MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Sep 2008

Bilakah DAP pula nak minta maaf?

Teresa Kok menunjukan rasa tidak puas hati kepada tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh

Bilakah DAP pula nak minta maaf?


Teresa Kok bersama dengan sekumpulan penyokong DAP telah membantah cadangan DBKL untuk menulis nama jalan-jalan di Kuala Lumpur dengan tulisan Bahasa Malaysia dan Jawi pada 14 Februari 2008. Teresa complaint tulisan jawi. Selepas itu, bila menang lima buah negeri dalam PRU12 dan projek RM100 juta diluluskan, dia memanggang pula lima ekor MR B. Apakah tulisan jawi itu sesuatu yang dianggap racist juga?

Teresa menunjuk nunjuk pada tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh


Pada 26 Jun 2008, Teresa Kok mengepalai satu petisyen penduduk di Puchong kepada Datuk Satim Diman (ADUN Seri Kembangan) mencadangkan agar laungan azan diperlahankan kerana didakwa menggangu ketenteraman penduduk. Siapa yang ganggu ketenteraman siapa sebenarnya?



Pada 15 Julai 2007, Namewee telah menghina lagu Negaraku, menghina azan dan menyatakan bahawa orang Melayu adalah sakai dalam lagunya yang dipaparkan dalam You Tube. “Kritikan berhubung nyanyian Negaraku oleh Wee Meng Chee di Internet menggambarkan hipokrasi pimpinan BN. Dengan mengambil sikap jumud, ia akan mengekang kreativiti rakyat. Ruang mesti diberikan untuk rakyat bersikap kreatif dan bebas bersuara.” komen Anwar Ibrahim berhubung isu Namewee dalam blognya. Bersifat kreatif kah kita jika membuat lagu menghina azan?

Berdasarkan komen Anwar dalam blognya terhadap Namewee, apakah Ketua Pembangkang sendiri memberi green light untuk orang lain membuat sesuka hati terhadap bangsanya sendiri? Siapa yang hipokrasi? Tanpa sebarang rasa bersalah, mereka enggan pun memohon maaf malah meminta orang lain pula memohon maaf.



Jangan hairan, jika ada orang Melayu yang malu mengaku dia Melayu lagi. Mereka rela membiarkan DAP bersikap sedemikian tanpa berasa bersalah pun. DAP yang berulang kali menolak dasar negara Islam, tidak pernah pun minta maaf pada rakan kongsinya iaitu PAS. Sepatutnya orang PAS desak DAP minta maaf terlebih dahulu. Barulah boleh berpakat buat kerajaan baru. Atau Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang minta maaf bagi pihak DAP.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)


sumber : anginperubahan.blogspot.com

4 ulasan:

NORA berkata...

Salam semua rakan2 seperjuangan...

Disini saya ingain berkongsi info mengenai sejarah kedatangan kaum CIna dan India ke Malaysia.

Sejarah negara kita memperlihatkan kebanjiran orang-orang Cina dan India ke Tanah Melayu berlaku di sekitar tahun 30-an hasil dari dasar kerajaan Inggeris yang cuba untuk mengeksploitasi kekayaan sumber asli di negara kita. British sedar bahawa pendatang-pendatang asing ini tidak akan menggugat kestabilan politik dan ekonomi penjajah oleh kerana penjajah memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada mereka. Hal yang sama juga diamalkan oleh pihak Inggeris di negara-negara kolonial mereka termasuklah di negara-negara Afrika seperti Uganda dan Kenya. Berbeza dengan keadaan di negara kita, setelah British meninggalkan negara-negara tersebut, pendatang-pendatang (India) diusir keluar. Ini disebabkan kerana kerajaan di beberapa buah negara Afrika menganggap bahawa kekuasan ekonomi yang dipegang oleh kaum India itu menyebabkan kegelisahan di kalangan anak negeri yang kebanyakannya miskin.

Orang-orang Melayu boleh menerima pendatang asing seperti Cina dan India asalkan mereka menghormati kedaulatan raja-raja Melayu dan kekuasaan Melayu di negeri-negeri Melayu. Orang Melayu berpendapat bahawa orang Cina dan India mempunyai negara asal, manakala orang Melayu tidak punya negara asal kecuali Tanah Melayu. Hidup mati mereka adalah di Tanah Melayu.

