Jimadie Shah Othman | Sep 5, 08 7:27pm
Akhbar yang melaporkan pegawai khas timbalan perdana menteri mengarahkan Ramlang Porigi menjadi saksi sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan bulan lalu menunggu reaksi lanjut imam berkenaan sebelum memohon maaf.
Ketua pengarang eksekutifnya Zulkifli Sulong berkata, Siasah tidak mendakwa profesor madya Khairil Annas Jusoh memberikan arahan itu, tetapi hanya melaporkan dakwaan imam Masjid Wilayah Persekutuan itu ketika berucap di Permatang Pauh bulan lepas.
"Bergantung kepada Ramlang. Beliau yang dakwa. Kita hanya melaporkan.
"Kalau beliau tarik balik dan minta maaf, kita juga akan tarik balik dan meminta maaf," katanya kepada Malaysiakini, mengulas tuntutan pegawai Datuk Seri Najib Razak semalam.
Pegawai timbalan perdana menteri menafikan mengarahkan Ramlang mengatur majlis sumpah pemuda itu 15 Ogos lepas.
Khairil Annas berkata dakwaan Ramlang, ketika berceramah di tengah-tengah kehangatan kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh pada 24 Ogos, seperti dimuatkan dalam beberapa laporan bulan lepas "adalah tidak benar".
Pegawai khas itu merujuk laporan "Najib dalang sumpah-Imam Ramlang Porigi" yang diterbitkan oleh Suara Keadilan edisi 27 Ogos lalu, rakaman video temuramah imam muda itu dengan Suara Keadilan Online (25 Ogos) dan artikel "Siapa malu besar di Permatang Pauh" (mingguan Siasah edisi 31 Ogos).
Khairil Annas menuntut Ramlang membersihkan namanya dan menuntut dua akhbar itu pula membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik laporan dan memperbetulkan semula kenyataan tersebut.
Zulkifli berkata, laporan di akhbar mingguan popular itu berdasarkan maklumat khidmat pesanan ringkas (SMS) berita Harakah dan wawancara Suara Keadilan dengan imam itu.
Beliau menambah, Siasah tidak dihubungi secara langsung oleh Khairil Annas memaklumkan penafiannya, sebaliknya hanya mengetahui perkara tersebut melalui laporan media semalam.
Organ rasmi PKR yang turut menyiarkan dakwaan imam kelahiran Sabah itu sedang mendapatkan penjelasan daripada wartawan-wartawannya berhubung perkara itu.
"Mungkin nanti ada kenyataan akan dikeluarkan," kata editor Suara Keadilan, Zulkiflee Anwar Haque petang ini.
Malaysiakini difahamkan imam itu sendiri tidak sepenuhnya yakin bahawa individu yang mengarahkannya itu adalah Khairil Annas.
Bagaimanapun beliau gagal dihubungi hari ini.
Sementara peguamnya Ahmad Nizam Hamid berkata beliau akan bertemu Ramlang esok untuk membincangkan tuntutan Khairil Annas.
Pegawai khas Najib menuntut agar ralat dua akhbar itu diterbitkan di halaman utama penerbitan itu.
"Peguam-peguam saya sedang meneliti untuk mengambil tindakan berasaskan undang-undang dan saya merizabkan semua hak saya terhadap Ramlang dan kedua-dua akhbar tersebut," Khairil Annas dilaporkan berkata semalam.
sumber : malaysiakini.com
4 ulasan:
Ustaz pun pandai main wayang jugak.Berapa anuwar bayar? Tak sangka orang alim warak pun kalah dengan duit jugak yer!!!!
