MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini

NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Ogo 2008

PEMIMPIN PKR KEDAH KELUAR PARTI

Zamil Ibrahim mengetuai upacara mematahkan kad keahlian PKR semalam...

Dalam tempoh Pilihanraya kecil Permatang Pauh semakin hampir, seramai 300 pemimpin dan ahli PKR dari Kedah bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim.

Majlis “Selamat Tinggal PKR” yang diketuai oleh bekas Setiausaha Perhubungan PKR negeri Kedah merangkap Pengarah Strategik Pilihanaraya 2008 PKR Bahagian Merbok iaitu En Zamil Bin Ibrahim telah berlangsung di Kelab Cinta Sayang Sungei Petani.

Diantara mereka yang mengumumkan keluar parti adalah; Naib Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Ketua Bahagian PKR Pokok Sena, Ketua Bahagian PKR Jerlun, Ketua Bahagian PKR Kulim, Ketua Bahagian PKR Pendang, Ketua Angkatan Muda Bahagian PKR Merbok, Ajk Angkatan Muda Bahagian PKR Alor Setar dan ahli ahli dari beberapa bahagian yang disebutkan tadi.

Dalam sidang akhbar itu, Zamil Ibrahim telah menjemput Ezam Mohd Nor dan Dato Nallakaruppan sebagai tetamu mereka.

DATO NALLA GEMBIRA DISAMAN ANWAR IBRAHIM

Bekas sahabat karib Anwar Ibrahim, Dato Nallakaruppan amat gembira kerana meneriam saman RM50 juta daripada calon PKR Pilihanraya kecil Permatang Pauh, Anwar Ibrahim.

Nalla yang ditemuramah oleh wartawan sebaik sahaja selesai menghadiri majlis “Selamat Tinggal PKR” di Kelab Cinta Sayang Sungei Petani menyatakan beliau sudah menunggu sekian lama untuk berdepan dengan Anwar dalam mahkamah.

Beliau terus memaklumkan kepada wartawan bahawa inilah peluang yang dinanti nantikan untuk membuat banyak pendedahan tentang siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim agar seluruh rakyat Malaysia boleh menilai sendiri keperibadiannya.....

"saya ada lima pita rakaman tentang Anwar diluar negara..” begitu kata Dato Nalla.

Anwar Ibrahim bertindak menyaman Dato Nalla setelah pendedahan oleh Dato Nalla bahawa Anwar pernah menerima wang judi sebanyak RM60 juta daripada Magnum Corporation sewaktu Nalla menjadi Pengerusi syarikat judi tersebut.

Kempen Pilihanraya Permatang Pauh semakin panas......

Hanya tinggal sehari sahaja lagi dan di merata tempat ceramah kempen oleh kedua dua pihak semakin rancak. Agak ketara kelihatan disini dalam kempen BN, ceramah mereka semakin mendapat sambutan.

Ceramah Ezam sentiasa mencuri perhatian pengundi pengundi disini. Pendedahan Ezam terhadap Anwar menjadi tumpuan hadirin yang datang mendengar sendiri cerita tersebut.

Turut merancakkan siri ceramah BN adalah kumpulan bekas pemimpin Keadilan yang diketuai oleh Hamdan Taha yang membawa sepasukan penceramah seperti Lokman Adam, Hj Ruslan Kassim, Sd Johari Yasin, Azwanddin Hamzah, Hamidzun Khairuddin dan Zahid Md Arip.

baca artikel asal di medan-info-kita.blogspot.com

11 ulasan:

ysnizam berkata...

Semoger Pembelot/Pengkhianat Bangsa seperti Anwar Ibrahim nie kalah di Permatang Pauh..

Situasi kalau dier kalah:
Anwar akan kater kerajaan ader konspirasi.. SPR penipu.. alasan yg dah biaser aku dengo..

Situasi kalau dier Menang:
Abis dier kutuk kerajaan BN/Umno nanti.. bieser la Anwar..

