MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Sep 2008

Bila Pula Dia Nak Minta Maaf, Bila Pula Mariah Nak Laporkan Dia


Bila Pula Dia Nak Minta Maaf, Bila Pula Mariah Nak Laporkan Dia

Baru sahaja saya menulis tentang politik dan sejarah tidak boleh dipisahkan. Ada seorang lagi yang tidak reti-reti (klik sini).



Tiada sesiapa suruh dia minta maaf? Sampai dah tak boleh ditegur dilarang lagi ke? Mungkin Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood boleh membuat satu laporan polis ke atasnya (klik sini). Jangan orang nampak ahli parlimen parti Islam, dengan orang Islam berani sangat, dengan bukan Islam betul-betul nak jaga hati.

Adakah Dr Mariah hendak mendakwa ini taktik parti lawannya juga (klik sini) sedangkan terang lagi bersuluh ini pekerjaan teman sebantalnya. Mungkin elok PAKSI melakukan sesuatu dari merintih merayu-rayu, terhegeh-hegeh pada 'orang itu' yang tak sudi. Secara undang-undang, malah 'melanggar' perlembagaan (samalah seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Hanya Bahasa Kebangsaan Untuk Papan Tanda di KL
11/09/2008 6:30pm

KUALA LUMPUR 11 Sept. — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya akan meluluskan penggunaan Bahasa Kebangsaan bagi semua papan tanda jalan di sekitar ibu kota.

Ketua Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusup berkata sekiranya terdapat pihak yang tidak mengikut peraturan dengan menaikkan papan tanda yang “terlarang”, DBKL akan menurunkannya dengan segera.

“Orang lain tidak boleh senang-senang pasang papan tanda, hanya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang boleh melakukannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Salleh berkata beberapa papan tanda nama jalan bertulisan jawi sudah diterima pakai di kawasan Kampung Baru, Bandar Tun Razak dan Datuk Keramat dan kerana itu ia tidak diturunkan.

Beliau diminta mengulas isu yang mengaitkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim yang mahu menggantikan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan dengan tulisan Tamil, Cina dan Inggeris.

Sebuah akhbar tempatan hari ini menunjukkan gambar Teresa berada di bawah papan tanda contoh yang dipasang DAP di Jalan Bukit Bintang, yang telah ditiadakan tulisan jawi dan ditambah dengan tulisan Cina dan Tamil.

Contoh papan tanda itu belum diluluskan DBKL.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Syed Ali Alhabshee menyifatkan tindakan Teresa itu seolah-olah menidakkan undang-undang sedia ada berkenaan perkara itu.

“Kita ada prosedur dan undang-undang daripada PBT mengenai perkara ini, jangan tukar sewenang-wenangnya (nama jalan daripada tulisan jawi yang telah diluluskan kepada tulisan Tamil, Cina dan Inggeris) kerana ini akan menghangatkan lagi sentimen perkauman,” katanya.

Katanya Teresa sepatutnya berbincang dengan DBKL untuk memberi pandangan sekiranya tidak berpuas hati dengan nama jalan tulisan jawi berkenaan.

Oleh itu, Syed Ali meminta DBKL mengambil tindakan segera bagi menangani perkara itu supaya ia tidak berlarutan.

“DBKL tidak boleh berdiam diri, sekiranya perkara ini berlaku tidak mustahil perkara sama turut akan dibuat di tempat lain,” katanya.

— BERNAMA (klik sini)


sumber : blog faisal tehrani

1 ulasan:

NORA berkata...

Salam sahabat-sahabat semua...

Fikir... Fikir... dan Fikir. Sebelum bangsa Melayu menjadi lebih parah, sebelum Islam terus dipermain-mainkan, TUKAR sikap, TUKAR minda. TUKAR TUKAR strategi, TUKAR jalan, TUKAR dan TUKAR sebelum terlewat.

Bila Anwar Zain membuat statement berbaur lucah, ianya dianggap penghinaan kepada bangsa dan agama. Tetapi bila Anwar Ibrahim mencabul bangsa Melayu dan Islam, itu dikatakan sebagai the voice of democracy in Malaysia.