MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Sep 2008

Anwar hadir siri pertemuan lompat Pakatan di KL esok


01-09-2008 04:45:00 PM
Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan siri pertemuan informal dengan wakil-wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN) di ibu negara esok, dipercayai bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat.

Sumber mengesahkan bahawa pertemuan itu akan diadakan selepas pertemuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan ahli-ahli Parlimen parti itu berhubung Bajet 2009 dan disusuli dengan sidang media pukul 11 pagi.

"Memang ada siri pertemuan Datuk Seri dengan wakil-wakil rakyat (BN)," kata sumber ketika dihubungi hari ini.

Kata sumber itu, wakil-wakil rakyat berkenaan termasuk mereka dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak - antara lain laluan bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.

Kelmarin Anwar mengulangi sasaran 16 September masih kekal dan menegaskan, beliau mempunyai agenda ketat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat BN dalam tempoh beberapa hari akan datang bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat.

Laporan media menyebut, Anwar sekali lagi menekankan perkara itu di pada majlis makan malam Permatang Pauh semalam.

mStar Online difahamkan pada Khamis lalu beliau telah mengadakan pertemuan dengan enam wakil rakyat BN dari Sarawak di ibu negara - beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Malah mStar Online, Anwar juga telah dijemput untuk menghadiri pertemuan khas dengan ahli-ahli Parlimen Sarawak di Kuching semalam.

Selepas mengangkat sumpah, desas-desus timbul mengatakan 40 hingga 50 wakil rakyat sudah menyatakan kesediaan untuk melompat parti.

sumber mstar online


3 ulasan:

Hemant Saluja berkata...

Hi,
Koblenz, Germany with the Herringtons is a nice place, and I would love to go Koblenz.

===================================

neha trehan

look4ward

IBelieveInPeace berkata...

org mesia x sedar lg ke taktik x beretika anwar ni...kalu ada wakil rakyat yg mmg btul2 nk lompat parti, x semestinya penduduk kat kawasan yg diwakili tuh pun sama2 nk lompat parti. penat penduduk tuh sokong bn, tiba2 wakil rakyat dorang pi tukar from bn lompat masuk pkr...mmg x demokrasi langsung...poyo je ckp nk perjuangkan demokrasi la, fight corruption la, malaysian malaysia la....

lg 1 bn perlu berubah...jdkan permatang pauh tuh warning sign terakhir...umno perlu kembali utuh, sepermana zaman tdm dulu...saya harap sumer org kumpul tenaga utk memajukan umno dan bn, dan juga berjuang habis-habisan menentang umno dgn kekuatan yg ada...skang ni kita agak lemah utk menangkis kejahatan anwar...

Hidup UMNO!semoga Allah meredai kita sumer...

Tanpa Nama berkata...

salam,,

cuba tengok kata nik aziz ni..dulu cakap orang yang lompat parti tak bermaruah..sekarang ni dah lain pula jadinya..apa nak jadi tuan nik oii

http://rmf7.wordpress.com/2008/05/17/apa-dah-jadi-nih-nik-aziz/