MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Ogo 2008

Saya nak tanya Anwar nak tubuh kerajaan apa…


Saya nak tanya Anwar nak tubuh kerajaan apa…

Oleh: HANAFIAH MAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang portfolio tugasnya jaga urusan dan hal ehwal Parlimen Malaysia melihatnya dari sudut yang berbeza.

Mungkin atas sebab itu beliau tenang-tenang saja semasa bercakap tentang senario sidang Dewan Rakyat nanti dengan adanya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengepalai pembangkang menerusi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Hingga setakat ini semua ramalan tentang pilihanraya kecil di kubu kuat Parti Keadilan Rakyat itu terus memihak kepadanya.

“Baguslah”,kata Nazri dalam interbiu ringkas dengan Agendadaily di bangunan Parlimen petang Isnin.

Maksud bagus itu adalah dalam kontek mereka kelak akan dapat berentap dalam pentas yang sama.

“Kalau tidak nanti…kalau kita bercakap dalam Dewan, kata tidak adil kerana dia tidak ada di situ untuk membela diri dia. Bagi saya elok dia duduk dalam Dewan supaya kita akan dapat secara langsung jawapan daripadanya dalam kes-kes tertentu,“ katanya.

Menurut Nazri kehadiran Anwar dalam Dewan Rakyat juga akan membolehkan para Ahli Parlimen Barisan Nasional bertanya kenapa dulu semasa di dalam kerajaan dia tidak melakukan apa yang dia minta kerajaan buat sekarang.

“Kalau dia kat luar dia cakap dalam ceramah dan kita tak boleh nak jawap. Dalam Dewan kita boleh tanya dia…lagi baik,” ujarnya.

Interbiu itu turut menyentuh isu-isu lain termasuk soal perletakan jawatan ‘ suka-suka’ Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,

Berikut adalah transkrip penuh interbiu itu:

Agendadaily: Apa pendapat Datuk Seri tentang kemungkinan Anwar akan membawa isu kes dakwaan liwatnya dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh?

Nazri: Demokrasi tidak pernah dan tidak boleh dijadikan sebagai mahkamah untuk memutuskan tentang sesuatu kes yang ada kaitan jenayah kerana kalau begitu orang yang popular dia boleh bunuh orang pun dia tak bersalah.

Dalam mahkamah apa yang diputus oleh hakim ialah berdasarkan fakta dan dia membuat keputusan bukan atas andaian seperti yang mungkin berlaku dalam pilihan raya orang mengandaikan Anwar dianiaya.

Persepsi tidak pernah dan tidak boleh dijadi sebagai hakim kepada kes-kes jenayah. Jadi kalau begitu maknanya seseorang yang begitu popular sekali dia boleh mencuri, dia boleh bunuh. Walaupun dia melakukan kesalahan tapi rakyat tidak rasa dia bersalah sebab dia popular. Kalau begitu dia boleh jadi macam Robin Hood le.

Persepsi hanya pada masa pilihan raya sahaja. Keputusan pilihan raya tidak boleh menentukan sama ada orang itu bersalah atau tidak dalam kes jenayah. Tidak pernah berlaku dan tidak boleh berlaku bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia.

Agendadaily: Anwar nampaknya buat tak peduli saja…

Nazri : Bawalah. Itu bukan mahkamah. Soal pokok kalau kita benar demokrasi menjadi penentu dan hakim kepada kes jenayah maknanya orang yang cukup popular dia boleh buat apa sahaja. dia boleh bunuh orang, dia boleh main punggung orang tapi dia tidak didapati bersalah kerana orang sayang dia.

Agendadaily: Naib Presiden PKR Azmin Ali ada kata , jika Anwar ditahan pihaknya akan bertindak.Bagaimana Datuk Seri yang pernah jaga portfolio undang-undang melihatnya?

Nazri: Pihak berkuasa akan tangkap Azmin sekali le. Ini keluhuran undang-undang. Don’t fool around . Ini bukan law of the jungle . Negara ini ada undang-undang dan satu daripada prinsip ini ialah keluhuran undang-undang,. prinsip Rukunegara. Kalau Azmin menghalang polis daripada menjalankan tugas… dia akan ditangkap sekali. Tiada siapa yang boleh atasi undang-undang.

