MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Ogo 2008

Saiful bersumpah 'mubahalah' di Masjid Wilayah

Saiful (kanan) yang berpakaian baju Melayu warna coklat dengan songkok sambil diperhatikan oleh ayahnya, Azlan yang berbaju Melayu biru telah melafazkan sumpahnya. -foto THE STAR oleh Azman Ghani


Saiful bersumpah 'mubahalah' di Masjid Wilayah


15-08-2008 07:56:17 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

KUALA LUMPUR: Selepas lebih seminggu kes diliwat disebut di mahkamah, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini petang ini.

Saiful, 23, memilih hari Jumaat untuk menyempurnakan upacara sumpahnya.

Pada pukul 6.23 petang, Saiful yang berpakaian baju Melayu warna coklat dengan songkok sambil diperhatikan oleh ayahnya, Azlan Mohd Lazim yang berbaju Melayu biru telah melafazkan sumpah.

Turut menyaksikan upacara itu ialah Imam Masjid Wilayah Persekutuan dan bapa saudara Saiful, 'Uncle Pet.'

Sambil memegang al-Quran, Saiful yang duduk bersila di atas sejadah sambil mengadap kiblat dan diperhatikan bapanya, telah memulakan upacara 'bermubahalah' dimulai dengan mengucap dua kalimah Syahadah sebanyak tiga kali dan bacaan Al-Fatihah.

"Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut....
A'uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi...Wabillahi....Wata'alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam.
"


Sejurus selepas upacara bersumpah itu, Saiful memeluk bapanya, Azlan dan terus bergegas meninggalkan masjid tanpa memberi peluang kepada pihak wartawan untuk menemuramahnya.

Saiful memeluk bapanya, Azlan sejurus membacakan sumpah 'mubahalah'.

Keadaan wajah Saiful yang tenang sewaktu upacara tersebut.


Saiful bersalaman dengan Imam Masjid Wilayah Persekutuan sebelum memulakan upacara bersumpah 'mubahalah'.



Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Saiful pada Jun lepas.

Anwar, 61, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.

Kes itu akan disebut semula pada 10 September dan kemungkinan akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majlis Wilayah Persekutuan terletak berdekatan dengan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Upacara itu diadakan sehari sebelum Anwar mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh.

Tinjauan mendapati sebelum itu Saiful melakukan sumpah, pihak media telah berkumpul sejak selepas Asar tadi setelah diberitahu upacara sumpah 'mubahalah' akan dilakukan oleh Saiful.

Sebelum itu, Saiful didapati telah hadir di masjid tersebut sekitar pukul 4.30 petang tadi.

Dalam pukul 5.30 petang tadi, lebih kurang 30 wartawan cuba menyelinap masuk ke dalam Masjid Wilayah Persekutuan untuk melihat apa yang berlaku tetapi telah dihalau oleh pihak keselamatan pada mulanya.

Apabila ditanya kenapa wartawan dihalau, pihak keselamatan berkata itu, adalah arahan pihak atasan.

Bagaimanapun, pihak wartawan berjaya juga memasuki masjid itu.

Kelihatan dua orang pengawal keselamatan bersama seorang lelaki dan dua orang wanita sedang menunggu di hadapan pintu masuk masjid sementara di hadapan pintu pejabat pentadbiran masjid, kelihatan seorang lelaki yang memakai baju Melayu berwarna unggu sedang berbual-bual dengan pengawal keselamatan.

Difahamkan, Saiful telah 'disorokkan' di salah sebuah bilik dalam masjid itu.

Juga kelihatan bapa saudara Saiful, yang lebih dikenali dengan nama 'Uncle Pet' sedang bercakap dalam telefon bimbitnya dan dari sumber percakapan seperti mengatakan sesuatu tentang mengambil 'wudhu.'

Sejurus selepas itu, Uncle Pet memberitahu kepada wartawan yang Saiful ada di dalam.

