MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Ogo 2008

Sah ! Anwar KHIANAT dasar pro melayu


Demi menjadi hero media barat, Anwar Ibrahim sanggup KHIANAT dasar pro melayu…!!!

Dalam sebuah artikel berbahasa Inggeris Wall Street Journal keluaran 18 Julai hasil tulisan James Hookway, jelas membuktikan betapa terdesaknya Anwar yang mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru!

Anwar Desprado Politik! Dia sanggup gadai apa sahaja asalkan dapat memenuhi cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri…..

Sebagai rakyat negara ini yang berketurunan bangsa melayu, kita amat menghormati dasar yang diilhamkan oleh pengasas pengasa bangsa kita. Malah ramai juga kroni kroni Anwar yang mendapat manfaat daripda dasar ini.

Disini saya siarkan terjemahan artikel tersebut untuk telahan kita bersama……,

TINDAKAN AFIRMATIF JADI AKAR KEMELUT POLITIK MALAYSIA
Oleh James Hookway
The Wall Street Journal
Jumaat, 18 Julai 2008

Di tengah-tengah krisis politik terburuk Malaysia di dalam dekad ini terdapatnya satu tindakan afirmatif (affirmative actions). Anwar Ibrahim mahu merombak dasar kontroversi berasaskan perkauman bagi membantu Malaysia mampu bersaing di kalangan ekonomi-ekonomi negara Asia yang lebih kuat. Yang menjadi isunya ialah sekumpulan undang-undang Malaysia yang memihak kepada etnik terbesar negara ini iaitu Melayu dan tidak menyebelahi kaum minoriti Cina dan India.

Ahli politik berkarisma itu, yang mana dia sendiri turut mendapat manfaat daripada dasar yang kini mahu ditamatkannya, menghadapi tentangan hebat daripada kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah negara ini sejak merdeka lagi pada 1957 dan menggunakan program keutamaan yang meluas untuk kaum Melayu bagi terus memegang kuasa.

Usaha Anwar muncul pada ketika dia diselubungi kontroversi. Rabu lalu dia ditahan polis berikutan dakwaan meliwat seorang pembantunya yang berumur 23 tahun. Dia berkata ini merupakan satu cubaan memusnahkan kerjaya politiknya, memecah belahkan negara dan menghentikan kempen beliau menentang tindakan afirmatif.

Khamis lalu Anwar dibebaskan. Dia tidak didakwa tetapi terus menjadi suspek kes berkenaan.

Tindakan afirmatif yang berpaksikan sokongan negara memang menjadi perdebatan di seluruh dunia. Di India, satu program menyeluruh diberikan kepada golongan paling rendah dalam sistem kasta negara berkenaan.

Di Amerika Syarikat usaha Senator Barrack Obama merebut jawatan presiden menimbulkan perdebatan sama ada keutamaan berdasarkan kaum untuk kemasukan ke universiti atau pekerjaan sektor awam, masih diperlukan untuk membantu golongan Afrika-Amerika dan kaum minoriti lain.

Di Malaysia, kaum Melayu telah mendapat manfaat daripada layanan keutamaan selama lebih 40 tahun bagi membantu mereka mengejar etnik Cina yang mana terdiri daripada 25 peratus rakyat negara ini tetapi menguasai bahagian saham yang jauh lebih besar dari segi perniagaan dan perdagangan.

Ramai pihak termasuk Anwar berpendapat tindakan afirmatif akan membawa lebih banyak kerosakan dengan menjejaskan perniagaan dengan rakan kongsi yang menentang dasar berkenaan.

Mereka berkata ini akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi berdasarkan merit di mana semua rakyat boleh bersaing mendapatkan kontrak kerajaan, pekerjaan dan tempat di universiti.

“Kita mesti mempersiapkan ekonomi kita untuk persaingan selanjutnya dan menarik lebih ramai pelabur dan isu ini menimbulkan ketakutan dalam pemikiran sesetengah pemimpin,” kata Anwar dalam satu temubual sebelum penahanannya.

Etnik Cina dan warga negara berketurunan India, yang kebanyakan keluarga mereka berhijrah ke negara ini pada abad ke 19 dan awal abad 20 ketika negara ini di bawah pemerintahan British, merasa kecewa terutama berhubung hal berkaitan pendidikan. Kebanyakan mereka tidak dapat menghantar anak-anak ke universiti tempatan yang dikhusukan untuk kaum Melayu dan oleh itu terpaksa menghantar mereka ke luar negara atau ke kolej swasta atas perbelanjaan sendiri.

