25 Ogos 2008
PADA kira-kira jam 4.15 pagi ini, Nana terkejut daripada tidur kerana air hujan tempias dari tingkap apartmen ke muka. Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan tempias. Terpaksa Nana bangun dan menutup tingkap.
Baring kembali di atas tilam, Nana tidak boleh lelap semula kerana desiran angin di luar cukup kuat. Sejak berada di Permatang Pauh mulai 13 Ogos lalu, fenomena cuaca mulai berubah dari kering ke basah selepas penamaan calon pilihan raya kecil pada 16 Ogos. Hujan menjelang subuh dengan angin yang kuat pada awal pagi ini adalah luar biasa bagi Nana sejak berada di sini.
Sambil cuba melelapkan mata, otak terfikir apakah perubahan cuaca luar biasa ini satu isyarat dari Yang Maha Berkuasa mengenai sesuatu. Malam tadi di Masjid Bandar Baru Perda yang terletak kira-kira 300 meter dari apartmen penginapan Nana berlangsung majlis solat munajat anjuran Pakatan Rakyat untuk memohon kemenangan Anwar Ibrahim.
Solat munajat memohon restu Allah turut diadakan oleh pihak Barisan Nasional (BN) yang meletakkan Arif Shah. Pendek katanya solat munajat di banyak masjid menjadi atur cara kempen terakhir kedua-dua pihak menjelang hari mengundi. Nana tidak menyertai mana-mana solat munajat kerana datang ke sini hanya sebagai pemerhati. Lagipun Nana mempunyai alasan sendiri untuk keberatan menyertai solat seumpama.
Di Masjid Bandar Baru Petra, apa yang berlangsung jelas boleh diikuti melalui pembesar suara. Selepas solat Maghrib ada ceramah. Salah seorang penceramah ialah Badrul Amin, ahli Majlis Pemimpin Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Badrul turut menghepalai doa selepas solat Maghrib. Dalam doanya, Badrul memohon supaya Yang Maha Berkuasa melaknati Mohd Saiful yang melakukan sumpah mubahalah atas dakwaan Anwar meliwatnya. Jelas Badrul telah membuat kesimpulan bahawa Anwar tidak bersalah dan Saiful yang bersalah. Lantas beliau memohon dalam ucapannya supaya Saiful dilaknati.
Saudara Badrul, apakah Yang Maha Mengetahui tidak tahu siapa yang benar dan yang bersalah. Perlukah Badrul memberitahu Yang Maha Mengetahui apa yang lebih diketahui-Nya?
Pokoknya Saiful sudah bersumpah, tapi Anwar belum lagi dan ternyata sama sekali tidak akan berbuat demikian. Sumpah ini bukan boleh dibuat main-main. Di manakah letaknya akidah kita jika cuba menjadikan Allah Yang Maha Adil `rakan konspirasi.' Maha Suci Allah dari segala tindak-tanduk makhluk-Nya.
Jika Saiful melakukan pembohongan dengan membuat sumpah palsu, kononnya atas konspirasi, maka semua yang terlibat dalam konspirasi itu telah melakukan dosa yang amat besar. Nauzubillah!
Pada ketika ini, mana-mana pihak tidak layak menuduh Saiful melakukan sumpah bohong dan menjadi alat konspirasi. Apatah lagi untuk memohon Allah supaya melaknati si Saiful. Setelah Saiful bersumpah, janganlah kita komen apa-apa lagi kerana beliau sendiri sudah menyerahkan dirinya kepada hukum Allah.
Sebaliknya jika Badrul mahu berlaku adil kepada semua pihak, minta Anwar turut melakukan sumpah laknat. Selepas itu semua pihak boleh tutup cerita kerana perkara ini kita telah serahkan kepada Allah Yang Maha Adil lagi Maha Mengetahui. Segala urusan perbicaraan di mahkamah yang akan bermula 10 September akan datang adalah `urusan dunia.' Yang lebih penting ialah bagaimana Anwar dan Saiful menghadap `mahkamah Allah.'
Lebih menyedihkan, dalam doanya Badrul juga memohon supaya dimusnahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Setahu Nana, Rasulullah s.a.w hanya mengajar umatnya supaya memohon kebaikan untuk orang lain, bukannya keburukan atau kejahatan. Inilah sebabnya Nana tidak mahu mendekati langsung majlis `munajat politik'. Malah sampai sekarang Nana menjauhi daripada bersolat di `masjid politik.'
