MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Ogo 2008

Permatang Pauh : Anwar vs Arif siapa menang ?


Permatang Pauh : Anwar vs Arif siapa menang ?

Bashir Ahmad
24 Ogos 2008

AKHBAR Cina paling laris dan berpengaruh di Utara Semenanjung, Kwong Wah Yit Poh melaporkan dalam berita utama di muka depan pada 24 Ogos 2008, majoriti undi yang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan peroleh pada hari pengundian 26 Ogos ini adalah sekitar 3,000 sahaja.

Menurut akhbar tersebut, pada hari penamaan calon 16 Ogos lalu, Anwar diramalkan akan memperoleh majoriti 15,000 undi.

Unjuran terbaru yang menggambarkan kemerosotan sokongan kepada Anwar itu dibuat berdasarkan pandangan yang dikutip daripada pelbagai pihak dengan mengambil kira dua faktor utama -- kempen kuat BN dan ramai pengundi muda yang menyokong Pakatan Rakyat dijangka tidak pulang ke Permatang Pauh pada hari mengundi.

Para pemerhati politik yang ramai berkerumun di Permatang Pauh menjelang hari pengundian, dapat melihat betapa sengitnya kempen pilihan raya kecil ini.

Bagi Anwar ia adalah survival politiknya, bukan sekadar memburu cita-cita untuk ke Putrajaya bagi menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam. Jika tewas karier politiknya juga akan kelabu. Betapa terdesaknya Anwar hinggakan beliau sanggup memberikan cerita ekslusif kepada Kwong Wah Yit Poh mengenai teori perkataan Rahman yang dipercayai oleh ramai orang, khususnya di kalangan kaum Cina sebagai bayang nama-nama Perdana Menteri sejak Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Mahathir, Tun Hussein Onn dan selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar dengan harapan teori barunya akan dipercayai oleh para pengundi Cina telah menegaskan bahawa perkataan Rahman sepatutnya dieja sebagai Rahmaan dalam ejaan rumi Bahasa Melayu, mengikut tajwid bacaan al-Quran. Maksud beliau, jika berdasarkan ejaan Rahmaan, maka beliaulah yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana namanya bermula dengan huruf A. Mereka yang mempercayai teori Rahman ini sebelum ini beranggapan Datuk Seri Mohd Najib akan menjadi Perdana Menteri kerana huruf n menyusul selepas huruf a (Abdullah).

Pilihan raya kecil Permatang walaupun menampilkan pertandingan antara Anwar dan Datuk Arif Shah (calon BN), ramai yang melihatnya sebagai pertembungan antara Anwar dan Najib yang menjadi Pengarah Pilihan Raya BN dan bakal Perdana Menteri apabila Abdullah Ahmad Badawi berundur pada pertngahan 2010.

Jika Anwar tewas, bukan sahaja cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri, malah masa depan karier politiknya dan Pakatan Rakyat amat terjejas. Sebab itulah Anwar, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP bekerja cukup keras. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz yang kurang sihat turut hadir bersama Anwar pada hari penamaan calon untuk menampakkan sokongannya kepada tokoh politik yang sedang menghadapi tuduhan liwat.



Isu aduan liwat Mohd Saiful menjadi serangan utama terhadap Anwar yang sehingga kini enggan bersumpah laknat untuk menafikan dakwaan bekas pembantunnya. Selepas Saiful bersumpah laknat dan mencabar Anwar melakukan perkara yang sama, Penasihat PKR itu cuba mengelak dengan menyatakan ramai ulama menasihatkannya supaya tidak berbuat demikian kerana tiada tuntutan dari segi syariat.

Keengganan Anwar untuk bersumpah dibaca sebagai `tidak berani' bersumpah kerana takut dilaknati. Pada hari ini muncul pemidang kecil di merata ceruk yang memuatkan gambar Saiful sedang bersumpah, lafaz sumpahnya dan tajuk besar ``Saiful Bersumpah.'' Tujuan dan mesej poster ini sangat jelas.





Dalam masa yang sama, pihak Anwar menganjurkan solat munajat di beberapa masjid dalam sehari dua ini untuk memohon kemenangan. Poster-poster yang mengajak umat Islam menyertai solat munajat itu turut menguar-uarkan beberapa tokoh Pas termasuk Nik Aziz yang dimasukkan ke hospital pada 20 Ogos lalu akan turut hadir.

Unjuran akhbar Kwong Wah yang dikatakan bersimpati dengan Anwar dan solat munajat pada saat-saat akhir menggambarkan betapa khuatirnya beliau walaupun di pentas-pentas ceramah sentiasa dilaungkan BN akan tewas dan Pakatan Rakyat hanya menunggu tarikh 16 September untuk ke Putrajaya.

Kempen BN dikatakan berjaya mempengaruhi sebilangan besar undi Melayu yang telah memberikan kemenangan besar kepada isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti lebih 13,388 undi. Bagaimanapun, undi bukan Melayu terutama kaum Cina dikatakan menyebelahi Anwar.

Ini disebabkan mereka melihat Anwar menyokong dasar Malaysian Malaysia yang DAP laungkan dengan menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB). Di samping itu, Anwar juga mengumumkan UiTM yang selama ini hanya untuk pelajar bumiputera akan dibuka 20 peratus untuk pelajar bukan bumiputra dan pelajar asing. Pengumuman itu dibuat semasa isu tersebut mencetuskan demonstrasi para pelajar termasuk di kampus cawangan UiTM di Permatang Pauh.

Isu UiTM, dasar pro-DAP Anwar dan teori Rahman menjadikan Anwar melekat di hati para pengundi bukan Melayu khususnya kaum Cina. Agak menarik untuk mengetahui sejauh mana kempen Anwar kepada bukan Melayu ini boleh menghakis sokongan Melayu terhadapnya.

Dalam kempennya, Anwar jelas bergantung harapan kepada sokongan Pas. Dalam ceramah-ceramah di kawasan Pas, beliau menyatakan bahawa Nik Aziz dan Haji Hadi Awang sentiasa menyokong beliau, termasuk dalam menghadapi isu liwat Saiful.
Tanpa sokongan Pas pasti sebilangan besar undi Melayu akan memihak kepada Arif Shah, yang disukai semua pihak sepanjang dua penggal menjadi wakil rakyat Seberang Jaya, salah satu kawasan DUN dalam Parlimen Permatang Pauh.

Faktor Arif Shah dikatakan turut membantu BN daripada tewas siang-siang lagi, tetapi faktor nasional tetap menjadi perhitungan utama dalam pilihan raya kecil ini.

Anwar tampil dengan slogannya untuk menegakkan keadilan bagi semua kaum, menghapuskan rasuah dan jenayah, serta menurunkan harga minyak ke paras lebih rendah.

BN menyanggah dengan menonjolkan Anwar sebagai orang yang hanya mengutamakan cita-cita peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri, tidak boleh dipercayai kerana rapat dengan Amerika Syarikat serta tidak lagi pro-Melayu.

Kewibawaan akhlak Anwar juga tercabar dengan isu Saiful; tuduhan menggoda isteri Timbalan Menteri Perumahan, Datuk Hamzah Zainuddin dan tuduhan bekas rakan karibnya Nallakurapan kononnya beliau pernah menerima wang syarikat judi Magnum sebanyak RM60 juta.

Dengan senario ini, persaingan yang semakin sengit hingga ke saat akhir kempen memperlihatkan kemungkinan keputusan pilihan raya 26 Ogos di Permatang Pauh tidak akan berulang seperti keputusan PRU 2008. Jika menang, Anwar tidak akan memperoleh majoriti 13,388 yang diperoleh isterinya pada 8 Mac lalu.

Angka 3,000 yang Kwong Wah unjurkan adalah realistik. Malah mungkin mengecil jika BN dapat meyakinkan lebih ramai kaum Cina supaya memilih Arif Shah. - malaysiaaktif.com

baca artikel asal di malaysiaaktif.com

5 ulasan:

Unknown berkata...