Kesimpulan: Tak kira samada Anwar menang atau kalah.. dier tetap memburukan orang.. hampeh

Ameera berkata...

Salamm...

Tak perlu tunggu dia bersumpah untuk Allah tunjukkan kebenaran...

Kalau dia menang, tak bermakna dia pasti dapat jadi PM...

Usaha, doa, tawakkal...

wokyoh berkata...

Tak sabar nak dengar perbicaraan anwar dan nalla nanti....
semoga lepas perbicaraan dengan saiful...diteruskan dengan kes ni pula....5 pita wei......tak ditapis FINAS weiii.....lepas tu sambung dengan kes report rasuah ezam pasal bagi tender kat kontraktor sebanyak 15,000,000.00 untuk "team wibawa" masa dia jadi menteri kewangan dulu....... lepas tu bicara kes kacau bini orang....lepas tu banyak lagi lah...

JADI KESIMPULANNYA...buat pengundi-pengundi permatang pauh...kalau undi anwar pun menyusahkan kau orang je...baik undi arif shah...kalau anwar menang pun...dia tak akan dapat jaga atau sempat ambik tahu hal rakyat punya...percayalah...dia akan habiskan masa dia di mahkamah je...banyak kes dok tunggu dia tu.....kalau habis kat situ je tak apa....lepas ni kena bantai lagi dengan YB zul kulim pula...pasti cerita jadi lebih menarik sebab kalau tak silap saya zul jadi peguam bela anwar kes liwat 98 dulu....

kalau semua kes anwar sangkut@kantoi...cuba pengundi permatang pauh kira berapa tahun anwar kena masuk jadi YB penjara buloh....waktu tu kauorang akan menyesal gila-gila...tapi air mata darah sekalipun...anwar tetap dalam penjara sehingga kerajaan malaysia diambil alih oleh kerajaan 2 beranak dia .parti "oh azizah" atau "oh izzah"...atau kerajaan diperintah oleh bangsa punjab atau singh....

maka layaklah kita panggil anwar "PM tertuduh,terliwat,terpenjara" menggantikan gemilang,terbilang dan terbilang tu....

"tunku-bapa kemerdekaan..
tun-bapa pemodenan...
paklah-bapa mertuaku...
anwar- bapa......engkau orang bubuh la apa saja...."

Perawi berkata...

Abdullah, Najib main isu liwat untuk sekat saya - Anwar

Seluruh dunia menghalakan fokus ke Permatang Pauh. Melihat dan meninjau pilihan raya kecil yang bakal mengubah lanskap politik di negara ini. Tidak hairanlah Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bersungguh sungguh mengekang kemaraan Anwar. Iklan

Ikuti wawancara eksklusif WAN NORDIN WAN YAAKOB, AZAMIN AMIN serta MOHD SABRI SAID dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang juga calon KeADILan bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh di Yayasan Aman Permatang Pauh, pada 19 Ogos lalu.

HARAKAH: Buat pertama kalinya selepas sekatan politik yang dikenakan berakhir, Dato' Seri boleh menyertai pilihan raya kecil. Walaupun Umno cuba gagalkan penyertaan Dato' Seri dengan isu-isu liwat dan percubaan menahan Dato' Seri, bagaimana situasi ini dihadapi?

ANWAR: Alhamdulillah, walaupun tekanan kuat dan muslihat Umno untuk menghalang saya dengan apa cara juga ternyata kita dapat lepas dari keadaan ini. Saya dapat bantuan dari sahabat-sahabat dan saya sangat bernasib baik kerana berkat doa sahabat-sahabat untuk meneruskan perjuangan dan saya sangat bernasib baik dengan kerjasama Pakatan Raayat walaupunkita difitnah tetapi kita terus bersama dan dengar bekerja dengan penuh komitmen dan keazaman.

Bagaimana Dato' Seri melihat sambutan terhadap siri kempen setakat ini?

