BUKIT MERTAJAM: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad hari ini menegaskan, sumpah laknat yang dilafazkan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah sah dan tidak perlu mana-mana pihak membangkitkan perkara remeh dan teknikal seperti perlu seorang saksi khas.
Katanya kesediaan Mohd Saiful melafazkan sumpah mubahalah itu menunjukkan secara tidak langsung bahawa beliau berada di pihak yang benar.
Mohd Nakhaie berkata pihak yang dituduh juga perlu melakukan perkara yang sama bagi membuktikan dirinya tidak seperti yang didakwa.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh oleh Mohd Saiful meliwatnya sehingga kini tetap enggan menyahut cabaran bekas pembantunya itu supaya bersumpah dengan memberi pelbagai alasan, termasuk sumpah sedemikian tidak menepati ajaran Islam.
Mohd Nakhaie berkata, kehadiran bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim yang menyaksikan pemuda itu melafazkan sumpah laknat itu sudah memadai.
“Tidak perlu dilantik saksi khas untuk mendengar lafaz sumpah itu kerana di zaman Rasulullah S.A.W, dahulu, baginda membawa ahli keluarganya bersama ketika baginda bermuhabalah, bukan sebagai saksi tetapi untuk membuktikan kebenaran,” katanya ketika dihubungi di Sarawak.
“Baginda tidak pergi bersendirian tetapi membawa bersama orang yang disayangi dan jika sumpah baginda tidak benar, laknat Allah akan menimpa keluarganya juga,” katanya.
Beliau berkata ketika Mohd Saiful bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 15 Ogos lalu, upacara itu sendiri disaksikan ramai lagi orang lain termasuk pemberita dan jurugambar.
“Cara Mohd Saiful bersumpah sudah lengkap serta mempunyai tertibnya dan tidak perlulah dipertikaikan perkara yang remeh yang tidak menjejaskan sumpah itu sama sekali.
“Kehadiran bapanya itu adalah memadai untuk mendengar lafaz sumpahnya itu kerana kalau dia (Mohd Saiful) bersumpah seorang diri, siapa yang tahu. Saya harap tidak perlulah dipertikaikan soal teknikal dalam upacara berkenaan kerana segala syaratnya telah dipatuhi, katanya. - Bernama
baca artikel asal di berita harian online
3 ulasan:
sumpah tu ok dah....
tak payah saksi orang alim...
saiful sumpah dalam hati pun Tuhan tahu....
Nuarrrrrrrrr!!!!!
kuat mu ni kecing orang melayu islam....kuat la auta mu ni.....macam macam alasan......
mu ni ada batu dua ko sebutir???
berani kerana benar...pengecut kerana salah....
Imam yang mempertikaikan sumpah tersebut patut dikhatankan sekali lagi. Sepatutnya jika dia tahu pada hari tersebut cara sumpah tersebut tak betul, bagilah tahu pada masa tersebut. Ini tidak, dia tunggu Anwar Ibrahim panggil baru nak cakap tak betul. Macam ni ka imam ? Piirah... Cakap tak takut dengan sesiapa, tapi dalam masjid tu mungkin dia takut dengan orang atasan kot ataupun Tuhan dia tak ada dalam masjid masa tu...Jadi tak perlilah diperbetulkan.
Lagi satu imam tersebut (lebih sesuai sebagai makmum anwar) cakap dia diarahkan untuk hadir. Memang betul bengap punya makmum anwar ni, memang sudah lumrah bos, untuk bagi arahan untuk setiap pekerjanya. Tapi bila Anwar bagi arahan untuk hadir di pentas PKR, bekejar pulak dia. Entah entah dia pun satu gang dengan Anwar dalam bab Sodomee ni.
Lastly, pesan kat Saiful tu pi jumpa HJ Hadi dan Nik Aziz, cerita kat dua orang ni dari A sampai Z. Lepas tu, tanya dia orang macam mana pula sumpah cara PAS dan buat depan 2 orang kuat PAS dan kalau boleh suruh dia orang panggil Anwar sekali... Nak tengok apa pulak alasan Anwar ni.
Pada Anwar, memang susah nak buang habit dia tu... sebab aku tengok Ustaz depan umah aku dah banyak kali kantoi dan tobat tapi... buat lagi benda yang sama..
Adios.
Nik Aziz & Hadi Awang pun dok sakit sakit (uzur) ...??? Kekadang tu ALLAH sentiasa menguji umatnya.
Catat Ulasan