"Dia kat dalam...," kata Uncle Pet tapi enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Cadangan 'bermubahalah' ini pertama kali diusulkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin Julai lalu.

Gesaan ini dibuat untuk meredakan kekalutan yang sedang berlaku sekarang di mana Anwar menghadapi tuduhan meliwat oleh Saiful Bukhari. Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi isu dakwaan meliwat. Kali pertama ialah pada tahun 1998.

Menurut Asri, "kedua-dua mereka (Saiful dan Anwar), baik yang menuduh atau yang dituduh meliwat hendaklah bermubahalah kerana inilah cara yang pernah Nabi buat dulu."

baca sumber asal di mstar.com.my





12 ulasan:

NORA berkata...

Assalamualaikum ....

Satu tindakan yang patut dipuji. Berani kerana Benar!!! Sungguh berat beban sumpah tersebut. Jika Saiful berbohong, Allah pasti akan turunkan bala buat dirinya, keluarganya dan juga keturunannya.

Secara logik, siapa yang sanggup untuk bersumpah dan memohon supaya diturunkan musibah. Seperti kata-kata Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri, sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

"Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar,” katanya lagi.

Tambahnya, “Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.”

Sama-sama kita tunggu kejadian seterusnya. Adakah Anwar akan menyahut cabaran sumpah tersebut, atau terus cuba mengalihkan pandangan masyarakat dengan pelbagai isu-isu ringan. Tungguuuuuuuuuuuuu


Wassalam.

Joyah

Me berkata...

salam 3alaikom,

alhamdulillah..semoga Allah memberi keadilan dan kebenaran terungkit keluar demi mempertahankan hak dan maruah orang Islam di Malaysia sebagai salah sebuah negara Islam dan menyelamatkan kita daripada pemimpin-pemimpin yang sanggup bersekongkol dan menjual agama kepada musuh Allah dan agama serta umat Islam iaitu USrael dan sekutunya demi kuasa dan kepentingan duniawi .Allahu Akbar!

IBelieveInPeace berkata...

habislaa anwar...kalu berani, sumpah la yg ko x liwat saiful ni...giler ah sumpah menyumpah ni

statement saiful sumpah"........dilaknat smpi ke hari kiamat kalu x benar"....giler....aku pun x berani nak sumpah cenggitu..hehe

skang nk tunggu anwar sumpah bende yg sama...sanggup x dia sumpah...berani kerana benar!!

Unfiltered-Madness berkata...

harap selesai... pening dibuatnya

Panglima Perang Cyber berkata...

Saat kemusnahan Anwar ?

tak sempat bertanding dah kena...

Balasan Tuhan dimalukan dan memalukan diri ?

Allah lebih tahu dan kita tak tahu !

apa isu divert sumpah ini ?

ungkit kes najib lagi, kes altantunya, kes hakim dan VK Lingam ?

sudahlahhhh.....

esok semua ahli parti pkr akan keluar beramai ramai....

mmungkinkah Azizah isteri Anwar ada sesuatu akan dihebohkan tentang Anwar ?

Kita tunggu esok .

Tanpa Nama berkata...

Menurut Anwar dia berpegang pada kata-kata sebahagian ulama yang melarangnya bersumpah kerana menurut ulama, sumpah itu merupakan perkara besar dalam Islam dan tidak boleh dipermainkan.

Dari sini kita jelas lihat Anwar sangat berpegang dengan pendapat ulama-ulama itu. Ini bermakna dia tidak sanggup untuk mempermainkan sumpah kerana mengetahui dirinya bersalah. Kalau dia berada pada pihak yang benar, maka bersumpah saja lah... kerana pihak yang benar tidak akan mempermainkan sumpah.

Jelas di sini kita dapati, keengganan Anwar untuk bersumpah adalah bukti jelas bahawa dia tidak mahu mempermainkan sumpah sebab mengetahui sumpahnya itu adalah sumpah palsu.