Umumnya sangat baik kerana jentera kita berkesan, jentera KeADILan dan PAS di Kawasan Melayu sangat kuat di Penang. Malah Kedah dan Kelantan turut membantu dengan sepenuhnya dan di beberapa kawasan seperti Seberang Jaya. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan kerjasama dan sokongan yang cukup kuat.

Namun masalahnya kita bimbang dengan tindakan pihak lawan yang mengambil salinan kad pengenalan (MyKad) para pengundi di sini yang sudah merebak dan kita curigai motif mereka. Kita akan laporkan kepada kepada SPR selain membuat laporan polis.(Dato' Seri Anwar, tenang berbicara - gambar)

Kita juga minta provokasi ke atas anak-anak muda dapat dibendung dan kita harapkan dapat dikawal. Seterusnya semasa kempen saya didatangi pemimpin-pemimpin Umno tempatan yang mengingatkan saya supaya berhati-hati dengan strategi jentera Umno akan masuk ke rumah untukmenabur wang. Sampai begitu sekali kempen yang mereka jalankan.

Kita lihat isu liwat dan pengakuan sumpah laknat Saiful Bukhari dimainkan di Permatang Pauh walaupun Saiful sendiri kata kononnya isu ini bukan kerana politik, apa pandangan Dato' Seri?

Ini memang isu politik yang dirancang begitu rupa sebaik sahaja saya ambil keputusan nak bertanding. Kes di bawa ke mahkamah sehari selepas pengumuman SPR, sumpah Saiful pula seharisebelum hari penamaan calon.

Saya percaya beberapa hari lagi sepanjang kempen Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak akan tentu mainkan isu itu sebagai isu besar mereka.

Sekarang ini Najib muncul seolah-olah macam ahli agama cakap seperti seorang agamawan walaupun, berbeza dengan ulama lain, baik Mufti-mufti, baik Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat atau Yusuf Qardhawi atau ulamak-ulamak lain.

Pandangan dia (Najib) seolah-olah macam dia sebagai jaguh dalam agama dan nampak macam nak kepada Islam. Kita nampak ini satu politik.

Namun saya juga pergi ke beberapa tempat di kampung-kampung. Nampaknya penduduk tak nak isu (liwat dan akuan sumpah Saiful) ini tetapi mahu kepada isu agenda pembaharuan yang kita bawa sebab Permatang Pauh ini 10 tahun telah dihumban daripada arus pembangunan oleh kerajaan BN yang lalu.

Saya juga diasak dengan propaganda dengan VCD pengakuan sumpah Sukma Dermawan dan Dr Munawar Anees, berhubung isu dahulu. Ini semua dimainkan semula dan diedar kepada lebih 50,000 rumah pengundi di sini walaupun dalam isu ini semua pengakuan tersebut pengakunya telah menarik semula akuan mereka. Ini masih dimainkan.

Dan kempen mereka cukup lucah dan menghina serta mengata orang. Budaya fitnah ini sudah menjadi budaya Umno. Walaupun ramai di kalangan orang Umno di sini kurang minat dengan penggunaan isu ini.

Tiba-tiba Akta DNA dibawa ke Parlimen pula. Ini langkah yang sama dalam perancangan mereka (Umno). Tetapi saya tak mahu ditarik untuk beri komentar tentang isu-isu ini. Mereka bicarasoal 'rules of law'.

Siapa yang percaya dengan 'rules of law' di negara ini? Siapa yang yakin? Kes bunuh, kes Altantuya, kes rasuah ratusan juta, kes hilangnya dadah di balai polis dan siapa yang nak sebut kes ini? Ini tidak pula dimainkan media arus perdana.

Isu perpaduan dan hak Melayu diungkit semula, kononnya kalau Anwar menang, Melayu akan susah di Penang kerana Penang ditadbir DAP. Apa pandangan Dato' Seri?

Melayu miskin. Bahasa Melayu direndahkan martabatnya.

