MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Ogo 2008

'Seks & duit': 2 exco PKR Perak dicekup BPR


'Seks & duit': 2 exco PKR Perak dicekup BPR

Aug 20, 08 12:19pm
Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan enam orang, termasuk dua exco kerajaan Perak, kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.

Kedua-duanya adalah Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) (kanan) - exco pelancongan, modal insan dan NGO - dan Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang) - exco pembangunan usahawan, pertanian dan perdagangan.

Lima daripada mereka ditahan jam 6 petang semalam. Mereka berusia antara 45 hingga 57tahun.

Manakala Jamaluddin (fot, kanan sekali) ditahan pada jam 10.30 pagi ketika dia menyerah diri kepada BPR. Dia diteman peguamnya.

Tiga suspek termasuk anggota exco itu ditahan sejurus mereka menerima suapan berjumlah lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta.

Menurut kenyataan BPR, mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks.

Selain dua exco kerajaan negeri itu, yang lainnya ialah seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan dua orang peniaga.

Difahamkan, dua ahli exco yang ditahan itu, tidak terbabit dalam rasuah seks.
Sementara itu, mereka dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh pagi ini untuk ditahan reman.
Seorang daripada mereka dipercayai bekas ahli dewan undangan negeri (Adun) PKR.
Kesemua mereka menutup muka ketika dibawa ke mahkamah.

Manakala Ketua Pengarah BPR, Ahmad Said Hamdan mengesahkan penahanan enam termasuk dua ahli Exco negeri Perak berhubung rasuah kewangan dan skandal seks.

Difahamkan lima daripada mereka ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan. Mereka belum lagi didakwa di mahkamah.

Manakala Jamaluddin, yang ditahan untuk disoalsiasat, dijangka dibawa ke mahkamah esok. Sebelum ini, BPR telah memintanya menyerah diri selepas penahanan lima orang lagi pada jam 6 petang semalam.




Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin memberitahu pemberitahu bahawa mereka yang ditahan itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan di mahkamah.

Insiden tersebut dijangka menjejaskan kedudukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang hanya mempunyai kelebihan majoriti tiga kerusi.

'Dakwa dianiaya'

Mengulas mengenainya, Pengerusi DAP Perak yang juga ahli exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan penahanan dua pemimpin Pakatan itu sebagai satu tindakan Barisan Nasional untuk melemahkan kerajaan negeri.

"Ini hanyalah satu percubaan untuk melemahkam Pakatan di Perak, dan satu percubaan untuk menyumbat mereka ke penjara," kata Ngeh, ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ngeh berkata, perkhidmatan kedua-dua ahli exco itu tidak akan digantung sepanjang penyiasatan dijalankan oleh BPR, sambil menegaskan bahawa mereka telah dianiaya.

"Kami mengesyaki yang mereka telah dianiaya. Jadi, bagaimana perkhidmatan mereka hendak digantung?" tegasnya.

Beliau juga menyentuh tentang 'tindakan pantas" BPR bertindak dalam kes-kes yang membabitkan wakil rakyat Pakatan.

"Apa yang paling mengecewa dalam hal ini, ialah mengapa BPR bertindak pantas sekali dalam mengambil tindakan terhadap kita, sedangkan kita juga telah membuat banyak laporan terhadap BN tentang perbuatan rasuah mereka?" soalnya.

Ngeh, yang juga ahli Parlimen Beruas, mempertahankan pemimpin Pakatan, sambil berkata mereka telah diingatkan supaya jangan terbabit dalam rasuah sebelulm kerajaan negeri ditubuhkan dahulu.

"Kita mahu mengisytiharkan bahawa kita telah memberi penekanan terhadap ketelusan dan penubuhan sebuah kerajaan yang bebas rasuah, sebelum kita menubuhkan kerajaan negeri," tambahnya.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz pula berkata: "Apa yang baru? Mereka telah bercakap mengenainya sepanjang masa. Kita hanya perlu tunggu BPR menyiapkan siasatan mereka tanpa sebarang campurtangan."

baca artikel asal di Malaysiakini.com

7 ulasan:

Unknown berkata...

Pengerusi DAP Perak, exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham. Hmm... ham=daging babi (dalam Bahasa Inggeris) ni memang sah babi..ops..daging babi. Tak boleh fikir ke cina komunis ni, kalu msuk dan keluar mahkamah menyembunyikan muka, nampak sagat salah... kalu tak salah, sah2 diaorng yang kena tangkap ni senyum.. Sebab diaorg tahu diaorg kena perangka..Memang dasar komunis, tahu nk cari salah org je..

Yang Nizar ni satu..ops..Ir. Nizar. Sia2 ada Ir. kat depan. Malu aku jadi engineer. Sorang lagi Ir. yang ta berotak. Maksum sangat ke Pakatan Rakyat tu? Kalau org BN yang kena dakwa, laju je dia jatuh hukum, makan duit rakyat la..tak amanah la..tapi kalau soal yang berkaitan orang PR sendiri, laju je keluar statement yang defend geng sendiri. To Nizar : Ko buanglah title Ingeniur (Ir.) yang ko dapat dari BEM tuh. BUang skali P.Eng ko tuh. Buat malu engineer kat Malaysia ni. Ko ader firm kan Nizar? Ko jangan encing la kalu ko ckp ko tak penah makan duit haram, sebab kalu ko tak sogok dan disogok, camner ko nak survive ngn firm ko? So, kesimpulannya, pengajaran buat PR. Jangan sesuka hati jatuh hukum kat org yang kena dakwa dan belum diputuskan oleh mahkamah. Nanti jadi mcm exco-exco PR yang kononnya bersih ni. SEPERTI MEUDAH KE LANGIT, TERKENA MUKA SENDIRI

Naman berkata...