Kalau Anwar jadi Perdana Menteri sekalipun dia tidak boleh menghalang polis atau pun Peguam Negara dari buat keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan, itu tidak boleh. Kena tunjuk teladan le…

Agendadaily: Anwar terus menerus mendakwa akan dapat membentuk kerajaan pada 16 September nanti.Bunyinya konfiden habis ?

Nazri : Saya nak tanya dia nak tubuh kerajaan apa. Dalam keadaan sekarang BN ada 140 kerusi dia ada 81...satu bebas.

Dalam keadaan begini pun dia kata kerajaan yang mempunyai majoriti 58 kerusi lemah … bayangkan kalau dia memerintah dengan kelebihan satu kerusi saja…bolehkah dia memerintah...tentu lagi susah.

Nombor dua, yang dia dakwa nak ambil 31 atau 32 orang Ahli Parlimen BN itu cara apa kalau tidak dengan cara bayar duit. Anihnya sampai sekarang kita tidak ada dengar pun Ahli Parlimen BN nak lompat ke sana walaupun percubaan telah dibuat banyak kali.

Jadi kalau kalau dia kata dia boleh dapat 30 lebih orang BN melompat ke dia, cara apa kalau tidak dengan rasuah. Mahukah kita terima sebuah kerajaan yang asal usulnya adalah rasuah.

Saya harap rakyat Malaysia memikir. Rakyat Malaysia ni kuat emosi. Saya nak ajak mereka berfikir jangan ikut emosi, pegang kepada fakta.

Bukan sekali tapi dah tiga kali percubaan untuk nak merampas kuasa dengan cara yang haram. Rakyat dah buat keputusan. Suka atau tidak suka Barisan Nasional dipilih untuk memerintah.

Saya pernah ditanya tentang Anwar berkata dalam masa enam minggu akan datang mereka akan bentang usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Saya tanya balik Anwar ni matematik dia dapat berapa…dia fail ke dia dapat A1.

Sebab saya tidak nampak bagaimana dia dengan 81 kerusi pembangkang dia boleh tubuh kerajaan. Pada saya 81 itu lebih kecil daripada 140 (kerusi BN). Jadi matematik dia ni dia dapat berapa? Pergi kot mana sekali pun 81 tetap 81 yang besarnya 140. Melalui apa yang dia nak buat ni?

Jadi rakyat Malaysia… marilah kita berfikir, jangan ikut sentimen dan emosi.

Agendadaily: Bagaimana pula tentang tindakan ‘suka-suka’ letak jawatan seperti yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr. Wan Azizah?

Nazri: Rakyat tentunya tidak mahu supaya Ahli-Ahli Parlimen sewenang-wenangnya melepaskan jawatan sesuka hati sama ada nak mengadu domba atau pun nak test kes.

Semua orang tahu yang kita ada undang-undang kalau orang meletakkan jawatan dia tidak boleh bertanding untuk tempoh lima tahun berikutnya.

Asasnya ialah kerana kita mahu perkara ini dianggap serius.Menjadi wakil rakyat ini pegang mandat rakyat.. kita tidak mahu membazirkan masa dan wang rakyat semata-mata untuk kepentingan peribadi. Jadi nampaknya Wan Azizah ni buat benda yang mana kita tidak mahu berlaku.

Jadi pertamanya mandat rakyat. Walaupun Anwar kata rakyat dah tahu ini buat sementara tunggu dia boleh aktif. Tapi itu hanya satu daripada beberapa fakta kenapa rakyat memilih Wan Azizah. Banyak fakta lain lagi bukan itu sahaja fakta.

Mungkin kemarahan rakyat, sentimen rakyat pada ketika itu, Jadi Anwar tidak boleh jawab kata rakyat dah tahu sementara saya nak habis edah (larangan ambil bahagian dalam pilihan raya). Bukan rakyat pilih Wan Azizah berdasarkan itu kerana rakyat dah pilih Wan Azizah kali ketiga.

Jadi rakyat pilih Wan Azizah kerana dia berjanji untuk menjadi wakil mereka. Kita semua tahu tempohnya untuk lima tahun. Kalau dia lepas jawatan ini makna dia hanya bermain-main sahaja dengan perasaan rakyat, mandat rakyat, bermain-main dengan demokrasi. Jadi itu bukan satu teladan yang baik dan saya harap Ahli-Ahli Parlimen jangan ikut contoh yang tidak baik ini. Kita bersumpah untuk jadi Wakil Rakyat.