Arif akan menang.
Nuar penjubo akan kalah.

Jgn lupa nuar, kaum cina dan india pun x suka kat u. yg depa suka ialah lakonan u kat ceramah2 je.

malah omputih kat Malaysia ni pun bukannya suka kat nuar, sebab u ni ahli politik yg CORRUPT.

kesemua ahli dan penyokong DAP x suka Malaysia boleh pergi jadi rakyat negara lain.
tapi depa x berani...sebab depa ni tau mana nak dapat negara macam Malaysia kat dunia ini.

wokyoh berkata...

arif shah akan menang dengan undi tipis antara 300 hingga 500 undi...

-anwar akan dipenjarakan semula
-azizah hilang kerja.
-izzah diusul undi tidak percaya.
-rumahtangga anwar porak peranda.
-pkr akan lenyap macam S46 atau APU(angkatan perpaduan ummah)
-DAP semakin berkuasa.Bar counsil semakin berkuasa
-MCA,gerakan,DAP akan bergabung.
-UMNO-pas akan bergabung.
-MIC + hindraf
.........
.........menjelang 2020...datuk mukhriz bin Mahathir akan menjadi PM malaysia ke tujuh...melayu berkuasa di
putra jaya.....insyaAllah...

NORA berkata...

Assalamu'alaikum wrt. wbt ...

Permatang Pauh ialah Kubu Anwar yang paling kuat. Tidak menghairankan kita sekiranya Nuar menang. Namun jika adanya penurunan majority yang drastik, itu adalah sesuatu yang patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

Menang atau kalah, bukan penentu untuk beliau bakal jadi PM. Mungkin anjing-anjing DAP akan lebih kuat menyalak, namun itu tidak akan mematahkan perjuangan kita. Melayu dan Islam mesti dibela. Kekuatan Islam adalah ditangan pengamalnya. Jika jika goyah, kedudukan Islam juga akan goyah...dan jika kita bersatu, akan kuatlah seluruh umat Islam di Malaysia.

Maaf jika saya berbaur perkauman... itu tidak saya nafikan... DAP, belum memerintah lagi, sudah demand macam2 untuk kaum cina..cina..cina.. HINDRAF juga begitu...Hindu, Hindu, Hindu .. jadi tidak salah sekiranya kita, orang Melayu dan Islam menegakkan pendirian kita supaya Malaysia akan kekal menjadi hak mutlak Melayu, Islam.

Allahuakbar!!!!!

Yang indah dan sempurna itu dari Allah. Yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri. Salam sayang ....

BUDAKBEBUDAK berkata...

arif 18000undi/ anwar 40000undi. majoriti 22000undi.arif 18000undi/ anwar 40000undi. majoriti 22000undi.arif 18000undi/ anwar 40000undi. majoriti 22000undi.arif 18000undi/ anwar 40000undi. majoriti 22000undi.arif 18000undi/ anwar 40000undi. majoriti 22000undi.arif 18000undi/ anwar 40000undi. majoriti 22000undi.ANWAR MENANG
arif 18000undi/ anwar 40000undi. majoriti 22000undi.arif 18000undi/ anwar 40000undi. majoriti 22000undi.arif 18000undi/ anwar 40000undi. majoriti 22000undi.arif 18000undi/ anwar 40000undi. majoriti 22000undi.arif 18000undi/ anwar 40000undi. majoriti 22000undi.arif 18000undi/ anwar 40000undi. majoriti 22000undi.ANWAR MENANG

BUDAKBEBUDAK berkata...

MENANG SAJA. BELUM TENTU JADI PM. KALAU MP UMNO DAN PBB TIDAK SERTAI PAKATAN, DAN JAWATAN TIM PERDANA MENTERI UNTUK PUAK DIA TAK MAMPU DIPEROLLEHI, JANGAN HARAP!