PKR tegas sokong Majlis Peguam - Isu Murtad
PKR semakin terserlah tidak memperjuangkan dan mempertahankan Islam bila Timbalan Presiden, Syed Husin dan Ketua Penerangan Tien Chua tidak bersetuju dengan Zulkfili Nordin – MP Kulim Bandar Baru turut serta membantah forum Majlis Peguam dalam isu Artikel 121(1A) Memeluk Islam.
Kenyataan Syed Husin dan Tien Chua menolak perbuatan Zulkfili Nordin sebagai mewakili PKR dan menolak tindakan menghalang forum itu dari dilaksanakan. PKR dengan jelas mempunyai agenda yang tidak serupa dengan mereka yang hadir dalam membantah forum tersebut dan menentang forum atau diskusi dalam perbincangan isu-isu yang melibatkan Islam.
Pada asasnya PKR tidak boleh berdolak-dalik apabila PKR dilabel tidak memperjuangkan Melayu dan Islam secara bersungguh-sungguh. Tindakan Zulkifli Nordin dalam mempertahankan Islam tidak dilihat sebagai usaha PKR kerana PKR dari segi kepimpinan mempunyai kuasa dominan kaum bukan bumiputera sungguhpun ahli adalah rata-rata Melayu/Islam.
Salahhuddin Ayub yang turut hadir dalam demonstrasi tersebut sehingga hari ini tidak memberi komen mengenai rakan Pakatan Rakyat yang menolak tindakan Zulkifli Nordin yang mempertahankan Islam dari terus dibicarakan oleh Majlis Peguam.
Dalam pada itu kita percaya dalam isu Inter Faith Council, PKR dan DAP semestinya turut menyetujui penubuhan IFC yang dibentuk khusus untuk membincangkan isu-isu dalam Islam. Keadaan ini jelas menunjukkan peranan PKR dan DAP yang tidak sealiran dengan PAS.
Kerana itu langkah PAS untuk bertindak keluar dari Pakatan Rakyat adalah langkah prinsip PAS yang sebelum ini sudah nampak kabur. PAS yang selama ini tenggelam dalam Pakatan Rakyat kini mahu menunjukkan prinsip mereka dan pegangan perjuangan mereka. Justeru itu rakyat harus mengambil iktibar bahawa apa yang Pakatan Rakyat maklumkan sewaktu pilihan raya adalah omongan kosong dan para pengundi tertipu dengan apa yang mereka janjikan. Satu yang pasti ialah Pakatan Rakyat adalah Pakatan untuk pilihan raya semata-mata dan tidak mempunyai sebarang keserasian ideologi perjuangan.
Hari ini Pakatan Rakyat lebih menyusahkan rakyat dengan ketidaktentuan dalam pentadbiran. Selangor hari ini kecuh dengan pengkhususan pada agenda DAP. Rakyat Melayu kini nampak jelas pegangan Pakatan Rakyat yang hanya berpaksikan kepada agenda Anwar Ibrahim dan DAP yang diwakili oleh Lim Guan Eng.
Semakin jelas bahawa kita Melayu harus mula memikirkan semula serangan terhadap kehadiran kita di negara ini. Ini baru kita membicarakan soal kaum dan belum lagi soal agama. Kepimpinan kita telah menasihati Majlis Peguam tapi kedegilan mereka nampak jelas dalam memperjuangkan apa yang mereka mahu. Ini juga nampak apabila PKR turut menolak Zulkifli Nordin apabila beliau hadir dalam mempertahankan Islam dari terus dibicarakan oleh bukan ahlinya.
Ahli-ahli dalam PKR khususnya yang beragama Islam terus diam – kerana mereka bukan mempunyai prinsip demokrasi yang mereka laungkan tetapi mereka Cuma ada Anwar Ibrahim yang menjadi penentu. Mereka tunggul apabila menyatakan prinsip ahli dan individu dalam parti kerana mereka tunduk pada Anwar Ibrahim. Ini juga tidak melambangkan ketuanan rakyat – malah hanya ke TUAN an Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat.
Apa pun kita mesti sedar bahawa agenda untuk mereka adalah agenda DAP dan agenda DAP adalah perjuangan bangsa. Maka adakah kita patut membiarkan perjuangan mereka lantas membiarkan Islam dan Melayu terketepi.
baca artikel asal di malaysia-hariini
6 ulasan:
Assalamualaikum...
Jika dilihat, tindakan Majlis Peguam ini memang semakin terserlah dengan forum sebelum ini yang membincangkan mengenai kontrak sosial lantas mengkritik UMNO di bawah kepimpinan Tuanku Abdul Rahman dan Tun Razak sebagai bertindak mengada-adakan kontrak sosial untuk menghalang kaum lain dari terus terlibat dalam politik. Dalam bahasa yang mudah difahami, apa yang di highlight dalam forum terdahulu ialah UMNO menghalang penglibatan kaum lain dalam politik Malaysia.
Jelas sekali, Majlis Peguam dijadikan platform untuk tujuan perjuangan ala-ala politik walau tidak dizahirkan secara direct. Mereka yang hadir pada forum Sosial Kontrak pasti akan tahu bagaimana UMNO di perkecilkan dan Pakatan Rakyat di ditonjolkan sebagai wadah politik baru.
Apabila umat Islam menentang, kita dikatakan beremosi dan bertindak secara melulu tanpa berfikir. Inilah antara provokasi dan ancaman kepada negara... memecah keharmonian.. Jadi pasangan yang paling sesuai ialan ISA.
Saudara Anwar kita secara terang-terangan menyokong Forum tersebut atas dasar untuk memahami dan keadilan bagi semua agama. Arca Islamik yang dipotretnya mampu memesongkan rakyat. Anwar juga hari ini kelihatan membelakangi orang Melayu hanya untuk mencapai cita-cita yang terbit dari dendam peribadi. Terfikir sejenak mengenai pendedahan Ezam bahawa Anwar bukan seorang Muslim yg baik dan tidak layak untuk menjadi PM. Juga sumpah Ezam yang berbunyi
...“SAYA bersumpah dengan nama Allah dan Rasulullah S.A.W dan dengan berpegang teguh kepada prinsip sebagai seorang Muslimin, saya tidak akan sama sekali membenarkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri…”
Semoga Malaysia diselamatkan Allah dari Anwar Ibrahim dan kuncu2nya... Aminnn
damn...ezam giler berani sumpah cenggitu...mmg sah ler dia percaya sgt2 anwar ni 'chameleon'...ni lah namanya org giler kuasa...
Agas walaupun kecil tetapi berbisa, org Kelantan kata maksudnya samseng. Tetapi jika diterbalikan menjadi lebih bagus - SAGA - Kereta Msia yg pertama, kebangaan rakyat Msia.
Memang stabil taraf insflasi jatuh terus ke10% ditahun ini. 91% keuntungan PETRONAS bersamaan RM360 Billion telah dimamah oleh kroni BN. Rakyat untung dapat kenaikan harga barang & minyak. Mana perginya hasil lain getah, kelapa sawit, balak dll bernilai RM240 Billion. Nak buat jambatan penang baru RM2Billion, baki RM698 Billion kemana. Kuah kalau tak tumpah kenasi BN, kemana lagi. DiTerengganu & Kelantan pengikut BN dapat wang Ihsan baguslah, RM200.00, Bagi menampung kenaikan harga barang yg dibuat oleh BN. Pembangkang tiada dapat apa-apa pun. Adil bukan Dacing tu memang dari dulu dah stabil. Adil tetapi org pekedai dah lama dah (pinjam kata-kata Chedet) tinggal dacing itu, sebab penipu.Diharapkan org Penang, Kedah, Perak pun pohon juga, minta wang Ihsan itu, sebab dibawah pembangkang. 50 tahun BN merintah ianya telah gadai hak melayu satu persatu, fikirkan sendiri sebab isu sensitif termasukkan kemasukkan Bukan Melayu didalam MARA, MRSM, UiTM, Khalid Ibrahim MB Sel. cuba memperinggatinya saja. Sebab Melayu Mudah Lupa. Sejarah Babi dimulai dibukit Pelanduk sampai keP/Dickson, N9 yg terbesar diasia resminya oleh Tan Sri Isa Samad MB Ketika itu, timbul sebab ada kes JE. Lepas itu diMelaka laporan Karam Sign Walia. Sehari PKR merintah Selangor, ditimbulkan diTV3 pula isu itu. Berselerak Seluruh dearahnya telah dipenuhi dgn BABI, siapa yg meluluskan lesennya kesemuanya MB yg pendek macam BABI juga (Macam film 3 Abdul - Isa, Ali & Khir-saudagar BABI) untuk eksport seluruh asia Pacific. Apa yg boleh dibuat MB PKR terpaksa kumpul setempat elakkan dari berselerak dan mudah dikawal. Tetapi kita menafikan itu hak bukan Islam, cuma batasnya utk kegunaan dalm negeri.
Pelancaran Hukum Hudud telah dibuat semasa Trg dibawah PAS, sempena meraikan kemenangan, namun tetapi ditentang oleh PM masa itu Chedet. Kalau dilaksanakan tindakkan Mahkamah akan diambil oleh PM - Mahafiraun. Nak katakan Anuar itu jahat tontonlah sendiri dari bekas mantam PM merusi web ini, nilai sendiri: http://wtv8.tv/v3/index.php?option=com_content&task=view&id=98
Bersatu sedikit masa lagi utk hancurkan UMNO/BN, demi kesejahteraan macam semasa kesultanan Melayu dulu yg. Kini dah moden. Demi utk Memertabatkan Islam sunnah Waljamaah dan bukan
dulu masa gap belajar agama, gap masih ingat lagi akan satu pesanan penting arwah dato ishak baharom mengenai masalah utama umat setelah kewafatan rasulullah saw. arwah dato ishak baharom menyampaikan satu kuliah selama hampir 4 jam mengupas isu gerakan ar-riddah atau dalam bahasa melayunya gerakan murtad.
tatkala kewafatan rasulullah saw, saidina abu bakar as siddiq telah diuji oleh ALLAH SWT dengan pemurtadan secara besar-besaran oleh puak2 munafikin yang berjaya memainkan isu 'nabi sudah tiada maka bolehlah kita kembali ke agama asal'. justifikasi ini dimainkan dengan begitu agresif sehingga ia sedikit sebanyak telah mengugat akidah hampir separuh umat2 islam mekah dan madinah ketika itu. apatah lagi umat islam yang agak jauh kedudukan georafinya dari pusat pentadbiran islam.
seperti yang kita ketahui saidina abu bakar berjaya mengatasi masalah gerakan ar-riddah ini hingga kebanyakan daripada umat yang hampir tergelincir imannya berjaya dipulihkan.
murtad sentiasa ada dalam sejarah umat islam. pernah didalam sejarah seorang pemerintah kesultanan islam di india telah memperkenalkan AGAMA BARU iaitu DIN ILLAHI iaitu gabungan islam,hindu,kristus dll dan dijadikan satu modul agama baru.
sabtu lepas dog council..err sori bar council telah mengatur satu forum 'PELUK ISLAM' yang membincangkan permaslahan keluarga bekas2 penganut islam bilamana isu penganut islam tersebut meninggal dunia atau bercerai.
tok karut yang berani buat forum ini adalah hajah ambiga iaitu seorang ustazah bertauliah dari penganut protestan islam PKR.
bapak angkat kepada ustazah ambiga ini adalah anwar ibrahim, yang telah memberi lampu hijau untuk seorang anak hindu bermuzakarah tentang islam. BENAR anak indu mengulas tentang islam dan bila anak indu boleh berbicara tentang islam kepetahannya seperti hasbullah awang bercerita tentang bola sepak !
hari jumaat lepas FATHER anwar telah memberi blessing kepada anak indu ini untuk meneruskan forum tersebut. hari ini zulkifli nordin telah dipertikaikan keislamannya oleh adik kandung kassim ahmad iaitu syed husin ali aka husin sosialis !
zul4kulim telah dihenyak 3 penjuru oleh abuya2 islam protestan dan sumbangan demonstrasi zul4kulim akan dibawa ke mesyuarat GEREJA ISLAM PKR yang akan menyoal siasat kenapa zul4kulim begitu bernafsu untuk memperjuangkan islam.
mengikut father syed husin, zul4kulim akan disoal siasat oleh penyiasat terkenal GEREJA ISLAM PKR iaitu mursyidul am PKR r sivarasa dan hj dr xavier.
begitulah sesatnya akidah zul4kulim hingga terpaksa menanggung dosa hanya kerana mempertahankan pegangan nya.
mungkin zul4kulim diminta oleh majlis gereja islam PKR untuk memohon ampun pada father anwar pada hari ahad nanti di gereja melayu seksyen 16 PJ atau minum sahaja seteguk holy water bagi menyucikan dosa. hallelujah........maka tumbanglah akhirnya satu-satunya hero ISLAM yang tinggal dalam PKR.
hhmmm....lina joy pasti tersenyum tatkala father anwar akhirnya menyebelahi beliau ! kepada pas........teruskanlah kerjasama anda dengan gereja islam PKR kerana permainan politik lebih penting daripada akidah. ya pas benar katamu, undi lebih penting !
Gerakan ANTI-PKR

Assalamualaikum
Agas, agaknya kau ni memang dah tak de idea ataupun tak tahu apa benda yang kau cakapkan. Semua posting kat article/ video yg berbeza cut and paste benda yang sama. Akak nasihat, gi balik baca buku dulu. Tunjukkan penyokong2 Anwar adalah bijak, tak emosi dan tahu apa yang nak disampaikan berdasarkan topik perbincangan. Bukannya pusing2 benda yang sama tak kira tempat.
Ish... sebelum ramai lagi yg marah ... gi, baca buku ye.
wassalam
Catat Ulasan