Baru sahaja kita angkat sumpah beberapa bulan lalu untuk menjalankan tugas kita dengan sebaik-baiknya. Itu lafaz kita. Jadi bermakna bahawa dia tidak langsung berpegang kepada sumpah dan janjinya untuk membela rakyat.

Apa yang berlaku ini ialah kerana dia menganggap ini sebagai harta pusaka keluarga dia dan dia hanya main-main sahaja. Lebih untuk hendak mementingkan suami dia.

Agendadaily: Sebagai menteri yang menjaga urusan dan hal ehwal Parlimen, adakah pihak Datuk Seri akan membuat cadangan untuk menghalang amalan letak jawatan secara suka-suka ini dimasa akan datang?

Nazri: Kita dah ada undang-undang. Sebab itu kita hukum sesiapa yang buat itu selama lima tahun tidak boleh bertanding. Kita kena imbang di antara hak asasi dengan kepentingan rakyat. Hak asasi individu penting juga. Kita tidak boleh mengikat dia sehinggakan dia tidak boleh berhenti.

Mungkin atas alasan dia betul-betul sakit. Jadi kita tidak juga boleh halang hak asasi seseorang individu. Kalau kita bekerja pun, kontrak kita, kita boleh diambil kerja dan kita juga boleh berhenti dan diberhenti kerja.

Begitu juga dengan Ahli Parlimen. Dalam kes ini kita juga memang sepatutnya dibenarkan untuk berhenti. Tapi kita tidaklah terfikir ada wakil rakyat yang sungguh tidak bertanggungjawab langsung berbuat demikian.

Kita tidak terbayang dalam 2008 di mana mewakili rakyat itu merupakan satu penghargaan yang paling besar yang boleh dimiliki oleh seseorang individu dan tanggungjawab itu dibuang begitu sahaja. Ini 2008 bukan tahun 60han. Tahun 60han pun ini tak berlaku.

Agendadaily: Mungkin dia nak proof a point ?

Ini bukan soal proof a point . Soalnya, jadi wakil rakyat bekerja untuk rakyat. Dia nak proof a point untuk siapa, untuk diri dia sahaja. Jadi maknanya dia lebih meletakkan kepentingan diri dia daripada kepentingan rakyat. rakyat nilailah. Saya nak ajak rakyat berfikir.

Sebab itu saya kata fikir, kalau ikut sentimen susahlah.

Agendadaily: Agaknya tentu `menarik’ bila Anwar ada dalam Dewan Rakyat?

Nazri: Mungkin ada orang yang menganggap selama ini kita sentiasa menggunakan platform di mana Anwar tidak ada untuk membela diri dia. Sekarang lagi bagus. Kita nak tahu juga kes main punggung dan kes-kes lain.

“Kalau tidak nanti…kalau kita bercakap dalam Dewan, kata tidak adil kerana dia tidak ada di situ untuk membela diri dia. Bagi saya elok dia duduk dalam Dewan supaya kita akan dapat secara langsung jawapan daripadanya dalam kes-kes tertentu,“ katanya.

Agendadaily: Bagaimana kalau beliau buat kecoh dalam Dewan nanti.

Nazri: (tanya balik) Apa bezanya sekarang ini?

Kita akan berdepan dengan apa juga masalah. Saya tidak pernah fikir masalah tidak boleh ditangani, kita hadapilah. Saya tidak ada masalah.

Tidak ada manusia yang saya takut dalam Dewan ini. Lagi mudah bagi saya. Banding dia dengan Lim Kit Siang (Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat), mudah berdepan dengan dia lagi sebab Kit Siang tidak pernah duduk dalam kerajaan… dia pernah duduk dalam kerajaan.

Kita nak tahu juga kenapa dulu dia tak buat apa yang dia suruh kita buat hari ini. Dan saya pun dalam kerajaan juga... saya tahu dan saya nak tahu daripada dia. Kalau dia kat luar dia cakap dalam ceramah dan kita tak boleh nak jawap. Dalam Dewan kita boleh tanya dia... lagi baik.- 5/8/2008

baca artikel asal di Agendadaily.com






6 ulasan:

Unknown berkata...