Esok para pengundi di Permatang Pauh akan memutuskan siapa yang layak menjadi Ahli Parlimen mereka. Belum tentu pergolakan akan reda kerana Anwar sudah mengumumkan hajatnya untuk melangkah ke Putrajaya yang dibina oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, orang yang memecatnya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Selepas ini akan ada beberapa lagi pilihan raya kecil. Selagi tidak tercapai hajat Anwar untuk ke Putrajaya, pergolakan politik bukan sahaja akan berterusan, malah kita tidak tahu kemuncaknya bagaimana.
Yang dibimbangi, gajah sama gajah berlawan, pelanduk yang jadi mangsa. Kita rakyat biasa yang akan menjadi mangsa kepada perebutan kuasa yang semakin sengit.
Pada fikiran Nana. jika Anwar tiada dalam senario politik ini, keadaan tidaklah seburuk sekarang. Ada orang bertanya, apakah tiada orang lain yang layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selain daripada gajah-gajah yang bertelagah sekarang.
Entahlah. Yang pasti, Nana akan kembali ke Kuala Lumpur selepas hari pengundian dengan terus mencari jawapan kepada banyak soalan. Dan Nana akan terus berdoa agar Allah s.w.t melindungi kita dan negara kita daripada bencana, huru-hara dan mala-petaka. - malaysiaaktif.com
sumber malaysiaaktif.com
11 ulasan:
apa yg perlu dirisaukan anwar ibrahim menang?
apa yg perlu dirisaukan badrul amin melaknati saiful?
sesungguhnya ALLAH Maha Besar.
lihat sahaja aksi ahli parlimen pembangkang di dewan rakyat.
aksi mereka kaku tanpa fakta. akal mereka kosong.
sebagusnya stesen tv swasta menyiarkan siaran tertunda persidangan dewan rakyat.
biar semua orang tahu apa yg berlaku di dalam parlimen.
pada sesiapa yg x sayang dan cintakan malaysia bolehlah membungkus baju dan berpindah ke amerika.
apa yg perlu dirisaukan anwar ibrahim menang?
apa yg perlu dirisaukan badrul amin melaknati saiful?
sesungguhnya ALLAH Maha Besar.
lihat sahaja aksi ahli parlimen pembangkang di dewan rakyat.
aksi mereka kaku tanpa fakta. akal mereka kosong.
sebagusnya stesen tv swasta menyiarkan siaran tertunda persidangan dewan rakyat.
biar semua orang tahu apa yg berlaku di dalam parlimen.
pada sesiapa yg x sayang dan cintakan malaysia bolehlah membungkus baju dan berpindah ke amerika.
Inilah pengikut yang terlampau taksub pd pemimpin Yahudi ini....
Sampai berdoa pun meminta kemusnahan orang lain....
Buat apa buat sembahyang hajat jika hati tidak bersih, penuh dgn dendam....
Ini kira mengotorkan sembahyang hajat....
badrul amin yang kata mufti perlis bapak setan ni ke?
ustaz badrul amin ni sapa???
yang buat kaset munajat tu ke???
buat suara garau-sedih...konon perasan suara dia sedap...tapi keset dia tak laku mana.... buat zikir untuk dijual..untuk dapatkan duit...inilah ustaz yang aku rasa kaki jub**r jugak...aku pernah jumpa ramai ustaz macam ni...cakap nampak alim tapi kaki jub**r.
eh badrul...mu sendiri kaki jub**r..nak doakan kemusnahan orang lain...semua orang mu doa ye...saiful,najib,ghani,musa hasan...ohhhh bisanya mu....moga laknat Allah kembali kemuka mu badrul kerana bersekongkol dengan nuar kaki jub**r...
mu guna masjid untuk membantu syaitan mencapai kemenangan...
SOLAT MUNAJAT????
