MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Sep 2008

Dari Permatang Pauh ke Taiwan ?


Dari Permatang Pauh ke Taiwan ?

Main kejar kejar sementara hendak menunggu waktu berbuka puasa….., ataupun main sorok sorok? Apakah ianya menggambarkan keadaan zaman dahulu sewaktu Blogmaster masih ‘kanak kanak Ribena’.…?

Hari ini kita dikejutkan pula dengan berita bahawa Anwar Ibrahim telah menghantar delegasi empat orang wakil PKR “memburu” 51 Ahli Parlimen BN di negara Taiwan. Ahli Parlimen Batu yang juga merupakan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua mengetuai rombongan ini ditemani oleh Ahli Parlimen Machang merangkap Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Kuantan Hajjah Fuziah Salleh dan Ahli MPT PKR, Low Chee Cheong.

Tatkala umat islam sedang fokus menjalani ibadah puasa mengisi ruang waktu dengan memperbanyakkan ibadah seperti berzikir, bermunajat, bertadarus disamping melalui proses menahan lapar dan dahaga, saban hari kita disajikan dengan cerita Nine One Six [916] yang semakin boleh dijangka kesudahan penghujung “cerekarama” arahan Anwar Ibrahim……..

Langkah Backbenchers Club membawa 51 Ahli Parlimen BN pergi menjalani lawatan sambil belajar ke Taiwan benar benar dilihat sebagai satu “check-mate” diatas papan catur memerangkap Anwar Ibrahim.

Sehubungan dengan itu, beberapa gurkha gurkha Anwar Ibrahim segera berkokok melaungkan tarikh 16 September akan mengalami “sedikit kelewatan” tetapi tetap akan berlaku peralihan kerajaan baru. Langkah ini secara peribadi Blogmaster melihat ianya hanyalah sebagai immediate corrective action untuk “cover line” Anwar Ibrahim yang akan terbukti menemui kegagalannya menjadi Perdana Menteri.


Hari ini satu lagi tindakan untuk “cover line” Anwar Ibrahim sebab dengan tersiarnya cerita delegasi PKR ke Taiwan membuatkan rakyat akan terus terusan bercerita tentang Nine One Six [916].

Sekiranya benar sudah ada bilangan Ahli Parlimen yang cukup untuk sertai Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim tidak sepatutnya gelabah dan arahkan empat wakilnya pergi berburu ke Taiwan. Apa yang Anwar perlu buat hanyalah umumkan penangguhan tarikh dengan alasan ahli ahli baru Pakatan Rakyat sudah dibawa ke luar negara. Tetapi menjadi satu tugas berat Anwar pula untuk “memilih” tarikh yang “sesuai”, maksudnya haruslah ada “relevant” dengan penubuhan negara kita….., Blogmaster cadangkan 31 Ogos 2009!


Apakah keputusan menghantar wakil wakil Anwar ke Taiwan ini satu keputusan yang bijak? Tidakkah ianya merupakan satu “pembaziran” wang PKR? Memetik laporan The STAR hari ini, Ketua Delegasi PKR, Tian Chua berkata “Kami akan tinggal di hotel yang sama dengan Kelab Penyokong Kerajaan BN. Mungkin kami akan dapat bersarapan bersama sama mereka dan pergi karaoke dengan mereka…”.

Malam tadi Blogmaster berjaya hubungi salah seorang teman yang masih lagi diberi kepercayaan oleh pimpinan PKR memegang jawatan penting dalam parti itu walaupun hatinya kini sudah semakin meluat melihat tingkah laku beberapa pimpinan yang terlalu “menjilat” Anwar Ibrahim.

Agak tersentak juga Blogmaster mendengar ceritanya dan boleh dikira ada logiknya apabila beliau berkata “Aku sendiri pun tak yakin la bro! Such an important task like this how could Anwar didn’t assign his blue eyed boy and most trusted person, si Azmin Ali tu..?”

“Ini tugas besar tau! Mana boleh Anwar nak bagi kredit ini kepada Saifudin & Tian Chua? Nanti Azmin merajuk macam mana…?” tambah sahabat Blogmaster lagi.

“Bro, kau bukan tak tahu masalah rumah tangga PKR nie.., Saifudin & Tian mana ngam dengan Azmin. Ingat tak masa keluar berita Azmin maybe akan pangku jawatan Ketua Pembangkang, what was immediate response from Tian to press…??” sahabat Blogmaster terus bercerita.

“Saifudin pernah tinggalkan parti, masuk PAS kat Kedah. Baru last year masa Kongres kat Seremban dia buat come back, itu pun lepas agree dengan deal Anwar kasi dia satu portfolio yang tak ada kena mengena dengan Azmin…” kata kata sahabat Blogmaster yang masih mahu menceritakan kisah dari dalam PKR.