Anwar disuruh bersumpah dengan penuh desakan. Manakala Saiful bersumpah diatas kehendak dirinya sendiri.

Ustaz Asri mufti perlis mengatakan berkenaan dengan sumpah ini nabi pernah melaksanakan kaedah ini dahulu sebagai satu cara kaedah untuk mengadili.

Jadi dengan keberanian Saiful melafazkan sumpah laknak keatasnya sehingga hari kiamat dan keengganan Anwar untuk bersumpah, adakah ini tidak cukup menunjukkan siapa yang benar dan siapa yang salah? Apakah cara yang dilakukan oleh nabi dahulu adalah tidak betul? Kalau ada pihak yang menafikan tentang kaedah sumpah ini maka jelas pihak berkenaan juga menafikan SUNNAH nabi... Nauzubillah.

staflama berkata...

Kerat jari Anwar tak akan sumpah macam Saiful buat. Hai Malaysia sekarang penuh dengan drama.

Kesian Dr M, dulu semua orang kata macam macam pada dia . Naya Anwar lah mcam macam. Sekarang ni tengok siapa naya siapa. Muka Anwar pun dah iras iras Salman Rushdi. Muka munafik dan murtad. Muka Dr M pulak makin berseri seri. Tadi jumpa Dr M di Masjid Negara... bersih muka orang tua banyak berjasa tu

sheena berkata...

Betul lah you. Muka Anwar macam Salman Rushdie.

Kmai merindui era Tun Dr. M, yang mana kami hidup aman damai, boleh cari makan dengan aman dan tenang.

Suruh Anwar balik Washington.

amiralhaj berkata...

Assalamualikum..

Pada pandangan saya kita selaku pendengar dan pelihat,janganlah melemparkan tuduhan sebarangan sehinggalah mendapat keputusan dari mahkamah,biarlah mahkamah menentukan samada betul atau tidak.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf.
( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة

Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Sama-samalah kita renungkan.
Wallahu'alam

Unknown berkata...

Sumpah Saiful - Sumpah Permatang Pauh
Dilulus terbit pada Thursday, August 21 @ 11:00:00 MYT oleh SongkokPutih



Oleh alifx59

"Sumpah yang dilafazkan oleh Mohd. Saiful, 23, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur pada petang Jumaat lalu bahawa Anwar meliwatnya menimbulkan beberapa persoalan.

Sumpah itu disaksikan oleh bapa Mohd. Saiful iaitu Azlan Mohd. Lazim, ahli-ahli keluarganya, imam Ramlang Porigi dan para pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).


Seperti yang diketahui umum Anwar telah didakwa telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan iaitu satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Kesalahan itu dikatakan dilakukan pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ulasan saya berkenaan sumpah yang dikemukakan oleh Saiful tersebut adalah berasaskan perspektif undang-undang baik undang-undang sivil mahupun syariah.

Pertamanya dari segi perundangan sivil , sumpah Saiful tersebut tidak ada harga sama sekali . Mahkamah sivil tidak menerima sumpah sebagai satu kaedah pembuktian apalagi sumpah itu di buat di luar Mahkamah .Oleh itu sumpah Saiful tidak boleh digunakan sebagai keterangan bagi mensabitkan Anwar dengan pertuduhan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan. Malahan sama ada Saiful sedar atau tidak sumpah beliau tersebut akan menyusahkan beliau di dalam perbicaraan kes di Mahkamah nanti. Saya pasti peguambela Anwar akan men”grill” beliau di dalam Mahkamah nanti berkaitan dengan sumpah tersebut.

Perkara kedua adalah berkaitan status sumpah yang diberikan oleh Saiful menurut perspektif undang-undang Islam. Secara umumnya di dalam Islam sumpah boleh diberikan oleh mana-mana orang Islam sebagai satu penegasan kepada sesuatu perkara. Lafaz sumpah mesti diberikan atas nama Allah sebelum ia boleh diterima dan lafaznya adalah wallahi , wabillahi dan watallahi. Dalam konteks ini, apabila Saiful bersumpah menggunakan lafaz-lafaz yang saya sebutkan tadi secara umumnya ianya boleh dikatakan sebagai satu sumpah yang boleh diterima. .