Usaha Anwar untuk menamatkan tindakan afirmatif telah menimbulkan keributan politik. Polis terpaksa berhadapan dengan protes besar-besaran berikutan penahanan beliau yang mana boleh membawa kepada ketidakstabilan negara ini yang kaya dengan pelbagai sumber. Malaysia merupakan rakan dagangan ke 15 terbesar untuk Amerika Syarikat dan menjadi pengkalan pengeluar yang penting untuk syarikat multinasional termasuk Intel, Motorola dan Nokia.

Terdapat beberapa negara yang mempunyai tindakan afirmatif seperti Malaysia di mana ia memberi kutamaan kepada kaum Melayu dalam pelbagai bidang daripada pendidikan kepada pekerjaan serta pinjaman dan perumahan.

Matlamat utama program berkenaan yang asalnya di kenali sebagai Dasar Ekonomi Baru bertujuan membantu Melayu yang merangkumi 60 peratus daripada 27 juta jumlah penduduk Malaysia, bersaing dengan etnik minoriti berbangsa Cina yang lebih kuat di bidang ekonomi dan mewujudkan generasi masa depan yang berjaya di bidang perbankan, keusahawanan dan bidang-bidang professional.

Pada peringkat awal pengenalan DEB, Melayu hanya memegang 2.4 peratus daripada ekonomi negara ini, menurut angka yang dikeluarkan oleh kerajaan. Statistik terbaru menunjukkan pegangan ekonomi Melayu kini telah meningkat kepada 18.9 peratus.

Ahli-ahli politik Melayu seringkali mengaitkan pembangunan pesat ekonomi negara ini sejak 1980an dengan kestabilan yang didokong oleh DEB yang mana telah melonjakkan berjuta-juta kaum Melayu ke golongan menengah.

Bagaimanapun ketika DEB yang asal telahpun tamat 17 tahun lalu, sistem kuota berasaskan kaum telah dilanjutkan beberapa kali dan dalam beberapa kes, ia telah dikembangkan. Menurut kerajaan Malaysia sistem ini mesti diteruskan kerana matlamat asal DEB memastikan pegangan saham Melayu ke tahap sekurang-kurangnya 30 peratus belum lagi tercapai.

Pihak yang mengkritik tindakan afirmatif berpendapat ia telah membataskan tahap persaingan Malaysia kerana lebih digunakan untuk perniagaan yang mempunyai perhubungan dari segi politik dan tidak banyak membantu usahawan di peringkat akar umbi.

Dasar pembelian kerajaan yang memastikan kontrak-kontrak diserahkan kepada syarikat milik kaum Melayu telah dikritik oleh Kesatuan Eropah dan telah menyebabkan terhentinya perundingan untuk mewujudkan pakatan perjanjiann bebas dengan Amerika Syarikat.

Barbara Wiesel, ketua peruding bagi Amerika Syatrikat, telah berulangkali menyifatkan percanggahan berkaitan soal pembelian itu sebagai isu sensitif di pihak Malaysia tetapi Amerika berkeras mahukan Malaysia menggugurkan dasar keutamaan untuk kaum Melayu sebelum pakatan itu dapat dipersetujui.

Anwar yang naik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1990an, membantu mengembangkan tindakan afirmatif berkenaan sebelum dia ditumbangkan oleh saingan politiknya. Sambil berusaha mengenepikan dasar yang telah membawa dirinya sendiri ke tampuk kuasa, beliau berkata mahu mewujudkan Malaysia yang meritokratik yang lebih bersedia dan mampu memenangi hati pelabur asing pada ketika syarikat multinasional mencari tapak di luar China ekoran kenaikan harga tanah dan kos buruh.

Anwar berkata tindakan afirmatif telah menyebabklan Malaysia kehilangan daya saing. “Saya tidak melihat kemungkinan menjadi destinasi pelaburan yang menarik melainkan adanya perubahan drastik dari segi dasar,” katanya. “Jika kita mahukan tindakan afirmatif, biarlah ia untuk golongan yang tertindas tanpa mengira kaum, dan bukan setakat kaum Melayu,” tambahnya.

Beberapa tokoh bangsa Melayu setuju Malaysia perlu memikirkan semula dasar yang diamalkannya. Nazir Razak, Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, berkata di satu forum tahun ini bahawa DEB telah disalah-gunakan untuk kepentingan beberapa golongan Melayu yang mempunyai perhubungan politik melalui pemberian kontrak kerajaan.

Pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar menggunakan isu ini semasa pilihanraya umum yang baru lalu dan buat pertama kalinya sejak 1969 berjaya memecahkan majoriti dua pertiga yang dipegang oleh Barisan Nasioanal. Pakatan berkenaan kini memerlukan 30 kerusi untuk menguasai Parlimen.