Sekarang terimalah padahnya ustaz muda oiii...untungnya anuwar dalam bab ni,boleh tidur lena & dah jadi Ahli Parlimen pun.Hang jugaklah yang masih mengira nasib
Inilah balasan nak bersengkokol dengan dajal bermata satu sangat. Mana anuwar??? Belum dapat kuasa hari tu,bukan main lagi dok sebelah hang,sekarang....bukan setakat batang hidung tak nampak,bayang bulu ketiak pun belum tentu terbayang
macamana hang sebagai seorg imam jadi kucing terus bila ditekan oleh pelbagai pihak kerana jd saksi sumpah. seorg Imam kena berani tegakkan kebenaran ni p bersekongkol dengan golongan yang menekan hang sendiri . itu la jadinya terjun ke mulut buaya ..dan ustaz ni pun kata la arahan la ...skrip dr PKR la sapa lagi
Maner ader anwar bayar kat ramlang..
Dier bagi gula2 ajer..
ala gula2 tu...
hahaha...
Aper da ramlang nie...
Pakai spek, baju putih, kat belakang tu la peguam Porigi..namanya Ahmad Nizam Hamid. Dia tu orang kuat PKR Maran (Pahang)....
Aku tengok kat mana2 gambar, peguam dia ni, asyik dok membontot porigi jer..naik turun pentas ceramah PKR di Permatang Pauh..
Weh..bukan sekali Porigi tu naik pentas PKR..banyak kali weh..peguam dia tu la yang jadi tukang atur dan susun jadual..peguam PKR katakan..
Korang perasan tak, sebelum pegawai khas TPM tu keluar surat saman pun, Porigi dah siap pasang lawyer..kenapa hah?
Kalau nak bercakap 'soal kebenaran', kenapa Porigi pasang lawyer, sebelum disaman? Maknanya apa?
Maknanya Porigi memang nak berbohong kat pengundi Permatang Pauh, sebab tu dia siap2 pasang lawyer..
Kalau tak berbohong kenapa perlu pasang lawyer, sebab cakap benda betul, gerenti tak ada orang nak saman..kecuali PKR dah wat skrip kepada Porigi supaya 'auta2', sebab tu kena siap2 pasang lawyer dan sediakan 4/5 orang body guard jaga porigi..hahaha lawak tul ustaz ni..memalukan kaum ustaz dan pak iman masjid semalaysia..
Lepas ni orang tak percaya lagi kalau pak ustaz dan pak iman bercakap..tambah2 lagi atas pentas politik..besar tu lambang PKR, belakang ustaz tu..
Kisah Lawyer Porigi
Ahmad Nizam Hamid ni pun bermasalah gak. Dia ni ketua bahagian PKR Maran, Pahang.
dulu tahun 2005, dia pernah luahkan tak puas hati dengan Anwar dan ancam mahu keluar PKR....merata2 dia hantar sms..tak percaya tanya zukri akshah (dulu PKR sekarang dah masuk PAS).
banyak perkara dia tak puas hati paling besar Anwar pilih kasih..masalah dalaman PKR Pahang..bla2
Yer la, si mamat ni pun lawyer gak, tapi anwar tak kasi projek2 guaman kepada dia..sebab apa?
Sebab apa..sebab dia lawyer cikai ke..sesuai utk projek2 kecil cam porigi ker..atau sebab apa?
Anwar ni selalu saman orang..Dia tuduh orang tanpa bukti..fitnah macam2 orang tak saman dia..tapi kalau orang tuduh dia dengan bukti pun, belum habis cakap, Anwar dah saman..tu la demokratiknya Anwar..
Kes saman menyaman Anwar ni..anwar tak pernah pakai Ahmad Nizam, sebab tu dia kecil hati..sudahlah berkali2 kalah kat pahang..projek saman menyaman pun tak kasi..
Kenapa jadi begitu? Sebab Anwar tak percaya peguam Melayu, dia percaya hanya penguam 'orang minyak'..tengok la sapa peguam Anwar..S. Nair..dari ada rambut sampai jadi botak..S Nair masih jadi peguam Anwar..hahaha..dah kaya raya S Nair, walaupun dah botak..
Hah..S. Nair..Sivarasa Rasiah..semuanya 'orang minyak'. Kata Anwar nak perjuang Melayu..mana ada..peguam peribadi pun 'orang minyak' gak. Rakan tenis pun orang minyak gak..sapa dia..Nallakarupan, tokey judi la..haha..kan Anwar suka main 'minyak'..