Aitt..

Bukankah PKR ni suci dari kesalahan korupsi. Adakah ini juga permainan Paklah? Atau memang kaum kerabat PKR ni dah confident habis Malaysia Anwar yang punya.

wokyoh berkata...

salam AIDC..

exco modal insan pun kena cekup jugak??? kantoi...

ir nizar...kalau betul ada firm sendiri...saya rasa lebih baik resign je dari jawatan menteri besar boneka tu....rasanya istana pun tak berapa suka dengan demo...tu sebab isu pemecatan pegawai agama hari tu istana masuk campur...tak gitu ke perak bangkit???

Kepoh berkata...

Bos saya kata, ini kerja belakang kerajaan? Apa sudah jangkit kah permainan belakang boss saya kepada exco-exco yang ditangkap. Harap pihak tertentu semak samada meraka ini juga terlibat dalam permainan belakang tanpa kebenaran boss saya. Belakang hari, kita akan cuba selesaikan kes dari belakang. Kita akan cuba sedaya upaya cari orang belakang yang suka selesai cara belakang.

Sekian

Kepoh berkata...

Boss saya amat marah pada exco-exco ini. Rupa-rupanya mereka memang makan belakang tanpa kebenaran.

leeza berkata...

Like "father" like "son"...sama jaaa..cakap je lebih, lum apa-apa dah nak belajar korupsi..nak nangis sedu tak guna bini kat umah dah siap penyapu, kalau tidak pun menangis kerana menyesal mengambil secara tidak halal apa boleh buat dah terlambat nasi telah menjadi bubur...BPR sekarang mata bak helang, mcm halimunan ada dimana mana..kata nak hapus korupsi..elok sgt lah..kita alu-alukan...bila terkena batang hidung sendiri...dia orang kata konspirasi dari K'jaan. K'jaan jugak yg salah, semua K'jaan buat semua salah tapi dari kecil sampai besar dpt pelajaran, pekerjaan serta gaji tiap tiap bulan ambik, duit pencen ambik, anak anak masuk Universiti berpusu apply biasiswa dari MARA, PTPN, JPA laa.. masa tu mata buta pun jadi celik.

Ye la dia org aja la yg betul, tapi sekali sekala kita kena celikkan mata, bersihkan minda dan jiwa, kalau kita berjuang untuk sesuatu parti kita kena beringat atas apa parti itu ditubuhkan, asal usul dan perjuangan parti itu ditubuhkan. Sejarah parti itu. Kalau foundation asal perjuangan untuk rakyat bukan untuk khasnya kepentingan serta kebebasan seseorang maka lebih eloklah berada ditempat lain atau ditengah tengah. Ikut perkembangan dari masa ke semasa. Hak orang Melayu perlu dikekalkan demi anak anak kita serta generasi akan datang. Jgn kita biarkan sesebuah parti itu memesong minda anak anak kita terutama orang melayu, orang yg lebih berusia/berumur bercakap tidak ada lapik, herdik hina, ganas, kasar dan tidak hormat sesama umat islam dan orang melayu khasnya. Maka mereka inilah bakal perosak dan bakal menderita dikemudian hari jika hak hak orang melayu tidak dipertahankan atau ditinggalkan. Bangsa asing pulak bertepuk tangan, senyum gembira, malah sesama mereka mengumpat mengatakan bahawa orang melayu "sudah hilang akal dan porak peranda", bila dan "hilang akal dan porak peranda" maka mereka ini akan senyap senyap mengambil alih segala keistimewaan orang melayu yg ada dan mereka pula kemungkinan akan mengajar orang melayu kembali "kepangkal jalan" bagaimana periknya mereka untuk menikmati seperti mana yg orang melayu rasai. Adakah orang melayu akan kembali merangkak?

Sekali-sekala tu kita kena jalan pandang bawah jgn asyik mendabik dada lihat atas aja...silap haribulan tersepak batu luka jari kaki atau jatuh tersungkur.

Ini cuma pendapat dan kebimbangan yg tersirat dihati dan minda.

Stan berkata...

hai..tepuk dada tanya sendiri..siapa tak akan cari makan...selama 50 tahun..tak mungkin BN tak ada orang cari makan...mau kutuk..carilah bukti..Ini BPR pun agen kepada BN...Orang baru jadi kerajaan tak sampai satu tahun..pun dapat tangkap..hairanlah...orang BN jadi kerajaan selama 50 tahun tak dapat cari...Siapa yang jual syer TNB kepada Temasek Singapura? Siapa yang luluskan lesen Judi Genting, Toto, Magnum dan 1+3D..Saya jumpa banyak bangsa kami beli nombor...Siapa dalangnya? Cakap bertaubat...minum arak dan cari ayam pun ada....Kamu fikir semua ornag BN pandai belaka..Cakap bahasa Inggeris pun macam bahasa Hindustan...Bodohnya..Otak udang..Sampah masyarakat