“Aku tunggu jer, kalau gagal nanti tahulah aku nak belasah they all left, right, center or even below the belt dalam meeting perhubungan negeri nanti…” sahabat Blogmaster mengakhiri ceritanya malam tadi.

Apa apa pun, kita tunggulah tarikh 16 September 2008

sumber - medan-info-kita.blogspot.com

2 ulasan:

wokyoh berkata...

salam AIDC..

ini komen saya kepada chedet..kepulangan tun kepangkuan umno akan menyukarkan lagi misi anwar untuk menawan putrajaya...
izinkan saya menulis kembali harapan saya pada tun di ruangan ini..

15.9.08 at 12.30 pm
SALAM PERJUANGAN BUAT TUN YANG DIKASIHI.

1)Tahniah...Satu artikel dan kupasan yang cukup baik.sangat setuju dengan point no 23,24,25,26.

2)melalui tulisan tun ini...membuktikan tun seorang pemikir dan penulis yang hebat....kami amat merindui kepimpinanmu ayahanda ....

3)Selamat kembali kepangkuan UMNO...pada hari yang mulia 17 ramadhan...bersempena dengan nuzul al quran...

4)Semoga dengan kepulanganmu membawa sinar harapan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat malaysia.

5)Walau apa orang kata...tun adalah Dr Mahathir yang saya kenali...semangat kental perjuanganmu memberi nafas baru kepada hayat perjuangan bangsa ini yang sememangnya masih belum selesai...

6)Terima kasih diucapkan kerana sanggup terjun semula ke medan tempur politik negara biarpun kudratmu tidak seperti dulu...namun saya cukup percaya percaturan bijak dan sentuhanmu kali ini pasti berjaya...insyaAllah...dulu pun tun pernah kata...untuk turunkan paklah ada banyak cara....satu cara tun keluar umno secara bersyarat...namun paklah tetap begitu...kemasukan tun semula kedalam umno juga adalah satu cara...dan mungkin banyak lagi cara yang tun ada selepas ini memandangkan tun punyai pengalaman politik yang luas dan antara tokoh politik terbaik dunia islam....sama sama kita nantikan...

7)Sesungguhnya...pejuang tulin sepertimu tidak sanggup melihat masa depan anak bangsa hancur dan layu ditanah air sendiri...apa lagi melihat bangsamu bakal dijajah dan merempat di tanah sendiri...
semoga Allah sentiasa memberi kesihatan pada tun untuk meneruskan perjuangan ini...

"Buat tok guru nik aziz dan hj hadi...saya merayu...tinggalkanlah PAS dan endorgan...masuklah umno dan berjuanglah bersama tun demi untuk agama,bangsa dan negara...kerana ini lebih mulia dari terus hidup berpura-pura dan menjual agama demi habuan dunia....betulkan kembali niat....carilah ihsan bersama kamaliah...biarpun masih belum boleh memandang ketahap La takyun atau boleh menyelami rahsia sirru sir...sempena bulan ramadhan yang mulia ini...carilah kerehdaanNya sehingga diakui Allah sebagai golongan al-muqarrabun.....kemasukan kalian berdua kedalam UMNO akan mengembalikan kegemilangan melayu islam ratusan tahun yang lampau....semoga melayu kembali bersatu..agama islam kembali dijulang.mungkin kita boleh berfikir semula sistem demokrasi Vs sistem raja-raja/khalifah...

wokyoh.

Stan berkata...

Sang-Sang yang tidak berotak ini, semanan jauhnya negara kita ke tahap yang tinggi? Mana nilai wang kita dengan wang asing? Singapura dan Brunei pun boleh lebih tinngi..Dulu cakap minyak sawit, getah, orkid, padi, tin etc yang kita peganag no 1..sekarang? Mananya? Air pun boleh jual murah dan beli mahal....Pandainya..Prestasi atau standard dunia..seperti bola sepak, hoki, dan lain-lain malulah saya...Laos pun boleh tewaskan kita..latihan Man United dan Chelsea...UM..Ranking dimana? 200 di Asia..haha...Malaulah kalau kamu pergi ke Singapore dan berkomunikasi dengan bahasa kampung Inggeris...Semua pun pinjam daripada bahasa INGGERIS...Sepang Circuit? Apa itu? Tau bina dan masuk poket...sekarang mana pemandu kita? Malu lah....Angkasa? Lagi malu....Perhatikan MAS dan Proton dulu baru cakap SPACE..Sesiapa pun boleh lah jika tumpang...Tengok lah China...Mereka yang buat pesawat angkasa dan bukan bayaran RM 45 million untuk teh tarik dan roti canai...Bodohnya