Pak ustaz Porigi main lawyer
Ish sejak bila pulak Imam masjid Wilayah pasang lawyer ni?
Selalunya ustaz tak main dengan lawyer2 nih..ustaz kurang percaya dgn laywer2 ni..kepercayaannya hanya kepada Allah dan agama..
Lain lah kalau ustaz ni dah buat silap dan menyatakan sesuatu yang tak benar hingga mendedahkan dirinya ke mahkamah..
Kalau benar, ustaz tu tak perlu pasang lawyer..buat apa lawyer kerana dia bercakap benar sebagai seorang ustaz?
Tetapi dalam kes ini, saya tengok ustaz ni lain macam..bukan macam ustaz2 atau imam2 yang pernah kita kenali..selalunya ustaz atau imam orang yang dihormati dan tak mahu bercakap bohong kerana takut dosa pahala..
Tetapi dalam kes ini, saya lihat, ustaz ni sudah 'main politik', dalam satu video yang dikeluarkan PKR..dia tuduh 'pegawai khas TPM' jumpa dia di masjid Wilayah arah dia jadi saksi..dia cakap dia tak kenal pegawai tu..tapi pernah tengok muka di internet yang bergambar dengan saiful..
Apa makna tu? Maknanya dia sudah wat statement yang melangkaui bidang kuasanya..kalau betul dia selamat..kalau tak betul?
Hah..apa jadi ustaz, pegawai yang ustaz tuduh tu telah sediakan bukti utk saman? Kan dah betul terjadi..nasib baik PKR dah sediakan lawyer awal2
Satu lagi, ustaz kena jawab, ustaz kata tak berkempen PKR..habis naik pentas ada logo PKR tu apa?..pasang lawyer tu apa?
Betulkah orang kata ustaz ada hubungan dgn ustaz badrul amin, orang yang sanggup mati utk anwar tu? dua2 orang sabah beb..
Anwar menang, ustaz masih susah
Kalau dah masuk bab macam ni..cerita masih panjang lagi..anwar dah menang di permatang pauh..barangkali salah satu jasanya kerana ustaz tolong kempen saat2 akhir..
anwar dah menang tu..bab dia..bab ustaz pulak cam ner..tuduhan ustaz yang tersalah cakap tu pulak cam ner..
mungkin lepas ni anwar akan tolong ustaz kerja kat selangor, penang atau perak kot..sebab tu ustaz berani hantar surat minta cuti lagi ngan Jawi?
Dulu alasan ustaz naik ke pentas kata tak ada orang back up..sebab kena hentam kat internet yek?..lepas ni ada back up tak?
Kalau anwar tolong kerja di mana2..kena ingat satu..anwar adalah haiwan politik...dia akan gunakan sesiapa sahaja yang berguna kepadanya..dia akan buang sekelip mata jika sudah orang itu tak berguna lagi..contoh?
ezam mohd nur..datin saidatul salleh..dr chandra muzafar..zainur zakaria dan ramai lagi..semua tu hard core anwar tuh..sekarang apa dah jadi..
kain lampin buang..anwar peduli apa..bisnes meke lingkup..masuk penjara..ditangkap polis ke apa ker..yang penting cita2 politik dia tercapai..
Lepas ni ustaz kena bersedia main politik kalau nak kerja dibawah PKR..kena jadi macam ustaz badrul amin..kena sebut dlm ceramah.."saya sanggup mati utk anwar"..kena maki mutfi2 spt maki mutfi perlis sebagai bapak setan..semata2 nak memauskan hati anwar..sanggup?
Kalau tak sanggup jadi balaci cam ustaz badrul amin lebih baik ustaz kerja jadi imam kat masjid wilayah, kerja nikah kawin..dok diam2 dan jangan bercita2 nak jadi setiausaha politik anwar plak..
tu la padahnya ustaz pergi campur hal soal sumpah orang lain..kan ustaz dah pula kena tu..nak bersih nama konon..nama makin buruk adalah..
harap2 lepas ni ustaz jangan tercabut kupiah dah le..
Catat Ulasan