkata...

Salam wok yoh dan True Heart Finder, teruskan menghantar komen2..terima kasih sudi kunjungi blog ini