Beberapa tokoh Melayu yang konservatif mengecam Anwar sebagai pembelot bangsa. Ada pula yang membuat demonstrasi jalanan meminta dikekalkan dasar keutamaan ini di negeri asal Anwar, Pulau Pinang.

Yusri Mohamad, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia yang juga seorang pensyarah undang-undang di sebuah universiti tempatan, berkata cubaan Anwar mengenepikan tindakan afirmatif perlu ditentang kerana ia akan membawa banyak kesan negatif kepada kaum Melayu. “Dasar ini perlu diperbaiki supaya tidak hanya menguntungkan mereka yang mempunyai hubungan politik. Namun untuk menghapuskannya, Melayu belum bersedia untuk bersaing secara adil dan belum bersedia untuk meritokrasi,” katanya.

baca artikel asal di medan-info-kita

7 ulasan:

Man In Black berkata...

Saudara,

Adakah usaha kita akan mencapai kegagalan? Kenapa kita dituduh tidak cukup ilmu? Kata mereka itu bukan disrespect; tetapi sign of distress.. Apa yang mereka distresskan sangat? Adakah pada tahun ke-51 merdeka mereka memanggil penjajah kembali?

Ramai yang saya lihat menerima dakyah mereka; tetapi ramai yang kita kenal mendiam diri. Adakah diam diri tanda sokongan? Atau kita sudah malu dengan bendera kita sendiri? Semuanya kerana politik; rakyat sudah berpecah belah..

SELAMATKAN MARUAH JALUR GEMILANG

Che

Unknown berkata...

Saya tertarik dengan ceramah Anwar kat Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ahad lepas...

Dia cakap "Ya saya agen Melayu, saya agen Cina, saya agen India dan saya agen semua kaum"...Pandai sungguh Anwar ni pancing rakyat...rakyat sudah kena tipu bulat2...yang Anwar bukan nk perjuangan maruah org Melayu...tp kaum lain...pulak tu suka memperlekehkan orang Melayu...

Isu perkauman ini timbul disebabkan Anwar selalu gembar-gemburkan isu ini...Anwar yg telah memulakan semua ni...Tp Anwar ni gila salahkan kerajaan...

sama2lah kita fikirkan

Cikgu Die berkata...

kalau orang Melayu tak sokong UMNO itu tanda orang Melayu berpecah ke?? Apa salah mansuh DEB kalau ternyata dasar tu gagal?? Kereta banyak kali rosak nak pakai lagi ke?? tukar baru la. Kalau sayang lagi kereta lama tu simpan muzeum je la.....

ml berkata...

DEB gagal sebab orang melayu sendiri. Kenapa salahkan dasar tu? Takkan salahkan nyamok seekor bakar kelambu, mek. Alhamdulillah, kakak saya yang janda tu, kereta dia berkali2 rosak, dia tak tukar pon kereta baru, dia betolkan sampai lah la ni. Sebab bila tukar baru, banyak lagi dia kena nak bayar, jadi dia maintain aje apa yang dia ada. Alhamdulillah.

Tanpa Nama berkata...

tkasih kerana link artikel ini dari blog kami....

terjemahan ini penting untuk bangsa melayu baca dan sedar

http://medan-info-kita.blogspot.com

Stan berkata...

Apa salahnya tukar dasar tersebut..barulah kita tau betapa susahnya bangsa lain tanpa bantuan kerajaan..jangan bagaikan katak dalam tempurung...cukuplah kita...projek sini projek sana...dah lama jadi ayam reban...tengok lah Tan sri Lim Goh Tong..dia juga guna otak sendiri dan jadi kaya..orang Amerika pun respect...Kamu semua otak macam udang...kerja tau mau kerja..tiap-tiap hari fikir kerajaan tolong...berapa lama boleh jadi matang???? Malu saya

ml berkata...

LGTong tu memang lah kaya-raya, sebab kat genting tu, dia buat duit haram. Setahu saya belajar mengenai ugama lain, dia orang ni pon tak boleh main duit haram, minum arak, buat anak haram. Tetapi orang2 melayu dah banyak 'bermember' dengan dia orang, kita pon dah jadi macam dia. Ugama dia dan kita pon larang, tapi yelah manusia kan, lagi di larang lagi syok nak buat, benda haram. Amerika memang lah respect orang macam ni, sebab Amerika pon macam orang macam ni, ikut cara Amerika memang lah dia lagi respect. Suruh Amerika ikut cara Islam, dia nak tak sebab Islam banyak yang terlarang.