MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Ogo 2008

Soalannya mudah - Anwar terbabit atau tidak


Soalannya mudah - Anwar terbabit atau tidak

Thursday, 31 July 2008
SIASATAN terhadap kes liwat Anwar Ibrahim telah selesai. Laporan dimaklumkan kepada kami telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara. Tidak ada Ghani Patail dan tidak juga ada Musa Hassan di peringkat kepimpinan polis yang terlibat dalam isu tuduhan liwat Anwar Ibrahim. Semua mahu mencari kebenaran – Anwar meliwat ataupun tidak. Tidak ada konspirasi dan tidak ada mainan politik. Soalannya mudah adakah Anwar terbabit atau tidak?

Kenapa dalam usaha mencari kebenaran kerajaan dikaitkan lagi. Kenapa Polis dan Peguam Negara dikaitkan? Kenapa dituduh konspirasi? Semua mahukan kebenaran – itu sahaja. Dalam keadaan ini Anwar Ibrahim seolah-olah boleh bebas dengan hanya kata-kata yang tidak ada nilai penafian - ini sebagai satu konspirasi.

Dalam keadaan laporan polis telah selesai dan menanti Pejabat Peguam untuk memberikan kata muktamad maka sekali lagi kita perlu tahu keputusan untuk sama ada wujud kes ke atas Anwar atau pun tidak. Kita hanya perlu menunggu kerana kita tidak mahu melihat keputusan yang tidak menyeluruh dibuat. Ini bukan soal menyebelahi Anwar atau tidak – ini persoalan memberi keadilan kepada kedua-dua – yang menuduh dan dituduh. Sekiranya tidak terdapat tanda sahih Anwar Ibrahim meliwat – kita kenakan tindakan ke atas Saiful dan sekiranya benar Anwar di liwat kita terpaksa menghukum beliau. Ini bukan soal politik atau tidak.
Kalau Anwar dijatuhkan hukum tidak ada sesiapa yang untung dari segi politik. Penyokong Anwar tetap mengatakan itu konspirasi dan kerajaan tidak mendapat sebarang faedah dari itu – malah mungkin berhadapan pula dengan tindakan keras pembangkang dan mereka yang bergelar ahli jemaah reformasi. Ini bukan soal untung. Komplikasi tuduhan Saiful menyulitkan usaha kerajaan kerana terpaksa berdepan dengan satu lagi kes yang akan membebankan kerajaan.

Sekiranya Saiful tidak membuat sebarang tuduhan, kerajaan tidak ada masalah lain selain dari meneruskan usaha membangunkan negara dan memainkan peranan untuk terus membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan yang ada adalah kerajaan yang mahu memastikan nasib rakyat terbela.

Kerajaan buat masa ini mahu bekerja dan bukan berpolitik. Pembangkang atau kerajaan Negeri di bawah Pakatan rakyat sepatutnya mempunyai visi dan misi yang serupa. Kerjasama kerajaan dengan kerajaan negeri adalah perlu untuk rakyat. Mungkin bagi kerajaan Barisan Nasional adalah lebih baik tuduhan Saiful ini tidak ada kerana ini akan membangkitkan spekulasi yang kerajaan terlibat dan seharusnya Anwar Ibrahim akan terus menjelajah ke seluruh pelosok tanah air untuk tujuan membersihkan diri – atau mahu mengatakan ini spekulasi dan konspirasi untuk menyelamatkan diri.

Hari ini Dr Wan Azizah Wan Ismail, MP Permatang Pauh mengosongkan kerusi beliau untuk membenarkan suaminya Anwar Ibrahim bertanding. Ini dalam keadaan Anwar Ibrahim belum mengetahui hasil siasatan polis dan rakyat masih menunggu laporan siasatan.

Tindakan Anwar ini adalah tindakan politik dan sekiranya dalam masa terdekat ini polis mendapati ada tanda-tanda serta bukti kukuh beliau meliwat dan di tahan – maka spekulasi yang akan timbul adalah kerajaan Barisan Nasional mahu menghalang beliau bertanding. Ini masalahnya – kerajaan diheret sekali dalam kancah politik oleh Anwar Ibrahim dalam usaha polis mahu mencari kebenaran dan menyegerakan keadilan.

Sekali lagi politik memainkan peranan dan sekali lagi kerajaan akan berdepan dengan konon krisis tetapi hanya gerakan penyokong Anwar yang mengetuk tin-tin kosong untuk mencanangkan bunyi.

Ini adalah cara politik Anwar yang ada dan apa pun polis perlu bertindak membelakangi desakan politik Anwar Ibrahim.Negara ini bukan hak peribadi Anwar Ibrahim untuk dia boleh buat apa sahaja. Undang-undang tetap undang. Tidak ada siapa yang boleh mengatasinya.

baca artikel asal di malaysia hariini




1 ulasan:

Cheguman berkata...

1) Kerajaan ambil risiko tinggi jika sengaja adakan konspirasi menuduh Anwar. TDM dah membuktikan bhw tuduhan begini mampu menjatuhkan seorang PM. Paklah takkan berani mengulanginya.