Bagaimanapun apabila dilihat kandungan sumpah Saiful tersebut mengandungi kalimah laknat ( li’an ) di mana diberitakan ia sebagai sumpah laknat ianya menimbulkan persoalan sama ada sumpah tersebut boleh digunakan kerana sumpah li’an hanya terpakai kepada kes tuduhan zina yang melibatkan suami dan isteri. Atas dasar itulah saya bersetuju dengan Presiden Pas , Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang menyatakan sumpah Saiful tidak boleh diterima kerana Saiful dan Anwar bukan suami isteri.

Pendapat yang menyatakan sumpah Saiful adalah mubahalah adalah pendapat yang amat lemah dan wajar ditolak kerana Saiful hanya bersumpah secara ex parte ( seorang diri tanpa kehadiran Anwar ). Mubahalah melibatkan inter parte ( dua pihak yang bertikai bersumpah dalam majlis yang sama )

Sekarang mari kita lihat status sumpah di dalam kes liwat ini menurut perspektif perundangan Islam . Memandangkan Anwar tidak didakwa di Mahkamah Syariah sebaliknya hanya didakwa di mahkamah sivil , maka isu sumpah ini tidak begitu relevan untuk dibincangkan in extenso ( secara panjang lebar ) .

Bagaimanapun memandangkan ada pihak yang berpendapat sumpah Saiful menepati hukum Islam , saya merasa terpanggil untuk menjelaskan di sini peranan sumpah ( al-yamin ) di dalam sistem perundangan Islam.

Tuduhan liwat ke atas Anwar adalah melibatkan hukum Islam. Malangnya Anwar tidak dibicarakan di Mahkamah Syariah. Antara keadah pembuktian ( turuk al-isbat ) di dalam Islam adalah melalui kaedah shahadah ( kesaksian ) , iqrar ( pengakuan ), bayinnah ( keterangan ) dan juga al-yamin ( sumpah ).

Apakah tujuan pembuktian di dalam Islam ? Ianya adalah sepertimana dinyatakan oleh Mahmassani di dalam bukunya falsafah al-tasyri fi a-Islam bahawa tujuan pembuktian itu adalah sebagai satu penghalang kepada tuntutan atau dakwaan yang kosong, palsu dan lemah.

Tidak seperti perundangan sivil , Islam menerima keterangan sumpah ( al-yamin. ) sebagai satu kaedah pembuktian. Bagaimanapun harus diingat berkaitan dengan soal pembuktian, al-yamin adalah satu kaedah pembuktian yang boleh dikatakan lemah sepertimana yang dikatakan oleh Mahmassani “ judicial experience shows that the oath is a weak method of proof. Not resorted to except in the absence of other evidence.. ( m/s 194 )

Jika tujuan bukti adalah untuk membuktikan sesuatu yang bertentangan dengan fakta yang sedia ada , tujuan al-yamin pula adalah “ to ensure the continuance of the original state” ( memastikan penerusan sesuatu perkara sepertimana keadaan asalnya ) ( lihat Artikel 77 Majallah ). Atas dasar itulah di dalam Islam beban membukti diletakkan pada pihak yang mendakwa manakala pihak yang menafikan tuduhan ke atasnya hanya diminta untuk bersumpah sahaja kerana seseorang yang dituduh dianggap tidak bersalah.