Agama Islam direndahkan dan penghayatannya tidak berjalan. Maksiat berkembang, jenayah bertambah, rasuah merebak,pemimpin Umno kaya melimpah, rakyat pula terabai. Ini semua siapa yang buat? Sepatutnya pemimpin Umno kena tanya diri mereka sendiri. Mereka penuh kuasa melimpah kekayaan ini. Dia nak salahkan siapa lagi. (Anwar ditemuramah Wan Nordin (kanan) dan Azamin - Gambar)

Saya nak tegaskan bahawa kita di Pakatan Rakyat telah menetapkan agenda yang cukup jelas,dan soal kedudukan Melayu dan martabat Islam tak pernah keluar daripada kerangka kita.

Yang kita tekankan untuk menjamin keadilan kepada semua. Kita usaha angkat Melayu dan tinggikan martabat Islam tanpa bermaksud untuk pinggirkan kaum dan agama penganut lain.

Umno pula sebaliknya gunakan kedudukan Melayu untuk hanya perkayakan diri mereka. Kontrak kerajaan berapa banyak dianugerah kepada anak menantu, keluarga dan kroni. Saham bumiputera pula puluhan juta ringgit diagihkan kepada sanak saudara mereka untuk memperkayakan mereka.

Mereka memainkan kononnya kini Ketua Menteri Pulau Pinang ini Cina DAP. Tetapi sedarkah mereka bahawa selama ini pun Ketua Menteri Penang Cina? Lima bulan di Pulau Pinang apa yang dilakukan kerajaan negeri? Adakah rugikan Melayu?

Kerajaan negeri telah luluskan peruntukan dalam soal mengimarahkan masjid dan tingkatkan mutu serta elaun guru Kafa. Kerajaan negeri ini juga menjalankan program membasmi kemiskinan termasuk kepada majoriti Melayu yang miskin tegar di sini tanpa kesampingkan orang Cina dan India.

Komen Dato' Seri terhadap kenyataan tegas Presiden PAS yang akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat?

Media Umno tentunya akan perbesarkan pandangan yang akan berlaku dalam kongres KeADILan dan DAP kerana KeADILan di Kedah dan Perak mungkin ada rasa tidak puas hati dengan kerajaan di sana, seperti juga PAS di Pulau Pinang yang tidak puas hati kepada kerajaan negeri.

Ini soal biasa yang bukan isu besar yang boleh sebabkan ketegangan. Namun, ini dilaporkan oleh media arus perdana untuk mencetus kemelut kononnya.

Isu ini sebenarnya isu yang boleh dirundingkan dan pandangan mereka yang tidak berpuas hati itu hanyalah sekadar pandangan mereka dan ini bukanlah mewakili parti secara keseluruhannya.

Soal adanya kritikan dalam muktamar baru-baru ini, itu terpulang kepada kebijaksanaan pimpinan parti dalam Pakatan dan saya lihat cuma ada kekeliruan. Itu sebab ada kerja fitnah akhbar arus perdana, mereka besarkan isu itu.

Di Permatang Pauh ini sendiri, sebenarnya mereka fitnah kononnya PAS tidak membantu kempen sedangkan kalau tengok jentera bantuan ketara sekali dan kerjasama PAS cukup baik.

Dalam satu majlis baru-baru ini, ramai pemimpin PAS datang. Takkan mereka ini dah tukar parti. Saya kata kepada pemimpin Umno bahawa inilah sokongan yang PAS berikan.

Tetapi ini tak dilaporkan media. Kalau tengok bahawa Nik Aziz telah memberi penegasan terhadap sokongan kepada Pakatan Rakyat di sini dan datang pada hari penamaan calon.

Selain itu kalau dengar doa Ketua Dewan Ulamak, Ustaz Mohd Daud Iraqi, dia berdoa sangat kuat supaya kerjasama dalam Pakatan semakin kukuh. Ini satu 'signal' yang jelas bagisaya. Cara mereka hormati kami dalam muktamar cukup baik tetapi media tak perbesarkan.

