MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

29 Sep 2008

Anwar - Talam dua muka


Anwar - Talam dua muka


Inilah wajah seorang pemimpin yang diagung-agungkan oleh segelintir orang Melayu pada masa kini. Anwar, bukan hanya sekadar pandai bermain kata-kata tetapi pandai memutar belit untuk kepentingan peribadi beliau.

Ini jelas telah terbukti melalui 2 video yang boleh anda saksikan di akhir artikel ini. Pada satu ketika, beliau amat marah dan mengutuk NIK AZIZ kerana memuji mantan Perdana Menteri TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD yang telah menyediakan peruntukan RM600 juta pada Kelantan untuk tujuan pembangunan selain memuji keberanian TUN DR. MAHTHIR dalam memerangi keganasan yahudi terhadap Palestin.

Malah, lebih menyakitkan hati Anwar apabila NIK AZIZ mengatakan yang TUN DR. MAHATHIR adalah sahabat lama beliau. Dalam ucapan balas Anwar selepas kenyataan NIK AZIZ tersebut, Anwar mengaitkan NIK ADLI iaitu anak kepada NIK AZIZ yang telah ditahan dibawah ISA sewaktu dibawah pemerintahan DR. MAHATHIR dalam usaha beliau untuk mengingatkan NIK AZIZ supaya membenci DR. MAHATIR…


Kemudian, Anwar sendiri telah mengakui yang DR. MAHATHIR telah mengakui usaha jihad DR. MAHATHIR membantu MUJAHIDIN Afghanistan semasa penentangan pencerobohan Soviet Union pada tahun 1980an.

Dalam satu lagi ceramah, dia memuji pula NIK AZIZ ekoran usaha keras Barisan Nasional untuk merampas negeri Kelantan. Dengan pujian melambung-lambung yang mengatakan mengapa kerajaan pimpinan NIK AZIZ perlu ditukar selain memberi persoalan mengapa ketokohan NIK AZIZ perlu dipertikai.


Cukup-cukuplah tu Anwar, kita orang dah tak larat nak dengar sandiwara anda selama ini. Kenapa sekarang baru nak keluar cerita yang tak elok mengenai kerajaan. Apa yang kerajaan buat je semua tak betul. Dia je la yang betul. Kalau betul ikhlas nak membetulkan kerajaan yang banyak terlibat dengan rasuah dan sebagainya kenapa masa dalam kerajaan dulu anda tidak ‘out spoken’, atau berterus terang.

Tapi masa dalam kerajaan dulu, semuanya ok macam tak pernah ada masalah pulak. Apa sebenarnya yang betul dimata kaca Anwar? Saya ada satu persoalan terhadap saudara ANWAR. Apakah anda seorang yang betul-betul bersih semasa anda di dalam kerajaan sebelum ini. Jika terdapat pemimpin UMNO yang terlibat dengan rasuah semasa anda di dalam kerajaan sebelum ini, kenapa anda tidak melaporkan kepada BPR tetapi anda membuat tuduhan selepas anda dipecat dari jawatan Tim. Perdana Menteri.

Wahai Anwar, kalau benarlah anda ingin membantu rakyat, anda sepatutnya menurunkan harga minya semenjak anda menjadi Menteri Kewangan lagi. Kenapa sekarang baru anda sibuk mahu membantu rakyat ingin menurunkan harga minyak. Anda seperti tidak ikhlas memperjuangkan kepentingan rakyat kerana apabila anda susah, anda mahu mengurangkan beban rakyat tetapi pada ketika anda senang, anda tidak mendengar suara hati rakyat…cukuplah….cukuplah ANWAR.....

email daripada

Dewi Balqis Hassan

nota : kepada dewi balqis..tak ada pun video yang diattach dalam email..AIDC

5 ulasan:

Jamo berkata...

Apa yang boleh dirumuskan, Anwar menggunakan konsep 3M dan hampir berjaya mempengaruhi ramai rakyat Malaysia yang tidak peka pada percaturan, permainan, penipuan politik yang telah digunakan Anwar bagi mendapat sokongan.

Konsep (steps) 3M ialah Menyakinan, Mengelirukan, Menipu

1. Menyakinkan - Pertama
Anwar akan cuba menyakin rakyat, cth: bahawa akan terjadinya penyerahkan kuasa 16Sept, dan apabila tidak terjadi maka;

2. Mengelirukan - Kedua
Anwar akan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dengan berbagai alasan-alasan, dan apabila kenyataan demi kenyataan telah sampai ketahap tidak dapat lagi disuarakan oleh Anwar, dan akhirnya;

3. Menipu - Ketiga
Anwar akan menipu rakyat dengan berbagai-bagai percaturan, permainan dan penipuan isu-isu yang sengaja ditimbulkan untuk publisiti secara berterusan agar penipuan sebelumnya dilupakan atau tidak perasan.

Apabila sesuatu isu yang timbul, berpeganglah kepada konsep 3M (Menyakinkan, Mengelirukan, Menipu).. inshaallah akan pasti akan memahami rentak permainannya. Didalam bahasa English, konsep (steps) ini dinamakan 3C. Ia amat berguna bagi seseorang con-salesman iaitu "Convince, Confuse, Con.."

