MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Sep 2008

Anwar pernah ada rekod...


Anwar pernah ada rekod..


Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah ada dalam kerajaan dulu mungkin lain ceritanya.

Penasihat PKR ini berbelas tahun dalam kerajaan dan pernah pegang jawatan Menteri Kewangan manakala kemuncaknya Timbalan Perdana Menteri.

Jangan lupa beliau juga lama dilihat sebagai blue eye boy kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum berlaku apa yang sudah jadi cacatan sejarah.

Malah sebelum 1998 pada waktu puncaknya apa pandangan ‘ Pak Sheikh’ lebih digeruni dari bayang Dr Mahathir sendiri.

Bukan saja Pak Sheikh tetapi waktu itu orang-orang kanan bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga ‘sama naik dan sama hebat ’ digeruni oleh kawan dan lawan sertai ingin didekati sesiapa saja yang mengintai peluang-peluang ekonomi yang ada.

Seorang pemimpin UMNO yang pernah rapat dengannya waktu itu kata semua sejarah itu masih segar dalam ingatannya.

Beliau secara sinis beritahu Agendadaily mungkin Lim Kit Siang dan Datuk Seri Haji Hadi Awang akan tersenyum diam-diam dalam hati mengenang kata-kata dan janji Anwar menjelang 16 September yang semakin hampir.

“You ingat dak waktu tu pernah tidak Anwar ada sebut pasal perlunya cuti umum pada 16 September sebagai tanda hari kebesaran kemasukan Sabah dan Sawarak ke dalam Malaysia.

“Ada tidak waktu dipuncak kuasa tu Pak Sheikh pernah sedetikpun sebut atau desak seorang peribumi Iban harus jadi Ketua Menteri Sarawak dan begitu juga Dusun di Sabah.

“Pasal ISA…pasal tender terbuka..pasal nak habus DEB…pasal nak turun cukai pendapatan dan lain-lain janji manis yang begitu manis disebutnya sekarang.Rasa macam tak pernah dengar,”katanya.

Beliau lantas bertanya,“You pernah dengar Lim Kit Siang ada puji belanjawan yang dibentangkan oleh Anwar semasa beliau jadi Menteri Kewangan dulu?”

Katanya senario politik boleh berubah tetapi sejarah tetap sejarah.

“Sekarang tak perintah dia boleh janji bulan dan bintang.Tengok sudah kerajaan PKR Selangor nak tunai janji air percuma pun terhegeh-hegeh sampai jadi kontroversi baru nak buat.Dah tu banyak lagi janji pilihanraya yang belum tertunai.Cakap bolehlah…

“Anwar kata bajet yang dibentang oleh Pak Lah adalah gula-gula…jadi jangan harian menjelang 16 September ni you akan dengar macam-macam lagi gula-gula yang hendak dijualnya,”ujarnya.

Selasa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengadakan sidang akhbar di ibupejabat PKR mengumumkan beliau akan bentang bajet baru yang mengandongi tawaran-tawaran yang indah belaka bila melangkah masuk ke Putrajaya nanti.

Untuk menolak keraguan tentang dakwaanya mampu ambilalihkuasa menerusi ‘ pintu belakang’ itu Anwar dengan penuh yakin kata kepada para wartawan , " Persoalannya ialah bukan ' jika'… tetapi ' bila '."

Tumpuan kepada bajet ' kerajaannya' kelak ialah mengurangkan defisit, turun cukai pendapatan dan koprat serta memenuhi janji pilihanrayanya mengurangkan harga minyak.

'Falsafah ekonomi saya sentiasa "tiada cukai, tingkatkan produktiviti', saya tidak pernah mengubah pendirian itu. Kurangkan cukai, produktiviti yang lebih baik dan lebih tinggi," katanya.

Kata Anwar lagi sistem tender terbuka juga akan dijadikan teras pentabirannya.

Beliau memperlekehkan bajet yang bentang oleh Perdana Menteri baru ini sebagai bajet orang yang dah merasai hari-harinya semakin hampir tamat.

Ini bila beliau mendakwa bajet itu melibatkan langkah berbelanja secara tidak bertanggungjawab dan tidak menghiraukan beban yang akan ditanggung oleh generasi akan datang.

Cadangan bajet ‘ kerajaannya’ itu dibentangkan dalam sidang akhbar itu dua hari selepas beliau mencadangkan cuti umum pada 16 September di lima negeri diterajui oleh barisan pembangkang sebagai menghargai Sabah dan Sawarak.



Kerajaan Pulau Pinang dan Kelantan telah menerima cadangan berkenaan.



Beberapa pihak termasuk Cuepacs telah mempertikaikan cadangan tersebut kerana merasakan sudah terlalu banyak cuti umum lagipun ia terlalu rapat dengan 31 Ogos.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diminta mengulas hal itu Selasa berkata kerajaan pusat tidak setuju dengan cadangan cuti umum 16 kerana sebagai sebuah negara patut ada satu sahaja hari kemerdekaan saja.


"Jadi memberi (cuti) hari yang lain boleh memberi macam-macam intepretasi, polimik dan juga tidak sihat dari segi perpaduan nasional.

Ini pendirian kita, kita pentingkan perpaduan dan integrasi nasional," katanya.

Sesetengah pemerhati politik menilai cadangan Anwar mengenai cuti umum itu tidak lebih dari usaha ‘ main perasaan dan sentimen ’ orang Sabah dan Sarawak.

Ini mengenangkan beliau habis-habisan hendak memancing 24 kerusi Ahli Parlimen BN Sabah dan 30 di Sawarak.

Semua orang tahu tumpuan utamanya ialah memancing mereka untuk mendapat angka 30 kerusi lagi yang diperlukan oleh barisan pembangkang untuk ke Putrajaya.

“Jadi apa saja yang boleh memikat mereka termasuk tawar jawatan Ketua Menteri kepada orang Iban pun akan ditaburnya... asalkan dia dapat berkuasa,” kata salah seorang pemerhati.- 3/9/2008

sumber : Agendadaily.com









Tiada ulasan: