MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Sep 2008

Amerika Rancang Perang Saudara di Gaza !

'Perjanjian Damai', didalangi Presiden Bush paksa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, berdamai dengan bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, dilihat lebih menguntungkan Israel dan berjaya menjadi Abbas serta Palestin boneka Israel. Perjanjian itu dikenali sebagai "Annapolis Summit 2007" (klik di sini) diadakan pada 27 November 2007, di the United States Naval Academy di Annapolis, Maryland, United States.

Amerika Rancang Perang Saudara di Gaza !

oleh : Maszlee Malik, Durham, UK

Walaupun pihak kerajaan PA di Gaza telah menyuarakan berkali-kali kepada dunia mengenai konspirasi Amerika Syarikat (AS) di Gaza, namun tiada siapa yang memperdulikannya. Walau bagaimanapun keadaan kini berubah.

Pendedahan oleh majalah Vanity Fair pada 4 Mac 2008 melalui edisi online mengenai dokumen yang mereka perolehi mengenai perkara tersebut telah menggemparkan dunia. Isu yang bakal dimuatkan pada edisi April majalah tersebut telah mendedahkan usaha jahat AS yang telah cuba merancangkan peperangan saudara di Palestin demi menjatuhkan kerajaan HAMAS yang telah dipilih oleh rakyat Palestin (www.vanityfair.com, 4/4/2008).

Majalah yang diterbitkan di AS itu juga telah mendedahkan bagaimana dokumen-dokumen yang mereka perolehi dari sumber-sumber dari dalam Palestin dan AS cukup membuktikan konspirasi tersebut. Mereka menamakan Presiden AS, George W Bush, Setiausaha luar AS, Condoleez Rice dan penolong penasihat keselamatan dalam negeri As, Elliot Abrams sebagai dalang utama konspirasi yang dinamakan sebagai “Iran Contra 2.0”.

Pihak AS telah menyerahkan tugas kepada Muhammad Dahlan, penasihat keselamatan Presiden Mahmoud Abbas untuk melakukan pemberontakan bersenjata di Gaza pada Jun 2007 yang lalu. Mereka telah membekalkan Dahlan dan kumpulan samseng bersenjatanya dengan wang dan senjata yang canggih untuk melakukan rampasan kuasa di Gaza yang diharapkan akan mencetuskan peperangan bersaudara. Tujuan utamanya ialah untuk menjatuhkan kerajaan HAMAS yang telah dipilih rakyat melalui pilihanraya tahun 2006.


Media antarabangsa malangnya telah berjaya dipengaruhi oleh AS dan Abbas untuk memberikan gambaran buruk bahawa HAMAS telah melakukan rampasan kuasa dan menghalau anggota Fatah keluar dari Gaza.

Walau bagaimanapun konspirasi itu telah menemui kegagalan dan menyebabkan Muhammad Dahlan dan kuncu-kuncunya yang terlibat telah melarikan diri dari Gaza. Kegagalan pemberontakan tersebut telah menyebabkan penguasaan 100% ke atas Gaza. AS dan Mahmoud Abbas yang terdesak akibat kegagalan Dahlan akhirnya telah berjaya menutup kegiatan jahat tersebut dengan menuduh HAMAS melalukan pemberontakan bersenjata di Gaza.

Media antarabangsa malangnya telah berjaya dipengaruhi oleh AS dan Abbas untuk memberikan gambaran buruk bahawa HAMAS telah melakukan rampasan kuasa dan menghalau anggota Fatah keluar dari Gaza. Walaupun HAMAS telah cuba menjelaskan keadaan yang sebenar, namun lobi Zionis telah berjaya memastikan bahawa mereka tidak diberikan peluang untuk membela diri. Sehingga kini, peristiwa tersebut telah dijadikan alasan oleh ramai pihak untuk menunding jari ke arah HAMAS, dan menuduh mereka sebagai gila kuasa.

Majalah Vanity Fair itu juga telah berjaya mendapatkan reaksi dari Muhammad Dahlan sebagai salah seorang aktor di dalam konspirasi berkenaan. Beliau bukan sahaja mengakui penglibatannya dan kegagalan beliau, malah telah menyalahkan Bush kerana membenarkan HAMAS menyertai pilihanraya pada tahun 2006.

Beliau juga mengakui pendedahan oleh seorang warga Gaza yang beliau telah diseksa dan didera oleh kuncu-kuncu Dahlan. Dahlan menambah bahawa kuncu-kuncunya boleh melakukan lebih teruk daripada apa yang telah dilakukan.

Dahlan juga mendedahkan hubungan rapatnya dengan Bush dan juga pentadbiran AS. Tidak hairanlah pada Julai 2003 beliau telah dipuji oleh Bush sebagai “a good, solid leader” dan juga Bush pernah mengatakan kepada pihak Israel, Dahlan adalah “Our guy”.


Tidak hairanlah pada Julai 2003,Muhammad Dahlan telah dipuji oleh Bush sebagai “a good, solid leader” dan juga Bush pernah mengatakan kepada pihak Israel, Dahlan adalah “Our guy”.

Operasi tersebut dinamakan sebagai “Iran Contra 2.0” bersempena dengan Abrams yang pernah dituduh menyimpan dokumen-dokumen rahsia berkaitan isu kontra Iran di zaman Presiden Reagen.

Konspirasi tersebut telah dikritik oleh David Wurmser, seorang neoconservative yang juga merupakan mantan penasihat kepada Naib Presiden Dick Chenney berkaitan isu Timur Tengah. Beliau telah meletakkan jawatannya pada Julai 2007, sebulan selepas kegagalan operasi Iran Contra 2.0 tersebut sebagai tanda protes. Beliau menyalahkan pentadbiran Bush di atas kegagalan konspirasi tersebut sehingga membawa kepada penguasaan 100% HAMAS ke atas Gaza.

Menurut beliau, HAMAS tidak pernah merancang untuk menguasai Gaza sehinggalah pada saat kegagalan konspirasi tersebut. Beliau juga mengkritik sikap bermuka-muka Bush yang kononnya inginkan demokrasi di Timur Tengah, tetapi di dalam waktu yang sama melancarkan konspirasi berkenaan.

Akhbar Gulf Daily News yang sempat menemui Rice di Tebing Barat telah cuba untuk mendapatkan komen beliau berhubung isu berkenaan. Malangnya Rice enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara tersebut (Gulf Daily News, 5/3/2008).

sumber - palestinkini.info


6 ulasan:

wokyoh berkata...

sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata....

maka orang-orang yang bertuhankan syaitan dan kafir harbi juga adalah musuh kita yang amat nyata.

maka mengapa kita harus menempah neraka sedangkan Allah telah membekalkan kita dengan akal yang sempurna untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk...

maka sekiranya kita dicampakkan kedalam neraka...adakah kita akan mendakwa Allah tidak adil padahal Allah berkali-kali menyebut bahawa syaitan adalah musuh yang nyata...padahal Allah telah memberi kita akal untuk berfikir dan membuat keputusan......

Stan berkata...

Jangan guna agama lagilsh guna otak lah sebelum cakap...otak udang

Unknown berkata...

Stan> cheq bersetuju dengan pandangan hang. Tapi...bukankah agama juga yang mengajar kita untuk menggunakan akal & fikiran. Kalau setakat guna otak, lembu..kambing..itik..ayam..dan yang sewaktu dengannya pun guna otak.

Di manakah taraf kita sebagai manusia?

patutlah pengikut2 PKR tak pandai berfikir sebab guna otak. Otak apa korang pakai? Otak udangkah? Otak lembukah? Kalau otak udang boleh tahan lagi sebab tak dicucuk macam lembu...

Tanpa Nama berkata...

mahmoud Abbas..penyokong tegar USrael..fatah adalah Puppet Usrael..memang patut hamas tentang mahmoud abbas..tapi yang kesiannya ...orang2 yang ingat fatah tu baik. walhal setan bertopengkan Abbas..

org pkr jangan jadi cam penyokong fatah na..di bodohkan oleh israel.

kui kui

Tanpa Nama berkata...

opps lagi satu..cara cam tu lah usrael dok guna..bagi pecah ummat and then niaya yang tak berdosa ..

create satu form Islam of satan to fight with islam yang tulen ..banyak nya yang buta sehingga palestine jadi cam tu sekarang..sepatutnya arab2 tu dah berjaya dah usir israel kalau diaorang bersatu..tapi sebab semua nak kuasa..hampeh

mcm pas ..dah jadi hampas..menuju kehancuran..sebab ikut si nuar tu..penipu dan pengkhianat.

ml berkata...

Kakak saya undi pas selama 20 tahun. Selepas belaku begininya tindak-tanduk pas, dia kata dia dah boring. No more pas for her.

Gambar 3 orang diatas tu macam senyuman basi seperti orang baru bangun dari tidor. Laknatullah.