"One sale (convince) out of ten is good, but ten sales (confuse) out of hundred would be better, then hundred sales (con..) out of thousand would be great.."

Harapan, dengan adanya blog AiDC ini, maka ramai akan mengenali siapakah Anwar dan agenda politiknya kerana ia amat merbahaya kepada kestabilan Negara yang aman seperti Malaysia supaya Anwar tidak mengadaikan Agama, Bangsa dan Negara demi politik salesmannya.

www.suarapolitik.com

Abd Bashid Harun berkata...

"Bukan sekadar talam tetapi lebih luas daripada itu dan bukan sekadar dua tetapi lebih banyak daripada itu. Dia sudah biasa melakukan kerja-kerja yang sebegitu, tentu bukan sukar baginya untuk melakukan apa jua yang lebih dahsyat daripada itu. Dia memandang dirinya hebat sebab dia ada Yahudi dan Nasara yang sentiasa menghulur tangan kepadanya. Ketika dia mahu jatuh tangan-tangan itu menjulangnya ke atas, dan ketika dia mahu sampai ke kerusi itu, tangan itu menariknya ke bawah. Dia hanya alat dan barang permainan, tetapi kerana angkuh dia tak sedar itu. Tetapi tangan-tangan jahat itu tak sehebat tangan-tangan kita yang menjadi pemilik dan empunya tanah air tercinta ini. Dan apabila tangan Tuhan dihulur menggenggam erat tangan kita, siapa sangatlah manusia bernama Anwar itu."GuruBashid

Truth prevails berkata...

OOO Allah! If only you grant me with a wish..I would say, please safe us from this Hippocratic leader by the name of ANWAR IBRAHIM from becoming our next PM for the reasons that only YOU know best!

Ameen.

Son of My Parents berkata...

Salam,

Pendapat saya :-

1) Anwar tak berani untuk memprotes secara terang-terangan terhadap TDM dan kerajaan ketika menjadi timbalan perdana menteri. Mungkin dia takut dipinggirkan? Apa-apahal pun, disebabkan dia telah menjadi pembangkang, maka itulah kerja dia sekarang - yakni membangkang apa saja yang dia rasa layak untuk dibangkang. Cumanya cita-cita (atau angan-angan?) dia untuk mengambilalih pemerintahan negara kita, bagi saya, itu adalah langkah yang melulu (tak sampai sebulan masuk Parlimen, terus sibuk nak ambik alih pemerintahan). Eloklah dia jadi pembangkang yang efektif dalam proses 'check and balance' buat seketika. Lagipun PR dah dapat 5 negeri kan? Biarlah sistem 2 parti ni diteruskan, terutama sekali dalam keadaan sekarang, yang mana Pak Lah semakin menjadi tidak popular sehari demi sehari.

2) Harga minyak dunia ketika Anwar menjadi menteri kewangan tak melonjak naik seperti sekarang. Memang kena ada orang politik yang bising tentang perkara ni dan siapa lagi yang lebih baik dalam kerja buat bising selain dari Anwar? Walaubagaimanapun, saya kurang yakin dengan kaliber dia dalam soal pengurusan ekonomi, berdasarkan kepada prestasi buruknya 10 tahun dulu.

3) Anwar ni kan populis? Dia pandai mensensasikan isu-isu kecil bagi tujuan populariti dan secara tak langsung ini akan menaikkan 'saham' dia di kalangan rakyat, terutama sekali orang melayu kita.

4) Saya rasa 'Anwar being the deputy prime minister is the greatest mistake that TDM has made'. Tapi mujurlah dia dah dipecat sebelum dia dapat menjadi perdana menteri. Kalau tak, mungkin kita akan mengalami nasib yang sama seperti Indonesia dan Thailand pada akhir tahun 90an.

5) Antara perkara yang paling kelakar Anwar pernah buat ialah berlindung di kedutaan Turki dengan alasan nyawa dia diancam. Kenapa perlu dia takut? Bukan ke dia ada Tian Chua yang mungkin dapat menghalang peluru, pisau, kapak dan parang dari menyentuh badannya? Bukan dia sorang je ahli politik yang pernah menerima ugutan. Yang lain-lain tu tak pernah la pulak mintak jaminan perdana menteri untuk melindungi diorang. Cepat sangat la melatah dia ni... dan inilah dia manusia yang ramai orang maukan sebagai perdana menteri. Masya Allah.

Wallauhu 'alam.

hilbert berkata...

Tentang perkara yang sangat lucu dan sangat-sangat kelakar yang anwar dah lakukan itulah, lari dan bersembunyi di Pejabat Kedutaan Turki...jadi apa ke halnya. Jawapan dia untuk minta perlindungan, kerana nyawa dia terancam dan dia akan dibunuh. Itu cerita pada waktu itu. Tapi umum tahu, pada pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh yang baru lalu, bebas juga dia kesana-kemari..tiada pun orang nak bunuh dia, nak cubit peha dia pun orang tak berani, inikan pulak nak tembak dia.