Radikalisme Melayu dalam politik bertambah di ketika penjajahan Jepun. Walaupun pemerintahan Jepun zalim, namun ia bertanggungjawab menyedarkan orang Melayu tentang kemerdekaan. Orang-orang Cina memusuhi Jepun kerana Jepun menakluki Negara China dan bersikap kejam terhadap masyarakat mereka. Sebenarnya Jepun kejam terhadap semua bangsa yang dijajahi mereka.

Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan bukan sahaja untuk menghancurkan Jepun, tapi juga mereka menentang kerajaan British yang yang hendak kembali berkuasa. Matlamat utama PKM ialah untuk menguasai pemerintahan Tanah Melayu dan menjadikan negara ini sebagai negara komunis. Orang Melayu yang beragama Islam dan mempunyai raja-raja Melayu tidak dapat menerima kekuasaan Bintang Tiga. Oleh kerana majoriti PKM terdiri dari orang Cina, maka gambaran kepada orang Melayu ialah Cina mahu berkuasa dan menghancurkan kekuasaan Melayu dan raja-raja Melayu di negara ini.

Orang-orang Cina dan India berasa bimbang tentang nasib mereka selepas Perang Dunia Kedua. Orang Melayu sudah mula menubuhkan parti-parti politik untuk memperjuangkan nasib mereka. Slogan-slogan “Hidup Melayu” bergema di seluruh pelusuk negara.

Melalui Pesuruhjaya Tinggi British, McMichael, konsep Malayan Union di perketengahkan kepada raja-raja Melayu. Melalui konsep ini, hak dan kekuasaan raja-raja melayu di hapuskan, semua rakyat tanpa mengira bangsa, mempunyai hak yang sama dan tanah melayu menjadi tanah jajahan British selama-lamanya. Politik jangka panjang British ialah menghapuskan kedaulatan raja-raja Melayu supaya setiap warganegara Tanah Melayu, tanpa mengira bangsa mempunyai hak untuk menjadi Ketua Negara.

Walaupun begitu, Melayu bukanlah bodoh. Orang-orang Melayu bangun menentang gagasan Malayan Union. Melayu menganggap kekuasan politik adalah hak kepunyaan orang Melayu dan mereka sendirilah yang akan menentukan nasib mereka. British tidak dapat lagi bertahan lama untuk menjajah Tanah Melayu. Mereka terpaksa mengalah kerana bimbang pemberontakan dari orang Melayu. Akhirnya McMichael terpaksa menarik balik gagasan tersebut.

Pada tahun 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Dalam tahun yang sama, kerajaan mengisytiharkan darurat seluruh negara kerana keganasan Komunis yang kian bertambah. Mereka membunuh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi pada waktu itu. Setelah British gagal mendapatkan persetujuan dari Melayu tentang rancangan Malayan Union, komunis melancarkan gerakan gerila. Oleh kerana gagal dilaksanakan dasar hak sama rata dari gagasan Malayan Union, alternatif lain ialah secara kekerasan.

Walaupun berpegang kepada ideologi komunis yang tidak mementingkan bangsa dan memperjuangkan hak sama rata berdasarkan Marxisme, namun kepada orang Melayu, komunisme itu adalah anti Islam. Cinta kepada Islam, bangsa dan raja-raja Melayu menyebabkan Melayu tidak mahu berkompromi dengan komunis. Mereka sanggup menghadapi apa saja risiko hatta pertumpahan darah sekalipun demi menyemarakkan perjuangan Melayu tersebut.

British meletakkan syarat bahawa kemerdekaan Tanah Melayu mestilah berdasarkan kerjasama dan perkongsian kuasa antara melayu dan bukan melayu. Atas dasar muhibbah dan baik hati inilah UMNO, MCA dan MIC bersatu tenaga menubuhkan Parti Perikatan di mana Melayu, Cina dan India bersama-sama memperjuangkan kemerdakaan tanah air. Atas persefahaman ketiga-tiga parti, Parti Perikatan berjaya memenangi pilihanraya pertama pada tahun 1955 dan Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri yang pertama.

Atas dasar muhibbah, UMNO sanggup memberi kerakyatan ‘jus soli’ kepada bukan melayu dengan syarat bermastautin tidak kurang dari 10 tahun. Kerakyatan secara automatik diberikan kepada setiap keturunan bukan Melayu yang lahir selepas kemerdekaan.