KE SOLAT HAJAT
Astaghfirullah..cam ni ka Islam? yang Aku tahu..masa perang karbala..atau siffin atau jamal - di mana karbala adalah penyaksian pembunuhan secara kejam akan cucu RasulALlah(saw)dan di medan siffin atau jamal di mana sayidina Ali(ra) menentang pasukan muslimeen yang termakan fitnah munafiq dan kafir, siap mendoakan musuh supaya mereka sedar sebab musuh yang mereka tentang adalah muslimeen sendiri.sayidina Ali(ra) melarang pasukan beliau mendoakan keterlingkupan musuh sebab musuh tu org Islam. sayidina hussein(ra) juga begitu.Beliau menangis ketika melihat org2 islam sanggup untuk memerangi beliau walaupun mereka tahu sayidina hussein(ra) dan keluarganya tak bersalah, sayidina hussein(ra) takut org2 yang memerangi beliau akan masuk nereka kerana membunuh yang tak berdosa.Astaghfirullah.Tak siapa mahu org lain masuk neraka kalau mereka boleh lihat neraka sekarang ni.masing2 akan jadi baik!
sugguh manusia terhalang dari hidayah Allah apabila ego,penting diri dan perangai dok ingat diri sendiri betul masuk menyelubungi hati manusia. terutama ulama2 yang tugas mereka mengaman dan menyatukan ummat.Amatlah berat tanggungjawab mereka pada ummah.
Semoga kita tidak terhalang dari hidayah Allah.
Aku bukan penyokong UMNO/Bn dulu tapi kena bersama UMNO/Bn atas dasar Islam.Subahanallah.Aku harap UMNO akan berubah dan lebih ikhlas bersama rakyat.UMNO mesti bertahan secara Islamic , tunjukkan mereka kebaikkan UMNO yang tersembunyi dan tolak org2 UMNO menyebabkan nama UMNO tercemar.
Hamas menjadi kuat kerana kesatuan dan kebaikkan dan yang penting pegangan mereka pada Allah dan rasul-Nya(saw) dalam mereka dalam memerangi musuh.
-Aku rindu shaykh Ahmad yaseen T-T
Tanda-tanda awal Allah turunkan bala kerana memilih anuwar sebagai Ahli Parlimen PP iaitu pada 27 Ogos 2008 hujan turun dengan selebat-lebatnya.
Bukan setakat anuwar sahaja yang terkena bala,malah rakyat sekalian turut merasainya.
Mungkin ada 'petunjuk' lain lagi yang akan menyusul selepas ini
heyme... wah wah wah... "umno dan bn atas dasar islam"... ni nak tanya sikit time mahathir sapa yang berani hina nabi? sapa yang berani tolak hukum al quran dan sunnah sampai sekarang tak laksanakan lagi?
cik kiah, cik kiah... tu namanya rahmat... itu la ko selalu berpikiran negatif... jahil terang-terangan
hahaha... melayar apa barang suruh buat siaran tertunda... buat siaran penuh la amacam? baru ada feel macam dalam parlimen sikit... piirraaahhhhh kang kalau ada fakta dan bukti, tup tup dah kena tangkap bawak masuk ISA?
hey anwarridza.. yes..atas dasar islam..ko tahu kenaper??????dibandingkan bn dan pkr ko tu.. mudarat bn ke atas islam lebih kurang berbanding pkr yang menjadi kuda tunggangan kafir harbi laknatullah tu!!!
at least, under bn, orang melayu islam masih di atas.. tapi parti bos ko tu.. orang islam hanya sebagai kuda kepang..puppet!
zaman mahathir dah berakhir.. kalau ko kata mahathir hina nabi ko tak suka..lani ko ambil penghina islam lain pulak yang jadi pemimpin ko.. apa kes ni? lagi teruk.. pemimpin dap ko tu, hina islam dan bukan shaja itu,,, malah tak kenal konsep rububiyyah pun..nak hapuskan terus konsep islam..kalau boleh tak nak dengan perkataan islam langsung!!
hahaha..kata kat mahathir.tapi pemimpin sendiri pun terang terang tolak negara islam termasuk bini dia.. ko ni macam terlepas mulut buaya masuk mulut singa..opss bukan singa..tapi lebih tepat BABI..sebab apa? manatng haram kafir laknatullah yang menentang islam ada skali dalam parti tu..
kenaper situ saja ko komen? kenaper ko tak ambil kesimpulan dari tragedi peperangan yang aku cakapkan? nampak sangat ko ni bias..adakah ko ni pun suka mendoakan orang yang tak sama parti masuk neraka cam ustaz ko tu yang nak menunjuk terlebih alim dari sayyidina ali dan sayyidina hussein?? ( soalan sahaja, bukan menuduh)
rahmat selalunya..hujan renyai renyai..kalau lebat sampai banjir..ni kira musibah..selalunya banjir dianggap musibah yang dihantar oleh Allah untuk membersihkan dosa dosa manusia yang mengotori bumi Allah..
Catat Ulasan