Seruan dan harapan Dato' Seri kepada pengundi?

Mereka adalah sebagai keluarga, sahabat dan rakan-rakan saya sejak sekian lama. Bila saya terperpenjara mereka tetap setia kepada saya. Mereka beri laluan kepada Azizah (Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail). Justeru, saya menaruh keyakinan mereka akan terus bersama mendukung agenda Pakatan Rakyat.

Mereka ini sahut seruan kita supaya untuk kemerdekaan iaitu kebebasan minda, ekonomi yang selama ini dicengkam golongan kaya Umno.

Saya harap pengundi menyokong kerana rakyat Malaysia mengharapkan Permatang Pauh memberi lonjakan baru kepada agenda Pakatan Rakyat memulihkan sistem pentadbiran kerajaan yang dirosakkan Umno-BN.

Saya harap mudah-mudahan mereka menggunakan peluang ini untuk perubahan dengan memberi sokongan kepada kita. - mr

Perawi berkata...

UMNO & BN dah sampai penghujung, Isya'Allah ianya akan berkubur seakhirnya PRU13 nanti. Teruskan berjuang hapuskan rasuah, hapuskan tamak haloba, rakus dgn duit rakyat spt KJ menantu Pok Loh - Business 3 bulan dah jadi milloiner. Selamat tinggal UMNO> Undilah PKR (Pakatan Rakyat)

Saya harap mudah-mudahan mereka menggunakan peluang ini untuk perubahan dengan memberi sokongan kepada kita. - mr_

Perawi berkata...

2020 tahun UMNO hilang dihati rakyat & DiMalaysia spt BN menghilangkan nama semenanjung Tanah Melayu. Undilah PKR

Cheguman berkata...

Anwar 'pejuang' sejati. Dia berani lawan sampai mati. Pantang undur, lawan tetap lawan. Dia tak kira negara nak terbalik ke, bangsa nak punah ke, agama nak tergadai ke, kawan-kawan nak telungkup ke, lawan tetap lawan.

Ameera berkata...

Salam...

Agas, kalau nak komen, lebih bagus kalau intipatinya dari idea sendiri, bukan hanya memetik dari kata-kata Anwar yang belum tentu benar atau tidak. Kelihatan seperti lembu yang dicucuk hidungnya... kurang mampu untuk mengeluarkan idea sendiri kerna telampau yakin dengan ketuanan and ketentuan Anwar menentukan nasib anda dan negara.

Ya Cheguman, saya tidak bersetuju anwar ialah pejuang yang sejati, namun pejuang yg menumpang dibalik kekuatan yahudi, nasrani, berlindung dibalik figure-figure tertentu, menjaja rakan seperjuangan iaitu PAS demi kepentingan peribadi. Beliau tiada kekuatan sebagai pejuang sejati, yang ada hanya sikap penting diri sendiri.

Teruskan perjuangan kalian dan kami akan pastikan perjuangan kami bukan disini noktahnya. Kekuatan yang lahir dari kebijaksanaan dan keikhlasan hati, mampu merubah jiwa yang kelabu.

wassalam

wokyoh berkata...

BUAT AGAS...
kalau kita masuk hutan rimba..biasanya banyak agas...
ada banyak lagi copy temuramah eksklusif anwar ni...hok lagi power daripada tu pun ada....hok dengan cnn,majalah times,asiaweek pun ada....dengan zionis,amerika...dengan wakil gereja pun ada....dengan wakil hindraf pun ada....

orang pkr ni tokse ambil iktibar dari keluarnya ahli -ahli pkr lain yang lebih dulu berjuang dari mereka...seperti nalla dan ezam...sanggup masuk jail sebab anwar....kenapa tak siarkan temubual dengan dr chandra muzaffar waktu dia keluar pkr dulu???

orang kata cinta itu buta.....kalau orang sudah mabuk bercinta...kentut dan tahi pun baunya sedap...bau ketiak anwar yang masam tu pun kata wangi....