Pihak bukan Melayu pula pula mesti menerima hak istimewa orang-orang Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kedaulatan raja-raja Melayu. Semangat toleransi, memberi dan menerima mestilah datang dari kedua pihak. Saling pengertian dan pemahaman yang baik tentang nilai budaya, aspirasi politik serta kedudukan orang melayu dalam konteks sejarah negara ini patutlah diambilkira sebelum mencabar kekuasaan Melayu.

Pertalian politik antara Melayu dan bukan Melayu adalah berdasarkan “gentlemen agreement”. Persefahaman di antara ketiga-tiga bangsa tersebut dengan sendirinya mengakui kekuasaan politik Melayu di mana kepentingan hak istimewa Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, agama Islam sebagai agama rasmi dan kedaulatan raja-raja Melayu adalah hak yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Bilamana bukan Melayu mempertikaikan kekuasan politik orang Melayu dan cuba membentuk sejarah baru dengan membelakangkan orang Melayu, maka bermulalah tercatatnya satu titik hitam dalam perhubungan kaum di negara ini. Lagi menyedihkan ada juga Melayu dari golongan cerdik pandai yang menidakkan kepentingan institusi beraja dewasa ini. Sebarang penulisan atau komen mengenai nasib Melayu atau hak-hak Melayu dikatakan berunsur perkauman ataupun ‘racist’.

Cuma Joyah tak kisah jika dilabel racist ... perjuangan Joyah adalah untuk agama, bangsa dan negara.

HIDUP ISLAM, HIDUP MELAYU, HIDUP MALAYSIA

NORA berkata...

Salam...

Sambungan dari bacaan di atas, Joyah percaya bahawa PAS dan juga orang2 Melayu PKR telah membuat satu kesilapan yang amat besar dengan memberi ruang kepada mereka2 ini untuk mencabar dan menidakkan hak2 orang Melayu, Islam dan Kedaulatan Raja-Raja.

Kita semua perlu belajar dari kesilapan lepas .. bagaimana British mahu menubuhkan Malayan Union yang amat2 ditentang oleh orang2 Melayu yang rata2nya beragama Islam.

Fikir dan renungkanlah

Tanpa Nama berkata...

Salam Sejahtera semua.

Terima kasih kepada Joyah yang menulis sesuatu yang boleh kita baca dan fahami, membuat analisis dan renungan. Apa yang diperkatakan oleh Joyah adalah fakta sejarah. Tidak semua orang tahu tentang perkara ini terutama golongan muda Melayu yang begitu ghairah mengarak bendera PAS, PKR dan UMNO. Mereka ini termasuk juga golongan akedimik dan cendiakawan yang tahu tetapi buat tak peduli demi perjuangan politik atau kumpulan serta bimbangkan terhakis populariti atau kehilangan laba.

Sekarang isu berhubung ketuanan Melayu menjadi semakin asing dalam kancah pemahaman politik Malaysia. Golongan muda lebih gemar memperjuangkan kesamarataan kerana bagi mereka ketuanan Melayu tidak memberi apa-apa erti. Mereka lahir dalam situasi Melayu yang telah maju. Melayu yang tidak perlu berjalan kaki untuk mendapat ilmu disekolah, yang buku tidak perlu berkongsi dengan adik beradik, berkaki ayam kesekolah ketika musim hujan. Mereka tidak tahu bagaimana jerihnya untuk membangunkan Melayu.

Sebab itu nilai penyatuan di kalangan mereka menjadi tidak penting. Orang nak hapus tulisan jawi mereka diam, kerana mereka tidak tahu baca jawi dan jawi tidak menjadi penting bagi mereka.Satu ketika nanti tidak akan ada lagi azan melalui pembesar suara, tidak wajib lagi pengajaran pendidikan agama Islam di sekolah, di Pasar-pasar tiada lagi pembahagian tempat jualan barangan halal dan haram, siapa saja yang bercakap tentang ketuanan Melayu akan dicop sebagai perkauman.

Pada ketika ini, saya terfikir kata guru agama saya 20 tahun dulu di Kg. kelahiran saya:

"Kapak tidak akan boleh membelah kayu jika tidak berhulukan kayu"

wokyoh berkata...

jangan lah dok layan si anakdara tua(andartu) teressa kok tu sangat...emosi dia tak stabil lagi...
khabarnya makanan kegemarannya babi panggang.....

orang pkr-pas yang bersekongkol dengan DAP lepas ni akan dipanggang hidup hidup bersama babi(brother anwar bin ibrahim) oleh mereka selepas habis agama dan tanah air tergadai....