Anwar mau tubuh itu Kerajaan Langit itu macam Ayah Pin laa...

Itu Ayah Pin kata dalam kerajaan langit, semua agama adalah sama. Itu Anwar pun kata agama lain patut diberikan hak yang sama dengan agama Islam. Haiyaaa...itu talak sama macam Ayah Pin punya cakap kaa..

Elo.. Datuk Nazri... wa mau bagitahu.. itu Anwar talak mau itu tubuh kerajaan melalui parlimen laa... dia hanya mau tubuh kerajaan langit melalui Ayah Pin. Harap wa sulah kasi jelas sama lu.... jangan konpius lagi lorrr...

Cheguman berkata...

Assalamualaikum,
Harap dpt pautkan ke http://waadat.blogspot.com

Teruskan perjuangan menegakkan yg haq.

Unknown berkata...

Sebenarnya Anwar ni nak tubuh kerajaan Anak Beranak....Nanti dalam parlimen semua ada...
Senang sikit nak bahagi2kan harta...
Jadi rakyat akan putih mata...

sheena berkata...

aslmkm,
Alaa hai, takkan tak tau dia nak buat kerajaan apa.

1. Kerajaan family empire lah. anak dah impanted dalam palimen.=nepotism. Tunggu bapak datang naik pentas.

2. Kerajaan Islam -Liberal= Democratic-Islam ala Amerika. Di Amerika, semua ugama sama je, you nak hidup sebagai normal ke, gay ke, gay marriage ke, tu masing2 punya suka la (that's Anwar's stand on homosexuality, when interviewed in a meeting in Thailand).Dia tak halang punya.

3. Kerajaan Syariah-state tak boleh pakai. Islam-Liberal aje okay.(PAS diajak masuk dalam Pakatan Rakyat, untuk mencukupkan quorum je, semoga dia cepat naik jadi Boss M'sia; sebab itu PAS dipujuk jangan utamakan 'clause' 'Islamic State' dalam PRU12 dulu.

4. Bila Paul Wolfowitz,Carl Gershmann, Abramowitz, Sandra O-Connor, Albright, Dick Cheney, semua dah pencen, mereka boleh datang jadi hulubalang2 dalam kerajaan Malaysia.

5. Kerajaan dia akan tendang keluar semua pemimpin Petronas (syarikat minyak ), dan gantikan dengan crony dia lah.Lagipun kan dia ada penasihat-penasihat Neo-con yang amat berpengalaman tu kan? Alaah, macam Iraq lah. (Bila Iraq dah diceroboh,Amerika gantikan semua Jabatan yang kritikal dengan 'boneka-bonekanya';) kan senang take-over aje sumber-sumber asli (minyak) kepada orang orang luar tu. Haliburton (salah satu syarikat yang kaut untung lepas Iraq jatuh di tangan Amerika) dah stand-by dah pun.

Tak susah pun.

So, wahai Malaysians, pilihlah Anwar cepat-cepat ya.Biar M'sia jadi macam Iraq.

Stan berkata...

Wahai Saudara Sekalian, jika taraf Malaysia boleh jadi Singapura? Kenapa tidak menerima? Jangan jadi katak di bawah tempurung...Kita sudah ketinggalan 20 tahun...Work hard also work smart...Jangan sangka tiada orang ada makan rasuah...Cubalah sekali, kalau tak boleh tukar lah...5 tahun lagi....Cuba tengok P.Pinang sekarang, CM dah tunjuk kebolehan...

Stan berkata...

Rakan saya sekalian..Tengok lah sikap sombong si Nazri..tanya orang macam mana jalankan kerajaan...Sendiri pun tak boleh jaga mau cakap orang lain...Sikap yang sombong dengan cakap pasal Dr M...No respect....at least Anwar tak lawan dia selepas keluar penjara..Bayangkanlah negara kita hancur jika sokong BN lagi...Jika kerajaan pusat sayang rakyat Malaysia kenapa tak bantu Pulau Pinang...itu rakyat...jikalau tidak P.P. akan jadi Singapura kedua dan ikut dengan Sabah dan Sarawak...fikir balik pasal Singapura...