nak tahu anwar betul ke salah tunggu lah hari-hari perbicaraan dia kat mahkamah nanti...

tahun 1998 dulupun...dibela oleh 9 peguam handal...kantoi jugak...memang tiga panel hakim mendapati ada acara liwat antara anwar,sukma dan azizan....tapi orang pkr masih tak percaya...sekarang...boleh tanya zainur zakaria,peguam bela anwar 1998 yang sekarang ni dah keluar pkr...apa masalah anwar ni sebenarnya....

mungkin orang anwar terpikat dengan pidato sastera anwar kot...satu ciri unik pidatonya ialah anwar selalu menggunakan tiga konsonen suku kata yang major-"aa ii oo uu"
cuba perhatikan....contohnya " yusof qardawi" yu (uu) sof(oo) qa(aa)rdhawi(ii)...dan banyak lagi...jadi kalau ikut pakar bahasa dan psikologi...penggunaan ayat ayat yang ada konsonen a e i o u secara berulang adalah lebih memberi kesan pada otak kanan....atau bahagian otak yang mentafsir kata-kata (brocas area)..dekat temporal lobe of cerebrum....

cuba anda kaji perkataan "reformasi" ee oo aa ii
cuba ulang banyak-banyak kali...ia akan melekat kedalam hati dan jiwa sanubari anda....anwar sendiri pun tidak sedar ucapan-ucapannya banyak mempengaruhi khalayak kerana konsonen kata-kata yang dipilih sebenarnya... cuba perhatikan tun mahathir bercakap...tun juga ada kekuatan dari segi bahasanya walaupun tidak dengan intonasi sebaik anwar...tetapi ucapan tun selama 2-3 jam tidak terasa dan membuatkan kita terpegun sebab setiap kata-kata dengan lontaran konsonen-konsonen aa ee ii oo uu itulah yang memberi kesan sebenarnya...

cuba fikirkan pula...kalimah toyyibah ini...zikir yang paling agung....
"Laa iilaa ha ill lalloh hu..."
aa ii oo uu..kalu diamalkan selalu dengan sebutan berulang-ulang...ia akan menjadi sebati dengan jiwa dan menguatkan roh atau rohani..ia juga dinamakan makanan roh...
itulah sebabnya pakar hipnosis boleh menjalankan kerja mereka kerana mereka meransang jiwa bawah sedar secara tidak langsung... kaedah fokus berserta kata-kata berulang inilah rahsia besar para wali-wali mencapai makrifat dan sami-sami budha mencapai nirwana.... ini adalah ciri-ciri asas meditasi atau pertapaan atau bersuluk....

oleh itu kepada penyokong anwar...sila kurangkan menyebut reformasi,kurangkan sebut nama anwar,kurangkan sebut ketuanan rakyat...baca berulang-ulang kali tulisan anti anwar macam AIDC ni..maka anda akan dapat meneutralkan kembali jiwa dan fokus anda yang kuat(taksub)kepada anwar...

maka insyaAllah anda akan berfikiran waras kembali...

ALLAH menciptakan sesuatu benda ada maksud dan tujuannya...

fikir-fikirkanlah...

wokyohmektot@yahoo.com

pami berkata...

perhati betul2 ketaksuban dia nak jadi PM.ulang nak jadi PM.bercakap memang best.berdebat memang best.aku goyang dgn situasi ni.PakLah lembik,duduk belakang keparat KJ.Najib ntahh ayah atok dulu bagus,dia?punah.nak x nak kita kena tgk peribadi/personal pemimpin kita..idea sekular mmg memudarat negara,sebab tu yg tun perasan.UMNO dgn kepentingan sendiri..belambak lambak makan duit haram sampai takble pikir lagi..aku lagi pening. yg ni sumpah.yg ni fitnah.yg ni pura2.yg beribawa dari PAS kenapa tak ditonjolkan?aku bukan dari kelantan.aku tak suka kelantanisme.tp yg terbaik utk negara,memang dari kalangan ni.