Jika kita menterjemah prinsip di atas di dalam kes Anwar v Saiful, memandangkan Anwar dituduh dengan tuduhan liwat , beban membukti dikenakan ke atas Saiful ( melalui pihak pendakwa ) dan sekiranya selepas segala bukti diberikan oleh Saiful dan Anwar masih menafikan tuduhan ke atas beliau, barulah Mahkamah meminta Anwar bersumpah dan sumpah itu hendaklah dilakukan di hadapan hakim di dalam Mahkamah.
Saya tidak berhajat untuk membincangkan di sini prinsip nukul a’n al- yamin atau yamin al-mardudah kerana ruangan yang terhad

Atas dasar itu apabila Saiful sebagai pihak yang menuduh bertindak melafazkan sumpah dan sumpah itu pula dibuat di luar Mahkamah, persoalan yang timbul adalah adakah sumpah tersebut berharga dan bernilai menurut undang-undang Islam ? Jelas jawapannya ianya tidak berharga.

Satu lagi yang perlu ditekankan di sini, al-yamin tidak terpakai di dalam kes hudud yang melibatkan huququllah ( hak-hak Allah ). Mahmassani menyatakan di dalam bukunya " an oath has been sanctioned in cases involving property and chattels but is not acceptable in penal matters involving public ( God’s ) rights…" ( lihat Mahmassani di m/s 190 )

Pendapat kuat para fuqha’Islam adalah liwat itu menyerupai zina atas alasan ”liwujudin ma’na zina fihi” ( wujudnya makna zina padanya ( liwat ). Oleh kerana kesalahan liwat sama dengan zina , ia termasuk di dalam kesalahan hudud .

Memandangkan liwat termasuk dalam zina dan ianya termasuk dalam kategori hudud, maka sekiranya Anwar dibicarakan berdasarkan perundangan Islam yang sebenar, sumpah Saiful pasti akan ditolak oleh Mahkamah Syariah.

Kesimpulannya sumpah Saiful mungkin berharga di Permatang Pauh tetapi tiada nilainya jika kes Anwar dibicarakan menurut undang-undang Islam yang sebenar .

Wallahu a’lam.
Dari blog Hanipa Maidin:"

staflama berkata...

daTok.... saya tak kisah pasal perundangan sebab bagi saya ianya ialah mahkamah dunia. Apa yang saya pandang ialah kenapa Saiful sanggup bersumpah laknat ... sanggup sebut sampai keturunan juga. Saya percaya perkara tersebut benar benar berlaku. Sekiranya perkara yang sama terjadi pada saya... dan saya tidak melakukannya, saya sanggup pergi ke semua masjid di Malaysia untuk bersumpah menyatakan bahawa saya tidak melakukannya. Bukan setakat masjid, padang bola pun saya sanggup walaupun tak perlu. Kenapa Anwar beri berbagai bagai alasan tidak mahu bersumpah melainkan beliau memang sudah melakukannya.

Untuk waktu sumpahan tersebut, kalau Anwar kata ini adalah taktik hendak memalukannya semasa pilihanraya di Permatang Paun, apa yang boleh dia lakukan, ialah dia sendiri bersumpah. Jika dia bersumpah seperti Saiful bersumpah, saya orang pertama akan memangkahnya.
Saya sebenarnya tidak mahu kita menjadi kaum Luth. Walaupun ianya adalah perbuatan peribadi Anwar, tetapi untuk menjadi pemimpin besar negara, minta maaf. Saya tidak mahu bala menimpa kita .

din berkata...

August 19, 2008 12:14 AM
amiralhaj said...

Assalamualikum..

Pada pandangan saya kita selaku pendengar dan pelihat,janganlah melemparkan tuduhan sebarangan sehinggalah mendapat keputusan dari mahkamah,biarlah mahkamah menentukan samada betul atau tidak.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf.
( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة

Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Sama-samalah kita renungkan.
Wallahu'alam

===========================
ayat diatas ditujukan kepada org yg menuduh zina ..si saiful nie bukan tuduh anwar ibrahim berzina, tapi dia yg kena liwat .. so takyah ada saksi la bang oi.. hehehe.. dalami ilmu agama anda dulu sebelum bagi pendapat tergantung mcm tuh..